Sunday, March 27, 2011

Mau Cari Apa Dalam Medan Politik?

Apa yang hendak dicari dalam medan politik?

Bergantung.

Bergantung kepada siapa yang mencari.

Orang politik bagaimana?
Adakah di cari nya kuasa, kekayaan, kedudukan, anugerah atau - kesempatan untuk berkhidmat kepada Rakyat jelata secara ikhlas dan bersungguh?

Rakyat bagaimana?
Adakah di carinya habuan yang ditaburkan, berita-berita sensasi, hiburan oleh orang politik yang pandai berpidato namun isi nya kosong, orang politik yang berikan penyelesaiaan jangka pendek yang akan mencetuskan masalah lebih besar dijangka panjang atau - pemimpin yang berjiwa Rakyat yang berkhidmat kepada Rakyat secara ikhlas dan bersungguh?

Adakah Rakyat sendiri bersedia untuk mengenali pemimpin yang berjiwa Rakyat yang berkerja secara ikhlas dan bersungguh-sungguh?

Adakah Rakyat sudah bersedia untuk berperanan sebagai manusia yang bermaruah dan bertamadun?

Salam.

1 comment:

Anonymous said...

Politic is all about perceptions. Siapa yang hebat mempengaruhi pemikiran rakyat dan hebat dalam perancangan menyebar persepsi, dia akan menang.