Followers

Tuesday, April 30, 2013

Sidang Media: Pilihanraya Bebas Keganasan

Hari ini pada pukul 3 petang team Rapera bersama dengan lebih kurang 30 NGO-NGO, peguam-peguam, dan individu-individu berkumpul untuk menyatakan hasrat mereka supaya PRU 13 ini bebas daripada keganasan.

Berikut adalah antara saranan-saranan yang dipersembahkan pada sidang media tersebut:


Disebabkan kesedaran ini serta kecintaan kita pada Negara, kami menyarankan perkara-perkara berikut:-

·        agar calon-calon lebih bertanggungjawab dan menapis ucapan mereka supaya tidak menyentuh perkara-perkara yang berbaur perkauman, agama, peribadi yang tiada kaitan untuk menjatuhkan pihak lain. Ia adalah untuk mengelakkan perselisihan dan politik keganasan berlaku akibat sikap tidak berpuas hati sesetengah pihak lain.


·        Calon-calon harus menampakkan etika dan bertanding dalam suasana sihat tanpa mewujudkan kebencian dalam diri penyokong mereka terhadap calon lain yang bertanding,  sekali gus mengelakkan unsur keganasan.

·        Calon-calon juga harus bertanggung jawab dalam memimpin dan menasihati penyokong-penyokong mereka supaya beradab dan tidak sesekali mencetuskan sebarang provokasi.

·        Kami juga menyarankan supaya dalam pilihan raya ini Islam tidak dipolitikkan sehingga boleh mencetuskan perpecahan diantara rakyat Muslim. Perpecahan dan pergaduhan diantara masyarakat Melayu adalah merbahaya untuk kestabilan negera kerana mereka merupakan populasi yang tertinggi di Negara ini. Sebarang keretakan serius dalam masyarakat Melayu akan memberi kesan buruk kepada Negara amnya.

·        Calon-calon juga diingatkan supaya tidak menghina atau membuat sesuatu yang boleh ditafsir sebagai percubaan untuk meruntuhkan institusi Rakyat yang bertanggunjawab terhadap keamanan Negara seperti Agensi Penguatkuasaan PDRM, SPR, Barisan pertahanan Negara dan lain-lain. Ini adalah penting untuk mengelak sebarang keganasan selepas keputusan pilihanraya diumumkan.


·        Kami menyeru supaya calon-calon fokus kepada isu-isu dan perkara-perkara yang dapat mendatangkan manfaat kepada Rakyat dan Negara daripada membangkitkan isu-isu yang bertujuan untuk menanam perasaan kebencian.

·        Kami difahamkan bahawa agensi penguatkuasa keselamatan negara sudah bersiap sedia untuk memantau dan melakukan segala sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang Negara untuk menjaga keselamatan Rakyat amnya. Kami menyokong penuh usaha pasukan keselamatan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

·        Kami juga menyarankan pihak penguatkuasa keselamatan mengambil langkah-langkah awal untuk menepis sebarang rancangan untuk mencetuskan kekecohan jika terdapat intelligence reports dan bertindak dengan tegas dalam lingkungan undang-undang Negara.

·        Pihak SPR juga telah mengeluarkan panduan mengenai etika berkempen dan tatacara kelakuan penyokong. Harap calon-calon baca dan amalkannya.

·        Kami menyeru supaya semua calon-calon membuat kenyataan rasmi mengutuk sebarang keganasan politik serta sebarang tingkah laku intimidasi terhadap sesiapa.


Akhir sekali, kita yang hadir disini yakin bahawa kesemua Rakyat Malaysia mahukan satu proses pilihanraya yang bebas daripada keganasan. Terima kasih juga kepada semua rapera-rapera yang telah berkerja keras dalam masa yang begitu suntuk untuk menjayakan sidang media ini.

Salam

No comments: