Followers

Thursday, July 17, 2014

Biadap itu Biadap tanpa mengira kaum atau agama.


1. Allah swt tidak mengkhususkan kebaikan bagi satu kaum dan kejahatan bagi kaum yang lain. Ada orang baik dan jahat dalam semua kaum.

2. Kesalahan, kebiadapan dan dosa tetap kesalahan, kebiadapan dan dosaa tanpa mengira kaum atau agama. Yang baik tetap baik dan yang jahat tetap jahat.

3. Jangan kerana seorang manusia daripada kaum tertentu itu bersikap jahat atau biadap, maka kita hukum keseluruhan kaum itu sebagai jahat atau biadap.

4. Allah swt lah yang mencipta kita pelbagai bahasa, kaum, warna, budaya dan sebagainya. Kepelbagaian ciptaan ini mencerminkan, diantara lain, kebesaran dan rahmah Allah kepada kita.


5. Kita dicipta pelbagai kaum, bahasa dan budaya bukan untuk bermusuhan atau untuk mendiskriminasi manusia lain berdasarkan kaum atau budaya. Kita disuruh saling berkenalan dan sentiasa berlaku adil dan mengejar untuk melakukan perbuatan baik.

" Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (Quran 49:13)

6. Yang biadap atau jahat bukan kaum Melayu, kaum Cina, kaum Rusia, kaum Eropah, kaum Venezuala, kaum India, kaum Jerman, kaum Uzbekistan, kaum Arab dan sebagainya. Yang biadap dan jahat ialah individu yang biadap dan jahat.

7. Oleh yang demikian, jauhilah daripada bisikan Iblis dan syaitan untuk memporak perandakan masyarakat dengan menjadikan perbuatan orang jahat dan biadap sebagai satu isu perkauman.

 "Orang-orang yang beriman, dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman; bagi merekalah keamanan, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar" (Quran: 6:82)

Salam.

No comments: