Followers

Wednesday, August 26, 2009

JOMHEBOH: KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO DISEBAT?

Firstly, I apologise that this article is quite lenghty. Secondly, it is written in Malay as I hope Malays will read it. It is meant for them.

Kes Kartika Sari Dewi Shukarno menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak – PM, politikus, pakar undang-undang, Ketua Hakim Mahkamah Syariah negeri Terengganu dan lain-lain. Rata-rata nampak nya tidak menyokong hukuman sebatan keatas Kartika.

BAGAIMANA KES IN TIMBUL?

Kartika di dapati meminum bir di Cherating Bay Lounge, the Legend Hotel di Cherating at about 11.40pm on July 11, 2008. Beliau telah dihadapkan di Mahkamah Syariah diatas tuduhan meminum bir yang menjadi kesalahan jenayah dan dihukum dibawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam dan Adat Melayu. Beliau mengaku salah.

JADI, APA KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUANTAN?

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Datuk Abdul Rahman Yunus yang mendengar kes ini telah memerintah hukuman terhadap Kartika dengan denda RM5,000.00 dan sebatan 6 kali dengan rotan. Hakim Mahkamah Tinggi ini merasakan wajar untuk mengenakan hukuman sebatan yang paling maksimum yang dibenarkan oleh Enakmen Syariah Pahang terhadap Kartika. Beliau menjalankan tugas berdasarkan apa yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah Negeri Pahang. Didalam penghakiman beliau, Datuk Abdul Rahman juga berkata Kartika akan dipenjarakan selama 3 tahun sekiranya gagal untuk membayar denda itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Datuk Abdul Rahman Yunus juga dilaporkan berkata

"The court reached the judgment after the accused pleaded guilty. We feel the sentence is fair after going through the prosecution's argument and since the rotan is provided for in the law.

"The rotan is aimed at making the accused repent and serves as a lesson to Muslims."

Mahkamah merasakan hukuman itu adalah adil. Mengikut Hakim, hukuman itu juga bertujuan sebagai pengajaran kepada Muslim yang lain.

Pihak pendakwaan (iaitu bagi pihak kerajaan Pahang), diwakili oleh timbalan pendakwara Saiful Idham Sahimi. Kartika pula diwakili oleh seorang peguam syarie bernama Mohd Zuki Che Muhamad Ghani.yang mengesahkan bahawa Kartika tidak akan merayu terhadap hukuman.

Kes selesai. Hanya menunggu hukuman untuk dilaksanakan. Lazimnya tidak ada yang mempertikaikan lagi keputusan yang di buat berlandaskan undang-undang yang telah di luluskankan oleh Dewan Undangan Negeri bersama dengan kelulusan Raja-raja Melayu.


APA PULA PENDIRIAN KARTIKA?


Sebenarnya, aneh bertanya soalan diatas kerana kita jarang bertanya soalan: apakah pendirian penjenayah dalam mana-mana kes. Dari kacamata undang-undang Syariah Pahang, Kartika telah melakukan kesalahan jenayah iaitu meminum bir. Namun keadaan kes ini memerlukan kita bertanya soalan diatas.

Kartika dilaporkan berkata demikian:

“I will accept this Earthly punishment, let Allah decide my punishment in the hereafter…for now the court has yet to tell me when the sentence will be carried out, so I would like to ask them to hasten it.
“I truly respect the court’s decision…I admit that it’s my offence and not that of others’, it’s not the offence of my parents, not the offence of my other family members,” a teary Kartika Sari Dewi told reporters when met here, on Wednesday.
Beliau akur dan menghormati keputusan Mahkamah Syariah itu dan mahu hukuman ini dijalankan dengan secepat mungkin. Beliau mahu perkara ini selesai secepat mungkin. Beliau juga minta supaya hukuman ini dijalankan di hadapan khalayak ramai, in public. Secara logic, kalau niat Hakim Syarie adalah untuk perkara ini menjadi pengajaran kepada Muslim yang lain, mungkin bernas permintaan Kartika bahawa ia di rotan di hadapan khalayak ramai. Mana tahu, dengan demikian kita dapat membanteras sekali gus “gejala dasyat meminum bir ini”.

Malangnya, selepas dijatuhkan hukuman dan rela menjalani hukuman, pelbagai pihak pula kini cuba melenggahkan hukuman ini! Pelbagai pihak ini pula bukan lah jenis yang terdiri daripada demonstrasi jalanan tetapi yang berkuasa, yang dianggap bijak pandai serta yang dianggap pakar dalam bidang syaria dan undang-undang.

Melenggahkan hukuman syaria Negeri Pahang ini memberi tekanan kepada Kartika sehingga beliau di laporkan sebagai berkata bahawa beliau di perbuat sebagai bola sepak oleh pihak-pihak tertentu:

Describing herself as "a football being kicked around", she questioned her status because the religious department had not given her any definite answer for not carrying out the punishment on her"

Ada juga pihak-pihak yang seolah-olah tidak senang dengan hukuman yang dikenakan keatas Kartika.

SIAPA YANG KOMEN, SIAPA YANG KURANG SENANG? MENGAPA?

Dr Lo'lo Mohd Ghazali MP Titiwangsa telah disalah lapor oleh berita perdana tertentu kononnya beliau tekejut bahawa Mahakamah Syariah di Malaysia membenarkan hukuman rotan bagi pesalah wanita. Beliau memberi penjelasan didalam blog nya

dimana beliau jelas menyokong hukuman ini. Beliau menulis:

“Memang saya terkejut kerana ada juga Mahkamah Syariah di Malaysia yang berupaya menghukum pesalah dengan hukuman sebegitu walaupun peruntukkan tersebut telah lama ada. Tetapi baru sekarang hukuman sebegitu dijatuhkan bagi pesalah kesalahan tersebut. Saya amat bersetuju dengan hukuman tersebut kerana sekurang-kurangnya hukuman tersebut begitu hampir dengan hukuman Hudud. Di dalam Hudud, hukuman bagi pesalah minum arak adalah 40 kali sebatan malah ada ulamak yang mengatakan sehingga 80 kali sebatan”.

Beliau juga menulis:

“Akhir sekali, SYABAS KEPADA MAHKAMAH SYARIAH KUANTAN dan Syukur Alhamdulillah kepada Puan Kartika Sari Dewi Shukarnor yang telah menginsafi perbuatan tersebut. Moga Allah menerima taubat hambaNya yang menyesali kesalahan. DI SINI SAYA LONTARKAN PERSOALAN INI KEPADA SEMUA ORANG ISLAM DI MALAYSIA, SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA DISEBAT DALAM ISU ARAK DI MALAYSIA??...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berpendapat bahawa Kartika seharusnya membuat rayuan terhadap hukuman tersebut (Kartika tidak mahu rayu.). Manakala, Menteri Dalam Negeri Dato’ Hishammuddin Onn pula mengatakan bahawa kita tidak mempunyai pengalaman serta “expertise” dalam menjalankan hukuman ini. (Kalau tidak ada expertise, mengapa di jadikan undang-undang?)

Menteri Wanita, keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan itu adalah keterlaluan



Di lapurkan juga bahawa timbalan president Persatuan Peguam-peguam Syarie Malaysia iaitu Musa Awang menanggap kenyataan sedemikian merupakan satu cabaran serta penghinaan kepada Mahkamah Syariah Kuantan. Memang aneh apabila ada kenyataan mempertikai dibuat terhadap suatu hukuman yang diperintah oleh suatu Mahkamah berlandaskan undang-undang sedia ada. Lagi pun, pesalah sendiri yang diwakili oleh peguam yang semestinya diberi nasihat guaman telah memutus untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan!

Musa menjelaskan bahawa “a rotan or small branch should be used for whipping and that it should be not more than 1.22 metre long and not more than 1.25cm thick” mengikut undang-undang Syariah. Hukuman syariah di terima rata-rata sebagai hukuman Allah.

Ketua Hakim Syariah Terengganu Datuk Ismail Yahya juga membangkitkan isu bahawa jika Kartika ditahan dalam penjara untuk di sebat, ini adalah ultra vires perlembagaan iaitu melanggar peruntukkan perlembagaan.

Nampak nya jalan keluar ialah untuk pihak TPR membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan Syariah Pahang supaya hukuman terhadap Kartika ditambah dengan hukuman penahanan dalam penjara!

Penasihat Jakim Mohd Zulbahrin Zainuddin pula dilaporkan berkata bahawa penjara hanya lah tempat untuk Kartika menungu untuk menjalankan hukuman dan ia nya bukan lah hukuman tambahan”.

Majlis Peguam juga di laporkan berpendirian bahawa hukuman sebatan in bertentangan dengan hak asasi manusia. Tetapi ini bukan kah sudah di luluskan sebagai undang-undang syariah negeri Pahang?

JADI, APA DENGAN SEMUA INI? APA HEBOH NYA?

Saya pun kurang faham. Kenapa ada MP atau Adun kini sahaja membuat pelbagai komen terhadap hukuman syariah dalam Negara ini? Dimana mereka ini sepanjang 50 tahun selepas merdeka dimana pelbagai undang-undang syariah digubal dan diluluskan? Bukan kah Adun-adun BN yang meluluskan semua undang-undang syariah yang ada hari ini? Mengapa tidak bahas, komen dahulu atau teliti dahulu semasa pembentangan dalan dewan undangan negeri dan di luluskan sebagai undang-undang? Tak berani ke? Atau jahil? Atau tak peduli? Atau ketiga-tiga sekali?

Labi pun, bukan ke hampir semua rakyat Melayu menerima undang-undang syariah dalam Negara ini sebagai hukuman Allah atau setidak-tidak nya hampir dengan hukuman “hudud” yng di terima sebagai hukuman Allah? Kalau jawapan nya ya, kalau pesalah dah mengaku salah, mengapa heboh? Hukuman Allah boleh tukar-tukar sesuka hati ke? Aneh!

Kalau jawapan nya tidak, mengapa tidak mahu mengorak langkah kearah reformasi undang-undang syariah? Mengapa tidak lakukan tajdid? Kalau tidak boleh, tidak mampu atau tidak peduli, diam saja lah wahai YB-YB!

I have raised the matter of tajdid to various MPs, ministers, including one former deputy prime Minister and even one former Prime Minister (when he was PM). Some agree with me in private and the others – they cannot understand it! Actually, I felt that they do not care because it is politically sensitive.

Fire fighting attitudes among the elected representatives is becoming tiring and boring for the Rakyat! If you cannot do the job, just resign and give up/sacrifice the” glory”. Be a shopkeeper or a hawker somewhere – at least you earn rezeki yang halal!

Peace !

NOTA: Saya juga kurang faham bagaimana penundaan hukuman ini pada bulan Ramadan di anggap sebagai "menghormati bulan Ramadan". Menundakan perjalankan hukuman syariah yang diterima oleh Melayu di negara ini sebagai hukuman Allah adalah penghormatan ke? Saya memang kurang faham pemikiran ini.

12 comments:

Anonymous said...

Terdapat pelbagai kesalahan tatabahasa serta ejaan di sini. Walau yang membacanya Melayu,belum tentu boleh faham.

Good try though : )

Jahamy said...

niasara,

ini blog la....mesej lah yang penting. Sorry, tak sempat edit!

jon pour do care said...

Salam Bro. Jay,

Yes brader, agree with you on the tajdid !

On another note, if this lady is so eager to submit herself to this man made law, SO BE IT ! (Free country ma ! kan..kan..kan..!)

Anonymous said...

Bukan kira a free country, ini maknanya MP Mp dulu kala yang mengubal undang undang pakai cut and paste sahaja.

Sekarang apa algi ada pada Melayu, nak tukar ugama pun tak boleh, kalau sudah tidak suka, ini macam duduk tunggu masa hendak kena hukum gantung sedangkan member sekeliling bukan berugama Islam boleh buat apa yang orang melayu tidak boleh buat.

Ugama ugama juga, apa sudah jadi kepada kebebasan individu Melayu? Hancur lebur berkecai.

Sudah sampai masa Melaysia dibahagikan kepada dua states.

Pendapat saya.

Anonymous said...

Perihal Kartika boleh digambarkan sebagai hubungan tarik-menarik bahasa dan manusia.

1.Mesej ialah informasi yang disampaikan menerusi tulisan dan vokal.Mesej tidak akan dapat difahami jika manusia tidak mengetahui makna.

Dalam kes Kartika, mesejnya : Hukuman menurut undang-undang Syariah keatas orang Islam yang meminum minuman yang memabukkan.

2.Makna sesuatu ayat bukanlah hanya satu rangkaian kata tetapi idea yang melahirkan rangkaian itu. Makna sesuatu ayat terhasil daripada pengetahuan kita tentang bagaimana tatabahasa yang juga disebut sebagai peraturan ketertiban diinterpretasikan dalam bahasa.

3.Interpretasi makna yang berbeza berlaku akibat pengabaian tatabahasa atau peraturan yang merupakan mekanik sesuatu bahasa.

Dalam kes Kartika.Interpretasi yang berbeza ke atas hukuman(bahasa) yang dijatuhkan tidak lain disebabkan pengabaian masyarakat dalam memahami peraturan dan meremehkan perlaksanaanya.

4.Kesilapan dan pengabaian tatabahasa boleh berlaku atas pelbagai sebab termasuk faktor bukan linguistik seperti kegagalan ingatan, keletihan fizikal dan kemabukan.

Kesalahan Kartika dan mereka yang menentang hukuman ini pula mungkin berlaku disebabkan ketidakfahaman, kejahilan dan kedegilan dalam menginterpretasi sumber utama undang-undang Islam iaitu al-Quran,diterangkan juga dalam surah al-Maidah.Sendiri bacalah...kerana saya bukan ahli.

Kesimpulan

Bahasa adalah alat interaksi sosial,matlamat bahasa itu sendiri adalah penyatuan,justeru itu sebagai alat ianya sering dipolitikkan.
Matlamat undang-undang pula adalah untuk melindungi dan memberi pengajaran seterusnya membentuk perpaduan (antara manusia, alam dan tuhan)

Jika kita sendiri mengabaikan kedaulatan bahasa...apa yang nak dihairankan apabila undang-undang diperlekehkan.

p/s

Bayangkan One Malaysia yang bebas arak...dan bayangkan One Malaysia tanpa hasil cukai arak.

Back to square one!

Stephen Doss said...

As Hadith's are man made pronouncements, therefore they are secular. Stick to the Holy Quran, I say :p

Men by nature are weak, naturally they will not understand the Holy Quran, that's why they need Hadith's and that is why we have the problems of different Ulama's with different interpretations and that is why the 'umat' has become the victim.

Khalid said...

Sometimes you have to be like a chess player and try to read peoples minds in order to understand what is going on. The reason for the delay is to enable the authorities to work a way out of this rotan sentence. They want to do this to appease the foreign press, the Bar Council, non Muslim politicians and themselves. As usual some people are having a field day to say that Islam is cruel. And the press especially Malay owned media, have neglected, either they are lazy or on purpose, to explain on what is whipping according to Islamic rules, what sort of alcohol related offences merit whipping and that there is a strong anti alcohol movement among Christians in the US called the temperance movement. See, there are also many orang putih who abhor alcohol.

Lagi satu perkara. Alkisahnya Omar al Khattab pernah merempuh masuk rumah seorang lelaki kerana dikhabarkan lelaki itu suka minum arak . Diheretnya lelaki itu ke mahkamah tetapi hakim buang kes walaupun ada saksi saksi. Ini adalah kerana Omar al Khattab masuk ke dalam kawasan peribadi (private property) orang tu. Jadi kalau ada Melayu nak minum arak ke, nak berzina ke, kerana kecewa orang bukan Islam boleh buat tapi dia tak boleh buat, atau atas dasar individual freedom, engkau buat sajalah dalam lingkungan tembok kondo mewah awak tu. Jangan dok tunjuk angkuh di khalayak ramai.

Pendapat saya.

Jahamy said...

Niasara,

tidak pernah menjadi tujuan saya untuk meremehkan mana-mana bahasa kerana saya faham bahasa itu penting dalam komunikasi.

Sdri menulis: "Jika kita sendiri mengabaikan kedaulatan bahasa...apa yang nak dihairankan apabila undang-undang diperlekehkan". Saya berpendapat kedua-dua ini tidak berkaitan kerana 1) tidak ada sesiapa dalam blog in yang abaikan bahasa, tersilap mungkin. Sbg contoh, mungkin bahas English sdri tidak begitu baik, tidak bermakna sdri abaikan atau meremehkan bahasa English 2)pengaibaiaan bahasa, jika ada, tidak kaitan dengan memperlekehkan undang-undang 3)apa itu "kedaulatan bahasa" - Dalam negara kita ini, suka sangat Melayu gunakan ungkapan ini!

Terima kasih atas komen sdri dan saya berharap kita dapat pandangan sdri berkaitan dengan hukuman keatas Kartika.


Peace !

Anonymous said...

SPM-BM,BI sama... B1
Dua-dua hancur! :p

BID said...

I was talking about this issue with Nabila, and she told me that the offender in this case caved in to the courts because her case has been in and out of court for about 20 months.

My main concern is that whether equality is being practiced here, since there are numerous Malay aristocrats whom are B.O.D. for liquor companies, legal casino (singular); many Malays who openly drink, who openly do not perform fasting/saum; etc.

Another question is whether the accused/victim is even Malaysians? And if she isn’t, is the Syaria court in this country authorized to convict her? And if the court is authorized, why the inequality? What about the Arab Muslims and other non-Malaysian Muslims who openly drink in clubs and pubs?

ZARA ANTHONY said...

i dont get it..niasara, are you blogger or language teacher???the message here were about kartika case not about all the spelling or tatabahasa.menyimpang la kau ni.kalu nak bercakap atau memperbetulkan bahasa orang, baik ko pi mengajar.as long as people understand what they are trying to tell.ko x faham, lantak ko la.orang lain faham ape.even mat salleh faham.ape la..

Anonymous said...

salam...
ape hal menteri nie nak masuk campur plak sedangkan kartika sendiri diam sahaja dan rela untuk di hukum...kartika dh mngaku bersalah jadi biarlh kena hukum...jgn nk politikkan soal agama..kalau ikutkan hukum sebenar lebih teruk lgi tau hukuman yg di kenakan...jgn fikir media tu..hkuman tu ntuk pngjaran..jgn nk politikkan soal agama...


nie plak pendapat saya..