Monday, November 21, 2011

Baca Lah Bible apa yang hendak ditakuti ???

Amat merunsingkan beberapa perkembangan serta respon beberapa pemimpin agama dan politik terhadap dakwaan terdapatnya usaha untuk mengkristiankan orang-orang Melayu di Negara ini. Saya dapati respon-respon yang diberikan ini malangnya merendahkan-rendahkan kebolehan orang-orang Melayu untuk berfikir dan menilai. Saya percaya orang-orang Melayu ini lebih bijak daripada apa yang disangka oleh pemimpin-pemimpin ini. Kemungkinan besar pemimpin-pemimpin ini masih berada diabad ke14 manakala kita telah pun melangkah keabad ke21 yang dicirikan dengan pelbagai teknoloji yang canggih dan efisien.

Disamping itu, respon-respon ini juga menampakkkan bahawa pemimpin-pemimpin ini kurang yakin dengan kekuatan mesej yang terkandung didalam Al-Quran serta peranan Allah sendiri didalam menentukan keimanan seseorang.

“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Quran: 14:4)

Amat jelas sekali maksud surah diatas dimana kuasa memberi petunjuk adalah pada Allah. Seorang manusia yang inginkan petunjuk Allah hendaklah berusaha sedaya upayanya untuk mencari, dan menggunakan akalnya. Mudah-mudahan ia mendapat petunjuk. Seorang Muslim seharusnya berusaha untuk mendampingi Al-Quran dan berusaha untuk memahami isi kandungannya dengan sendiri daripada hanya mendeligasikan tanggungjawap tersebut kepada orang lain. 

Sekiranya ia membaca Al-Quran, maka ia tidak akan hairan sama sekali usaha pihak kristian untuk mengkritiankan orang lain. Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin benar dengan fahaman Krisitian mereka. Allah telah pun memberitahu kita perkara berikut didalam surah Al-Baqarah ayat 120 seperti berikut:-

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka . Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah, itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”. (Quran 2:120)

Maka, bagi mereka yang memahami ayat diatas, dia tidak akan hairan atau menggelupur apabila mendengar berita bahawa adanya usaha untuk mengkristiankan orang lain. Apakah akal kita memberitahu kita bahawa orang Kristian akan menghindukan kita atau orang Islam akan mengyahudikan orang lain? Tentu sekali akan ada beberapa penganut-penganut agama yang akan cuba untuk meyakinkan orang lain berkaitan dengan agama mereka. Jadi apa yang kita khuatir atau hairan sangat?

Perkara lebih penting ialah: fahamkah orang Muslim itu sendiri mengenai Islam itu sendiri? Adakah dia berusaha untuk membaca isi kandungan Al-Quran untuk memastikan samada apa yang dia percaya sebagai Islam itu konsisten dengan Al-Quran? 

Lagipun apabila surah Al-Baqarah mengatakan bahawa orang-orang Nasrani (Kristian) akan berusaha untuk menjadikan orang lain pun percaya seperti mereka – adakah kita tahu apa yang orang Kristian percaya? Pernahkan kita kaji atau fikir samada orang-orang Krisitian hari ini pun mungkin lebih kurang sama dengan beberapa orang-orang Muslim dari segi ini – mereka pun tidak pernah baca Bible mereka sepertimana kita pun tidak pernah membaca Al_Quran kita? Masing-masing berasaskan kepercayaan mereka berdasarkan apa yang diberitakan kepada mereka oleh ketua agama masing-masing!

Didalam Al-Quran, banyak disebut mengenai kisah-kisah yang disentuh didalam Bible terutamanya mengenai Nabi Isa. Kita ketahui bahawa orang-orang Kristian mengangkat Nabi Isa sebagai “anak tuhan”. Adakah perkara ini terdapat didalam Bible dengan jelas? Mana kita nak tahu kalau kita tidak membaca Bible mahupun Al-Quran? Al-Quran ada menyebut perkara berikut:-

“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin” (Quran 4:157)

Jelas sekali bahawa ayat diatas mengatakan bahawa Nabi Isa tidak dibunuh dengan cara disalib. Apakah Bible mengatakan bahawa Nabi Isa disalib? Mana kita nak tahu kalau tidak baca Bible?

Saya telah membaca hampir lebih daripada tujuh versi Bible sejak saya berumur 16 tahun. Pada fahaman saya, membaca John, Matthew, Mark dan Luke (“Gospels”) meyakinkan saya bahawa fakta-fakta yang dinyatakan disitu dengan sendiri menafikan bahawa Nabi Isa telah dibunuh dengan cara disalib. Sebaliknya, fakta-fakta disitu menunjukkan dengan jelas bahawa selepas peristiwa Nabi Isa (mengikut Bible) diletak diatas salib, beliau masih hidup, makan bersama pengikutnya serta berjalan. 

Kajian sedikit yang saya buat berkaitan dengan Bible telah saya serahkan kepada Dr Ahmed Deedat semasa yang bertemu dengan beliau diBirmingham pada awal 1990an. Beliau telah membaca Bible dan telah menulis banyak buku mengenainya. Saya amat kagum dengan kebolehan dan usaha ikhlas yang dilakukan oleh Ahmed Deedat seperti mana juga Dr Zakir Naik diIndia yang mahir dalam bhagawad Geeta dan sebagainya. Pemikir-pemikir Muslim ini tidak takut membaca kitab-kitab agama lain. Kenapa pulak pemimpin-pemimpin agama dan politik Negara kita begitu takut?

Macam-macam perkara dan fakta yang boleh saya tulis disini mengenai Bible dan Al-Quran tetapi memadailah jika saya mengatakan bahawa jika seorang Muslim membaca Bible, ia akan lebih faham kebenaran Al-Quran apabila membacanya. Masalahnya ialah, didalam Negara kita ini pemikiran dan budaya ilmiah digam sebagai satu “dosa besar” yang harus dihindari. Kadangkala saya terasa seolah-olah mereka yang lemah minda menganggap orang lain pun sama-sama lemah minda.

Sebenarnya, saya berpendapat bahawa sekiranya Bible versi Bahasa Malaysia dibenarkan, ia mungkin akan melahirkan satu perbincangan yang sihat diantara Muslim dan Kristian. Ia akan berguna bagi mereka yang benar-benar dengan ikhlas mahu mencari kebenaran Allah dan bukanlah semata-mata untuk mempertahankan kedudukan masing-masing. Pengalaman saya menunjukkan bahawa Al-Quran sentiasa berjaya mempertahankan dirinya sebagai kitab yang benar.

Salam.
(Nota: Saya tidak bincang tajuk diatas dari aspek undang-undang. Harap masing-masing rujuk kepada Al-Quran masing-masing untuk menggesahkan terjemahan yang disebut didalam artikel diatas)

17 comments:

  1. Apa faedahnya membaca bible sedangkan Al Quran itu sudah benar dan lurus.Sedang AQ juga membathilkan yang lainnya..buat apa sia siakan masa.Bukan kah demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian melainkan orangw yang bertakwa dan beriman.

    Kebatilan agama selain Islam kini jelas diterangkan didalam AQ.

    Rentikanlah usaha anda menggalakan pembacaan kitab2 selain dari AQ tu.


    Apakah 'Muslim'sudah meragukan AQ.Janganlah usaha mencegah itu dipandang serong dari sudut akal anda yang Ciput tu.Fikirkan kenapa dan mengapa mereka2 ini bersuara lantang mempertahankannya.

    Jelas ALLAH yang menetukan segalanya...tapi AKAL yang dianugerahkan harus dignakan itu makanya ia dikurniakan.

    Apakah kita harus mencuba yang mungkar demi untuk membuktikan sesuatu yang telah jelas dikatakan batil oleh Allah.Kerja sia sia.

    Allah juga menjelaskan didalam surah yang anda contohkan betapa bila ditanya mereka siapa tuhan mereka ..jawapnya Allah..namun hakikatnya Allah menfikan keimanan mereka...cukup2 lah berkagak jahil tu......Allah maha mengetahui.

    Orang berlumba lumba2 reverting to Islam ..tapi ada "muslim" yang beriya2 mempertahankan kemungkaran.

    Amar makruf wa anil mungkar..wallah wa'lam

    ReplyDelete
  2. kenapa kita tak benarkan budak2 cuba rokok pertama kali? psl kita takut dia nak cuba kali 2, 3 dan seterusnya terjebak. sama mcm baca bible. kalau iman nya tak kuat, jgn nak cuba sesuatu yg boleh mengoyah iman. sy bercakap dari sudut org yg kurang pengetahuan ttg Islam. Nak belajar atau cari kebenaran perlu berguru. jgn hentam kromo, semua org boleh beri pendangan mengikut persepsi mereka sendiri meneybabkan salah tafsiran. ini boleh mengakibatkan pemesongan drpd maksud Islam yg sebenar. Contoh terdekat SIS (Sisters in Islam). Maka lebih elok dikekang sebelum nasi menjadi bubur.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Kedua-dua Naonymous (kan lebih mudah kalau dilekakkan nama?),

    Salam. saya memang faham kekhuatiran saudara (suadari?).

    Pokoknya, Muslim tidak harus takut menghadapi hujah balas kerana ia dibekalkan dengan Al-Quran yang mempunyai dalil-dalil kukuh untuk mematahkan hujah-hujah yang tidak munasabah.

    Janganlah kita terlalu kerap menggunakan alasan "kurang iman" untuk tidak mahu meningkatkan pengetahuan kita. Jangan juga dalam kita berguru, kita angkat guru itu sebagai dewa-dewa kerana Al-Quran amat jelas bahawa kita sendiri yang akan dipertanggungjawapkan diatas fahaman kita. Berguru itu berfaedah namun akhirnya, kita harus mahu menilai dan berfikir kerana guru itu tidak akan diberi peluang untuk membela kita di"hadapan" Allah nanti (sila rujuk surah At Taubah).

    Saya sentiasa galakkan mereka yang sudi untuk membaca Al-Quran. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa pemahanan kitab-kitab lain itu akan membolehkan kita berhujah dan mengajak golongan itu untuk mengenali Al-Quran? Surah 16 ayat 125 jelas sekali boleh dimanfaatkan dalam hujahan dengan maklumat yang diperolehi? Ini pun bagi mereka yang berminat - tidak dipaksa2.

    Sama-samalah kita belajar kerana Allah yang Maha mengetahui.

    Terima kasih diatas komen-komen anda. Buatlah apa yang masing-masing boleh untuk berkongsi Islam dengan mereka yang sudi mendengar.

    Salam.

    ReplyDelete
  4. Anon 10.05 - faedah baca Bible tu ada byk guna dia. Adakah sia-sia masa kalau kita berdepan dengan Melayu yang dikatakan dah jadi Kristian? Kalau tau Bible dan Quran, boleh lah bincang dengan puak-puak tu supaya mereka, insha Allah sedar.

    Tak baiklah you ni, senang2 tuduh akal orang tu CIPUT! Mungkin you yang tak faham kot maksud artikel...

    Tak pa lah..buat apa yang kita mampuu, yang orang lain mampu, jangan pula kerana kekurangan pada diri kita, kita kata orang lain buat yang mungkar! Tak pernah ada perdebatan diantara agama dikira mungkar kalau niat untuk mengajak orang kenal Al-Quran.

    Assalamualaikum.

    Rashid Embong

    ReplyDelete
  5. Membaca itu bagus untuk mendalami sesuatu ilmu dan meluaskan pengetahuan. Pembacaan illmiah pula mestilah bertujuan, dan berfokus supaya boleh membuat perbandingan dan perbincangan secara kritis. Untuk itu sipembaca perlulah mempunyai latar belakang yg kukuh tentang isu tersebut. Maksud saya, dalam hal ini, sipembaca itu mempunyai ilmu yang tinggi tentang Islam sebelum melakukan apa yang anda sarankan. Sekiranya sipembaca goyah Islamnya, mungkin akan terpesong. Adalah lebih baik individu tersebut kaji islam dahulu, perkukuhkannya berserta amalan-amalan mengikut mazahab kita.Al-Quran cuma satu, mudah untuk dikaji, tetapi Bible itu banyak, susah dan mengelirukan serta bercanggah antara satu sama lain.Sebab itulah susah untuk kita terima sesuatu yg terdapat dalam Bible, bukan spt yg telah anda nyatakan (salib). Berwaspadalah saudara.

    ReplyDelete
  6. It's a common practise among some to end a letter or something they write with a statement (in arabic)such as WALLAHUALAM BI SAWAB which usually translated as ALLAH KNOWS BETTER WHAT IS RIGHT. What they meant with this statement at the end of what they write is, Allah knows better what is right AND THEY DON'T ! PERIOD !

    ReplyDelete
  7. Lemme see, kita ada sunni...shiah...wahabi....yahabibi.....hhmmmm, yang mana satu ISLAM UHhh....!

    ReplyDelete
  8. Ramai yang percaya wanita/perempuan di jadikan dari tulang rusuk lelaki ! DARI MANA DATANG NYA CERITA INI ?????????

    ReplyDelete
  9. "Saya telah membaca hampir lebih daripada tujuh versi Bible sejak saya berumur 16 tahun. Pada fahaman saya, membaca John, Matthew, Mark dan Luke (“Gospels”) meyakinkan saya bahawa fakta-fakta yang dinyatakan disitu dengan sendiri menafikan bahawa Nabi Isa telah dibunuh dengan cara disalib. Sebaliknya, fakta-fakta disitu menunjukkan dengan jelas bahawa selepas peristiwa Nabi Isa (mengikut Bible) diletak diatas salib, beliau masih hidup, makan bersama pengikutnya serta berjalan"


    adakah bible ini buku sejarah nabi isa ataupun kitab suci?

    sekiranya manusia yang di salib sehingga mati itu adalah nabi isa saw

    persoalan nya siapakah yang menulis ayat-ayat di dalam bibel tentang saat2 akhir siksaan dan kematian nabi isa saw di dalam bible? sedangkan yang didakwa sebagai nabi isa itu masih berada di palang salib

    adakah pendita2 yahudi yang sedang menghukum manusia(konon nya nabi isa saw) yang di palang itu turun dari palang dan menulis perenggan mengenai saat2 akhir kehidupan nabi isa?


    orang islam mempercayai yang di salib adalah judas pecacai yahudi yang di serupakan oleh Tuhan wajah nya seperti nabi isa saw...

    sekiranya benar seperti kata penulis dari ayat yang saya ambil dari penulis....kenapakah

    di setiap gereja terdapat simbol palang salib, dan pada setiap rumah2 orang christian terdapat palang salib dengan ukiran manusia yang disiksa

    apakah yang penulis cuba sampaikan?

    setiap penulisan di dalam bible mengenai saat siksaan dan kematian judas yang diserupakan wajah seperti isa saw itu adalah hasil tulisan tangan2 manusia

    isa saw di angkat kelangit di hari pendita2 yahudi menyerbu rumah nabi isa saw di mana judas adalah orang yang menunjuk akn rumah persembunyian nabi isa saw

    semasa judas memasuki rumah nabi isa, Tuhan telah membutakan mata judas dan menukar wajah judas seperti Isa SAW

    judas telah di tangkap dan di siksa serta dipalang dan di biarkan sehingga mati

    kecelekaan besar kepada penulis2 kitab suci Allah

    ReplyDelete
  10. Salam Bro,
    Last few month MR keluar dengan blogger To Senawi pergi MPH mencari bible, cashier itu pandang kami atas bawah bertanyakan sama ada kami Islam atau apa?

    Blogger Tok Senawi pakar mengupas bible dan beliau bersedia bila-bila masa berdebat dengan mana-mana paderi kalau tiada halangan.

    Lawatilah blog beliau:
    http://toksenawi.blogspot.com/2011/07/muhammad-dalam-bible-bila-kitab-sendiri.html

    BYE.

    ReplyDelete
  11. Anonymous (22/11/11 8.13am),

    Salam,

    Anda menulis "Sebab itulah susah untuk kita terima sesuatu yg terdapat dalam Bible, bukan spt yg telah anda nyatakan (salib). Berwaspadalah saudara".

    Berdasarkan apa yang anda tulis seperti diatas, saya percaya mungin anda tidak pernah membaca BIble. Juga bila anda mengatakan "bukan spt yg telah anda nyatakan (salib", kemungkinan anda tidak faham atau salah faham maksud saya dalam artikel saya. Maksudnya ialah, apabila kita membaca "New Testament", FAKTA_FAKTA yang dinyatakan DALAM SITU membuktikkan bahawa NAbi Isa TIDAK mati disalib. Ini adalah hujah yang boleh dikemukakan kepada Kristian melalui BIble mereka sendiri.

    Selain komen anda saya ucapkan terima kasih pada amannya setuju - wlalupun saya kurang senang dengan ungkapan "mengikut mazahab kita" tanpa bincang lebih mendalam. Dalam hal ini, saya rasa anda harus berwaspada. :)(itu pun kalau anda mahu - tiada paksaan)

    ReplyDelete
  12. Anonymous (22.11.11, 1.37pm -kalau malu letak nama, letak lah nama samaran, mudah nak bincang..:)

    Anda bertanya "apakah yang penulis cuba sampaikan?" berkaitan dengan tafsiran saya mengenai peristiwa salib dalam Bible. Jika anda telah membaca Luke, John, Matthew dan Mark dalam Bible, jawapan kepada soalan anda terjawap dalam surah 4 ayat 157 yang saya sebut dalam artikel tersebut. Selanjutnya, soalan anda juga terjawap dengan merujuk kepada ayat2 berikut dalam Al-Quran:

    "Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?” Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (Quran 5:17)

    "Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu" (Quran 2:79).

    Soalan anda tidak akan terjawap jika anda tidak membaca Bible dan ayat2 Quran sepertimana yang saya sebutkan diatas. Disamping itu, anda juga tidak akan hairan mengapa orang Kristian mengambil simnol salaib sebagai sesuatu yang suci kalau anda tidak membaca Bible. Anda juga tidak akan andaikan bahawa tindakan Krisitian melambangakn ajaran dalam Bible. sepertimana kita tidak harus andaikan bahawa tindakan serta kepercayaan semua yang mengaku Muslim itu melambangkan ajaran Al_Quran.

    Bolehkah anda berkongsi dengan pembaca blog ini dari kitab mana anda dapat cerita-certia berkenaan dengan Judas yang anda sebutkan, tenang serbuan pendita2 yahudi, dsb? Dalam Al-Quran tidak ada.

    Salam dan terima kasih kerana berkongsi pandangan. Sama-samalah kita belajar.

    ReplyDelete
  13. Salam 2 all,

    Perbincangan ilmiah begini amat baik dan saya percaya bahawa apa yg penulis nak simpulkan bahawa kita tak perlu takut dgn bible tetapi kena hadapi bible. Semestinya pengukuhan pemahaman al quran itu penting.

    Walaubagaimanapun ada pihak2 yang takut dgn bayang2 sendiri. Sepatutnya kita mesti berani menghadapi org kristian demi menyampaikan risalah Islam. Ingat janji Allah dalam quran bahawa Kami yang turunkan al quran dan Kami benar2 memeliharanya.(al hijr:9)

    Itulah ada di kalangan kita yg mengelabah semacam pasal isu bible sebab tak faham quran.Ramai org baca quran tetapi tak faham quran. Itulah masalah sebilangan orang Islam yang ada kat Malaysia ni khasnya. Apa nak buat dah mentaliti mcm tu? Kena buanglah sikap sombong dan takabur barulah ilmu senang masuk.

    Secara ringkas, faham quran, ambil tahu pasal bible kalau nak maka mudahlah nak menyampaikan ilmu kepada mereka yg buta hati. Ingatlah berdakwahlah secara berhikmah dan Islam itu tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi daripadanya.

    Janganlah berfikiran sempit dan hadapilah cabaran dengan Iman dan Ilmu.

    Pandangan hambanya,
    PFS1996

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Abang,

    Terima kasih diatas tulisan Abang. Saya telah ikuti tulisan, pemikiran dan pendekatan Abang terhadap Islam lebih daripada 10 tahun sekarang sejak dari Universiti lagi. Kini pun ditempat kerja, kami sering bincang mengenai Al-Quran. Seronok ayat2 Allah dibincang setiap hari.

    Betul tulisan-tulisan Abang bahawa ramai yang lebih suka percaya sahaja daripada berusuaha memahami Al-Quran bagi mengesahkan kepercayaan mereka.

    Perbincangan2 yang dicetuskan oleh Abang serta buku Abang Islam: Isi dan Kulit banyak mendorong saya untuk mempelajari Al-Quran. Memang saya rasa lega sangat dengan Islam apabila memahami Al-Quran setakat yang mampu - bukan melagukannya seperti mana yang sering Abang ungkapkan (perkali saya dengar Abang berkata begitu, saya akui, saya juga marah!!!)

    Sejak berdamping dengan Al_Quran, saya tidak takut langsung untuk baca kitab-kitab agama lain terutama Bible. Alhamdullilah hasil daripada perbincangan saya dengan dua kawan saya yang beragama Krisitian..kini mereka telah memeluk Islam dengan kehendak Allah swt. Mereka sendiri terkejut dengan beberapa perkara yang saya tunjukkan dalam Bible dan kagum dengan ayat2 Al-Quran yang memperjelaskan keadaan sebenar.

    Semoga Allah menguatkan semangat dan kesihatan Abang dalam usaha Abang mendorong orang2 seperti saya untuk mendampingi Al-Quran.

    Assalamualaikum.

    Siti Hajar Karim

    ReplyDelete
  15. Salam tuan,

    Orang Islam sebenarnya mengamalkan Bible dan meninggalkan Quran walaupun mereka mengatakan sebaliknya.

    Orang Kristian pula mengamalkan Quran dan meninggalkan Bible walaupun mereka mengatakan sebaliknya.

    Begitulah apabila yang mendakwa percaya kepada Bible tidak membaca Kitab mereka dan yang mendakwa percaya kepada Quran tidak membaca Kitab mereka.

    Pada umumnya orang beragama meletakkan 100% kepercayaan mereka kepada para pembesar agama masing-masing dan pengetahuan mereka tentang "isi Kitab" hanya bergantung kepada orang-orang itu.

    Kepada orang Islam, jika selama ini kamu semua tidak ada motivasi untuk cuba memahami Kitab Tuhan, cuba mulakan dengan membaca bahan dari link yang berikut: http://www.aididsafar.com/images/saimbakar.pdf

    ReplyDelete
  16. bacalah bible sedang bible itu hanya karangan manusia.. jangan lah takut terpesong.. sedang kita baca al quran karangan Allah.. baca lah karangan bible yang kebanyakannya karangan manusia.. jangan lah takut akan turunnya iman.. kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan dan kebeneran akan terserlah.. setahun saya membaca bible setelah membaca alquran dan Alhamdulillah keyakinan saya dengan Al quran makin bertambah..

    ReplyDelete
  17. budak baru.

    maaf mencelah. hurm, maksudnya sebelum kamu baca bible maknanya kamu kurang berkeyakinan lah dengan Al-Quran? adakah begitu. andai kita tidak mwmbaca apa2 kitab selain al quran kita sepatutnya sudah beriman pd al quran tanpa ada keraguan walaupun secebis. kerana al quran itu adalah salah satu rukun iman. apapun, perbetulkan niat kita. sy percaya x ramai dikalangan kita yg tinggi ilmu agamanya hingga ke tahap alim ulama. maka sebab itu lah para pemimpin gusar anak2 muda akan mudah terpesong akidah nya. x salah utk mmbaca bible atau yg seumpamanya, tetapi jangan pula sampai tersasar pegangan. dan mungkin x ramai juga diluar sana yg berfikiran spt penulis. ingatlah syaitan dan org2 kafir itu sentiasa akan memperdaya org2 islam. barangsiapa yg tidak kuat hati dan iman nya, maka terjerumus lah dia. perkara ini lah yg dirisaukan. sy sendiri juga pernah terlintas utk mmbaca bible tetapi Allah tidak mengizinkan apabila sy sering terlupa setiap kali. walaupun sy tidak membaca bible atau tidak mahu membaca bible, keyakinan dan kepercayaan sy pd al quran sentiasa kuat malah bertambah kuat. tiada syak wasangka. benar bible itu karangan manusia. tetapi apakah tujuan nya? ia bukan sekadar buku cerita. ia adalah kepercayaan org2 kafir.. dan sudah pasti bg umat islam, ia bertujuan utk membolak-balik kan hati. baiklah, bagi org yg kuat pegangan spt penulis dan mereka2 yg kuat iman dan hati , sudah tentulah ia hanya sekadar dongeng al kafirun. tapi bagaimana pula bg sesetengah yg hati dan iman nya selembut agar2? maka ini lah yg menjadi kerisauan para pemimpin agama. jadi jgn lah hanya menyalahkan org itu dan org ini. kita2 sendiri pun kena perbaiki.. apapun, bergantung pada niat.. kenapa kita perlu bertoleransi dgn kaum musyrikin dalam hal agama sedangkan Allah terang terangan mengutuk dan melaknat org2 kafir. namun kita masih boleh bkerjasama dgn mereka dalam hal2 lain. jikalau dengan alasan utk menarik mereka kedalam islam, membaca bible bukanlah alasan yg kuat. cukuplah adanya Al Quran. kita harus mmbaca bible dengan tujuan utk kajian. bukan perbandingan, kerana Allah telah pun menjelaskannya didalam al quran al karim. mana boleh nk mmbandingkan quran dengan bible? bagai langit dengan bumi. maka itu, sekali lagi saudara2 perbetulkan niat serta tujuan terlebih dahulu sebelum mmbaca bible ni. dan apa kepentingan utk kita membaca nya. kalau sekadar suka2 baik tak perlu. kerana syaitan sentiasa mencari peluang. Allahuwa'lam

    ReplyDelete