Memandangkan ramai sudah menyangka bahawa Anwar ibrahim akan menang, maka apakah tidak ada sebarang isu yang perlu difikirkan oleh Rakyat yang bertanggungjawap terhadap perjalanan politik dalam tanah air ini?
Saya perhatikan rata-rata perbincangan berkisar samaada BN haris bertanding atau tidak, patutkah Rakyat memboikot Pilihanraya ini kerana cara kerusi itu dikosongkan seolah-olah tanpa alasan yang munasabah. Bekas Adun tidak sakit dan sebagainya. Tanggapan umum ialah kerusi ini dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding dan selepas itu menjawat KM Selangor. Jika ini benar, pihak Pakatan akan menjustifikasikannya sebagai satu langkah yang perlu bagi mendepankan matlamat politik mereka iaitu menguasai Putrajaya nanti atau sekurang-kurangnya melemahkan BN lagi.
Pihak BN pula akan berhujah bahawa tindakan sedemikian bukan sahaja mengkhianati pengundi Kajang yang telah pilih Bekas Adun tetatpi adalah tindakan memanipulasi sistem demokrasi untuk tujuan politik sempit Pakatan. Apakah ini bermakna di masa hadapan nanti Adun-Adun yang di pilih sah dalam Pilihanraya boleh disuruh berhenti oleh pucuk pimpinan parti untuk memberi laluan kepada calon lain? Dan jika ini berlaku wang Rakyat akan dibelanja untuk memenuhi kehendak parti politik yang tukar fikiran terhadap calon yang sudah pun menang? Persoalan sedemikian mempunyai kesan jangan panjang terhadap penyuburan demokrasi dalam negara.
Saya khuathir bahawa Pilihanraya ini juga akan menjadi satu lagi sandiwara politik oleh kedua-dua pihak yang akan dipentaskan kepada Rakyat tanpa sebarang faedah mahupun hiburan. Kedua-dua pihak akan berpolitik dan berdrama dengan kualiti yang amat rendah sorta menghina minda Rakyat. Blogger-blogger upahan serta media perdana akan memainkan peranan untuk majikan masing-masing tanpa langsung menghiraukan kesejahteraan Rakyat pada jangan panjang.
Saya percayaPilihanraya ini juga tidak akan membolehkan Rakyat mendengar fakta-fakta sebenar untuk membuat keputusan yang bijak dan tepat. Pakatan akan menghentam BN dan BN akan menghentam defensif.
BN tidak akan gunakan peluang yang ada ini untuk menjelaskan dengan jelas apakah BN telah lakukan untuk Rakyat sejak menang pru13. Ada banyak sebab mengapa penjelasan yang jelas tidak akan berlaku - saya percaya mereka yang boleh berfikir boleh menekanya.
Saya juga lihat Pilihanraya Kecil ini sebagai satu strategi Pakatan yang telah mengejutkan dan "snooker" BN. Jika saya benar, ini menunjukkan kualiti pasukan pemikir politik dan startegis dalam parti BN. Kerajaan "incumbent" dihadapai dengan "snooker" Demi "snooker" oleh parti pembangkang dimedan politik !
BN dan terutamanya UMNO harus sudah boleh menanam sikap merendah diri yang dapat membolehkan nya akui kelemahannya dan nakhodanya pula perlu berani mengambil langkah-langkah perlu. Jangan lah selalu bersikap nak buang air baru nak bina tandas. Jangan juga asyik guna penasihat-penasihat politik yang satu ketika dahulu mungkin hebat tetapi peredaran masa memerlukan mereka diberikan hadiah berehat.
Saya percaya walaupun Anwar Ibrahim akan menang dan Pilihanraya ini dicetuskan oleh Pakatan, namun pandangan Rakyat adalah pada BN dan. UMNO.
Pilihanraya Kecil Kajang sebenarnya satu lagi peluang bagi UMNO untuk menenjukkan kepada Rakyat samaada is telah matang atau terperangkap dengan nostalgia lama. Malangnya, tekaan saya ialah bukan sahaja UMNO tetap dengan nostalgia lama namun is akan bawa "pembesar-pembesar" lama yang sudah ketinggalan masa untuk beekempen - sekaligus menyakinkan Rakyat bahawa BN dan UMNO tidak ada sesuatu yang baru untuk rakyat.
Salam.
1 comment:
Tuan
Assalamualikum
Rakyat mash menaruh harapan pemimpin akan beekhidmat pada Rakyat . Saya rasa ramai yang rasa PM seolah olah tidak berani hadapi pelbagai isu. Adakah is takut pada Mahathir?
Hasan
Post a Comment