Sunday, March 22, 2009

AMANAT PRESIDEN UMNO YANG BARU:

Mengikut budaya dan aturan persidangan UMNO, Presiden UMNO yang baru akan menyampaikan amanatnya. Amanat Presiden UMNO mempunyai peranan yang amat penting kerana UMNO merupakan tunjang parti pemerintah. Maka, amanat Presiden dilihat sebagai menggariskan secara am halatuju bukan sahaja UMNO tetapi kerajaan juga.

Kali ini ada sedikit perbezaan kerana Pak Lah masih Perdana Menteri manakala Najib adalah Presiden UMNO. Saya kira perbezaan ini tidak harus menjadikan Amanat Presiden kurang penting. Sebaliknya didalam keadaan politik kini yang amat bercelaru, saya kira Amanat Presiden itu menjadi lebih penting.

Apabila Najib menjadi Presiden secara rasmi diPerhimpunan Agung kelak, tidak ragu lagi bahawa ia akan menjadi orang yang paling berkuasa dari segi politik serta memikul tanggungjawap yang amat berat. Pelbagai ura-ura mengenai tarikh perletakkan jawatan Pak Lah sebenarnya tidak signifikan kerana dari aspek politik, Pak Lah sebagai ahli UMNO adalah tertakluk kepada Majlis tertinggi UMNO (MKT). Dalam ertikata yang lain, jika diandaikan Pak Lah berterusan sebagai PM selepas Perhimpunan Agung, sebagai ahli UMNO ia bertanggunjwap kepada MKT.

Oleh yang demikian tidak ada sebarang keraguan bahawa Pak Lah akan menepati janjinya untuk bersara dan justeru itu spekulasi mengenai perkara ini membuang masa sahaja.

Sekarang saya beralih kepada Amanat Presiden. Seorang Presiden UMNO bertanggunjawap ketas kesejahteraan orang Melayu serta rakyat Malaysia umumnya. Ia tidak boleh bersikap ala rasis Melayu atau bercakap mengenai orang Melayu sahaja walaupun UMNO bermaksud “United Malay National Organisation“. Lagu UMNO itu sendiri berakhir dengan lirik “untuk Rakyat Malaysia“. Kesimpulannya, Amanat Presiden didalam menyentuh hal-hal yang khusus mengenai orang Melayu wajib menyentuh hal-hal kenegaraan atau rakyat am.

Saya kira amanat Presiden UMNO yang baru ini harus menyentuh perkara-perkara berikut:-

1) Keadaan UMNO kini yang lemah dan berpecah – harus akui perkara ini dan perlu memberi halatuju bahawa satu sekretariat yang khas akan ditubuhkan bagi tujuan mengenalpasti sebab-sebabnya serta mengatur langkah untuk memperbaikinya. Harus juga akui bahawa UMNO lemah kerana pelbagai perkara termasuk keangkuhan beberapa pemimpin UMNO sendiri, tidak merapati hali-ahli, masalah parachuting didalam pemilihan untuk perkhidmatan parti, tamak haloba dikalangan mereka yang tidak dapat kontrak. Presiden harus menyampaikan mesej yang jelas bahawa jangan sangka bahawa menjadi ahli UMNO adalah untuk medapatkan kontrak, nama atau kedudukan. Kesemua hali UMNO harus merapatkan saf untuk memperbaiki kelemahan yang ada. UMNO harus pandang kehadapan dengan nafas dan semangat yang baru.

1A) Sikap beberapa orang Melayu berpengaruh yang sebenarnya menindas orang Melayu itu sendiri dengan pelbagai penindasan, rasuah, tidak amanah tugas harus berubah. Perkara ini harus dipantau. Kita harus sudah berhenti menyalahkan kaum lain diatas kelemahan diri kita sendiri serta perbuatan orang-orang kita sendiri. Orang Melayu berpengaruh harus berhenti darpada mengambil kesempatan daripada budaya Melayu yang menghormati mereka yang lebih berkuasa, lebih tua dengan mengwujudkan perlakuan dan tingkah laku yang berbau feudal. Perkara ini semakin menjijikan golongan muda yang berpendidikan. Jenarasi muda kini yang peka Al-Quran tahu bahawa kesujudan hanya kepada Allah swt dan penghormatan yang berlebihan boleh menjadi penyembahan berhala atau penghinaan.

2) Perpaduan Negara – perpaduan negara harus digubal melalui perpaduan bermakna dikalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama. Ini harus menjadi prioriti utama serta asas program pembaikan ekonomi untuk menangani krisis ekonomi masa kini. Langkah – langkah positif serta bermakna, walaupun dianggap radikal dan tidak popular wajib diambil dimasa hadapan untuk merapatkan jurang perbezaan diantara kaum. Zaman kini tidak sama dengan zaman pra-merdeka atau sepuluh tahun selepas merdeka. Kita harus mahu berani melangkah menjadikan rakyat Malaysia mempunyai nilai yang menginsafkan bahawa masing-masing adalah makhluk ciptaan yang Maha Esa. Kerajaan bertanggungjawap diatas semua rakyat tanpa diskriminasi negatif. Kementerian Perpaduan Negara yang serius untuk mengubal program dan strategi untuk mengwujudkan satu bangsa anak Malaysia harus ditubuhkan. Strateji lama dan lapuk yang mungkin ada faedahnya dahulu, kini terbukti tidak lagi sesuai untuk jenerasi baru ini dalam alam globalisasi ini. Perpaduan dalam kepelbagaian harus menjadi teras polisi tersebut.

3) Menghadapi cabaran ekonomi – harus mengariskan langkah-langkah jangka panjang dan jangka panjang yang berkaitan. Peranan sistem kewangan didalam membantu menghadapi kemelut ekonomi ini harus diutarakan. Amaran perlu diberi kepada instituti kewangan yang mengambil kesempatan kepertian rakyat untuk memeras dan menindas. Begitu juga, Kerajaan juga harus serius didalam memantapkan delivery system yang masih ditahap cacat. Amaran yang sekeras-kerasnya harus diberikan kepada sektor awam yang korup atau menyusahkan rakyat untuk mencari nafkah yang halal dari segi kelembapan, ketidakefisienan mereka dan sebagainya. Untuk ini, saya cadangkan tukar sahaja semua pegawai-pegawai tinggi disetiap kementerian yang tidak cekap. Mesti berani berubah, kalau tidak kita harus diubah! Ini juga masa yang baik untuk megajak semua parti-parti politik untuk mengembeling tenaga, bersatu untuk fokus dalam menghadapi cabaran ekonomi ini.

4) Menangani pelbagai bentuk ekstrimisma – langkah-langkah harus diambil untuk menangani kegiatan pelbagai ekstrimisma samada didalam bidang politik, agama dan sebagainya. Langkah-langkah ini harus mengikuti lunas undang-undang yang sedia ada dan oleh yang demikian, pembaikan didalam sistem undang-undang yang ada kini juga perlu dikaji semula dan dilakukan reformasi yang serius. Pada masa yang sama, langkah yang diambil tidak pula harus memberi kesan kepada perkembangan keilmuan dalam negara yang amat kurang membaca dan berfikir.

5) Reformasi sistem pendidikan – Kerajaan harus melihat semula kepada sistem pendidikan secara menyeluruh – sekolah kebangsaan, sekolah vernacular, sekolah agama, tadika dsb. Objektif serta kaedah sistem pendidikan yang lama tidak boleh dipakai lagi. Tetapkan satu objektif nasional bagi pendidikan. Untuk apa? Keluarkan teknorat? Wujudkan modal insan? (perkataan “modal insan“ ini amat tidak sedap kerana diciplak daripada sistem kapitalis tanpa panjang fikir). Ada satu istilah yang amat baik untuk merangkumi konsep pengwujudan rakyat yang berhemah serta mempunyai nilai yang tinggi, rajin berkerja, kreatif dan penyumban pada Negara. Saya harap Najib dapat umumkan penubuhan atau hasrat untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji semula sistem pendidikan yang ada. Jawatankuasa ini biar diwakili dengan anggota yang kredible serta daripada pelbagai lapisan.

6) Peranan pemuda-pemudi – Pelbagai tulisan dan ceranah sudah pun diadakan mengenai peranan pemuda sehingga semua menjadi loya. Kini yang perlu adalah untuk mengwujudkan satu polisi nasional yang boleh memberi halatuju kepada pembentukkan pemuda-pemudi dalam jangkamasa 15 tahun. Polisi ini akan mengwujudkan kerjasama diantara pelbagai badan-badan bukan kerajaan, pendidik serta kemeterian-kementerian. Kegiatan melepas batuk ditepi tangga yang kini berlaku harus dikaji semula supaya dana dapat dijimat serta pemuda-pemudi dapat diselamatkan daripada usaha kulit atau suprficial ini.

7) Kedudukan Malaysia didalam rantau Asia, dan dunia – harus diumumkan apa kah visi Presiden baru berkaitan dengan perkara ini.

Perkara=perkara diatas merupakan harapan dan cadangan saya. Saya benar-benar berharap UMNO dibawah Najib nanti dapat menjadi parti yang dihormati rakyat serta dapat memanfaatkan setiap anak bangsa Malaysia. Kalau tidak berani berubah, pasti nanti akan rebah.

Maaf sekiranya ada keterlanjuran.

SALAM !

No comments:

Post a Comment