Thursday, December 27, 2012

Apalah Salahnya Amanat Haji Hadi?


Selepas 30 tahun lebih, amanat Haji Hadi menjadi isu yang hangat dikalangan pihak-pihak tertentu.  Haji Hadi di “desak” untuk memberi penjelasan dan meminta maaf diatas pengumuman amanat tersebut.
Namun, apa salahnya dengan amanat tersebut?

Amanat tersebut dikatakan telah mengakibatkan perpecahan dikalangan umat Melayu Muslim sehingga mencetuskan tindakan dua imam satu masjid, dan sebagainya. JIka benarlah amanat tersebut telah mengakibatkan perpecahan Melayu Muslim, mengapa baru sekarang begitu hebat perkara ini dijadikan isu? Apakah perpecahan amat ketara hari ini ekoran amanat tersebut dan bukannya faktor-faktor lain? 

Apakah jika wujud perpecahan sedemikian, sepanjang 30 tahun, sistem pendidikan kita serta kehadiran begitu banyaknya institusi agama, ceramah agama, aktiviti agama dan lain-lain yang berkaitan dengan agama tidak mampu menyatukan balik Melayu Muslim?

Jadi apa salahnya amanat Haji Hadi?

Ada pula yang mendakwa bahawa amanat ini telah menimbulkan permasalahan akidah. Persoalanya, “permasalahan akidah” yang macam mana? Adakah amanat ini telah menimbulkan fahaman yang begitu salah terhadap Islam sehingga akidah terancam atau diancam?

Bukankah diNegara kita ini, sejak merdeka, Kerajaan telah “memakmurkan dan memartabatkan” (dua perkataan yang amat diminati oleh politikus Melayu) ajensi-ajensi agama disetiap Negeri? Bukankah Melayu Muslim sudah dididik untuk menerima ajensi-ajensi agama ini sebagai pemantau dan penentu “akidah” dalam Negara ini?

Bagi tujuan pemantauan “akidah” dan “hal-hal agama”, ajensi-ajensi ini telah diberikan pelbagai kuasa oleh undang-undang. Sekiranya ajensi-ajensi ini tidak pun mengambil sebarang tindakan terhadap Haji Hadi, mengapa pula yang lain yang tidak berhak disisi undang-undang berkokok begitu kuat sekali? Kalau ajensi agama tidak membuat komen atau mengambil berat mengenai amanat Haji Hadi ini, bukankah ia bermakna, amanat itu tidak bermasalah?

 Lagipun, bukankah kita telah pun serahkan kuasa untuk menentukan apa yang sah dan yang tidak sah disisi Islam kepada ajensi-ajensi agama ini? Mengapa kali ini orang-orang yang tidak kaitan dengan ajensi agama pula yang bising? Mengapa pengecualian ini?

Lebih daripada 20 tahun yang lalu, saya telah kritik amanat ini berdasarkan fahaman saya berdasarkan Al-Quran. Namun, masa itu, tidak ada pun Melayu Muslim, apatah lagi politikus UMNO atau cendekiawan Melayu  yang sambut. Hari ini, menjelangnya PRU13, ramai pula yang nak bersuara.

Apa tujuannya? Untuk mengalakkan perbincangan agama yang sihat? Untuk “membela” Melayu dan “mempertahankan” Islam?  Atau sekadar menimbulkan isu hangat untuk PRU13?

Inilah nasib Melayu kebanyakkan – selalu diperkudakan oleh golongan elitis politik dan golongan elitis agama.

Salam.

No comments:

Post a Comment