Sunday, November 30, 2014

Munafiqs and Firauns Oppressing Other Muslims is the real threat?

(Image thanks to http://www.presentermedia.com/index.php?target=closeup&maincat=clipart&id=10112)

My deep and sincere concern is this – will munafiqs in our midst try all possible ways to deny my ubudiyah (service/worship) and compel me to stray away from the path of Islam as taught by Allah? Will they deny me the right to sincerely serve my Creator?

 I am not worried about non-Muslims trying to proselytise me, or trying to “insult Islam” or "placing" Islam under a “threat”. These are things that I can handle myself easily. 

Also, for me it is impossible, under current circumstances where Muslims are the majority and have political control for any non-Muslim to place Islam under “threat”.  I also believe in the promise of Allah that it is He who will guide whom He pleases and that it He who will safeguard the teachings of the Quran.

I actually welcome non-Muslims to try to proselytise me as it would give me an opportunity to share the wisdom of the Quran and to invite them to Allah who is the Creator of everything and everyone. I will be happy to be engaged in a discussion to seek out the Way of the Creator.

As a Muslim, I will also be equally happy to peacefully disagree with the non-Muslim and welcome him back for another discussion if he so desires.  Otherwise, being consistent with what the Quran teaches, I will let Allah decide our differences on judgement day. In the meantime, I am completely prepared to share Allah’s mercy with him as Allah so graciously bestows His mercy on me.

It is the munafiqs (hypocrites) and the extremists that worry me. For one to be a munafiq in this situation, he has to smell, sound, and look like me and even pretend to “care” for me except that he wants me to think and believe EXACTLY as he does. In effect, he wants me now to accept him as my god or as another god alongside Allah or an intermediary for me to "reach" Allah.


If I do not accept his views and his teachings, he is prepared to ostracise me, humiliate me, oppress me if he has the power and make life completely miserable for me. He will even go to the extent of declaring that I am not a Muslim and hence try to deny me my right of faith simply because I do not think and believe EXACTLY like him.

He will behave like the Firaun (Pharoah) of the Quran who will cut off the legs and hands of his subjects on opposite sides if they were to follow Moses without his permission.

The real threat to the practice of Islam has always been from within - by those who want to compel by force their understanding of Islam on other Muslims. Extremist behaviours.

It is the munafiq and the Firaun who is a threat to the peaceful practice of Islam. 


Correct me if I am wrong in my views.

Peace !

Wednesday, November 19, 2014

Bagaimanakah nanti Di Perhimpunan Agung UMNO? Fahamkah UMNO apa cabarannya?


Harus Memahami Persepsi2

Sudah lama kita dengar bahawa sudah lama Perhimpunan Agung Umno (PAU) tidak lagi di hiraukan oleh rakyat Malaysia, termasuk orang-orang UMNO sendiri – kecuali orang UMNO yang berkepentingan peribadi. Ada yang berkata ini berlaku kerana dibandingkan dengan zaman Tun Dr Mahathir (TDM), hari ini, pengumuman penting2 sudah pun di maklumkan sebelum PAU dan juga oleh beberapa Menteri2 dan bukan PM sahaja.

Kalau dahulu pengumuman2 penting Negara di buat di PAU, sejak zaman Tun Abdullah (Pak Lah), sudah terdapat perpisahan lebih jelas diantara kerajaan dan parti politik iaitu UMNO.  Maka, pengumuman dibuat juga oleh para Menteri diluar PAU. Samada benar atau tidak, ini adalah satu persepsi yang kuat di pegang oleh ramai orang. Pada saya, setiap PAU masih diperhatikan rakyat bagi mengetahui halatuju UMNO dan polisi UMNO sebagai parti tunggak BN.

Scenario Politik kini tidak sama dengan zaman TDM

Pandangan lain juga mengatakan bahawa UMNO masih tidak dapat “adjust” atau sesuaikan diri dengan iklim dan suasana politik yang amat berbeza berbanding dengan zaman TDM.  UMNO sudah seolah-olah biasa dengan retorika “perjuangan kaum Melayu” dan “agama” terutamanya yang di juruskan untuk menunjukkan bahawa UMNO lebih Islam daripada PAS. Ini sebabnya mungkin beberapa pemimpin yang cuba memainkan “isu Melayu” pada zaman Pak Lah sudah bertukar skrip ucapan mereka kearah yang berlainan sekali.

TDM tidak berhadapan dengan begitu banyak pemuda-pemudi Melayu yang tidak berminat dengan retorik perkauman.  Masa beliau media sosial tidak begitu berkembang maka rakyat terpaksa bergantung sebahagian besar kepada media rasmi yang kebanyakkan dikuasai oleh kerajaan. Pemikiran, pola politik dunia, tahap ekonomi dan pendidikan juga amat berbeza. Maka kaedah2, perbincangan dan pemikiran politik zaman TDM memang tidak boleh di aplikasi pada zaman ini. Pergerakkan civil society di zaman Tun juga tidak sehebat kini.

Disamping itu, sejak 1998, ramai Melayu sudah mula berani mempersoalkan polisi kerajaan dan mengkritik pemimpin Melayu secara terbuka. Semakin ramai pemuda Melayu (dan juga ayah2 mereka yang di pengaruhi pemuda pemudi ini) sudah mula mendesak sikap keterbukaan atau transparensi dalam banyak hal. Golongan ini yang semakin meningkat gagal dipujuk untuk menutup mata kepada sebarang “irregularity” atas alasan ianya adalah untuk membantu Melayu.

Maka pemimpin atas UMNO yang mewarisi pemimpin-pemimpin zaman TDM “meraba-raba” mencari kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan zaman ini.

Retorika Perkauman serta Melayu yang mana?

Namun dalam UMNO, tarikan untuk menengahkan bicara dalam bahasa perkauman masih menjadi tarikan yang kuat - walaupun isu yang sama boleh diketengahkan dengan lebih efisien dalam bahasa bukan perkauman. Mungkin ini lah antara sebabnya polisi 1Malaysia yang di bawa oleh Dato Seri Najib menjadi sesuatu yang ditentang kerana ia seolah-olah mencabar politik dan retorika perkauman yang beberapa pemimpin UMNO sudah biasa.

Ia menjadi satu kehairanan kenapa masih ada dinasor tua atau dinasor muda yang telah dilatih masih tidak faham bahawa isu “kemelayuan” yang di balut dalam retorika perkauman akan gagal kerana satu sebab yang utama – iaitu Melayu sudah ada dimana2 dan bukan sahaja di pangkuan UMNO. Sememangnya landasan politik dan civil society dipimpin dan disokong oleh Melayu dalam Negara ink.

Dalam UMNO, kebanyakkannya Melayu. DI PAS, semuanya Melayu. DI PKR, DAP dan lain-lain parti politik sudah ada banyak Melayu. Di dalam NGO2 yang bukan pro UMNO, pemimpin yang ke hadapan biasanya Melayu. Orang yang memperjuangkan “Asalkan Bukan UMNO”  adalah Melayu. Di pihak civil society atau gerakkan sibil, banyak yang Melayu. Pendekata, pemimpin2 Melayu daripada pelbagai parti politik, NGO dan individu yang berdebat, berlawan hujah dan mengutarakan pandangan yang berlawanan adalah Melayu.

Musuh ketat politik UMNO adalah PAS dan sejak kebelakangan adalah PKR yang juga dipimpin oleh Melayu. Ketiga-tiga parti ini berlumba pengaruhi undi Melayu. Jelas sekali UMNO sekali lagi terjerat dalam bicara politiknya – jika UMNO mahu memperjuangkan Melayu, maka secara logiknya ia juga memperjuangkan kebajikan ahli-ahli Melayu PAS, PKR, dan DAP yang jelas menolaknya!
PAS secara terbuka bukan sahaja menolak UMNO tetapi pernah mengisytiharkan UMNO sebagai parti sesat , parti asobiyah, serta jahil agama. PAS pernah beberapa kali mengatakan bahawa ia lebih rela berkerjasama dengan DAP yang UMNO capkan sebagai parti chauvinis Cina.

UMNO menghadapi kepayahan untuk menghadapi PAS yang juga keahliannya terdiri daripada Melayu. Ini adalah kerana UMNO tidak tahu atau tidak berani menghadapi alat politik mujarab yang digunakan oleh PAS iaitu agama. UMNO masih tidak dapat membezakan diantara Islam dan agama, diantara politik dan Islam.  Maka, ia selalu masuk kedalam perangkap PAS (dibincang lebih mendalam dibawah).

PKR pula dilihat sebagai parti yang tidak berasaskan perkauman serta parti yang memperjuangkan isu-isu Negara seperti korupsi, transparensi, dan lain-lain. Persepsi politik juga adalah bahawa PKR lah yang telah membawa masuk “kewujudan” masyarakat peribumi didalam perbicangan politik di semenanjung Malaysia. Sebelum 1998, jelas bahawa hampir kesemua ucapan politik hanya merujuk kepada “Melayu, Cina dan India” dan jarang atau tiada kita dengar “Iban, Kadazan, Murut” dan sebagai nya. UMNO lah yang sepatutnya memulakannya dahulu kerana UMNO lah dahulunya mengiktiraf mereka ini sebagai ahli UMNO.  Saya percaya perkara ini juga tidak difikirkan oleh “pemikir-pemikir” politik UMNO yang sudah ada one track mind over the years.
Dalam konteks perbincangan diatas, maka jelas monopoli UMNO terhadap minda Melayu semakin dicabar - samada dari segi politik mahupun dari segi agama.

Saya kira common sense akan menginsafkan UMNO bahawa dalam suasana sedemikian, retorika berasaskan kaum Melayu sahaja yang dibalut dalam bahasa perkauman tidak akan berjaya dalam jangka panjang. Maka mengapa masih ada dinasor-dinasor yang masih mahu berhujah sedemikian sehingga 1Malaysia Najib dilihat sudah tersasar daripada membina satu gagasan yang berpotensi?
Saya antara yang terdahulu yang menyokong polisi 1Malaysia PM Najib yang saya kira dapat dijadikan satu wawasan bagi Rakyat Malaysia. Sememangnya amat radikal wawasan ini dicetuskan oleh Presiden UMNO. Ianya dapat dijadikan dan diusahakan sebagai polisi rasmi kerajaan dengan segala kesungguhan. Kalau inilah scenarionya, maka tidak akan menjadi sesuatu yang janggal bagi Najib sebagai Presiden UMNO untuk memperjuangkan yang hak bagi Melayu yang memerlukan. Malangnya, 1Malaysia dilihat sebagai terpaksa mengambil “backseat” dan label itu telah mutate menjadi sesuatu yang lain.

Kesimpulan nya ialah: dalam suasana dimana Melayu akan berhadapan dengan Melayu dalam membicarakan suatu isu daripada fahaman dan pandangan yang berbeza, Melayu manakah yang UMNO dikatakan mewakili? Ini lah persoalan yang semakin timbul dan yang masih belum di jawab oleh UMNO.

Retorika “Islam” dalam politik UMNO?

Dalam aspek memperjuangkan Islam melalui politik, UMNO juga dilihat  tidak begitu berkesan dari segi kacamata politik. Didalam minda Melayu, persepsinya ialah PAS adalah pejuang Islam. Bukan kah namanya itu sendiri “Parti SeIslam Malaysia”? UMNO tidak ada Islam atau Muslim pada namanya. Nama UMNO berasaskan kepada kaum iaitu “Parti Kebangsaan Melayu Bersatu”. Maka, UMNO dilihat sebagai parti perkauman dan PAS sebagai parti agama. Perkara ini pun sering diceramahkan oleh pemimpin2 parti PAS iaitu Melayu PAS mengatakan Melayu UMNO amalkan “asobiyah” atau perkauman ! Bukan kaum lain yang cakap. Ini pun satu cabaran yang saya percaya UMNO tidak tahu bagaimana hendak hadapi.
Selanjutnya, Melayu berpendidikan hari ini sedar bahawa undang2 syariah diluluskan di Dewan Undangan Negeri dimana sekian lama ianya di monopoli oleh pemimpin2 UMNO. Baik atau buruknya undang2 yang digubal dan diluluskan sebagai "syariah" akan memberi kesan kepada kewibawaan, kebolehan dan kebertanggungjawaban adun2 UMNO.  Rakyat Muslim akan menilai. Saya percaya adun2 UMNO tidak bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran baru yang saya lihat akan timbul dimasa hadapan didalam hal ini. Ini adalah kerana sehingga kini pun selain daripada menyanyikan lagi konservatif yang dipinjam daripada penasihat agama mereka, pemimpin UMNO tidak fokus langsung akan hal ini.

Didalam isu berkaitan dengan “Islam”, UMNO sudah tidak dilihat sebagai satu parti politik yang memberikan fahaman atau bentuk Islam yang berbeza dengan fahaman PAS. Sejak bersaranya TDM, tidak ada perbincangan segar mengenai Islam dalam arena politik. Dalam konteks ini, masa zaman TDM, kita dapat juga kelainan fahaman dan hujah berkaitan dengan Islam oleh TDM – lain daripada PAS sehingga ada kalanya PAS diletakkan dalam keadaan defensif.

Sejak zaman Pak Lah pula, saya lihat UMNO diletakkan dalam keadaan defensif apabila PAS timbulkan isu2 agama walaupun isu2 yang amat remeh.  Sejak itu, strategi UMNO berkaitan dengan Islam, tanpa disedari oleh UMNO lebih menguntungkan PAS.  Bukan itu sahaja, UMNO seolah-olah buta atau tidak sedar bahawa permainan politik agama ini akan merosakkan perpaduan Melayu dan menggugat keselamatan Negara dijangka panjang. Di samping itu, UMNO juga tidak sedar bahawa ia akan terima “backlash” daripada penggundi nanti.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Pandangan peribadi saya ialah berbanding dengan TDM yang berani dan merendah diri mahu membaca dan memahami Al-Quran dan memikirkan mengenai hal2 agama, pemimpin sesudahnya sudah tidak lagi berbuat demikian. Saya mengatakan perkara ini kerana dalam kesibukan TDM sebagai PM, beliau sanggup meluangkan masa untuk berbincang mengenai isi kandungan Al-Quran. TDM juga amat rajin dalam membaca dan mengkaji buku2 yang diberikan kepada beliau dan kemudian berbincang pula mengenainya! Pengalaman peribadi saya ialah TDM mempunyai minda intellectual yang kuat dan kerendahan diri untuk mengkaji dan belajar walaupun ketika itu beliau adalah seorang PM.
 Pemimpin UMNO hari ini bergantung sepenuhnya kepada penasihat2 agama tanpa sedar bahawa penasihat2 ini keluar daripada Universiti yang sama dengan penasihat2 agama PAS! Dalam situasi seperti ini, sudah tentu PAS lah yang akan untung dari segi politik. Akhrnya, penasihat2 agama menjadi boss kepada pemimpin politik dalam hal agama !

Maka, dalam hal2 agama, pemimpin politik UMNO kini bergantung seratus peratus kepada fahaman dan tafsiran apa itu Islam daripada penasihat2 mereka tanpa berfikir secara mendalam atau mengambil kira fahaman dan tafsiran yang berlainan. Pemimpin UMNO kurang faham bahawa tafsiran penasihat mereka sendiri lebih kurang sama dengan PAS. Saya harian mengapa pemimpin-pemimpin politik ini tidak sedar bahawa mereka diperalatkan oleh beberapa penasihat2 agama mereka untuk agenda peribadi? Walaupun nasihat pemimpin agama ini kadangkala boleh merosakkan Negara atau memberi gambaran negatif kepada Islam, pemimpin politik membenarkannya kerana mereka sendiri jahil dan takut.

Satu perkara yang sering terlepas pandang oleh pemimpin UMNO ialah ini: - perbuatan, ucapan dan polisi ajensi-ajensi agama akan dianggap sebagai direstui oleh pucuk pimpinan UMNO. Jika tidak pun, apabila pucuk pimpinan UMNO berdiam diri, ianya dianggap direstui oleh mereka. Walaupun faktanya ialah ianya dibawah Negeri, namun Rakyat tahu siapa yang menguasai pentadbiran iaitu kerajaan. Oleh sebab pemimpin politik UMNO terlepas pandang, maka tidak ada sebarang pemantaun atau strategi digubal untuk menilai kesan politiknya.

Banyak isu2 agama atau isu2 yang diagamakan yang tercetus kebelakagan ini memberi kesan kepada UMNO sebagai parti utama dalam kerajaan BN. Ini adalah perkara2 yang akan diingati oleh pengundi menjelang pilihanraya. Kegagalan kerajaan membendung fahaman dan tindakan eksremis sehingga ada anak muda yang memasuki dalam ISIS juga menimbulkan tanda tanya berkaitan dengan kurikulum agama disekolah2 dan siaran agama dalam media yang rakyat anggap sebagai dibawah kawalan kerajaan.

Perkara yang anih ialah ini – UMNO sejak selepas TDM dilihat telah menjadi PAS zaman dulu dengan fahaman konservatif agamanya ! Sebaliknya dalam beberapa ketika, PAS pula dilihat sebagai semakin kembali kepada AL-Quran dan sunnah sahih. Ini adalah persepsi yang perlu dihadapi dan fahami.

Maka berlaku lah kecelaruan dikalangan Melayu dari aspek apa itu “Islam” yang semakin lama dimonopoli oleh fahaman satu kelompok dengan izin pemimpin politik yang dilihat sebagai jahil agama.  Dalam aspek ini, UMNO dilihat sebagai gagal selepas TDM. Dari segi politik pula, pengaruh PAS semakin meluas walaupun ada pelbagai spinning di laman maya yang semakin hari semakin tidak dipercayai oleh pembaca.

Semua ini akan mengurangkan kerelevanan UMNO dijangka panjang dan akan menjauhkan UMNO daripada orang Melayu dijangka pendek dari segi undi JIKA UMNO masih lagi berada dalam “comfort zone” dan kotak pemikiran kini. Adakah UMNO berani menghadapi isu-isu agama secara berilmiah dan terbuka? Saya kira tidak setakat ini.

Yang paling dikhuatiri ialah jika Melayu hanya di sogokkan dengan bicara “kemelayuan” dan fahaman “agama” sempit sahaja dalam hidup mereka, seluruh dunia akan maju dan kita akan tinggal dalam dunia syok sendiri kita yang lambat laun akan di telan oleh masa menurut Sunnah Allah.

“Tetapi jika kamu berpaling, aku telah menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya kepada kamu, dan Pemeliharaku akan mengantikan kamu dengan satu kaum yang selain daripada kamu, dan kamu pula tidak akan memudaratkan-Nya sedikit pun. Pemeliharaku Penjaga atas segala sesuatu." (Quran 11:57)
Salam.


Saturday, November 8, 2014

Pendekatan Berhemah dan Saintifik Menghadapi Isu Transeksual - Mufti Perlis Dato Murshid Dr Juanda Jaya




It is a complimentary boost to the image of Islam to note the compassionate and knowledge based approach taken by the Mufti of Perlis in the issue of transgenders.

I believe such an approach will bridge the widening gap between the clerics and the people..

Peace !

Thursday, November 6, 2014

Bar Council must be neutral and seen to be neutral

Bar Council- EGM Sept 2014
[ Photo thanks to The Mole ]

2005/2006 Bar Council Election 

The upcoming Bar Council Election for the 2005/2006 term is expected to be a heated affair with 23 senior and junior candidates vying for 12 council seats.

The numbers are lower than recent elections but this year’s election is widely anticipated by many groups in the legal fraternity following several controversial issues concerning the Malaysian Bar.

Almost 16,000 members of the Bar are eligible to cast their votes and are expected to start receiving their ballot papers by post from tomorrow. 

The ballots must be returned to the council’s secretariat by Dec 1 and the results are expected to be announced on Dec 2.

Among the election contenders are Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, Datuk Sulaiman Abdullah and Syahredzan Johan.

Jahaberdeen, who has been practicing for more than 20 years, said he wants to contribute more effectively to the Bar and to do more for fresh lawyers.

“I am looking forward to assisting new lawyers to set up their practices and find solutions for their problems because this is what the Bar should do.

“It should be focused in matters concerning members and focus on protecting them and their services,” he told The Mole.

You can read more by clicking The Mole


Peace !