Followers

Friday, October 15, 2010

Cakap lah Bahasa Malaysia! Tak erti ke?


[Mereka yang tidak boleh bergurau diberi amaran untuk tidak terus membaca]

Kawan aku mengeluh. “Pelik betul lah dia ni..dah lah lahir di Malaysia, keturunan berabad-abad di Malaysia, masih tak tahu Bahasa Kebangsaan”.
“Marah je kamu?”
“Mesti lah bang….nama rakyat Malaysia, Bahasa Malaysia tidak dikuasai. Hormati sikit lah Bahasa Kebangsaan. Kan itu bahasa kita?
“Siapa yang kau maksudkan tu? Ah Chong dengan Manikam?”
“Bukan lah. Dia orang memang mahir dalam Bahasa Kebangsaan.Pelat pun tak ada.  Aku maksudkan Mydin dengan Nik tu. Tak erti cakap Bahasa Kebangsaan langung! Loghat tebal pulak tu”

“Mydin dengan Nik? Esh! Apa yang kau merepek tu? Ni kawan-kawan Melayu kita lah”.

“Ya lah..tu yang aku berasa malu ni. Tak tau menghormati Bahasa Kebangsaan. Tak usaha nak kuasai Bahasa kebangsaan”

“Tak percaya lah aku!”
“Tak percaya? Kau dengar sendiri”

PERBUALAN DENGAN MYDIN:

“Mydin! Mydin! Datang sini sekejap”
“Awat sughuh aku mai? Hang dok pikiak apa?”
“Kamu tak kerja kah hari ini?”
“hang dok meghapu tei minyak!  Tak keja soru miss lah sheh. Aku dah pi keje, la  baghu nak pi nishan sat”.
“Tak nak minum bersama kami dulu ke?”
“Piiirah pulau kendi! Aku dah pekena baguih punya cendoi tadi. Hariah mai sat pen hang”
[Mana-mana rakyat Malaysia yang tidak faham jangan betulkan screen komputer anda]

PERBUALAN DENGAN NIK:

“Nik…kamu nak ikut kami esok ke seminar?”
“Semina? Semina gapo ni?”
“Kamu dah lupa ke?”
“Esh mu kechek gapo ni?  Mu tak ghoya pon..bilo tu?
“Esok. Ada yuran untuk berdaftar”
“Naatang betul! Ambo nak keno cari piti pulok! Berapo riyal?”
[Mana-mana rakyat Malaysia yang tidak faham jangan goyangkan tetikus anda]

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm…………………………tak kan nak batalkan warga Negara kot?..
Jangan marah..nanti kena jual!

Salam.

11 comments:

jon pour do care said...

Salam Bro. Jay,

Kita pun ada terfikir juga pasal perkara ini. Kenapa mesti ada loghat2 itu masa bercakap. Bila orang lain tidak fasih bercakap Bahasa Malaysia, ada yang melatah, sampai suruh tarik balik kewarganegaraan ! (Tak salah kita, dulu kan ada seorang yang kena tarik balik Darjah Dato', kerana tak berfasih dalam bahasa malaysia !)Sangat lah menghairankan !
P.S. Oooooo kenen kat orang utara ngan orang pantai timur ek ! Takpe..takpe...! Memang betoi pun ! Hok ni ke nya ta air ! (Nanti nak buat scrip orang melaka laks ! Hawau ngkao ! )

安克中国 said...

至少,方言是同根。一名马来西亚还可以理解一点在这里和那里。你似乎是夸大它,因为我的经验,他们只是说他们的方言和promtply互相切换到标准的马来语当组中有1人不理解。在谈及“私人”不“公共”吧,可以这么说。不同的是中文和indianswho发言的公共外语,没有在所有关于他们周围的人。我一直在讲中文的情况下在一个马来朋友光临似乎是谁出的谈话不理解的语言和华人朋友甚至没有理会它的中国就算现在。这么多的马来西亚吧?

Jahamy said...

安克中国 (Anchorage China),

Thanks for you comments.

You raised that (if I understood correctly):

1. These are Malay dialects and that the root is the same.

2. That there are Chinese and Indians who do not know how to speak BM.

3. That there are Chinese who speak Chinese in public without caring for those present and cannot understand the language.

I agree with you. I also believe that it is bad if a Malaysian, whether Malay or non-Malay, does not make the effort to master the Bahasa Malaysia - it is OUR language.

Peace !

p.s. You write good points. Why not in English or Malay - any special reason? :))

Mae said...

Itu loghat atau dialek, bukan Bahasa. Macam dalam bahasa Cina ada banyak loghat. Begitu juga dalam bahasa India. Tak relevant la sebut pasal warganegara....

Mae said...

Orang yang bercakap dialek Kelantan atau sebagainya bukan bermakna mereka tak pandai cakap dan menulis dalam bahasa Melayu Kebangsaan, tak macam orang yang cakap bahasa Cina atau tamil yang tak pandai menulis dan membaca dalam bahasa Melayu. Ada beza tu. Eleh, itu pun dah konfius ke rapera...

Jahamy said...

Mae,

Permerhatian Mae ada kebenarannya dari sei mereka yang belajar dalam jurusan bahasa Cina. Saya sendiri mengalami keadaan dimana mereka yang belajar di sekolah vernakular Cina kurang mahir atau tidak mahir dalam bahasa Melayu dan English. Entah kenapa..mungkin pengajaran BM tidak baik.

Salam

jon pour do care said...

Salam Bro. Jay,

Kita dulu, masa sekolah rendah, tidak lah pandai bercakap bahasa Inggeris. Kita bolih ingat lagi pada suatu ketika semasa kelas bahasa Inggeris, Cikgu telah menulis perkataan BACON. Apabila di suruh kita memyebut perkataan itu lalu kita pun menyebut nya sebagai BAKUN ! Satu kelas ketawa dekat kita ! Maklum lah, orang kampung. Ada juga perkataan2 Inggeris yang lain yang kita sebut mengikut loghat kita, yang bolih di istilah kan sebagai 'broken english' ! Tetapi setelah mempelajari bahasa Inggeris sampai ke peringkat tinggi, kita pun bolih bertutur bahasa itu dengan cara yang betul. Walau pun kita bolih lagi bertutur dalam loghat 'broken english' tetapi kita telah memilih untuk bercakap, bertutur dengan cara yang sepatut nya dan kita rasa yang lain pun akan bertutur dengan cara begitu.

Persoalan sekarang, kenapa ini tidak berlaku dengan bahasa kebangsaan kita. Kalau ada orang berkata 'makan lulian' tentu kita akan kata, bukan 'lulian' tapi durian. Macam mana pulak kalau ada orang kata 'makang ikang', ada yang berani nak betulkan suruh kata 'makan ikan' ! KENAPA KITA 'BANGGAKAN' DENGAN BAHASA MALAYSIA YANG 'BERLOGHAT' DARIPADA BAHASA MALAYSIA YANG SEBENAR NYA ! ITU BAHASA NEGARA KITA, BAHASA KEBANGSAAN, BUKAN BAHASA KEDAERAHAN !
Nota: Kita tidak berniat untuk mempersendakan mana2 pihak dan contoh2 yang di utarakan itu hanya dari segi 'academic' sahaja.

Jahamy said...

Jon Pour do care,

Saya setuju amat sangat dengan logik anda. Anda lihat dari perspektif Bahasa MALAYSIA yang seharusnya dihormati oleh semua rakyat tidak kira Cina ke, India ke, Bajau ke, Melayu ke, Kadazan ke dan sebagai nya.

Mae pula lihat dari segi Bahasa MELAYU dengan pelbagi loghatdengan hujah "kepulauan Melayu" nya. Mungkin minda yang treperangkap atau terkeliru dianatara Bahasa "Melayu" dan Bahasa "Malaysia" yang mengakibatkan kita tutp mata kepada orang Melayu yang tidak pandai atau berpelat semasa bercakap Bahasa Malaysia.

So, amacam Mae?

Salam.

Mae said...

Jay,
Bercakap dalam dialek kita sendiri bukan bererti tidak menghormati bahasa Kebangsaan. Kalau macam tu, orang bercakap bahasa Cina dan Tamil pun dikira tak menghormati bahasa Kebangsaan, tapi yang dikutuk ialah yang bercakap dialek Melayun sahaja. yang penting, semua orang tahu dan faham berbahasa Kebangsaan. Tak payak kutuk orang yang berdialek tertentu, seolah-olah orang Melayu sahaja yang ada dialek.

Jahamy said...

Mae,

Salam. Saya tidak kutuk sesiapa apa tah lagi dialek-dialek yang ada di muka bumi kerana itu menunjukkan kebesaran Allah.

Tulisan itu bertujuan untuk menunjukkan keadaan bahawa dalam kita menuding jari kepada orang lain berpelat dalam bertutur BM, kita harus bersikap menyeluruh. Keduanya, kita harus mahu sedar perbezaan yang amat besar diantara Bahasa Malaysia dan "Bahasa Melayu". Sebagai rakyat Malaysia, kita harus hormati Bahasa Malaysia dengan bertuturnya sebaik mungkin terutama apabila kita dikhalayak ramai.

BIla balik Pula Pinang, saya pun berdialek Bahasa Melayu Penang juga dengan adik beradik!

Salam.

jon pour do care said...

Salam Bro. Jay,

Persoalan nya sekarang. ada kah kita mahu memertabatkan bahasa kebangsaan kita ia itu, bahasa malaysia ?

Negara kita, Malaysia, kita pula, orang Malaysia dan bahasa kebangsan kita, bahasa Malaysia. Itu saja !