Isu yang sering diperkatakan, terutama, sejak March 2008 adalah hakisan dan cabaran terhadap “hak Melayu”. Cabaran serta hakisan terhadap “hak melayu” in ditonjolkan sebagai datang daripada kumpulan bukan Melayu dan yang seangkatannya iaitu “Melayu liberal”. Benar kah hak Melayu dicabar dan terhakis? Hak yang mana? Oleh siapa dan bagaimana ia berlaku, jika ia nya berlaku?
Atau adakah semua ini dongeng orang politik yang mahu memperalatkan orang Melayu untuk melanjutkan karier politik mereka?
Ketuanan Melayu
Konsep “ketuanan Melayu” hari ini sudah menjadi celaru dengan pelbagai takrif dan fahaman oleh pelbagai pihak. Pada amnya, yang dimaksudkan ialah dominasi orang Melayu di dalam medan politik.
Kalau dominasi orang Melayu dalam politik yang dimaksudkan sebagai “ketuanan Melayu”, ia bukan sahaja TIDAK terhakis, tetapi menjadi lebih kuat. Dalam tahun 2009, jumlah penduduk di Malaysia dianggarkan seramai 28.3 juta.
Hakikatnya ialah orang Melayu menjadi majority Negara ini dan dianggarkan akan menjadi hampir 66% dalam 10 tahun nanti. Kalau di masukkan sekali bumiputra, kemungkinan angka nya ialah hampir 70%. Melayu campur bumiputra memang majoriti. Apa implikasi nya?
Pertamanya ialah, mereka lah yang akan menjadi penentu utama dalam menentukan budaya politik serta halatuju politik dlam Negara ini. Perkara ini jelas sejak merdeka di mana didalam Alliance dan kemudiannya Barisan Nasional, parti politik dominan ialah UMNO iaitu parti Melayu. Parti politik yang kedua terbesar yang menjadi Pembangkang juga didominasi oleh Melayu iaitu PAS. Pemain utama didalam politik nasional sentiasa orang Melayu dan dari perspektif ini, ungkapan ketuanan Melayu ialah satu slogan kosong orang politik untuk memperalatkan orang Melayu. The main players in national politics have always been Malays and hence, from this perspective, the issue of ketuanan Melayu is a mere slogan, a tool for the politicians to manipulate the Malays.
Begitu juga kalau kita lihat sejak penubuhan UMNO baru dan Semangat 46, politik orang Melayu semakin matang dimana mereka sudah berani untuk mengasingkan diri daripada UMNO. Saya katakan matang kerana didalam arena politik, orang Melayu sudah berani untuk mencuba pendekatan selain daripada pendekatan UMNO (pertamanya ialah dengan dengan penubuhan PAS).
Hari ini, kita lihat orang-orang Melayu berada di dalam hampir semua parti-parti politik – UMNO, PAS, DAP, PKR dan lain-lain. Orang Melayu seolah-olah “tuan” atau pemimpin di dalam arena politik. Zaman di mana orang Melayu hanya bergantung kepada UMNO sudah berlalu. Di dalam politik, orang-orang Melayu mempunyai kepelbagaian pandangan dan kaedah untuk berkhidmat kepada Negara atau memperjuangkan suatu isu. Saya percaya trend ini akan meningkat. Maka isu “ketuanan Melayu” dalam konteks ini tidak berasas dan sudah tidak lagi relevan kerana sememangya orang Melayu lah yang mendominasi arena politik dan akan terus mendominansi arena politik.
Saya percaya orang bukan Melayu juga telah menerima hakikat ini (realiti terpaksa diakur) dan kita akan sampai pada satu keadaan dimana mereka akan melihat kepada parti-parti politik yang boleh bersikap adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia tanpa melihat kepada keturunan atau darjat.
Begitu juga dengan orang Melayu sendiri. Mereka telah lihat apa yang berlaku didalam Negara ini sejak merdeka -52 tahun!. Siapa yang telah kaya-raya, siapa yang masih miskin, kawasan mana yang dibangun, kawasan mana yang masih mundur, siapa yang rasuah, siapa yang menindas dan sebagainya.
Saya juga percaya ramai orang-orang Melayu yang miskin tidak percaya bahawa kemiskinan mereka adalah akibat “perampasan” kedudukan “tuan” mereka oleh orang bukan Melayu. Mereka masih miskin kerana kegagalan polisi untuk menangani kemisikinan. Begitu juga dengan Melayu yang berada didalam tahap pendapatan rendah mahupun kelas menengah yang mengempas pulas mencari rezeki. Mereka sedar bahawa peluang mencari rezeki yang semakin sempit bukan ekoran orang bukan Melayu yang merancang untuk merampas hak pekerjaan mereka. Ia adalah ekoran polisi ekonomi yang tidak mantap, tidak menyeluruh serta tidak bersifat jangka panjang.
Saya tertarik dengan Kota Baru dimana terdapat banyak kedai-kedai rakyat tempatan yang berniaga. Ekonomi tempatan masih tidak dirogol oleh “multi-nasional corporations” seperti Tesco, Jusco, Ikea dan sebagainya. Oleh yang demikian, rakyat tempatan Kelantan masih boleh mencari rezeki secara terhormat, serta industri tempatan boleh berkembang. Kebajikan rakyat tempatan didahulukan dan bukannya "keuntugan tersembunyi" oleh pihak memberi kelulusan, yang juga terdiri daripada orang Melayu elitis.
Didalam perhimpunan mengenai “ketuanan Melayu” yang pernah dan akan dianjurkan oleh pihak politik (ada yang berselindung disebalik NGO), berapa ramai di antara lebih kurang 14,000,000 Melayu di Malaysia ini yang hadir dan mengambil bahagian? 20,000? 10,000? 5,000? Kalau 30,000 pun itu baru merupakan 0.2% jumlah penduduk Melayu! Kalau 100,000 pun, itu baru 0.7% daripada jumlah penduduk Melayu di Negara ini. Ini lah permainan politik licik dimana “orang Melayu” diperalatkan oleh politkus Melayu untuk melanjutkan karieir politik mereka atau mengalihkan perhatian daripada isu-isu sebenar yang di hadapi oleh semua Rakyat, termasuk orang Melayu.
Ini lah keadaan sebenarnya dan beberapa kerat di dalam arena politik dan beberapa kerat orang di Bandar terperangkap dengan politik permainan ini. Tujuan nya hanya lah politik dan tidak berkaitan dengan kebajikan orang Melayu amnya.
Salam.
NEXT: Benar kah Perkara 153 Perlembagaan tercabar?
Sebagai satu kaum yang sering digempar gempurkan sebagai mangsa penindasan, orang Melayu tidak pula segan silu untuk menindas kaum lain,secara terang terangan atau halus, walaupun kita sendiri terpekik terlolong menyuarakan rasa bimbang kita terhadap penindasan terhadap kaum melayu secara am.
ReplyDeleteKita tidak segan silu memperjuangkan hak orang melayu, atas dasar kita sentiasa ditindas oleh kaum lain. Kemunduran orang Melayu dikatakan adalah disebabkan oleh faktor faktor, selain dari faktor yang dilahirkan oleh kaum melayu itu sendiri. Kita tidak segan silu menuduh bangsa lain yang menjadi penyebab kemunduran bangsa melayu, sedangkan kaum melayu sendiri tidak bersedia untuk mengkaji diri sendiri, untuk melihat di manakah kesilapan sendiri.
Penyalahgunaan NEP umpamanya, adalah salah satu penyebab kemunduran kaum melayu. Kaum Melayu yang diberi keistimewaan bukan lagi dari kaum yang memerlukan, sebaliknya melayu yang datang dari kelas pertengahan atas, serta kelas atasan. contoh termudah adalah Sekolah Berasrama Penuh. Tujuan asal sekolah berasrama penuh adalah untuk memberi peluang kepada orang orang melayu yang kurang berupaya untuk mendapat tumpuan. Walaubagaimanapun, ini bukanlah apa yang berlaku secara praktis. Sekolah Seri Puteri umpamanya, dipenuhi dengan anak anak orang kenamaan, yang menyumbat masuk anak anak mereka ke asrama penuh tersebut, mungkin kerana ini memudahkan mereka mencuci tangan dari menjaga anak anak mereka sendiri, mungkin kerana mereka sibuk dengan tugas harian mengaut keuntungan melalui dasar "keistimewaan orang orang melayu"..banyak lagi contoh contoh lain.
Pokoknya, jika kaum melayu tidak berani melihat kedalam diri sendiri, dan mengaku bahawasanya, kita juga mempunyai kesalahan yang tidak membabitkan kaum lain, kesalahan yang datang dari diri sendiri,maka sekiranya kita mampu berbuat demikian, di harapkan kita dapat mengubah sikap kita terhadap peranan kaum Melayu didalam masyarakat.
Penyalahgunaan NEP akan menentukan terhakisnya kaum melayu, dan proses ini tidak memerlukan bangsa lain menolong hakisan tersebut...kita mampu melakukannya secara sendiri..melayu akan lama kelamaan tidak mampu berdaya saing dan belajar hidup dalam dunia. bak pepatah inggeris, "It is always better to teach a person how to fish, rather than feeding it with fish everyday"
Melayu mungkin dapat mempertahankan hak keistimewaannya, tetapi, sampai bila?
Mungkin jika kita belajar untuk hidup berdikari tanpa subsidi, kita tidak harus takut pada kehilangan keistimewaan kita? Seperti takut pada bayang bayang sendiri....
Mungkin satu hari nanti, sekiranya kita mampu memahami bahawa lambat laun, kita perlu belajar berdikari, maka "keistimewaan orang orang melayu" akan membawa makna, "melayu itu bersifat istimewa dan harus dikagumi", dan bukannya "istimewa" sebagaimana kita melebel kaum kaum OKU.....
Salam Bro. Jay,
ReplyDeleteI am reserving my comment(s) until you have finished writing on the subject matter.
On another note, when was the last time you step your foot in Kota Bharu ? TESCO..!!! GIANT..!!! PARKSON...!!! hhhmmmmm.....Let me see..!!!
Salam,
ReplyDelete..mereka lah yang akan menjadi penentu utama dalam menentukan budaya politik serta halatuju politik dlam Negara ini...
Sepatutnya atau secara lazimnya memanglah begitu. Tapi jika kita lihat negara Malaysia hari ini, adakah "Penentu Utama" ini berjaya mengemudikan negara ini ke arah identiti Malaysia?
Ini baru satu perkara asas dalam menentukan jati diri sesebuah negara itu. Belum lagi di ambil kira perkara-perkara lain.
Berjayakah "Penentu Utama" ini dalam dasar Bahasa Kebangsaan yang sememangnya disebut dalam Perlembagaan dan telah ada pun Akta Bahasa itu sendiri? Kenapa hari ini, tidak semua drp kita fasih dalam bahasa Kebangsaan dan mengguna pakai bahasa tersebut dalam urusan seharian?
Berjayakah "Penentu Utama" ini mencorakkan Budaya Malaysia, yang berteraskan Budaya Melayu dan di olahsuai dengan budaya-budaya lain untuk menyerlahkan lagi Budaya Malaysia?
Ini baru mengenai perkara asas pembentukan sesebuah negara.
Kalau dikatakan "Ketuanan Melayu" itu membabitkan pemegang tunjak politik, maka, orang-orang Melayu yang menjadi ketua-ketua politik sekarang amatlah lemah untuk memegang gelaran "Tuan".
Bagi saya, "Penentu Utama" belum lagi berjaya dan akhir-akhir ini mereka semakin bersikap mengalah, apologetik, tunduk yang tidak kena pada tempatnya.
Jon pour do care memberitakan kepada saya bahawa di KB sudah ada Tesco dan Giant. Saya nampak KB Mall dan lain-lain..harus lihat dengan lebih teliti!
ReplyDeleteTerima kasih Jon.
Salam.
Hak orang Melayu telah pun ditetapkan oleh Allah dalam Quran. Berikut adalah summary Human Rights in Islam by Mawdudi,scholar terkenal. Buku ini boleh didapati percuma dalam internet. Klik search saja. Tapi hak yang ditetapkan oleh Allah tak sama dengan hak yang dituntut oleh golongan yang berkepentingan peribadi.
ReplyDeleteCHAPTER ONE : HUMAN RIGHTS, THE WEST AND ISLAM The Western Approach
The Islamic Approach
CHAPTER TWO : BASIC HUMAN RIGHTS 1. The Right to Life
2. The Right to the Safety of Life
3. Respect for the Chastity of Women
4. The Right to a Basic Standard of Life
5. Individual's Right to Freedom The Slave Trade of Western Nations
The Position of Slavery in Islam
6. The Right to Justice
7. Equality of Human Beings
8. The Right to Co-operate and Not to Co-operate
CHAPTER THREE : RIGHTS OF CITIZENS IN AN ISLAMIC STATE 1. The Security of Life and Property
2. The Protection of Honour
3. The Sanctity and Security of Private Life
4. The Security of Personal Freedom
5. The Right to Protest Against Tyranny
6. Freedom of Expression
7. Freedom of Association
8. Freedom of Conscience and Conviction
9. Protection of Religious Sentiments
10. Protection from Arbitrary Imprisonment
11. The Right to Basic Necessities of Life
12. Equality Before Law
13. Rulers Not Above the Law
14. The Right to Avoid Sin
15. The Right to Participate in the Affairs of State
CHAPTER FOUR : RIGHTS OF ENEMIES AT WAR The Rights of the Non-Combatants
The Rights of the Combatants 1. Torture with Fire
2. Protection of the Wounded
3. The Prisoner of War Should not be Slain
4. No one Should be Tied to be Killed
5. No Looting and Destruction in the Enemy's Country
6. Sanctity of Property
7. Sanctity of a Dead Body
8. Return of Corpses of the Enemy
9. Prohibition of Breach of Treaties
10. Rules A bout Declaration of War
Bro J, I also noted that KB memand dah ada Tesco,Giant etc but ur point were very clear that the people there appreciated and make use of the business opportunities buka gerai etc. Kat lembah klang ni pun kita boleh tgk sendiri mcm mana org kelantan survive! The moral of the story, the Malay people has to make sure that they should not be used by those people to be the tools for their politic agenda n we must ready to face the challenges.At the end of the day, if you are malay but did not possess a good character, what for???? The most important think is self awarness!!! I did not know until when our leader nak bw sentimen2 mcm ni, harap x la sampai kiamat! Peace!
ReplyDelete