Sunday, November 21, 2010

Perkembangan dalaman PKR membuat orang menilai PAS.


Saya agak terkejut juga apabila diberitahu bahawa beberapa orang menilai PAS ekoran perkembangan dalaman PKR yang signifikan ini. Perkara ini anih kerana mereka tidak lah begitu menilai PKR seperti mana mereka menilai PAS. Bukan kah perkembangan dalam PKR mengharuskan mereka menilai PKR?

Pendirian orang seperti ini ialah: mereka dahulu nya menyokong Pakatan Rakyat, termasuk PKR kerana mereka tidak gemar dengan pemerintahan kerajaan BN di bawah Tun Abdullah Badawi.  Mereka ini adalah diantara pengundi yang telah memberi sokongan besar kepada BN dalam tahun 2004 kerana terpanggil dengan imej “Mr Clean” Pak lah ketika itu. Namun, selepas itu, mereka mula khuathir dengan kelemahan pentadbiran Pak Lah dan sentiment benci kepada BN semakin meningkat sehingga mereka mengundi sesiapa sahaja yang bukan BN. Ini tidak bermakna mereka menyokong PKR kerana ia nya PKR. Mereka menyokong mana-mana parti Pakatan kerana ia nya bukan BN.

Ketika itu juga, beberapa individu daripada NGO turut serta sebagai calon pilihan raya PKR dimana mereka ini di lihat sebagai berupaya membawa angin reformasi dan akan kurang berpolitik. Pada masa yang sama, kebanyakkan pergerakkan sibil bersama Pakatan Rakyat. Begitu juga, ramai blogger-blogger menampakkan sentiment anti-BN. Kesemua factor-faktor ini lah yang membawa kepada mereka menyokong Pakatan Rakyat sehingga PR Berjaya menguasai 5 negeri. 

Dari sudut pandangan ini, maka jelas sekali bahawa bukan lah karisma “Pemimpin Agung” yang tidak pernah diuji dengan pertandingan yang menarik mereka untuk menggundi PKR.  Mereka sedar bahawa pemimpin Agung ini tidak pernah memberanikan diri untuk bertanding dan dilantik secara sah oleh penggundi. Walaupun tidak pernah bertanding, namun tiba-tiba, tanpa pengetahuan sesiapa, ianya dilantik sebagai ketua umum – satu jawatan yang anih dalam sisitem demokrasi. Mereka sedar bahawa parti yang tidak mengamalkan demokrasi dalam proses membuat keputusan dalaman parti berada ditahap kesangsian sebagai parti yang boleh memelihara demokrasi diperingkat nasional. Pendek-kata, mereka ini memberi peluang “probation” kepada PKR untuk membuktikan bahawa mereka boleh melepasi budaya “UMNO yang lama” memandangkan kebanyakkan pegawai atasan PKR adalah daripada acuan “UMNO lama”.

Mereka mengatakan bahawa UMNO Najib pun sudah amat berbeza dangan UMNO Pak Lah, namun PKR menampakkan cirri-ciri negatif yang selama ini disaspek sebagi wujud dan semakin terbukti ianya memang wujud.

Berdasarkan pemikiran sedemikian, krisis dalaman PKR tidak membawa mereka untuk menilai PKR. Krisis PKR hanya mengiyakan kecurigaan mereka terhadap parti PKR. Sebaliknya, PAS adalah parti yang telah wujud sekian lama dan perjuangannya agak jelas, walaupun pendekatan nya semakin berbeza sejak PR. Memang ramai yang menilai dan menganalisa PAS sejak ia bergabung dengan Pakatan Rakyat yang masih belum di daftar sebagai satu entiti sah di sisi undang-undang seperti BN. 

Kedah dan Kelantan dianggap sebagai Negeri dibawah pemerintahan PAS manakala Pulau Pinang dianggap sebagai Negeri dibawah pentadbiran DAP. Selangor dianggap dibawah PKR. Negeri-negeri lain dianggap sebagai dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Ini lah kelainannya – negeri-negeri tidak dilihat sebagai dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat tetapi dibawah parti politik tertentu. JIka ini merupakan persepsi umum, maka penggundi masih tidak yakin dengan apakah halatuju dan polisi sepakat Pakatan Rakyat – kalau ada.

Mengapa PAS dinilai? PAS dinilai oleh penganalisa penggundi kerana ia dakwa perjuangan nya berlandaskan Islam.  Penggundi bukan Melayu sudah tentu khuatir berkaitan dengan peranan mereka dan kebajikan mereka dibawah pentadbiran “Islam PAS” kerana konsep “Negara Islam” PAS sehingga hari ini masih kabur. Perkara yang jelas ialah “Negara Islam” PAS mengutamakan memperundangkan fahaman PAS terhadap apa yang dinamakan sebagai “hokum-hukum hudud”. Anih nya, penganalis Melayu dan Muslim yang mengambil Islam sebagai Addeen secara serius juga khuatir mengenai “Islam PAS” dan pendekatan nya dalam merealisasikan fahaman mereka.  Diantara sebab-sebab yang boleh diutarakan ialah:

1.      1.  Memandangkan PAS adalah parti politik adakah ia akan bersikap menindas terhadap khilafiah dalam ilmu serta kefahaman Islam? Adakah mereka yang mempunyai fahaman yang berbeza akan dihukum dengan undang-undang yang akan digubal?

2.  2. Haruskah penggundi memberi kuasa politik nasional kepada sebauh parti yang akan menggubal undang-undang yang akan memaksa setiap Muslim menuruti fahaman Islam mereka?

3.       3. Melihat kepada Negara-negera lain dimana parti politik yang beteraskan agama berkuasa, wujud pelbagai masalah antara penganut agama yang sama serta penindasan kerana fahaman berbeza di politikkan. Keganasan juga berleluasa kerana emosi agama.

4.       4. Selepas bergabung dengan PR, parti PAS telah mengambil tindakan-tindakan yang amat bercanggah dengan pendirian nya sebelum ini. Sebagai contoh, satu ketika dahulu pemimpin Agung dicerca dengan tidak adil tetapi hari ini mereka seperti anak kembar yang tidak boleh dipisah. Perkara sedemikian membuat penggundi bertanya samada PAS juga mampu mengorbankan prinsip nya demi kuasa politik.

5.       5. Walaupun PAS berpolitik atas landasan agama, namun, kemelayuan nya lebih tertera daripada “KeIslaman” nya. Ada beberapa pengundi Muslim yang saya temui bertanya: tidak adakah mana-mana Muslim bukan Melayu yang layak sebagai pemimpin atasan PAS? Pakaian-pakaian yang meniru budaya “Arab”, yang satu ketika dahulu mudah diterima sebagai melambangkan Islam, tidak lagi hari ini dikalangan mereka yang berpengetahuan.

6.      6. Kelantan sehingga hari ini tidak menampakkan sesuatu yang boleh dibanggakan di Malaysia atau di Asean walaupun didakwa sebagai serambi mekah di bawah pentadbiran “Islam”. Perkara seperti ini juga membuat mereka yang berpengetahuan kritis terhadap penterjemahan Islam PAS yang dilihat sebagai condong hanya kepada hukuman, hudud dan segala yang berbau Arab.

7.       7. Sejak merdeka sehingga kehari ini, tidak pernah pun ada satu kaji atau muktamar PAS yang membincangkan keharmonian undang-undang di Negara ini diantara sibil dan “syariah”. Sebaliknya PAS di lihat sebagai kurang idea selain daripada meniru apa-apa undang-undang yang di label sebagai “syariah” dinegara-negara lain. Apkah system lampu tarfik itu kurang Islamik kerana tidak dilabelkan Al-Nur Al-Trafik atau Akta Kontrak bukan Islamik?  Semua ini menakutkan bagi sebuah parti yang telah wujud lebih daripada 50 tahun!

PAS begitu pantas dalam mengeritik UMNO (memang sepatutnya bila berasas!), namun berdiam diri apabila perkara yang lebih teruk di amalkan oleh PKR.

Begitu banyak perkara yang telah berlaku dalam PKR. PKR kini seolah-olah berevolusi menampakkan dirinya yang sebenar dan apa yang tampak tidak lah begitu baik bagi Negara. Dalam suasana sedemikian juga nampaknya PAS lebih rela bermain politik daripada berkhidmat kepada Negara serta meneruskan pendidikan rakyat.

Pada saya, diantara parti-parti politik yang ada dinegara ini, selain UMNO, PAS merupakan parti yang mantap dari segi strukturnya. Maka, amat sedih sekali sekiranya PAS mahu mengorbankan segala usahanya sekian lama dengan permainan politik yang penggundi sendiri dapat lihat.

Ramai sahabat-sahabat saya dalam PAS. Diantara mereka ada yang benar-benar berjuang untuk rakyat dan berjuang berdasarkan prinsip-prinsip yang diajar oleh AL-Quran. Namun, seperti mana juga UMNO, dalam PAS pun ada juga terlalu banyak dinasour-dinasour dengan fahaman taqlid mereka yang tidak membenarkan penterjemahan lain dalam perjuangan. Ini akan memudaratkan PAS dalam usaha nya menjadi sebuah parti nasional. Selagi PAS tidak berani membenarkan penterjemahan selain fahaman dinasour mereka, selagi itu lah PAS akan tinggal sebagai parti peringkat negeri sahaja.

Salam !

1 comment:

  1. Suatu analisa yang baik.
    Tepat sekali bro katakan Pas sebagai dinosaur. Memangnya kalau dia tak ubah basibnya juga akan jadi seperti dinosaurlah.
    Selagi dia ta mahu akui bahawa Iswlam yang dilaung-laungkan selama ini ialah untuk kepentingan perjuangan politiknya selagi itulah ia tidak akan menerima sokongan majoriti.
    Semua yang dilakukan selama ininamapak benar sebagai suatu political expedience saja.
    Kalau ia tidak mahu berubah juga untuk perjuangkan Islam sebenar-benar sebagai Addin bukan nya untuk kekuasaan politik selagi itulah ia tidak akan berjaya.
    Dan kini lebih-lebih lagi bersekongkol dengan DAP dengan pimpinan seperti Karpal Singh yang bermatian berkata 'langkah mayat' saya dulu dan juga Lim Kit Siang yang terang-terang menolak Islam ia tentunya tidak akan berjaya.
    Mentgenai PR apa lagi yang hendak dikatakan. Saya sejak awal penubuhannya lagi, waktu itu masih di BH (1998-2003) pernah menulis bagaimana ia hendak berjaya kalau niat ia diujudkan pun bukannya untuk berjuang demi kepentingan rakyat tetapi hanya berjuang untuk kepentingan seorang sahaja yang mimpi untuk menjadi PM. Jadi bagaimana ia boleh berkembang. Itulah sebabnya bgitu ramai sekali pemimpin seperti Zainur Zakaria, Chandra Muzafar, Ezam, Sallehuddin Hashim etc etc dan terakhir Zaid Ibrahim semuanya sudah matang dengan apa sebenarnya perjauangan parti itu. Memanglah ia mendapat sokongan pada 2008 dahulu bukan kerana orang sukakanya tetapi kerana benci kepada pemerintahan abdullah Badawi yang banyak sangat dipengaruhi anak, menantu dan para pengampu sepert Kalimullah semuannya berjuang untuk kepentingan sendiri.

    rejal

    ReplyDelete