Thursday, October 14, 2010

Kenapa kau ni gatal sangat?

[Perbualan ini hanya lah rekaan semata-mata dan tidak kaitan dengan sesiapa yang hidup, yang akan meninggal atau pun yang sudah meninggal. Sebarang persamaan adalah kebetulan semata-mata. Artikel ini juga tidak bertujuan anti atau pro poligami.]


Samad: Aku minat sangat seorang budak la…

Aku:  Minat macam mana?

Samad: nak ..kenalan dengan dia la..kalau boleh..nak nikah dengan dial ah.

Aku: Kau kenal dia?

(diam)
Aku: Mad, kau kenal dia ke? Dia suka tak kamu?

Samad: Er….dia student dalam kelas aku. Kan aku mengajar part time?

Aku: Ya rabbi! Student kamu pun nak sapu??? Tak sedar kah kamu ni dah 40 lebih? 

Samad: Kamu ni…cakap macam aku nak buat benda maksiat je..ni aku jujur la..aku nak kahwin dengan dia la kalau boleh.

Aku renung muka Samad dengan perasaan penuh tidak percaya adanya kawan macam ini.

Samad: Kau renung apa tu? Aku belum pun cakap dengan dia hasrat aku. Cuma kongsi perasaan dengan kamu sebagai kawan.

Aku: Mad..kau lupa saje lah hasrat kau tu. Isteri kau kan baik. Kau kan dah ada tiga orang anak. Aku rasa anak sulung kau tu pun dah umur 15 tahun…budak ni umur berapa? 20?

Samad: Kau tak faham lah. Ni..bukan kehendak aku. Dah rasa sayang nak buat apa? Bini aku memang lah baik…tapi…alah..kita kan boleh kahwin empat? Kan sunnah rasul? Dirikan masjid lah katakan...

Aku: Mula lah…nak cari alasan agama untuk penuhi kehendak kau.  Tak pernah pun aku tengok kau perjuangkan anti rasuah ke,  membela orang yang tertindas ke…ni bukan sunnah rasul juga?

Samad:  Cinta bang, cinta....aku tunggu kursus dia habis, aku nak approach dia.

Aku: Mad, bukan cinta…kau ni tak erti nak guna kemewahan yang tiba-tiba kau ada. Kau ni betul-betul perangai Melayu baru..lebih kaya dan mewah daripada ibu-bapa nya, ada pangkat pula…jadi macam budak2 yang tak erti kawal kuasa dan kedudukan..mesti ada banyak mainan.  Dulu belum kaya, hidup dengan isteri, tiba-tiba ada keupayaan, nak cari girlfriend muda. Chei! 

Samad: Kau ni tak faham la..kan aku berhasrat nak nikah dengan dia? Tujuan aku mulia..
.
Aku: Kau tak pernah fikir dari segi kemampuan kewangan ke? Kau tak risau ke pembiayaan pendidikan 3 orang anak kau nanti?

Samad: Rezeki masing-masing kan Allah yang tentukan?
Aku: memang lah Ustad! Menyampah betul bila dalam hal2 ni kau nak alatkan hujah2 agama. Hakikat sebenarnya orang macam kau lah yang aku takrif sebagai Melayu baru yang bila dah kaya, bila berpangkat mula lah tongkat Ali kau tak terkawal.

Samad: Cakap tu elok2 sikit. Tepuk air dalam dulang, percik muka sendiri! Macam hina Melayu je…

Aku:  Aku tak hina Melayu la…aku cuma cerminkan Melayu baru macam kamu dihadapan kamu.  So, isteri kau tu..perasaan dia tak penting la…oh ya..hujah kamu akan berpaut pada ..isteri yang patuh pada suami suruhan agama. Menyampah aku dengan engkau orang. Kalau nak mengatal, mengaku saje lah..aku akan cakap suka hati kau. Ni nak guna alasan agama pula!

Salam.

2 comments:

PahNur said...

Nak tolong perempuan, mestikah kena kahwin dengan dia? Apa kata sedekah dengan ikhlas jer?

[Yusufali 4:3] If ye fear that ye shall not be able to deal justly with the orphans, Marry women of your choice, Two or three or four; but if ye fear that ye shall not be able to deal justly (with them), then only one, or (a captive) that your right hands possess, that will be more suitable, to prevent you from doing injustice

[Yusufali 4:129] Ye are never able to be fair and just as between women, even if it is your ardent desire: But turn not away (from a woman) altogether, so as to leave her (as it were) hanging (in the air). If ye come to a friendly understanding, and practise self-restraint, Allah is Oft-forgiving, Most Merciful.

Kalau nak menggatal, jangan salah kan Allah by saying it's "jodoh"....obviously from the verses i posted above, it is meant that POLYGAMY IS TO BE WEANED OFF.....

YOu title is spot on..."menggatal"...

p.s Melaka now have the auta-rities backing up the legalization of sex that is called "marriage". We are suppose to protect our children, not encourage them to make mistakes, adults make...

jon pour do care said...

Ini kata2 seorang pujangga tapi tak ingat lak sapa dia tu,

'jangan lah kita mensia-siakan sesuatu yang kita ada dengan menginginkan sesuatu yang kita tidak ada, padahal, sesuatu yang kita ada itu, ada lah sesuatu yang kita INGINKAN DULU !' (lebih kurang macam tu la !)

P.S. rasa macam besa dengaq orang cakap macam si samad tu ! Kat mana ek ! ari tu kot, masa dok pekana nasi kandaq ngan kontraktor2 kot !