Wednesday, June 17, 2015

Apa Yang YAB Lim Guan Eng Cakap Ni ????

(image thanks to nasionalis.my)

Betul kah lapuran berita berita bahwa Lim GUan Eng suruh PAS keluar daripada Pakatan kalau masih berpegang pada "hudud ala PAS"?

Betul kah Guan Eng cakap wakil-wakil PAS harus berhenti menjadi wakil-wakil dalam kerajaan Pulau Pinang memandangkan muktamar PAS terima usul putuskan hubungan dengan DAP?

Kalau dan KALAU, lapuran itu semua betul...saya setuju dengan Guan Eng. Bukan kah kalau muktamar dah cakap tak nak berkawan....yang pemimpin dok nak berkwan buat apa? rasa macam tak ikut kehendak ahli parti.

Lagi pun, kalau betul lah DEWAN ULAMAK PAS dah cakap jangan dok berkawan dengan DAP...jangan lah dok berkawan.

Kan DEWAN ULAMAK PAS itu di anggap sebagai orang-orang yang pakar agama oleh ahli-ahli PAS...tentu sekali mereka dah belek belek apa-apa kitab-kitab yang dianggap suci oleh mereka untuk membuat keputusan itu. Jangan main-main...ni semua "ulamak" ooii..."pewaris Nabi", depa kata.

Tapi betul ke dewan ulamak PAS cakap macam tu? macam tak caya je....Tolong sesiapa cek dulu betul ke tak betul.


Hadi pun sepasai.....apa yang susah sangat nak putus hubungan dengan DAP? Dah mu nak "hudud", depa tak nak. Tak sehaluan...so belah je lah. Tak payah saya nak guna bahasa akademik atau pemikiran intelektual untuk nak hurai keadaan PAS ni...waste of Allah given valuable resources.

Sebagai seroang Muslim, saya setuju dengan Guan Eng. Islam pun mengajar kita berpegang pada prinsip dan janji. Ini kan pula PARTY yang mau rakyat percaya mereka "perjuangkan Islam"...

Problem is....PAS ni parti politik...jadi dia kena la buat kiraan politik dulu.

Saya harap sangat2lah bulan puasa ni PAS dapat buat muhasabah diri yang cukup baik dalam bahasa yang mereka faham.

But my late grandmother once said....a leopord won't change its spots. Hmmm....


Salam.

No comments: