Wednesday, August 31, 2011

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Adakah ia semata-mata luangan kata-kata
Atau jeritan jiwa yang benar-benar merdeka?
Merdeka yang membuat kita angkuh bangga
Atau mengajak kita bersyukur rasa?

Pembesar Negara dimana-mana
Menggunakannya untuk menaikkan nama
Lupa diri, lupa Illahi
Langsung tidak muhasabah diri.

 Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Pekikan mengusik telinga atau keinsafan rahmat Allah?
NikmatNya yang mana lagi kah hendak kita ingkari
Tidak mahu kah kita menyedari diri?

Apa gunanya bebas dari penjajah?
Jika masih dijajahi nafsu amarah?
Pembesar politik dan ulamak agama bermaharaja lela
Membohongi rakyat jelata dimana-mana
Memecahbelahkan umat disegi siasah dan fahaman
Menjadikan Negara tidak makmur dan aman.

Orang merdeka yang mempertuhankan manusia
Menjalani hidupnya sekadar sia-sia
Apa tidaknya jika  menukar tuan untuk memperkosa Negara?
Mengejar kepentingan peribadi walaupun Rakyat  sengsara.

Negara merdeka, Negara berdaulat
Daulat yang sebenar bersumberkan Maha suci
Munafikun dan fasikuun membuat kita ralat
Menjadikan kita hambaNya yang keji.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam merdeka kepada yang benar-benar merdeka.

No comments:

Post a Comment