Sunday, December 7, 2014

Sedar lah Wahai Rakyat !!!



Pemimpin-pemimpin politik memang tidak berhenti mendabik dada menyuarakan melalui media dan ucapan betapa sumbangan dan tenaga mereka lah yang telah meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Bahawa usaha mereka bersama dengan penasihat2 agama mereka lah yang telah menyelamatkan akidah rakyat. Tanpa mereka, kamu semua akan sesat seolah-olah kamu sendiri tidak ada akal, nawaitu mahupun kemahuan sendiri untuk beriman kepada Pencipta semesta alam.

Benarkah kehidupan kamu telah bertambah baik kerana usaha pemimpin politik? Atau sepatutnya kah kehidupan kamu dan anak2 kamu seharusnya lebih baik jika mereka telah menjalankan tanggungjawap yang mereka sendiri rela dengan amanah dan lebih cekap?

Jika benarlah kehidupan kamu bertambah baik diatas usaha pemimpin2 politik, apakah itu kerana pengorbanan mereka ? Pengorbanan apakah namanya bila kehidupan kamu bertambah baik daripada miskin kepada tidak miskin dan kehidupan mereka dan anak2 mereka bertambah baik daripada miskin kepada jutawan dan billionare ? Apakah anak2 kamu tidak berhak kepada kemewahan yang dikecapi oleh pemimpin politik serta peluang2 yang dinikmati oleh anak2 mereka? 

Kamu menilai anak2 kamu begitu rendah sekali???

Mungkin kamu sudah bergembira dengan teriakan mereka untuk memperjuangkan “bangsa, agama dan Negara” walaupun diri mereka dan keluarga mereka yang di perjuangkan walhal kamu dan anak2 kamu dapat cebisan2?!

Buta atau rela nya kamu? Kamu langsung tidak sedar bahawa dikalangan mereka kamu dipandang sebagai hina, sebagai rakyat biasa atau alat untuk mereka hidup berkuasa dan kaya raya? Kalau kamu benar2 rasa diri kamu disayangi cuba lah kamu pergi ke rumah mereka seperti mana kamu akan ziarah rumah sanak saudara kamu !

Adakah mereka menjalankan tugas mereka sebagai pemimpin politik yang dipilih oleh rakyat dengan merendah diri? Atau adakah mereka mahu diri mereka diperlakukan sebagai Raja moden yang tangannya harus dicium, kehadiran mereka wajib di raikan dengan merendah dirikan diri rakyat yang hadir bersama?

Adakah kamu rasa diri pemimpin politik sebagai yang berkhidmat kepada kamu, wahai Rakyat, atau  diri kamu yang terpaksa mengampu mereka kerana mereka berkelakuan sebagai Raja yang berkuasa?

Adakah kamu merasakan bahawa pemimpin politik itu gembira ikhlas diatas kehadiran kamu atau kamu yang merasa bangga kerana kehadiran pemimpin politik itu? Supaya dapat bergambar dengan mereka seolah2 itu sahaja sudah pun mengurangkan cabaran hidup kamu untuk menyara keluarga keluarga kamu?

Pernah kamu fikir, mengapa kita masih di tahap dimana kita masih berada selepas berdekad tahun kita merdeka?

Tidak kah kamu sedar atau tidak mahu sedar bahaw kebebasan kamu untuk hidup sebagai seorang dewasa dan rakyat yang bermaruah semakin dikikis dengan penggunaan sentimen agama?

Mungkin kah kamu rela atau sudah biasa diperhambakan sehingga penghinaan terhadap  kamu sebagai seorang dewasa pun kamu tidak nampak? Kalau perlu dicakapkan lagi baru kamu nak faham bermakna jiwa hamba sudah sangat menebal dalam diri kamu.

Maka, jadilah hamba wahai rakyat dan keluarga kamu dengan di beri makan oleh pemimpin2 politik dan kuncu2 agama mereka!

 

Salam.

No comments: