Pemimpin-pemimpin politik memang
tidak berhenti mendabik dada menyuarakan melalui media dan ucapan betapa
sumbangan dan tenaga mereka lah yang telah meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Bahawa usaha mereka bersama
dengan penasihat2 agama mereka lah yang telah menyelamatkan akidah rakyat.
Tanpa mereka, kamu semua akan sesat seolah-olah kamu sendiri tidak ada akal,
nawaitu mahupun kemahuan sendiri untuk beriman kepada Pencipta semesta alam.
Benarkah kehidupan kamu telah bertambah
baik kerana usaha pemimpin politik? Atau sepatutnya kah kehidupan kamu dan
anak2 kamu seharusnya lebih baik jika mereka telah menjalankan tanggungjawap
yang mereka sendiri rela dengan amanah dan lebih cekap?
Jika benarlah kehidupan kamu
bertambah baik diatas usaha pemimpin2 politik, apakah itu kerana pengorbanan
mereka ? Pengorbanan apakah namanya bila kehidupan kamu bertambah baik daripada
miskin kepada tidak miskin dan kehidupan mereka dan anak2 mereka bertambah baik
daripada miskin kepada jutawan dan billionare ? Apakah anak2 kamu tidak berhak
kepada kemewahan yang dikecapi oleh pemimpin politik serta peluang2 yang
dinikmati oleh anak2 mereka?
Kamu menilai anak2 kamu begitu
rendah sekali???
Mungkin kamu sudah bergembira dengan teriakan mereka untuk memperjuangkan “bangsa, agama dan Negara” walaupun diri mereka dan keluarga mereka yang di perjuangkan walhal kamu dan anak2 kamu dapat cebisan2?!
Mungkin kamu sudah bergembira dengan teriakan mereka untuk memperjuangkan “bangsa, agama dan Negara” walaupun diri mereka dan keluarga mereka yang di perjuangkan walhal kamu dan anak2 kamu dapat cebisan2?!
Buta atau rela nya kamu? Kamu
langsung tidak sedar bahawa dikalangan mereka kamu dipandang sebagai hina,
sebagai rakyat biasa atau alat untuk mereka hidup berkuasa dan kaya raya? Kalau
kamu benar2 rasa diri kamu disayangi cuba lah kamu pergi ke rumah mereka
seperti mana kamu akan ziarah rumah sanak saudara kamu !
Adakah mereka menjalankan tugas mereka
sebagai pemimpin politik yang dipilih oleh rakyat dengan merendah diri? Atau
adakah mereka mahu diri mereka diperlakukan sebagai Raja moden yang tangannya
harus dicium, kehadiran mereka wajib di raikan dengan merendah dirikan diri
rakyat yang hadir bersama?
Adakah kamu rasa diri pemimpin
politik sebagai yang berkhidmat kepada kamu, wahai Rakyat, atau diri kamu yang terpaksa mengampu mereka
kerana mereka berkelakuan sebagai Raja yang berkuasa?
Adakah kamu merasakan bahawa
pemimpin politik itu gembira ikhlas diatas kehadiran kamu atau kamu yang merasa
bangga kerana kehadiran pemimpin politik itu? Supaya dapat bergambar dengan
mereka seolah2 itu sahaja sudah pun mengurangkan cabaran hidup kamu untuk
menyara keluarga keluarga kamu?
Pernah kamu fikir, mengapa kita masih
di tahap dimana kita masih berada selepas berdekad tahun kita merdeka?
Tidak kah kamu sedar atau tidak
mahu sedar bahaw kebebasan kamu untuk hidup sebagai seorang dewasa dan rakyat
yang bermaruah semakin dikikis dengan penggunaan sentimen agama?
Mungkin kah kamu rela atau sudah
biasa diperhambakan sehingga penghinaan terhadap kamu sebagai seorang dewasa pun kamu tidak
nampak? Kalau perlu dicakapkan lagi baru kamu nak faham bermakna jiwa hamba
sudah sangat menebal dalam diri kamu.
Maka, jadilah hamba wahai rakyat
dan keluarga kamu dengan di beri makan oleh pemimpin2 politik dan kuncu2 agama
mereka!
Salam.
No comments:
Post a Comment