Friday, February 21, 2014

Apa keturunan kamu Adik ? - Racial Profiling in Government Schools ???

Setiap kali kita dengar pemimpin politik mengatakan bahawa mereka mahukan rakyat Malaysia bersatu.

Tanpa segan silu pemimpin politik akan berceramah mengenai kepentingan patrotisme di kalangan Rakyat.

Apa yang pemimpin politik tidak sedar atau tidak mahu sedar ialah : Rakyat umumnya memang mahu bersatu dan memang menjalani kehidupan mereka sebagai satu keluarga Malaysia.

tetapi...yang gagal dan yang "jahat" ialah pemimpin politik yang sengaja mahu memisahkan dan memecahbelahkan Rakyat kepada suku-suku, kaum-kaum, agama-agama dan sebagainya.

Malaysia telah merdeka lebih daripada 50 tahun, namun apabila anak-anak Malaysia masuk sekolah rendah, dengan serta merta mereka di ingatkan dan diingatkan dan dingatkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang berbeza.

Setiap borang yang perlu di isi disekolah-sekolah perlu dinyatakan keturunan anak, ibunya, bapanya.

KENAPA?

kenapa nak tahu murid itu keturunan jawa ke, bugis ke, boyan ke, minangkabau ke, cina ke, india ke, dayak ke, kadazan ke, murut ke, dan lain-lain ke ?

Saya tahu, bugis, jawa, boyan di lungguk dalam kelompok "Melayu" dan kadang kala India Muslim dan Cina Muslim di lungguk dalam kelompok "Melayu" mengikut kefahaman terhadap Perlembagaan Malaysia oleh pegawai yang berkenaan.

KENAPA PERLU DI CATAT KETURUNAN?

Apakah kaedah mengajar akan diubah mengikut perbezaan keturunan?

Cina atau Melayu atau India atau Murut akan mempunyai cara penerimaan yang berbeza kerana keturunan mereka yang berbeza?

Bagaimana kalau kita tulis sahaja begini:

Keturunan : Adam. Boleh??? 

Bukan kah Negara kita banyak "islamik" itu dan ini dan masing2 nak jadi tuhan di muka bumi untuk "memperjuangkan" islam, so apa kata kita bagi jawapan "Islamik" iaitu dari segi keturunan kita adalah keturunan Adam!

Kenapa lah borang2 kuno dan rasis sedemikian masih digunakan disekolah2????  Adakah sengaja kita ingin besarkan perbezaan kita dari segi keturunan dan tidak mahu menegaskan persamaan kita sebagai rakyat Malaysia???

lain lah kalau doktor yang tanya - mungkin dia nak kaji asal usul sejarah pemakanan dan genetik. Ini sekolah pulak !

Sedih. Amat Sedih. Kerajaan Barisan nasional tidak dapat menangani perkara semudah ini sejak merdeka sehingga kini dan mahu rakyat percaya bahawa mereka mahu pupuk perpaduan dikalangan murid-murid di sekolah..

Susah sangat nak kata kita ini Bangsa Malaysia????

Patutlah Allah tanya samada kita boleh dikatakan sebagai orang beriman sebelum di uji (Quran 29:2)

Dalam konteks borang-borang rasis ini yang dikekalkan oleh Kerajaan BN ujian ini, BN gagal - gagal dalam berusaha mengwjudkan bangsa Malaysia dan gagal dalam hayati prinsip Islam berdasarkan Al-Quran.

Satu Cabaran mudah untuk BN - hentikan raical profling di sekolah-sekolah kerajaan !

Salam.


4 comments:

  1. ADMIN KALAU AWAK BOLEH SURUH CINA HAPUSKAN SEMUA SEKOLAH CINA SAYA AKAN BERSETUJU DENGAN ADMIN KALAU TIDAK SAYA AKAN KATAKAN AWAK UDAH MENUNJUK DIRI SUDAH MULA MENGHISAP PELIR ANWAR.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Isu yang dibincang dalam article ini dan isu sekolah vernacular adalah dua perkara berbeza.. Kalau kamu pernah ikuti blog ini, kamu akan tahu bahawa blog ini berpenderian bahawa wang Rakyat harus digunakan untuk biayai sekolah kebangsaan berteraskan bahasa kebangsaan dan bukan nya untuk sekolah vernacular atau sekolah agama.

    Bila kamu kaitkan isu vernacular dengan isu membesarkan oerbezaan kaum, is menunjukkan kamu perlu lakukan munasabah diri untuk kenalpasti samada kamu dipengaruhi prejudis dan tidak faham AlQuran. Juga apa kaitkan dengan Anwar kecuali kamu anggap dia sebagai tuhan kamu?

    Walaupun saya tidak marah dengan bahasa kesat yang kamu gunakan kerana kita tidak boleh mengharapkan semua orang sama-sama intelligent atau bermoral dalam berbahasa, namun kalau kamu Muslim saya syorkan kamu cuba amalkan prinsip yang diajar Allah dalam surah 16 ayat 125

    Terima kash atas komen anda.

    Salam.

    ReplyDelete
  3. Masa saya belajar dan tinggal di Amerika Syarikat, setiap kali isi boring, saya dan semua rakyat Amerika tetap perlu isi ruangan 'race'.

    Takde pulak rakyat Amerika bising walaupun mereka semua dikenali sebagai 'Americans' yang diterjemah kepada Bahasa Melayu ialah Bangsa Amerika.

    Kenapa mereka tak bising? Sebab walaupun mereka bangga menggelarkan diri mereka sebagai 'Americans', mereka tetap mahu mereka dikenali dengan identity bangsa mereka.

    Selama beratus tahun bangsa African American dikenali sebagai negro atau Blacks. Akibat tidak diiktiraf bangsalah, mereka maka mereka tercari-cari identiti sendiri tapi sekarang barulah mereka bebas untuk menyatakan yang mereka berasal dari Afrika.

    Takkan lah kalau kena tanya "apa bangsa awak", itu pun rasa sensitive.

    Malu ke nak mengaku atau malu dengan bangsa sendiri?

    ReplyDelete
  4. Dulu apabila di suruh catit apa bangsa semua orang relax saja tak da hal pun sekarang sudah jadi sensitiv sebab orang orang Melayu terlampau jaga kesucian konon dan berterusan mengasingkan diri takut di cemari orang kafir. Dalam ceramah ugama di radio ke ,tv ke, astro ke mesti tak habis habis seru orang Islam to beware of the kafir. Kalau ada action adalah reaction nya . Sekarang semua sangat sensitive sampai tak boleh sebut apa bangsa.

    ReplyDelete