Tuesday, April 4, 2017

Rakyat, Jangan Terpedaya Permainan Politikus

Saya amat khuatir bahawa rakyat tampak mudah terpengaruh dengan permainan politik dalam Negara sehingga hilang pertimbangan dari pelbagai aspek.

Pertama, kita jangan lupa bahawa untuk Malaysia maju dan jaya, kita perlukan perpaduan yang jitu diantara kita bersama. Kita tidak boleh dipecah belahkan dengan isu-isu perkauman atau agama.  Muslim yang mengetahui Al_Quran nya akan sedar bahawa Allah telah memberi tunjuk ajar dalam Kitab nya bahawa akan ada manusia yang akan gunakan perkauman dan agama untuk memecahbelahkan manusia. Apabila Rakyat bercakaran bersama mereka, mudah lah bagi politikus yang tidak bertanggungjawap serta rakus kuasa menjalankan ajenda jahatnya.

Keduanya, Rakyat wajib sedar bahawa kekuatan mereka ialah kerjasama diantara mereka untuk kebaikan bersama Rakyat dan Negara. Didalam konteks ini, jangan lah Rakyat yang sudah pun lemah melemahkan lagi diri sendiri dengan melebelkan rakyat-rakyat dengan meletakkan mereka dalam kotak-kotak permusuhan. Sebagai contoh, jangan kita mudah terpedaya bahawa mereka yang sokong dasar atau kerja kerajaan semestinya tidak baik atau yang menyokong pembangkang semestinya baik. Jelas, sebahagian pembangkang hari ini pun tidak semestinya bermatlamatkan kesejahteraan Rakyat. Kita harus lihat pada apa kah yang di sokong dan apakah kerja yang di buat.  Saya percaya rakyat yang ikhlas boleh menyumbang kepada kebaikan bersama dan Negara, dimana sahaja ia berada, tanpa di kotori oleh proses politik ekstrim.

Ketiga, Rakyat harus mahu belajar berfikir secara objektif dan tidak mudah di tarik ke hulu atau ke hilir melalui emosi mereka. Jangan yang dewasa di kanak kanakkan kerana malas untuk berfikir atau cenderung kepada semangat kosong. Pihak rakus kuasa tahu bahawa kelemahan manusia ialah ketiadaan kepakaran mengawal emosi. Rakyat harus sentiasa berwaspada supaya kita tidak membakar kelambu kerana marahkan nyamuk, apatah lagi apabila kemarahan kita kepada nyamuk itu tidak bertempat dan telah drancang dengan licik oleh puak rakus kuasa.

Keempat, walau apa pun kaum atau agama kita, jangan kita lupa bahawa kita ada lah manusia yang tertakluk kepada hukum atau undang-undang alam. Dalam bahasa Al Quran, di sebut sebagai Sunnah Allah. Setiap tindakan kita akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat atau Negara kita. Ini bermakna jika kita mencetuskan tindakan-tindakan, perbicaraan atau fahaman-fahaman negatif, seluruh Negara akan tercalit dengan kenegatifan ini. Lebih baik kita awas, muhasabah diri dan sabar dahulu sebelum membuat sesuatu secara melulu.


Salam.

No comments: