Followers

Thursday, November 19, 2009

Peristiwa penuduhan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin: mencabar kewibawaan Mufti dan menimbulkan persoalan lain?

oleh: Jahaberdeen Mohamed Yunoos

Kosmos online melapurkan bahawa:

“Mengikut pertuduhan, Asri didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah daripada JAIS di kediaman No. 2, Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang dekat sini antara pukul 8.10 malam dan 9.45 malam 1 November lalu.
Asri didakwa mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan”.

Di dalam “sejarah agama Islam” di Malaysia, ini merupakan pertama kali seorang bekas Mufti di dakwa diatas pertuduhan mengajar tanpa bertauliah. Pada peringkat ini, memang terlalu awal untuk membuat sebarang komen terhadap inti pati pertuduhan kerana kes ini belum bermula lagi. Sepasti nya perjalanan kes ini akan melibatkan pelbagai perkara seperti takrif “mengajar”, “agama Islam” dan sebagai nya. Dari aspek ini, mungkin perjalanan kes ini akan meningkatkan kefahaman orang awam mengenai “pentadbiran agama Islam” oleh “ajensi agama” di Negara ini.

Memandangkan dewan Undangan Negri Selangor telah meluluskan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 dan kini sudah pun ada pertuduhan di bawah Enakmen ini di hadapkan teradap Dr Asri dalam Mahkamah Syariah, maka seelok nya kita biarkan proses undang-undang ini berjalan. Dalam konteks ini, tidak tepat juga seorang Ahli Parlimen yang tidak berparti (tetapi tidak jelas bebas) untuk mempersoalkan implementasi undang-undang ini yang di bawah kerajaan PKR. Ia seharusnya bertanya kepada kerajaan Selangor.

Namun, kita harus mengkaji nya dari aspek-aspek yang lain. Pertama, Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa pihak Jais berpendapat seorang Mufti itu sendiri perlu untuk mendapatkan tauliah apabila tempoh nya sebagai mufti habis. Seorang Mufti di anggap atau sekurang-kurang nya di ketengahkan kepada masyarakat sebagai seorang yang arif di dalam agama Islam. Mufti di anggap bukan sahaja sebagai seorang “jurist” atau ahlul fekah tetapi sebagai seorang “ulamak agama”. Hampir jarang atau tidak kedengaran seorang Melayu Muslim tidak setuju dengan pandangan seorang Mufti kalau dibandingkan sebagai contoh dengan Peguam Negara.

Ini adalah kerana seorang Mufti bukan sahaja di lihat sebagai pakar undang-undang syariah tetapi secara amnya sebagai seorang agama yang disegani. Persepsi am selama ini ialah: bercanggah pendapat dengan seorang Mufti samalah dengan bercanggah pendapat dengan ajaran Islam. Besar kemungkinan pertuduhan terhadap Dr Asri akan mengubah persepsi ini di kalangan masyarakat terhadap kumpulan orang agama. Kini jelas bahawa seolah-olah seorang Mufti hilang “kewibawaan” bercakap mengenai Islam apabila ia menjadi bekas Mufti.

Kalau kita ambil contoh Peguam Negara, satu jawatan yang di hormati oleh peguam-peguam di Negara ini, perkara sedemikian tidak timbul. Bagi Peguam Negara, sebarang pandangan yang bercangah dengan beliau tidak menjadi masalah langsung. Beliau tidak akan kecil hati serta tidak menjadi kesalahan di bawah “perundangan sibil”. Ini adalah kerana didalam disiplin perundangan sibil, perbezaan pandangan benar-benar dianggap sebagai memperkayakan sistem perundangan Negara. Kepelbagaian pandangan adalah suatu yang lazim dan tidak seorang peguam mahupun peguam Negara sendiri yang menekankan hanya pandangan nya diterima sebagai betul. Kesemua hujah-hujah adalah berasaskan nas dan kemunasabahan.

Kedua, faktor keperluan untuk mendapatkan tauliah untuk “mengajar Islam” juga mungkin menimbulkan pelbagai persepsi. Ia membawa implikasi bahawa amalan Islam di Negara ini terikat amat rapat dengan perundangan. Dalam ertikata lain, seorang Melayu Muslim dalam Negara ini tidak dapat mengamalkan Islam kecuali seperti mana yang ditentukan oleh perundangan syariah Negara ini iaitu pengubal-pengubal undang-undang tersebut. Adakah ini membawa maksud bahawa individu Muslim tidak mempunyai sebarang pemilihan dalam mengamalkan Islam seperti mana yang difahami oleh nya?

Walaupun perkara ini adalah berkaitan dengan “mengajar mengenai Islam”, namun rakyat Muslim akan bertanya samada wujud nya perundangan-perundangan lain yang tidak diketahui umum yang membatasi atau mengawal amalan Islam mereka. Tanda tanya ini menjadi serius apabila orang awam membandingkan diri mereka dengan seorang yang berstatus bekas mufti dan graduan universiti berkelulusan phd.

Ketiga, peristiwa ini juga akan mencetuskan perbincangan mengenai apakah yang dimaksudkan dengan istilah “undang-undang” syariah di Negara ini? Ahli akademik memang arif tentang maksud istilah ini dari aspek teori nya. Begitu juga orang awam sekian lama menganggap bahawa istilah ini merujuk kepada “undang-undang Islam” tanpa sebarang soal atau selidik. Namun, kini akan timbul apakah maksud istilah ini dari segi praktiknya?

Setiap orang Islam yang mengambil agama nya secara serius tahu bahawa amalan agama nya adalah bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Ramai yang tidak sedar bahawa perundangan syariah dalam praktis adalah juga bersumberkan ijma ulama dan kias. Kini, seolah-olah terdapat satu lagi kawalan terhadap amalan mereka dari segi praktik iaitu perundangan yang di istilahkan “syariah”. Adakah menjadi kesalahan dibawah perundangan syariah Negara ini sekiranya seorang rakyat Muslim ingin mengesahkan samada yang di istilahkan sebagai “undang-undang syariah” itu benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah? Bagaimana jika seorang Muslim itu berpandangan bahawa suatu peruntukkan dibawah undang-undang syariah itu tidak bertepatan dengan AL-Quran dan Sunnah?

Persoalan-persoalan seperti diatas perlu diperjelaskan oleh kerajaan serta ajensi agama supaya Muslim yang ikhlas tidak terlanggar undang-undang syariah Negara ini.
Persoalan-persoalan ini juga penting supaya rakyat Muslim tahu tanggunjawap mereka dibawah undang-undang syariah di Negara ini. Pendekata, jika rakyat Muslim tahu bahawa Islam amalan Negara ini adalah seperti yang ditentukan oleh agensi-agensi agama, maka mudah bagi rakyat Muslim untuk merujuk kepada ajensi berkenaan mengenai sebarang kemusykilan agama.

Jika ini kedudukan nya, paling elok ialah sebuah buku diterbitkan untuk kegunaan rakyat Muslim supaya mereka tahu amalan Islam yang dibenarkan. Melalui cara ini, kita dapat mengelakkan perlanggaran undang-undang secara tidak sengaja.

Salam.

14 comments:

jon pour do care said...

Salam Bro. Jay,

Before I make any comment(s) on the matter raised, would like to pose this question. I can get any law books at most of the book stores on Commercial Law, Banking Law, Marine Insurance Law, CPC and etc...etc, BUT why is it that I cannot get any books on the State Syariah's Laws at these places ?

Is it because that the knowledge (I meant knowing) of these laws are EXCLUSIVE and only certain can know about it ?

niasara said...

Dah tu,Jahamy dok tunggu apa lagi...Oxford punya takdak dateline...so tulis ajelah buku ni dulu.


Jon dear do care...EXCLUPOLITICS :)

editorsemasa.net said...

Buku tentang amalan yang dibenarkan oleh Islam? Wowww... nampaknya kebanyakan orang memang tak nak baca Al-Quran!

Dr Ngo Han Chiang said...

Respon cepu saya adalah berikut :


‘Mengajar agama tanpa tauliah’ menarik perhatian masyarakat umum di Malaysia lebih-lebih lagi ia melibatkan agama rasmi dan juga seorang bekas mufti.


Di satu pihak kerajaan telah gagal menyampaikan ajaran sebenar Islam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia, timbul pula pertuduhan yang mengelirukan yang pada hemat saya bukan keadaan yang kondusive untuk menukarkan persepsi kurang baik masyarkat bukan Islam terhadap agama Islam secara seluruhnya.


Tidak dapat dinafikan peranan pertubuhan seperti PERKIM dan yang berkaitan tetapi kita tidak pasti orang atasan mereka juga mempunyai pemikiran seperti JAIS, yang mempelopori satu-satu fahaman atau mazhab. Sama ada ASWJ atau Wahhabi atau anti Wahabbi dan atau lain, semua ini mungkin tidak mempunyai kesan positif terhadap pandangan masyarakat bukan Islam di Malaysia terhadap ajaran agama Islam yang sebenar.

Sekiranya ‘Mengajar agama tanpa tauliah ‘ ini boleh dipanjangkan dan digunakan pakai terhadap agama lain misalnya Tao, Hindu atau yang lain, saya yakin ramai di kalangan ‘cerdikapandai konon’ ini pasti telah diheret ke mahkamah dan memenuhi penjara Malaysia.

Saya yakin ramai pembaca yang arif berfikir pasti bersetuju bahawa tidak semua ulama konon itu berkelayakan pun untuk menyatakan mereka lebih layak kerana seringkali yang berlaku adalah mereka merupakan golongan penyangak besar kerana maksud kuasa dan kekuasaan.

Saudara Jahamy mencadangkan Buku Panduan Ajaran Islam, mungkin cadangan yang baik tetapi cuba lihat buku tek ajaran Islam di sekolah , banyak yang tidak relevan dan kadangkala mengaibkan murid dan guru sendiri.

Mungkin cadangan saudara Jahamy mempunyai maksud sinis terhadap episod pertuduhan Dr Asri.

salam

niasara said...

Salam Editorsemasa.net,
Bukan ramai orang islam tak mau baca al-quran.

1.Sarah sekolah rendah n menengah di kampung,cikgu dok cerita sirah nabi,ajar pasal tauhid,tekankan teknik pembacaan al-quran dengan betul,tapi cikgu tak ajar pun agar penuntut memahami,memikirkan isi kandungan al-Quran tersebut.Oh...mungkin ketika itu,kami di bawah umur!

2.Masuk sekolah menengah,rata2 dah akil baligh.Kita ada subject Pendidikan Islam...kami diajar hukum hakam~semua linear,tidak perlu berfikir...hanya perlu menhafal.Fasal nak scrore A1 !

3.Pukul 3 petang,Sarah akan ke madrasah...sama seperti di sekolah,belajar tauhid,sirah,fardhu ain,tentang kifayah,dan yang paling best...nasyid!hehe

Rata2 yang khatam (bukan khatan yea) Quran berkali-kali...hanya khatam membaca tapi kosong!

Tak sesuai mengatakan orang Islam tak rajin atau tak suka baca Quran.Yang nak diketengahkan disini ialah :

Memahami dan menggunakan segala isi kandungan Quran itu di dalam segenap ruang lingkup kehidupan.

Semua ni takkan boleh tercapai,kalau dari kecil lagi disogokkan dengan kelas2 atau silibus yang hanya melahirkan masyarakat yang tidak bersungguh-sungguh mencari ilmu,masyarakat yang tak berfikiran kritis.

Salahkah jika ada sebuah buku yang mampu memudahkan pemahaman tafsiran al-Quran itu sendiri?

Dalam satu malam,Sarah boleh bersengkang mata membaca beratus-ratus mukasurat buku .Tapi bila membaca tafsiran al-quran tak sampai 200 m/s Insyallah... tertidur.

Bukan semua mampu dan ada kemahuan membaca tafsir al-Quran.Kemudian berfikir,memahami lalu lekat di fikiran dan perbuatan.Perlu masa,dan "DEMI MASA,SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DI DALAM KERUGIAN" dengan rutin seharian,facebook lagi :P

Sarah bersependapat dengan Dr.Ngo,kerajaan gagal menyampaikan ajaran sebenar Islam itu sendiri bukan sahaja pada yg bukan Islam tetapi kepada masyarakat Islam Malaysia sendiri.

Seharusnya silibus Pendidikan Islam baik di tahap rendah atau menengah itu sendiri perlu dikaji semula.

Untuk jadi manusia yang amanah, perlu akan latihan dan masa.Bak kata pepatah melayu 'melentur buluh biar dari rebungnya'

Usul Jahamy kedengaran sinis,tapi tak salah untuk difikirkan dan dipertimbangkan.

editorsemasa.net said...

Niasara,

Baca Quran maksud saya baca dalam keadaan faham. Kalau baca tak faham itu bukan baca namanya. Itu.. entahlah nak panggil apa.

Al-Quran sebenarnya perlu dibaca dengan kefahaman yang tepat dan jelas kerana ia merupakan manual kehidupan untuk setiap individu. Ia sebuah manual yang dibekalkan oleh Tuhan sendiri melalui rasul-Nya kepada kita. Ia memberi pedoman lengkap tentang jalan hidup yang selaras dengan sistem ataupun aturan peraturan yang Tuhan nak kita ikuti supaya kita beroleh kejayaan dalam hidup ini.

In that sense, kita tak perlu buku lain selain dari Al-Quran untuk mencari arah kehidupan yang lurus. Ya, kita boleh baca buku yang menampilkan ilmu dalam pelbagai bidang untuk menyempurnakan peranan kita sebagai khalifah-Nya. Tetapi kita sebenarnya tidak perlu buku agama. Tidak ada buku agama yang boleh menggantikan Al-Quran.

Buku agama tulisan manusia biasanya lebih memaparkan ideologi sempit berbanding dengan keluasan ruang berfikir dan mencapai yang Tuhan bentangkan di hadapan kita.

Salah satu sifat ideologi adalah ia berbeza-beza mengikut siapa yang membawanya. Misalnya mahzab merupakan suatu bentuk ideologi, sebab itulah ia berbeza-beza. Bila kita ikut mazhab, kita bukan ikut Tuhan tetapi kita ikut ideologi seseorang.

Hubungan kita dengan Tuhan adalah isu yang bersifat peribadi dan tidak boleh ikut-ikut orang. Kita perlu berfikir dan membuat keputusan sendiri. Menuruti orang lain tanpa minda yang kritikal boleh menyebabkan kita terjebak ke dalam perangkap yang memperdayakan.

Pendek kata, kita tak ada pilihan lain selain mengasah kemampuan untuk membuat keputusan berdasarkan Al-Quran dalam setiap aspek kehidupan tanpa sebarang kompromi mengenainya. Inilah yang kita patut tekan dan promosikan.

Jahaberdeen @ Jahamy @ Jabar said...

editorsemasa.net,

setuju!

salam.

Dr. Ngo said...

Salam,

Saya yakin semua kitab yang diwahyukan tidak bertujuan untuk menyusahkan manusia daripada memahaminya melainkan manusia sendiri yang menyukarkanya. Cuba baca ‘kitab-kitab ciptaan manusia’ seperti Vedas, Bahgavad Gita, Budhha. Tao (jika ada), Zorastrianism, Sikhism atau yang lain, pasti anda mendapat jawapan yang sama seperti saya.

Justeru alasan yang menyatakan kitab Al Quran ‘adalah susah difahami maka kita tidak membacanya’ adalah meleset sama sekali. Kita pandai cara alasan bila malas dan lebih cenderung pula untuk menghabiskan masa yang panjang untuk duduk dan mendengar ceramah ‘ulama konon’ berbanding dengan usaha membaca dan memahami Al Quran itu sendiri.

Golongan 'ulama konon' sedemikian dipuja sehingga menjadi Manusia Perkasa berbanding dengan Tuhan yang Maha Perkasa!

niasara said...

Editorsemasa.net

Setuju!setuju!setuju!

Membaca tanpa kefahaman :itulah yang dinamakan menghafal(itu pun tak tau?)

2.Sapa pulak kata ada buku lain boleh ganti al-Quran,Che' tak kata pun lagu tu...che' kata...che'lah kata "masalah che' bila baca terjemahan quran,cepat mengantuk'

Jenuh dok baca surah an-Nas,tetap juga setan bisik 'tidurlah Sarah...' :P

TETAAAAPI!!!Bila kena cara penyampaian seperti al-kuliyah,dok dengaq Harun Din,laling Asri,Uncle Fadzilah and Jahamy bercerita tentang Quran,boleh pula 'dengar,faham,fikir dan ingat'

Editorsemasa.net KU ...1.Niasarah tetap mengatakan "Ramai suka baca,tapi malas fikir"

2.Kementerian pendidikan patut semak semula silibus...Sarah tak rela anak Sarah nanti buta dalam berilmu.Hmmm...hantaq sekolah private la jawabnya...hmmmm (`~*)

3.Ulama ke,bukan ulama ke...yang pasti ramai yg guna 'al-Quran untuk $$$!!!

4.Campaign baca Quran tu,patut tukaq pada 'Campaign BBQ-BACABINCANGQURAN'

5.La ni kita tau...post Jahamy ini adalah sinikal.Terbit buku panduan juga sinikal!JADI PENYELESAIANNYA APA???

p/s
Sarah nak tanya sikit...selain dari menulis,dok bincang kat blog,bincang over the coffee...apa sebenarnya yang boleh dilakukan secara berkesan bagi membetulkan segala macam kepincangan?

Cakap!Cakap!Cakap!Tulis!Tulis!Bincang!...lupa!

Hmmm...reformasi ke?

niasara said...

Editorsemasa.net,
Eja betoi2 niasara'H' ...nama kita ada huruf 'H'.Nama business kita takdak 'H' ...NiaSaravanan pula...nama kembaq kita!

Baca,faham dan ingat ok! hehe...

Salam

niasara said...

Salam Dr.Ngo,

1.Betul!Betul dan Betul!Nanti Sarah baca ya semua kitab2 tu,Jahamy jangan kedekut,kasi pinjam lagi next meeting...(yg muda mesti hormat dan ikut nasihat yang...kurang muda,yang kurang muda pula mestilah mengajar yang muda).
Jgn sombong di dalam berilmu!

2.Hebatnya penguasaan Bahasa Malaysia! Wow3X!!!

editorsemasa.net said...

Niasarah,

Hal berkaitan beragama secara menurut ini tidak mungkin dapat kita selesaikan. Majoriti manusia di atas mukabumi ini adalah dari golongan seperti itu.

Pendek kata semua penganut agama, tak kira agama apa pun adalah mereka yang saya maksudkan. Tuhan telah melantik banyak rasul yang menjadi penyampai kepada wahyu yang sama, yang bersifat universal, yang sepatutnya mampu diterima oleh setiap manusia.

Malangnya manusia lebih cenderung untuk menyempitkan fikiran mereka dan menjadi bodoh sombong. Mereka tidak mengambil Tuhan sebagai pelindung tetapi memilih ulama, sami, paderi dan rabi sebagai tempat bergantung.

Bila kita baca Al-Quran kita dapati Tuhan banyak memperingatkan kita tentang kisah-kisah keingkaran umat-umat terdahulu, misalnya umat Kristian dan Yahudi. Sebenarnya umat-umat yang terdahulu itu pun telah diberi peringatan yang berbentuk serupa melalui wahyu yang disampaikan rasul-rasul di kalangan mereka.

Kalau kita fahami betul-betul semua peringatan Tuhan tentang kaum-kaum terdahulu akan membawa kita kepada satu kesimpulan, iaitu, semua umat penerima wahyu cenderung mengingkari Tuhan dengan mengubahsuai apa telah disampaikan sekadar untuk diadaptasi secara olok-olok ke dalam agama asal mereka yang telah sedia sesat. Hakikatnya mereka kekal dalam agama asal mereka sebagaimana sebelum datangnya rasul.

Jika umat penerima Taurat, Injil dan Zabur kekal sesat dalam agama mereka, apakah Niasarah fikir umat Al-Quran tidak boleh termasuk dalam perangkap yang sama? Jadi kita kena soal, adakah umat Islam memiliki sebarang persamaan dalam tabiat beragama mereka dengan kaum-kaum yang pernah Tuhan laknat dahulu?

Saya fikir persamaannya banyak dan begitu nyata untuk kita tidak dapat mengesannya.

jay said...

editorasemasa,

excellent comment! thank you for sharing.


peace !

niasara said...

Editorsemasa,

Terima kasih,iyo...iyo...Sarah setuju dan percaya (bukan setuju dan ikut).

Insyallah...saya akan baca satu demi satu.

Peace !

Cik Bunga.