Saturday, June 18, 2011

PAS (Parti Agama Semalaysia) tidak lagi perjuangkan “Negara Islam”? Bahaya ulapol dalam masyarakat. - Bahagian Satu


Lebih daripada 8 tahun yang lalu, sewaktu menulis rencana-rencana berkisar isu-isu yang dihadapi umat Muslim untuk Berita Harian, saya telah memperkenalkan satu istilah baru iaitu "ulapol". Perkataan ini adalah singkatan untuk "ulamak agama berpolitik" iaitu ulamak agama yang mempolitikkan agama serta menggunakan agama sebagai alat politik. Saya juga sering menggunakan perkataan "ulamak agama" bagi kelompok yang masyarakat sekian lama merujuk sebagai "ulamak". Ini adalah kerana istilah "ulamak" merujuk kepada orang yang berpengetahuan mengenai ilmu-ilmu alam dan tidak hanya pada mereka yang mendalami "agama" dalam pengertian yang amat sempit.

Didalam Al-Quran, isitilah tepat yang digunakan bagi kelompok yang mengkhusus dalam pengertian agama secara sempit ialah "habr". Apabila agama diperalatkan untuk matlamat politik semata-mata, maka lahirlah golongan ulapol-ulapol ini.

Berbalik kepada ulapol, selepas berdekad-dekad, barulah president PAS “Tuan Guru” Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dilapurkan oleh The Star sebagai berkata bahawa "Also, in the Quran there is no mention about Islamic State, but there is mention of welfare state".  Perkara ini diungkapkan selepas berdekad-dekad segolongan umat Muslim di Negara ini dikelirukan dengan "perjuangan PAS untuk menegakkan Negara Islam" demi kepentingan politik. Inilah masalahnya apabila  kepentingan  politik menjangakaui ketaatan kepada ajaran dalam Al-Quran. Perkara sedemikianlah yang telah mendorong saya untuk menulis sepuluh tahun yang lalu dalam Berita Harian bahawa pucuk pimpinan PAS perlu kembali kepada Al-Quran – itu pun kalau mereka rela kerana tiada paksaan dalam Islam (agama PAS sebaliknya menghalalkan paksaan dalam pelbagai segi).

Istilah "Negara Islam" itu memang menggelirukan kerana sememangnya tidak ada satu acuan atau model yang boleh ditakrif sedemikian. Beberapa sarjana suka merujuk kepada Madinah sebagai 'Negara Islam" tetapi perkara ini boleh dipertikai berasaskan ukuran apa yang dipakai. Rata-rata apabila ulapol-ulapol merujuk kepada "Negara Islam" sebenarnya mereka merujuk kepada sebuah negara yang mengamalkan “undang-undang hudud dan undang-undang syariah”.  Takrif sebegini juga boleh dipertikai atas beberapa alasan yang tidak mungkin dapat saya lakukan disini dengan terperinci. Namun, beberapa perkara boleh disebut.

Selepas sekian lama, seolah-olah pucuk pimpinan PAS baru sedar bahawa Islam memang memperjuangkan kebajikan untuk semua manusia dan tidak lah terhad kepada undang-undang sahaja.

Islam bukanlah terhad kepada feqah (perihal undang-undang) sahaja dan inilah masalah utama beberapa ulamak agama feqah diNegara ini dimana mereka menghadkan keseluruhan Addeen Allah kepada feqah semata-mata. Kita dapati minda sedemikian mendorong begitu ramai "orang agama" untuk "menghukum", "melarang" dan "ban" tanpa diimbangi oleh perbicaraan, pendidikan, kemaafan atau penyelesaian yang menyeluruh. Islam itu sebenarnya merangkumi begitu lebih banyak perkara daripada feqah semata-mata.

“Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semesta alam” (Quran 6:162).

Ulapol-ulapol pula cenderung untuk menakrifkan "Negara Islam" sebagai negera yang dipimpin oleh ulamak-ulamak agama yang sebulu dan sefahaman dengan mereka. Maka didalam pemerintahan seperti ini, ulapol-ulapol mempunyai kuasa yang lebih besar daripada kuasa politik iaitu - kuasa teokratik. Kuasa teokratik ini bermakna segala ungakapan dan arahan mereka itu dibuat diatas nama agama dan nama Tuhan. Maka mereka berkuasa penuh seperti Firaun. Mereka bukan sahaja akan menguasai tubuh rakyat tetapi berusaha menguasai jiwa rakyat sekali! Mereka yang faham usul al-fiqh akan sedar bagaimana beberapa konsep seperti ijma, qias, takzeer dan sebagainya boleh dan sering disalahgunakan oleh ulapol-ulapol untuk kepentingan kuasa politik mereka.

Ulapol-ulapol juga meletakkan diri mereka disatu tahap yang lebih tinggi daripada orang biasa dan menggambarkan diri mereka sebagai “suci”. Selepas menyucikan diri mereka, mula lah mereka berbohong dengan nama Allah untuk menarik pengikut. Hakikat sebenarnya bahawa Allah sahaja lah yang berhak menyucikan sesiapa diketepikan dengan sewenang-wenangnya.

“Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang menyucikan diri-diri mereka? Tidak, hanya Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun” (Quran 4:49).

“ Perhatikanlah bagaimana mereka mengada-adakan dusta terhadap Allah; dan cukuplah itu sebagai dosa yang nyata”. (Quran 4:50).

Manusia yang beriman dengan Allah dan Al-Quran tidak sama dengan ulapol-ulapol yang sanggup menjual ayat-ayat Allah untuk kepentingan politik dan kuasa didunia. Mereka sanggup berjalan dimuka bumi dengan perwatakkan yang sombong seolah-olah mereka memiliki segala imu Allah dan orang lain semuanya dangkal mengenai ajaran-ajaran Al-Quran. Sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka akan digam sebagai "sesat", “kafir”,  'anti-hadith", "wahabi" dan lain-lain fitnah. Kesombongan seperti inilah yang berupaya memecahbelahkan umat Muslim atas dasar politik sehingga Muslim dihalang daripada mengamalkan siratul rahim yang dianjur oleh Allah. Pelbagai perkara-perkara baik yang boleh dilakukan oleh umat Muslim dihalang oleh ulapol-ulapol demi kepentingan politik mereka dengan menyalahgunakan sentimen agama.

"Mereka menjual ayat-ayat Allah untuk harga yang sedikit, dan menghalangi daripada jalan-Nya; sesungguhnya amatlah jahat apa yang mereka buat" (Quran 9:9)

Kewujudan ulapol-ulapol ini yang memiliki “kesombongan agama” sering memporak perandakan keharmonian umat dimana berlakunya ketegangan mazhab atau fahaman. Kita semua sedar mengenai permusuhan diantara kaum Shiah dan kaum Sunnah wal jamaah dibeberapa tempat didunia sehingga mencetuskan pertumpahan darah serta pemusnahan harta benda sesama mereka. Begitu juga ketaksuban kepada suatu tafsiran atau fahaman mengakibatkan permusuhan dengan kumpulan-kumpulan lain yang mempunyai fahaman atau tafsiran berbeza. 

Ulapol-ulapol lebih mementingkan kulit daripada isi kerana politik sememangnya berada dimedan persepsi. Gambaran lebih penting daripada kebenaran. Tidak kira samada seorang itu benar-benar beriman atau tidak tetapi dalam politik lebih penting untuk memberi gambaran bahawa ia adalah lebih beriman dan lebih berilmu daripada rakyat biasa. Simbol simbol lebih penting daripada intipati. Maka, tidak hairanlah ulapol-ulapol lebih gemar memakai serban ala petani India atau pakaian ala orang Pakistan atau Parsi daripada pakaian tempatan yang menepati ajaran Al-Quran.  Kemunafikan melalui pakaian luaran diberi keutamaan daripada sikap taqwa.

"Wahai Bani Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada tanda-tanda Allah, supaya mereka mengingati" (Quran 7:26)

Ulapol-ulapol juga petah berceramah dengan rujukan-rujukan yang para hadirin tidak faham tetapi teruja. Ulapol sering sekali suka menggunakan Bahasa Arab walaupun mereka tahu para hadirin tidak faham dan sering sekali mereka tidak pula memberi terjemahan maksudnya. Walaupun Allah menjelaskan didalam Al-Quran sebab sebenar Al-Quran diturunkan didalam bahasa Arab iaitu supaya orang-orang Arab memahami maksudnya,  ulapol-ulapol telah menggunakan bahasa Arab sebagai alat untuk menonjolkan “keilmuan” mereka.

“Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh." (Quran 41:44.)

Kesopanan untuk memberi rujukan tepat berkaitan ayat-ayat Al-Quran atau hadith yang disebut juga tidak diamalkan atau jarang sekali diamalkan.  Ulapol sebenarnya tidak menghormati kewajipan para hadirin untuk mengesahkan segala sesuatu yang mereka bercakap diatas nama Allah dan rasulNya. Sekiranya mereka ikhlas dalam meningkatkan fahaman para hadirin mengenai Islam, bila sebut hadith, seharusnya sebutlah rujukannya sebagai contoh, "Bukhari: Kitab 74, hadis 290 " dan sebagainya. Ini memudahkan hadirin yang bertanggungjawap untuk periksa samada ulapol itu kelentong atau bercakap benar atau tersilap petik serta mengesahkan "kesahihan" hadis tersebut. Sudah tentu seorang Muslim harus membezakan diantara hadis palsu dan yang sahih dan bukanlah menelan segala hadis sebagai ucapan Rasul.

Quran 68:37. Atau, adakah kamu sebuah Kitab, di dalamnya kamu mempelajari,

68:38. Yang di dalamnya bagi kamu apa yang kamu pilih?

68:39. Atau, adakah bagi kamu sumpah-sumpah daripada Kami sampai Hari Kiamat, bahawa bagi kamu apa sahaja yang kamu memutuskan?

68:40. Tanyalah mereka, siapakah antara mereka yang menjamin terhadap itu!

Bersambung............Bahagian Dua.
Salam.

( Saya percaya dan berdoa supaya sahabat-sahabat saya didalam PAS tidak tersinggung dengan tulisan saya diatas kerana tujuan saya bukanlah untuk menyinggung. Sekali lagi saya mengulangi, saya kenal sahabat sahabat dalam PAS yang cuba sedaya upaya untuk menjalankan kehidupan mereka berlandaskan ajaran ajaran Allah.  Maka artikel ini bukan ditujukan kepada mereka. Namun, Jika tidak setuju dengan pandangan saya diatas, harap kemukakan pandangan alternatif untuk renungan kita bersama)

NOTA: Sila rujuk kepada Al-Quran masing-masing untuk mengesahkan terjemahaan/tafsiran.

5 comments:

lordapes said...

[17:36] You shall not accept any information, unless you verify it for yourself. I have given you the hearing, the eyesight, and the brain, and you are responsible for using them.

Found this blog via rocky. Great material.

Anonymous said...

ko ni ketua cwgn ke.atau anj,,,g upahannne

Tok Lebai said...

PAS tak pun menolak perjuangan "Negara Islam". Perjuangan Negara Islam sudah termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

PAS perkenalkan polisi 'negara berkebajikan' sebagai strategi untuk tarik undi bukan Muslim.

Tak percaya, baca kat sini, rencana yang bertajuk 'PAS tolak negara Islam atau tidak?'.

Rahman K said...

Dato,

Assalamualaikum

UMNO pun dato belasah, PAS pun Dato belasah...jadi siapa nak memimpin Negara?

Rahman K

jon pour do care said...

Salam,

Tuan menegur 'tak kira bulu'. Itu menunjukan Tuan tidak 'selective' dlm perkara begini dan siapa yang 'mendengar' teguran Tuan, dia lah pemimpin yang bijak (dan akan di sokong utk menjadi pemimpin) !