Saturday, May 7, 2011

Perbincangan masalah Melayu

Beberapa hari yang lalu, sempat kami bersembang sembang mengenai beberapa perkara. Diantara yang hadir pada sessi teh tarik itu terdiri daripada pelajar tempatan dan luar negeri, beberapa peniaga, beberapa orang politik serta orang biasa. Semua nya Melayu maka kami sembang mengenai sikap Melayu yang mungkin berperanan untuk membantut kemajuan mereka dalam hidup. Diantara perkara-perkara yang dibincang termasuk yang berikut;-

1) Melayu mudah teruja dengan kelulusan akademik tanpa menilai kredibiliti atau kebolehan berfikir orang yang memiliki kelayakan akademik tersebut. Perkara ini dirasakan jelas dalam bidang agama. Mereka yang mempunyai kelayakan formal agama diandaikan semestinya seorang yang mempunyai ilmu berasas dalam bidang agama. Segolong kertas izajah disalah faham sebagai hikmah dan ilmu!

2) Melayu terlalu takut untuk meluahkan pandangan dan perasaan sebenar atas alasan kesopanan walaupun meluahkan pandangan itu membantu.

3) Budaya memperhambakan diri kepada mereka yang berpangkat atau kaya. Menghormati seseorang tidak sama dengan memperhambakan diri sehingga membongkok badan sambil mencium tangan.

4) Dalam bidang-bidang agama, tidak mahu melakukan usul periksa dan membenarkan hidung di tarik kekiri dan kekanan oleh orang lain yang diandaikan lebih berilmu. Penilaian serta sikap pertanggungjawapan diri (self acountability) dikorbankan.

5) Tidak rajin membaca buku-buku berilmiah.

6) Mudah diperalat dengan penggunaan sentimen bangsa, atau agama walaupun menyusahkan diri sendiri.

7) terlalu mudah meniru budaya kaum lain dalam bidang agama yang tidak membantu walaupun ada budaya sendiri yang konsisten dengan ajaran Islam.

Apa pandangan saudara-saudari?

Salam

No comments:

Post a Comment