Followers

Saturday, May 13, 2017

Mengapa Kita menyusahkan Hidup Kita Sendiri?


(Atrikel ini tidak ditujukan kepada semua orang, hanya pada mereka yang berkaitan sahaja.Dalam dunia ini, ada yang baik dan ada yang jahat).

Banyak perkara dalam fikiran dan hati saya yang ingin saya berkongsi dengan mereka yang mahu mendengarnya terutama berkaitan dengan keperitan dan cabaran pengalaman yang di istilahkan sebagai "kehidupan". Mengapa terlalu banyak masalah, kepedihan, penderitaan, kemiskinan dan kekecawaan dalam kehidupan?

Memang kita tahu bahawa kehidupan itu mempunyai cabaran tersendiri, liku-liku yang terpaksa di lalui dan tindakan-tindakan yang perlu di lakukan supaya kehidupan kita tidak menjadi sia-sia dan kita boleh hidup dengan sejahtera dan bermaruah. Ini adalah cabaran-cabaran semula jadi perjalanan kehidupan. Tidak ada sesiapa pun boleh merungut berkaitan dengan perkara semula jadi ini. Kehidupan ini tertakluk kepada Sunnah Allah atau natural laws, samada kita mahu akuinya ataupun tidak. Bukan perkara-perkara ini yang sering merunsingkan saya.

Sepanjang kehidupan saya sehingga kini, saya kenal ramai manusia mulia yang mengorbankan masa, tenaga dan harta mereka yang sedikit bagi meringkan keperitan kehidupan orang lain. Mereka lakukan semua ini kerana mereka tidak mahu makhluk lain yang juga manusia seperti mereka tidak merasai rahmah Allah. Saya hormati dan mendoakan bagi orang-orang seperti ini. Kebanyakkan daripada rakyat marhain merupakan manusia seperti ini.

Perkara yang saya tidak faham ialah sikap setengah mereka yang mempunyai kuasa, yang mempunyai pembelajaran, jawatan, pangkat, gelaran, kedudukan, keupayaan wang ringgit, kesihatan dan banyak lagi rahmah Allah tetapi bersikap menimbulkan masalah bagi mereka yang bergantung kepada mereka atau mengharapkan mereka.

Kesombongan, Keangkuhan, Ketamakan.

Saya kurang faham mengapa ada mereka yang berjawatan mudah menjadi sombong dan angkuh sehingga keangkuhan mereka menahan mereka untuk menjalankan amanah dengan sepatutnya.Saya sudah bersua dengan beberapa pegawai2 kerajaan (bukan semua), pengarah2, ketua2 pengarah macam2 jabatan yang berwatakkan sebagai "orang berkuasa" daripada berwatakkan sebagai "orang yang dipinjamkan kuasa untuk membantu manusia". INi pun bukanlah mereka di minta untuk bekerja dengan percuma tetapi di bayar gaji.

Mengapa boleh orang sombong dengan pangkat dan kuasa? Dari kecil sampai saya dewasa kini, saya masih tidak faham. Saya sebenarnya rasa kelakar bila ada orang yang berpengaruh merasakan dirinya sangat penting kerana dalam minda saya, saya sudah pun nampak keadaan beliau selepas bersara dan jika beliau panjang umur menjadi lebih tua. Bukan kah lebih elok di gunakan kuasa untuk membantu yang marhain dan berusaha meringankan masalah dan beban mereka?

Maka, saya lihat kesombongan dan keangkuhan atau "syok sendiri" dengan jawatan dan panggilan pangkat oleh orang lain lah yang membuat kita lalai dalam amanah sehingga kita menyusahkan kehidupan orang lain.

Saya sudah semakin meluat dengan mereka yang hanya fikirkan tentang diri mereka, kerjaya mereka dan keluarga mereka semasa berjawatan dan berkuasa dan lepas bersara kononnya baru lah nak berkhidmat pada masyarakat atau beribadah dalam masjid - takut mati konon walhal hari yang kita lahir itu adalah pengesahan bahawa kematian itu satu kepastian!

Yang masuk keranda bukan lah orang tua atau muda tetapi mayat. Jadi tidak kah perbuatan sia2 tamak pada kehidupan yang pasti akan tinggalkan kita?

Ramai Terpelajar, sedikit yang terdidik

Ini satu lagi sumpahan yang melanda beberapa orang yang terpelajar sehingga dia menyusahkan kehidupan rakyat kebanyakkan dengan pelajaran tinggi nya. Tidak kira samada orang itu terpelajar dalam bidang agama ataupun bidang bukan agama. jenis manusia ini sama sahaja - mereka lebih mahu di iktiraf sebagai "pandai" walaupun kerja2 yang di usahakan oleh tangan2 mereka itu menyusahkan kehidupan rakyat kebanyakkan. Ini lah antara sebab2 nya saya kadang2 malas nak sertai seminar2 kerana saya rasa saya tidak boleh berlagak pandai seperti mana yang mereka harapkan.

Terdapat lah hakim2, peguam2, sarjana2 agama, engineer, doktor dan lain2 yang terpelajar lebih menyusahkan manusia daripada membantu. Mereka samada tidak sedar atau tidak peduli bahawa tindakan mereka boleh bawa kesan buruk kepada kehidupan orang lain. Mungkin ini berlaku kerana seperti kuda yang pakai "blinkers", mereka membenarkan diri terperangkap dengan keasyikkan kedudukan dan "pembelajaran" mereka bagi menjamah nafsu kepentingan peribadi semata2.

Terlalu banyak seminar2, mesyuarat2 jawatankuasa dan lain2 forum seperti ini yang tidak memberi kesan langsung dalam meringankan keperitan harian yang di alami oleh rakyat kebanyakkan. Yang "pandai2"ini syok melontarkan "idea" yang mampu mengerunkan ramai yang mudah terpedaya tetapi sebenarnya direka khas untuk menonjolkan kumpulan mereka sebagai eksklusif "pandai" dalam masyarakat. Melalui cara2 ini, mereka mencipta peranan dan status bagi diri mereka dalam masyarakat - berkepentingan diri sendiri.

Malangnya, yang daif tetap daif. Sumber2 Allah masih di nikmati oleh golongan eksklusif tetapi rakyat kebanyakan masih serba kekurangan.

Begitu ramai yang terpelajar tetapi kita lihat keadaan rakyat kebanyakkan begitu daif juga. Di merata2 dunia, bukan di negara kita sahaja. Dan dalam banyak hal, saya dapati orang2 terpelajar lah menimbulkan pelbagai masalah dan reka pelbagai perkara yang menyusahkan rakyat kebanyakkan. Fikirlah sendiri apa kah perkara2 ini.

Banyak perkara yang masih saya tidak faham dalam kehdiupan ini
Ini sahaja lah luahan hati saya buat masa ini. Memang sesak nafas saya memikirkan gelagat manusia2 seperti yang saya gambarkan disini.

Salam.

1 comment:

Penyu said...

One the the reason that for Believers that there will be ultimate justice.

Otherwise, Life - is this it?

I used to have the same thoughts as you have eloquently stated as I am one of the "marhein". Until : "F $#@, just do the best that I can!"

Mat Bonk