Followers

Monday, August 8, 2011

‘Serangan JAIS’ Ke Atas Gereja: Tanya Diri Kita Dulu!

oleh Dr MAZA

"Saya belum ingin mengulas tentang ‘serangan’ atau serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan ‘serangan’ itu. Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah. Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. "

Teruskan baca disini! - Minda Tajdid

---------------------------------------------------------------------

Menunding jari tanpa muhasabah diri
oleh Jahamy

"Oh umatku,
mengapa asyik menunding jari,
tiada erti kah muhasabah diri?

tiada melekat kah dihati
firmah Maha Ilahi
tiada ditukarnya apa yang pada suatu kaum
sehingga mereka menukar apa yang dalam diri sendiri?

Masih kah tidak difahami
firman Maha Suci
Tidak diubah rahmah yang diberi
sehingga diubah apa yang dalam diri?

Tengok cermin, tanya sendiri,
tak kan asyik menunding jari?

Salam.

5 comments:

Wake UP! said...

Salam Bro. So kita je perlu hormati agama lain. Penganut agama lain tak perlu hormati agama Islam?

Apple Li Lac said...

cik bunge : omg...omg...oooooooeemmmjiii....
babeh: whaaat???
cik bunge: oh my god

ps/
nangis tak masa tulis post ni???

Jahamy said...

Wake Up,

Salam bro. Kita harus saling menghormati hak masing-masing untuk mempercayai apa yang mereka mempercayai walaupun kita tidak bersetuju dengan mereka.

tolokminda said...

Salam,

Saya ada sorang kawan yang tinggal di Shah Alam. Baru-baru ni dia mendedahkan kepada saya bahawa dia sebenarnya pernah ke gereja atas jemputan seorang kawan yang baru join Kristian.

Dia ke sana bukanlah sebab nak cari bantuan tetapi kerana menurutnya dia agak keliru dengan Islam. Katanya dia telah cuba membaca terjemahan Al-Quran untuk memahaminya tetapi ia terlalu sukar difahami dan tidak masuk akalnya.

Beliau mendedahkan kebetulan pula pada hari raya tahun lepas ketika saya bertemu beliau di kampung, saya telah berkongsi pandangan saya mengenai Islam menurut Al-Quran dan memberitahunya tentang beberapa penyelewengan maksud perkataan seperti solaa, puasa dan sebagainya.

Katanya sekarang dia puashati dengan Al-Quran walaupun saya hanya berkongsi maksud beberapa perkataan. Menurutnya, kini dia melihat Al-Quran lebih masuk akal berbanding sebelumnya. Sekarang dia tak akan ke gereja lagi. Masjid pun dia tak akan pergi.

mustaqim said...

aku terhina oleh tweer asri katanya kita takut org islam terpengaruh ke gereja..kenapa kita tak takut org gereja terpengaruh ke masjid...nak kata bodoh agama pandai...aku pun nak tanya asri...soklan nie soklan kuiz kat gereja,..barapa kali isa disebut dalam quran??????????aku lak tanya...barapa kali muhammad saw disebut dalam quran....???dah la asri...kita berjawab depan ALLAH je laaa