Thursday, January 8, 2015

ApabIla bencana Berlaku


Apabila suatu bencana berlaku dia tidak memilih samada orang dan keluarga yang alaminya adalah berbangsa Melayu, CIna, India, Jepun, Indonesia, Pakistan, British atau apa-apa bangsa.

Begitu juga bencana tidak memilih agama seseorang.

Apabila bencana berlaku, mangsa-mangsa bencana mengharapkan sesiapa sahaja untuk membantunya tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan.

Mangsa-mangsa bencana yang dibantu oleh manusia-manusia yang berperikemanusiaan dan yang ada kemampuan untuk membantu.

Banjir, kehilangan pesawat MH370, penembakkan MH17 dan kemalangan yang menimpa Airasia 8501 tahun lalu adalah melibatkan manusia-manusia dan bukanlah disengajakan terhadap satu bangsa atau agama yang khusus.

Semua manusia yang kehilangan adik beradik yang tersayang akan sama-sama pilu dan kehilangan kerana kita sama-sama manusia.

Kita adalah insan yang sama darah merah, sama ketakutan, sama harapan.

Saya berdoa pada tahun 2015 ini kita kembali ingatkan diri bahawa kita sama-sama insan dan tidak takkabur atau sombong dengan agama, keturunan, kedudukan atau bangsa kita.

Jangan lah kita diuji dengan lebih dahsyat lagi bagi diingati bahawa kita sama-sama insan.

Salam.

No comments:

Post a Comment