Followers

Showing posts with label Malays. Show all posts
Showing posts with label Malays. Show all posts

Saturday, June 11, 2022

Smart, visionary leaders committed to mindset change the way forward in Malaysian politics

Smart, visionary leaders committed to mindset change the way forward in Malaysian politics

It is good to note that there are diverse views and debates as to how the Malaysian political scene can bring about a “new Malaysia”.

Former Malaysian diplomat, Dennis Ignatius, had called for older politicians to step aside and make way for younger leaders.

On the other hand, academician Prof Dr Tajuddin Rasdi is of the opinion that “New Malaysia can only come about through the painful birth process of a transition between old and young leaders, as well as Muslim versus Malaysian, leadership”.

Reading Tajuddin’s opinion in a Malaysian daily, he seems to suggest that political changes in the country cannot be achieved if “Malay sensitives” are not addressed.

He gave various examples, which apparently had not gone down well with the Malays – such as the Rome Statute issue – and had brought about the downfall of Pakatan Harapan (PH).

I would opine that the main reason PH fell was because of poor leadership, due to the weak structure within PH itself.

If PH had strong and cohesive leadership, dealing with issues like the Rome Statute and others, would have been a cakewalk.

Tajuddin seems to argue that only someone with “Malay and Muslim credentials” can “change” Malaysia and the Malays.

Under the current political circumstances, only a Malay Muslim can rise to the highest position in this country. That’s a given.

However, when you talk about creating a “new Malaysia”, there are several important factors to consider – other than a Malay Muslim leader.

Firstly, what kind of new Malaysia do you have in mind? Something that is “more Malay and more Islamic”? Whatever that means.

The notion of what kind of “Malay-ness” and what kind of Islam you want to create in the country is important.

This, therefore, will depend on the second factor – the quality of the leader itself.

If the leader is a political animal, we cannot expect substantial changes in society because he may end up being a populist, and a chameleon.

He may not have the moral courage, intellectual strength, and the political will to bring about radical changes needed to move the country forward and improve the people’s general wellbeing in the long run.

A Malay Muslim leader, who is going to forever pander to the so called “Malay Muslim sensitivities” for political expediency, will not bring about a much awaited “new Malaysia”.

Thirdly, we need a Malay Muslim leader with a true vision (and not one who copies someone else’s) which he believes is good for the country.

So, you need someone with brains, not just the academically qualified.

Of course, you will have advisors around you, but you must have the ability to look at things from different perspectives, possess macro-level thinking, even be prophetic, to a certain extent.

For this to happen, one must be a thinker, and as multi-knowledgeable as possible, and humble enough to learn as he/she leads.

I am fully aware and accept that pragmatically, the majority of the polity is Malay Muslim, and hence, you can manipulate them for power’s sake.

However, I am more concerned with the true wellbeing of the nation (the majority included).

Hence, to create a new Malaysia, the majority of the polity needs to be educated.

We have to go for mindset change and recognise leaders who will embark on that change.

We have to recognise the Malay Muslim leaders who want to free the Malay Muslims and other citizens from the shackles of political trickery shrouded in ethnicity and religion.

These are the much-needed characteristics of a Malaysian leader who will make Malaysia great, and its citizens grateful and proud.

Originally appeared in TwentyTwo13



Wednesday, November 19, 2014

Bagaimanakah nanti Di Perhimpunan Agung UMNO? Fahamkah UMNO apa cabarannya?


Harus Memahami Persepsi2

Sudah lama kita dengar bahawa sudah lama Perhimpunan Agung Umno (PAU) tidak lagi di hiraukan oleh rakyat Malaysia, termasuk orang-orang UMNO sendiri – kecuali orang UMNO yang berkepentingan peribadi. Ada yang berkata ini berlaku kerana dibandingkan dengan zaman Tun Dr Mahathir (TDM), hari ini, pengumuman penting2 sudah pun di maklumkan sebelum PAU dan juga oleh beberapa Menteri2 dan bukan PM sahaja.

Kalau dahulu pengumuman2 penting Negara di buat di PAU, sejak zaman Tun Abdullah (Pak Lah), sudah terdapat perpisahan lebih jelas diantara kerajaan dan parti politik iaitu UMNO.  Maka, pengumuman dibuat juga oleh para Menteri diluar PAU. Samada benar atau tidak, ini adalah satu persepsi yang kuat di pegang oleh ramai orang. Pada saya, setiap PAU masih diperhatikan rakyat bagi mengetahui halatuju UMNO dan polisi UMNO sebagai parti tunggak BN.

Scenario Politik kini tidak sama dengan zaman TDM

Pandangan lain juga mengatakan bahawa UMNO masih tidak dapat “adjust” atau sesuaikan diri dengan iklim dan suasana politik yang amat berbeza berbanding dengan zaman TDM.  UMNO sudah seolah-olah biasa dengan retorika “perjuangan kaum Melayu” dan “agama” terutamanya yang di juruskan untuk menunjukkan bahawa UMNO lebih Islam daripada PAS. Ini sebabnya mungkin beberapa pemimpin yang cuba memainkan “isu Melayu” pada zaman Pak Lah sudah bertukar skrip ucapan mereka kearah yang berlainan sekali.

TDM tidak berhadapan dengan begitu banyak pemuda-pemudi Melayu yang tidak berminat dengan retorik perkauman.  Masa beliau media sosial tidak begitu berkembang maka rakyat terpaksa bergantung sebahagian besar kepada media rasmi yang kebanyakkan dikuasai oleh kerajaan. Pemikiran, pola politik dunia, tahap ekonomi dan pendidikan juga amat berbeza. Maka kaedah2, perbincangan dan pemikiran politik zaman TDM memang tidak boleh di aplikasi pada zaman ini. Pergerakkan civil society di zaman Tun juga tidak sehebat kini.

Disamping itu, sejak 1998, ramai Melayu sudah mula berani mempersoalkan polisi kerajaan dan mengkritik pemimpin Melayu secara terbuka. Semakin ramai pemuda Melayu (dan juga ayah2 mereka yang di pengaruhi pemuda pemudi ini) sudah mula mendesak sikap keterbukaan atau transparensi dalam banyak hal. Golongan ini yang semakin meningkat gagal dipujuk untuk menutup mata kepada sebarang “irregularity” atas alasan ianya adalah untuk membantu Melayu.

Maka pemimpin atas UMNO yang mewarisi pemimpin-pemimpin zaman TDM “meraba-raba” mencari kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan zaman ini.

Retorika Perkauman serta Melayu yang mana?

Namun dalam UMNO, tarikan untuk menengahkan bicara dalam bahasa perkauman masih menjadi tarikan yang kuat - walaupun isu yang sama boleh diketengahkan dengan lebih efisien dalam bahasa bukan perkauman. Mungkin ini lah antara sebabnya polisi 1Malaysia yang di bawa oleh Dato Seri Najib menjadi sesuatu yang ditentang kerana ia seolah-olah mencabar politik dan retorika perkauman yang beberapa pemimpin UMNO sudah biasa.

Ia menjadi satu kehairanan kenapa masih ada dinasor tua atau dinasor muda yang telah dilatih masih tidak faham bahawa isu “kemelayuan” yang di balut dalam retorika perkauman akan gagal kerana satu sebab yang utama – iaitu Melayu sudah ada dimana2 dan bukan sahaja di pangkuan UMNO. Sememangnya landasan politik dan civil society dipimpin dan disokong oleh Melayu dalam Negara ink.

Dalam UMNO, kebanyakkannya Melayu. DI PAS, semuanya Melayu. DI PKR, DAP dan lain-lain parti politik sudah ada banyak Melayu. Di dalam NGO2 yang bukan pro UMNO, pemimpin yang ke hadapan biasanya Melayu. Orang yang memperjuangkan “Asalkan Bukan UMNO”  adalah Melayu. Di pihak civil society atau gerakkan sibil, banyak yang Melayu. Pendekata, pemimpin2 Melayu daripada pelbagai parti politik, NGO dan individu yang berdebat, berlawan hujah dan mengutarakan pandangan yang berlawanan adalah Melayu.

Musuh ketat politik UMNO adalah PAS dan sejak kebelakangan adalah PKR yang juga dipimpin oleh Melayu. Ketiga-tiga parti ini berlumba pengaruhi undi Melayu. Jelas sekali UMNO sekali lagi terjerat dalam bicara politiknya – jika UMNO mahu memperjuangkan Melayu, maka secara logiknya ia juga memperjuangkan kebajikan ahli-ahli Melayu PAS, PKR, dan DAP yang jelas menolaknya!
PAS secara terbuka bukan sahaja menolak UMNO tetapi pernah mengisytiharkan UMNO sebagai parti sesat , parti asobiyah, serta jahil agama. PAS pernah beberapa kali mengatakan bahawa ia lebih rela berkerjasama dengan DAP yang UMNO capkan sebagai parti chauvinis Cina.

UMNO menghadapi kepayahan untuk menghadapi PAS yang juga keahliannya terdiri daripada Melayu. Ini adalah kerana UMNO tidak tahu atau tidak berani menghadapi alat politik mujarab yang digunakan oleh PAS iaitu agama. UMNO masih tidak dapat membezakan diantara Islam dan agama, diantara politik dan Islam.  Maka, ia selalu masuk kedalam perangkap PAS (dibincang lebih mendalam dibawah).

PKR pula dilihat sebagai parti yang tidak berasaskan perkauman serta parti yang memperjuangkan isu-isu Negara seperti korupsi, transparensi, dan lain-lain. Persepsi politik juga adalah bahawa PKR lah yang telah membawa masuk “kewujudan” masyarakat peribumi didalam perbicangan politik di semenanjung Malaysia. Sebelum 1998, jelas bahawa hampir kesemua ucapan politik hanya merujuk kepada “Melayu, Cina dan India” dan jarang atau tiada kita dengar “Iban, Kadazan, Murut” dan sebagai nya. UMNO lah yang sepatutnya memulakannya dahulu kerana UMNO lah dahulunya mengiktiraf mereka ini sebagai ahli UMNO.  Saya percaya perkara ini juga tidak difikirkan oleh “pemikir-pemikir” politik UMNO yang sudah ada one track mind over the years.
Dalam konteks perbincangan diatas, maka jelas monopoli UMNO terhadap minda Melayu semakin dicabar - samada dari segi politik mahupun dari segi agama.

Saya kira common sense akan menginsafkan UMNO bahawa dalam suasana sedemikian, retorika berasaskan kaum Melayu sahaja yang dibalut dalam bahasa perkauman tidak akan berjaya dalam jangka panjang. Maka mengapa masih ada dinasor-dinasor yang masih mahu berhujah sedemikian sehingga 1Malaysia Najib dilihat sudah tersasar daripada membina satu gagasan yang berpotensi?
Saya antara yang terdahulu yang menyokong polisi 1Malaysia PM Najib yang saya kira dapat dijadikan satu wawasan bagi Rakyat Malaysia. Sememangnya amat radikal wawasan ini dicetuskan oleh Presiden UMNO. Ianya dapat dijadikan dan diusahakan sebagai polisi rasmi kerajaan dengan segala kesungguhan. Kalau inilah scenarionya, maka tidak akan menjadi sesuatu yang janggal bagi Najib sebagai Presiden UMNO untuk memperjuangkan yang hak bagi Melayu yang memerlukan. Malangnya, 1Malaysia dilihat sebagai terpaksa mengambil “backseat” dan label itu telah mutate menjadi sesuatu yang lain.

Kesimpulan nya ialah: dalam suasana dimana Melayu akan berhadapan dengan Melayu dalam membicarakan suatu isu daripada fahaman dan pandangan yang berbeza, Melayu manakah yang UMNO dikatakan mewakili? Ini lah persoalan yang semakin timbul dan yang masih belum di jawab oleh UMNO.

Retorika “Islam” dalam politik UMNO?

Dalam aspek memperjuangkan Islam melalui politik, UMNO juga dilihat  tidak begitu berkesan dari segi kacamata politik. Didalam minda Melayu, persepsinya ialah PAS adalah pejuang Islam. Bukan kah namanya itu sendiri “Parti SeIslam Malaysia”? UMNO tidak ada Islam atau Muslim pada namanya. Nama UMNO berasaskan kepada kaum iaitu “Parti Kebangsaan Melayu Bersatu”. Maka, UMNO dilihat sebagai parti perkauman dan PAS sebagai parti agama. Perkara ini pun sering diceramahkan oleh pemimpin2 parti PAS iaitu Melayu PAS mengatakan Melayu UMNO amalkan “asobiyah” atau perkauman ! Bukan kaum lain yang cakap. Ini pun satu cabaran yang saya percaya UMNO tidak tahu bagaimana hendak hadapi.
Selanjutnya, Melayu berpendidikan hari ini sedar bahawa undang2 syariah diluluskan di Dewan Undangan Negeri dimana sekian lama ianya di monopoli oleh pemimpin2 UMNO. Baik atau buruknya undang2 yang digubal dan diluluskan sebagai "syariah" akan memberi kesan kepada kewibawaan, kebolehan dan kebertanggungjawaban adun2 UMNO.  Rakyat Muslim akan menilai. Saya percaya adun2 UMNO tidak bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran baru yang saya lihat akan timbul dimasa hadapan didalam hal ini. Ini adalah kerana sehingga kini pun selain daripada menyanyikan lagi konservatif yang dipinjam daripada penasihat agama mereka, pemimpin UMNO tidak fokus langsung akan hal ini.

Didalam isu berkaitan dengan “Islam”, UMNO sudah tidak dilihat sebagai satu parti politik yang memberikan fahaman atau bentuk Islam yang berbeza dengan fahaman PAS. Sejak bersaranya TDM, tidak ada perbincangan segar mengenai Islam dalam arena politik. Dalam konteks ini, masa zaman TDM, kita dapat juga kelainan fahaman dan hujah berkaitan dengan Islam oleh TDM – lain daripada PAS sehingga ada kalanya PAS diletakkan dalam keadaan defensif.

Sejak zaman Pak Lah pula, saya lihat UMNO diletakkan dalam keadaan defensif apabila PAS timbulkan isu2 agama walaupun isu2 yang amat remeh.  Sejak itu, strategi UMNO berkaitan dengan Islam, tanpa disedari oleh UMNO lebih menguntungkan PAS.  Bukan itu sahaja, UMNO seolah-olah buta atau tidak sedar bahawa permainan politik agama ini akan merosakkan perpaduan Melayu dan menggugat keselamatan Negara dijangka panjang. Di samping itu, UMNO juga tidak sedar bahawa ia akan terima “backlash” daripada penggundi nanti.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Pandangan peribadi saya ialah berbanding dengan TDM yang berani dan merendah diri mahu membaca dan memahami Al-Quran dan memikirkan mengenai hal2 agama, pemimpin sesudahnya sudah tidak lagi berbuat demikian. Saya mengatakan perkara ini kerana dalam kesibukan TDM sebagai PM, beliau sanggup meluangkan masa untuk berbincang mengenai isi kandungan Al-Quran. TDM juga amat rajin dalam membaca dan mengkaji buku2 yang diberikan kepada beliau dan kemudian berbincang pula mengenainya! Pengalaman peribadi saya ialah TDM mempunyai minda intellectual yang kuat dan kerendahan diri untuk mengkaji dan belajar walaupun ketika itu beliau adalah seorang PM.
 Pemimpin UMNO hari ini bergantung sepenuhnya kepada penasihat2 agama tanpa sedar bahawa penasihat2 ini keluar daripada Universiti yang sama dengan penasihat2 agama PAS! Dalam situasi seperti ini, sudah tentu PAS lah yang akan untung dari segi politik. Akhrnya, penasihat2 agama menjadi boss kepada pemimpin politik dalam hal agama !

Maka, dalam hal2 agama, pemimpin politik UMNO kini bergantung seratus peratus kepada fahaman dan tafsiran apa itu Islam daripada penasihat2 mereka tanpa berfikir secara mendalam atau mengambil kira fahaman dan tafsiran yang berlainan. Pemimpin UMNO kurang faham bahawa tafsiran penasihat mereka sendiri lebih kurang sama dengan PAS. Saya harian mengapa pemimpin-pemimpin politik ini tidak sedar bahawa mereka diperalatkan oleh beberapa penasihat2 agama mereka untuk agenda peribadi? Walaupun nasihat pemimpin agama ini kadangkala boleh merosakkan Negara atau memberi gambaran negatif kepada Islam, pemimpin politik membenarkannya kerana mereka sendiri jahil dan takut.

Satu perkara yang sering terlepas pandang oleh pemimpin UMNO ialah ini: - perbuatan, ucapan dan polisi ajensi-ajensi agama akan dianggap sebagai direstui oleh pucuk pimpinan UMNO. Jika tidak pun, apabila pucuk pimpinan UMNO berdiam diri, ianya dianggap direstui oleh mereka. Walaupun faktanya ialah ianya dibawah Negeri, namun Rakyat tahu siapa yang menguasai pentadbiran iaitu kerajaan. Oleh sebab pemimpin politik UMNO terlepas pandang, maka tidak ada sebarang pemantaun atau strategi digubal untuk menilai kesan politiknya.

Banyak isu2 agama atau isu2 yang diagamakan yang tercetus kebelakagan ini memberi kesan kepada UMNO sebagai parti utama dalam kerajaan BN. Ini adalah perkara2 yang akan diingati oleh pengundi menjelang pilihanraya. Kegagalan kerajaan membendung fahaman dan tindakan eksremis sehingga ada anak muda yang memasuki dalam ISIS juga menimbulkan tanda tanya berkaitan dengan kurikulum agama disekolah2 dan siaran agama dalam media yang rakyat anggap sebagai dibawah kawalan kerajaan.

Perkara yang anih ialah ini – UMNO sejak selepas TDM dilihat telah menjadi PAS zaman dulu dengan fahaman konservatif agamanya ! Sebaliknya dalam beberapa ketika, PAS pula dilihat sebagai semakin kembali kepada AL-Quran dan sunnah sahih. Ini adalah persepsi yang perlu dihadapi dan fahami.

Maka berlaku lah kecelaruan dikalangan Melayu dari aspek apa itu “Islam” yang semakin lama dimonopoli oleh fahaman satu kelompok dengan izin pemimpin politik yang dilihat sebagai jahil agama.  Dalam aspek ini, UMNO dilihat sebagai gagal selepas TDM. Dari segi politik pula, pengaruh PAS semakin meluas walaupun ada pelbagai spinning di laman maya yang semakin hari semakin tidak dipercayai oleh pembaca.

Semua ini akan mengurangkan kerelevanan UMNO dijangka panjang dan akan menjauhkan UMNO daripada orang Melayu dijangka pendek dari segi undi JIKA UMNO masih lagi berada dalam “comfort zone” dan kotak pemikiran kini. Adakah UMNO berani menghadapi isu-isu agama secara berilmiah dan terbuka? Saya kira tidak setakat ini.

Yang paling dikhuatiri ialah jika Melayu hanya di sogokkan dengan bicara “kemelayuan” dan fahaman “agama” sempit sahaja dalam hidup mereka, seluruh dunia akan maju dan kita akan tinggal dalam dunia syok sendiri kita yang lambat laun akan di telan oleh masa menurut Sunnah Allah.

“Tetapi jika kamu berpaling, aku telah menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutus dengannya kepada kamu, dan Pemeliharaku akan mengantikan kamu dengan satu kaum yang selain daripada kamu, dan kamu pula tidak akan memudaratkan-Nya sedikit pun. Pemeliharaku Penjaga atas segala sesuatu." (Quran 11:57)
Salam.


Sunday, April 27, 2014

Political Leaders Failed our Kids in the English Language Sector !!!

This was troubling me for a long while - why does it seem that the quality of thinking our younger generation ( those in their twenties now) has deteriorated drastically compared to the twenties of my generation.

Not only their command of the English language atrocious, their command of the Malay language is nothing to shout about, the things they talk about and how they talk about it is generally puerile, superficial and sadly reflective of a generation without thinking skills.

I chanced upon a few writings of some 18 year olds of my generation. I was stunned at the depth and deepness of their thinking? I looked at some of my own writings - I was writing philosophical stuff, politics and religion at 16 ! All these was normal for my generation and I dare say those writings would be considered "too high level" even for graduates of today> So, what went wrong?.

1. Firstly,  I think is the politicisation of the National Language. The use of BM as a medium of instruction and thinking has actually hindered thinking abilities and education potentials. The reason is simple - BM is limited in words and in concepts. The less words you have the less you are able to think and conceptualise. There are many concepts in the English language which is alien to the Malay culture (which determines the BM). The potential to think is curbed by the limitation of the Malay language. Matters are made worse by the inefficiency of Dewan Bahasa to churn out effective words in BM.

There are not many quality books in Malay and since it is the Malay officer who decides what books to be allowed to be translated into Malay, the more zealous "nationalist" ones does not allow critical stuff to be translated. Books in Malay or bahasa Indonesia which is critical are banned. So, society's thinking levels is being shaped by the low level thinking of the officers put in charge.

I still shudder with shame when I recall a former KSU of the Transport Ministry saying " Kita Melayu jadi kita cakap lah Bahasa Malaysia" in a meeting when one of the persons explained in English! I later discovered that he can hardly speak English !!!

Could it because of this kind of "culture" and regressive mindset of those in authority that only books in Malay are banned while more critical or controversial books in English are not?

2. Social engineering gone wrong. The various steps and quests taken to produce more Malay graduates have not matched quantity with quality. Quite apart from making local Malay graduates insular, they have been given a wrong impression of excellence by giving mediocrity the semblance of excellence. The entire country is now suffering from mediocre and weak human capital in all of its sectors - private and especially public sector.

3. Politicisation of education - the curriculum itself has been compromised by those in authority who are least qualified to determine the contents of education. There has been no long term educational policy since Merdeka which kept changing with changes in the Minister of Education Manipulation and skewing of facts in the contents of subjects such as "history", "kajian am" and so on.

4. Religiosity in schools - this was and probably is the biggest hindrance to quality education. Pseudo-religious teaching and packaging masquerading as Islam in schools has distracted the teachers to teach relevant subjects effectively and distracted the students from learning. Religiosity seemed to have crept into every sector of the schools. Today this has also crept into almost every sector of the government and ministries to the extent that efficiency and relevance has been compromised.

What do you think ?

Peace !

Monday, May 20, 2013

Melayu di hina lagi? Kata Siapa?


Kalau betullah lapuran Utusan Online yang dipetik dari sini yang juga melapurkan seperti berikut:-
“Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"

UMNO Veteran marah dengan pandangan dan kritikan Azran terhadap artikel yang dimuatkan dalam Utusan Malaysia. Kritikan ini dianggap sebagai satu tindakan biadab oleh Azran. Pendekata, bagi Veteran UMNO, mengeritik Utusan Malaysia adalah satu tindakan biadab.

Bukan itu sahaja, tindakan Azran mengeritik Utusan Malaysia juga dianggap sebagai “perbuatan Azran mencerca Utusan Malaysia bermakna beliau menghina kaumnya sendiri ketika kaum Melayu turut ditekan dari pelbagai sudut”.

Dari pemahaman minda Veteran UMNO, kritikan terhadap Utusan Melayu disamakan dengan penghinaan terhadap kaumnya sendiri. Disini lah cabaran untuk memahami lonjakan logik bagaimana kritikan terhadap satu artikel yang ditulis didalam satu surat khabar boleh dirumuskan sebagai satu peghinaan kepada satu kaum yang besar yang semestinya terdiri daripada anggota yang berlainan tahap pemikiran (dan pemahaman) serta pelbagai pandangan yang berbeza.

Bukankah kepelbagaian pandangan terhadap satu isu itu melambangkan kematangan satu kaum dan ekoran itu memuliakan kaum tersebut? Ini menunjukkan bahawa Melayu berupaya untuk melihat kepada satu artikel atau satu isu dengan pandangan dan kupasan yang berbeza.  Pada masa yang sama, keupayaan anggota dalam kaum itu untuk menerima dan berhujah berkaitan dengan pandangan yang berbeza secara berilmiah dan berasaskan fakta juga melambangkan peningkatan ketamadunan kaum itu. Mustahil satu kaum itu boleh maju kalau masih bergantung pada satu pendirian, atau fahaman atau kaedah yang telah ketinggalan zaman.

Didalam dunia keintelektualan, ada satu ungkapan yang sering diutarakan iaitu “those with brains can argue in a civilised manner but those with brawn will just flex their muscles”. Orang atau kumpulan yang yakin diri serta mampu berhujah balas tidak pernah gentar dengan pendirian orang lain yang berbeza, apatah lagi menggunakan kaedah pemikiran songsang dimana direspon balik dengan menggunakan taktik sentimen perkauman dan tunjuk kuasa. JIka ada pandangan yang berbeza, haruslah kumpulan itu memberi hujah balas yang boleh direnungi dengan akal. 

Veteran UMNO harus berhujah dengan fakta dan logik mengapa pendirian Azran terhadap Utusan Malaysia itu dikatakan sebagai “menghina Melayu”. Kalau pun kita andaikan dia menghina Utusan, bagaimana ianya boleh ditafsirkan sebagai menghina Melayu?

Jika benar Azran telah “menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu” dan jika ini dianggap sebagai satu tindakan memfitnah, maka Utusanlah yang seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Azran.  Undang-undang Negara kita mantap dan jelas dalam hal ini. Dimana pula peranan Veteran UMNO dalam hal ini dan apakah locus mereka bercakap bagi pihak Utusan kecuali mereka sekadar melaksanakan hak bersuara mereka?

Ini yang saya kerap tidak faham dengan ”perjuangan” beberapa kumpulan dalam Negara ini. Utusan tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang. Lembaga Utusan tidak berkata apa-apa namun Veteran UMNO yang tidak ada kaitan korporat atau undang-undang atau moral pula bertindak sebagai pelindung Utusan!

Memang pihak-pihak tertentu boleh berhujah bagi pihak lain yang dianiayai. Namun pembelaan haruslah berdasarkan hujah-hujah bernas, munasabah dan yang tidak menghina akal orang yang mendengarnya. Dizaman ini, ramai sudah kurang sabar dengan taktik-taktik yang menggunakan ungkapan sebagai “Melayu dihina”, “tidak kompromi dalam isu Melayu” dan ungkapan-unkapan yang seangkatannya yang tidak diiringi dengan hujah bernas atau fakta.

We have to evolve and therefore we have to learn to present our case. It is becoming embarrassing to use sentiments and superlatives to cover up our lack of thinking ability.

Saya berpendirian Veteran UMNO tidak perlu gusar. Melayu hari ini tidak mudah latah atau mudah terasa terhina dengan pandangan orang lain apatah lagi pandangan berbza daripada ahli kaumnya sendiri. Melayu hari ini lebih bersenjatakan maklumat dan fakta serta mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi. Mereka tidak perlu orang lain, apatah lagi orang-orang politik untuk melentur emosi mereka. Yakinlah kepada keupayaan Melayu untuk menilai sesuatu dan Insha Allah, mereka akan menilai dengan baik. Lagipun, kita bangga ada anak Melayu yang maju, kenapa pula kita nak taburkan pasir dalam periuk nasi Azran pulak kerana berbeza pendapat dengan dia?


Salam.

Thursday, December 27, 2012

Apalah Salahnya Amanat Haji Hadi?


Selepas 30 tahun lebih, amanat Haji Hadi menjadi isu yang hangat dikalangan pihak-pihak tertentu.  Haji Hadi di “desak” untuk memberi penjelasan dan meminta maaf diatas pengumuman amanat tersebut.
Namun, apa salahnya dengan amanat tersebut?

Amanat tersebut dikatakan telah mengakibatkan perpecahan dikalangan umat Melayu Muslim sehingga mencetuskan tindakan dua imam satu masjid, dan sebagainya. JIka benarlah amanat tersebut telah mengakibatkan perpecahan Melayu Muslim, mengapa baru sekarang begitu hebat perkara ini dijadikan isu? Apakah perpecahan amat ketara hari ini ekoran amanat tersebut dan bukannya faktor-faktor lain? 

Apakah jika wujud perpecahan sedemikian, sepanjang 30 tahun, sistem pendidikan kita serta kehadiran begitu banyaknya institusi agama, ceramah agama, aktiviti agama dan lain-lain yang berkaitan dengan agama tidak mampu menyatukan balik Melayu Muslim?

Jadi apa salahnya amanat Haji Hadi?

Ada pula yang mendakwa bahawa amanat ini telah menimbulkan permasalahan akidah. Persoalanya, “permasalahan akidah” yang macam mana? Adakah amanat ini telah menimbulkan fahaman yang begitu salah terhadap Islam sehingga akidah terancam atau diancam?

Bukankah diNegara kita ini, sejak merdeka, Kerajaan telah “memakmurkan dan memartabatkan” (dua perkataan yang amat diminati oleh politikus Melayu) ajensi-ajensi agama disetiap Negeri? Bukankah Melayu Muslim sudah dididik untuk menerima ajensi-ajensi agama ini sebagai pemantau dan penentu “akidah” dalam Negara ini?

Bagi tujuan pemantauan “akidah” dan “hal-hal agama”, ajensi-ajensi ini telah diberikan pelbagai kuasa oleh undang-undang. Sekiranya ajensi-ajensi ini tidak pun mengambil sebarang tindakan terhadap Haji Hadi, mengapa pula yang lain yang tidak berhak disisi undang-undang berkokok begitu kuat sekali? Kalau ajensi agama tidak membuat komen atau mengambil berat mengenai amanat Haji Hadi ini, bukankah ia bermakna, amanat itu tidak bermasalah?

 Lagipun, bukankah kita telah pun serahkan kuasa untuk menentukan apa yang sah dan yang tidak sah disisi Islam kepada ajensi-ajensi agama ini? Mengapa kali ini orang-orang yang tidak kaitan dengan ajensi agama pula yang bising? Mengapa pengecualian ini?

Lebih daripada 20 tahun yang lalu, saya telah kritik amanat ini berdasarkan fahaman saya berdasarkan Al-Quran. Namun, masa itu, tidak ada pun Melayu Muslim, apatah lagi politikus UMNO atau cendekiawan Melayu  yang sambut. Hari ini, menjelangnya PRU13, ramai pula yang nak bersuara.

Apa tujuannya? Untuk mengalakkan perbincangan agama yang sihat? Untuk “membela” Melayu dan “mempertahankan” Islam?  Atau sekadar menimbulkan isu hangat untuk PRU13?

Inilah nasib Melayu kebanyakkan – selalu diperkudakan oleh golongan elitis politik dan golongan elitis agama.

Salam.

Wednesday, April 18, 2012

Future Kedah Fatwa Cannot Be Challenged.


The Star (17.4.2012) reports as such:
“Future fatwa by Kedah mufti or fatwa committee cannot be challenged in court
ALOR SETAR: Future fatwa issued by the Kedah mufti or Fatwa Committee cannot be challenged in court under an amendment to the Mufti and Fatwa (Kedah Darul Aman) Enactment 2008 passed by the Kedah State Assembly on Tuesday.
A new section - Section 22A - inserted in the enactment states that a fatwa decided by the mufti or Fatwa Committee, whether gazetted or not, cannot be challenged, appealed, reviewed, denied or questioned in any civil court or syariah court.
The insertion was among the amendments passed unanimously by the House on Tuesday.
In tabling the bill for the amendments, Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak said it was to clarify the membership of the Fatwa Committee and to give conclusiveness to any fatwa decided by either the mufti or Fatwa Committee”.
If the above report is accurate, with one stroke of the pen, the PAS Government of Kedah has made the future fatwas of the Mufti or the Majlis Fatwa absolute.  
A few men, namely the Assemblymen of Kedah has decided for all the Muslims in Kedah that the fatwas (or legal opinions) of the Mufti or a group of people in the Majlis Fatwa is absolute and cannot be challenged by anyone.
There is no questioning the opinions or the legal reasoning of those paid to be in the religious authority in Kedah.  It cannot even be reviewed.
Fatwas in this sense carries a religious connotation and hence, it now becomes part of the Syariah Law of Kedah.  Please note how the Syariah Laws expands as a result of human handiwork.
Now let me ask if the Prime Minister, the most powerful man in the country can be questioned on his actions? Every constitutional and criminal law student will tell you that in certain occasions, he can not only be questioned but be charged in court if he had acted, for example, unconstitutionally or criminally in office.
Under administrative laws, you can challenge, appeal and review the decision of any civil servant in the Courts of Law in Malaysia. This is through a process called judicial review. This process is allowed because the law recognises that civil servants, even with the best of intentions may make mistakes or err in their judgement. Some may be influenced by irrelevant factors in making a decision or arriving at an opinion (fatwa!).
But obviously, the Kedah Assemblymen are confident that neither the Mufti nor the members of the Fatwa Committee can err in their judgement or make mistakes. They are held to be infallible.
The Muslim in Kedah, therefore has no choice in the matter. He has to dispense with his conscience and his reasoning and simply follow the fatwa which now has the power of “Syariah” Law.
A Muslim who knows the Quran, may want to ask where the following verse figures in this episode:

068.036  What is the matter with you? How judge you?

068.037  Or have you a book through which you learn-

068.038  That you shall have, through it whatever ye choose?

068.039  Or have you Covenants with Us to oath, reaching to the Day of Judgment,
(providing) that you shall have whatever you shall demand?

068.040  Ask you of them, which of them will stand surety (guarantee) for that!

068.041  Or have they some "Partners" (in Godhead)? Then let them produce their
"partners", if they are truthful!

Since no Malays in Kedah have protested against the Bill, it must mean that they are happy with it.

Peace.

Tuesday, March 13, 2012

Mempertahankan Apa untuk Melayu Yang Mana? “Islam” pun perlu dipertahankan oleh manusia kerdil?


Kekadang saya tidak tahu samada saya harus  rasa kesian kepada kaum Melayu atau kepada pemimpin mereka kerana Melayu ini terlalu banyak pemimpin dalam terlalu banyak bidang. Mereka ada pemimpin politik, pemimpin perniagaan, pemimpin agama, pemimpin moral dan sebagainya. Kaum Melayu ini telah dijadikan sebagai satu kaum yang perlu dipimpin dalam segala hal dalam kehidupan mereka dari lahir sehinggalah meninggalkan dunia.

Kekadang juga saya tidak tahu samada saya harus berasa malu bagi pihak kaum Melayu atau bagi pihak pemimpin mereka.  Perasaan malu ini timbul kerana penyuaraan perjuangan konon oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang melantik diri mereka sendiri sebagai “penyelamat kaum Melayu”  amat lapuk, namun mereka sendiri tidak sedar.  Tidak kah kita merasa malu melihat orang-orang dewasa melonjak-lonjak berbuih-buih membuat ucapan demi ucapan mengenai topik-topik yang sudah usang serta tidak lagi dipercayai oleh jenerasi Melayu yang terkemudian ini?

Walaubagaimanapun, marilah kita cuba memahami pemimpin-pemimpin Melayu ini yang tidak mahu sedar diri bahawa kaedah dan pemikiran mereka sudah dimakan masa.

Persoalan-persoalan Yang Harus diTanya

Ketua-ketua Melayu yang sering melaungkan kononnya mereka mahu mempertahankan Melayu tidak pernah bertanya beberapa persoalan berikut:-

a) Melayu mana yang mereka nak pertahankan?
b) Apa yang mereka nak mempertahankan?
c)  Adakah apa yang pemimpin-pemimpin ini hendak mempertahankan itu sesuatu yang kaum Melayu amnya mahu dipertahankan?
d) Adakah apa yang mahu dipertahankan demi kaum Melayu itu sesuatu yang baik bagi kaum Melayu itu sendiri.

Melayu yang Mana?

Ketua-ketua Melayu lantikan sendiri bercakap mengenai Melayu seolah-olah ada hanya satu “jenis” Melayu walhal hakikatnya ialah terdapat perlbagai “jenis” Melayu.

Fakta yang paling jelas ialah Melayu amnya pada hari ini jauh berbeza dari beberapa aspek dengan Melayu pra-Merdeka. 

Pertamanya, Melayu amnya tidaklah  miskin seperti keadaanya pra-Merdeka. Perlaksanaan DEB telah berjaya melahirkan kumpulan kelas pendapatan menengah yang besar dikalangan Melayu.   Dengan pembaikan serta peningkatan didalam tahap pendapatan, Melayu kelas menengah ini  menikmati satu tahap kebebasan kewangan dimana mereka tidak lah begitu tersepit seperti Melayu pra-Merdeka. Ekoran kebebasan kewangan ini, mereka lebih terdedah kepada pelbagai ide-ide serta pandangan hidup yang beraneka yang boleh mereka pilih. 

Disamping itu, Melayu kelas menengah ini juga mempunyai prioritas atau keutamaan yang berbeza dengan Melayu pra-Merdeka. Dimana dasar kelas Melayu menengah ini  telah menjadi besar, mereka mendapati bahawa persaingan sesama sendiri untuk memperolehi  sumber-sumber Negara serta peluang-peluang yang terhad telah menjadi lebih sengit. Jika satu ketika dahulu, mereka mungkin bersaing dengan kaum-kaum lain, hari ini hakikat membuat mereka bersaing sesama sendiri.  Maka, perjuangan untuk Melayu kelas menengah hari ini mungkin lebih cenderung kearah peningkatan tahap ekonomi, keselesaan kehidupan, pendidikan dan sebagainya dalam konteks ekonomi Negara yang berkembang. Saya percaya Melayu kelas menengah ini tidak lagi melihat perkara ini dalam konteks persaingan dengan kaum bukan Melayu sahaja. Maka, adakah ketua-ketua Melayu yang mahu memperjuangkan peluang-peluang ekonomi serta perkembangan ekonomi Negara supaya pendapatan dan tahap kehidupan Melayu boleh meningkat?

Keduanya, ekoran daripada beberapa fakta, termasuk pendedahan kepada ledakan maklumat yang dihasilkan daripada perkembangan teknoloji maklumat, Melayu hari ini telah menjadi lebih kritis terhadap ketua-ketua mereka.  Melayu tidak lagi begitu mudah untuk menerima laungan ketua-ketua mereka tanpa berfikir atau menilai. Melayu dapat melihat pembangunan ekonomi hebat yang berlaku dinegara-negara lain yang dicetuskan tanpa beroperasi dalam kerangka perkauman.  Pendedahan kepada lebih banyak maklumat dan fakta juga menyedarkan Melayu hari ini mengenai perkara-perkara berikut:-

a) Laungan slogan “memperjuangan Melayu” tidak semestinya memperbaiki kedudukan orang Melayu tetapi sering menjadi alat yang digunakan oleh ketua-ketua lantikan sendiri untuk menonjolkan diri mereka sendiri bagi tujuan kepentingan sendiri;

b) Sejak merdeka sehingga kehari ini, orang Melayu kebanyakkan melihat kelahiran Melayu-Melayu korporat yang amat kaya yang diragui asas atau sumber kekayaan mereka – yaitu, samaada kekayaan ini diperolehi daripada kebolehan berniaga atau melalui kronisme, nepotisme serta hubungan politik baik dengan pihak yang berkuasa dan berpengaruh. Keadaan ini melahirkan perasaan bahawa Melayu kebanyakkan dikhianati oleh segolongan Melayu elitis dengan memperalatkan sentimen Melayu. Melayu kebanyakkan melihat bahawa dimana anak-anak mereka sendiri terpaksa bertungkus lumus berjuang untuk hidup, anak-anak Melayu elitis mendapat segala sesuatu dengan begitu  mudah sekali.  Ini juga melahirkan rasa ketidakadilan didalam pengagihan peluang-peluang ekonomi.

c) Imej ketua-ketua Melayu yang menonjolkan diri mereka sebagai “pejuang Islam” serta  pemonopoli tafsiran Islam juga semakin terjejas. Banyak faktor yang menghasilkan keadaan ini termasuk faktor-faktor seperti pendedahan Melayu kebanyakkan kepada Al-Quran, internet, perkembangan sejak merdeka, gelagat ketua-ketua agama ini sendiri yang sering bertelingkah sesama sendiri, sikap ketua-ketua agama yang bersikap sebagai penentu mutlak hal-hal agama dengan mengenepikan hak serta tanggungjawap peribadi Muslim  terhadap Penciptanya, serta peribadi beberapa ketua-ketua agama yang bukan sahaja mempolitikkan agama namun bersikap sombong dan merendahkan kebolehan berfikir Melayu kebanyakkan. 

Faktor-faktor yang diketengahkan diatas menjadikan Melayu hari lebih kritis terhadap ketua-ketua yang  melaungkan agama sebagai perjuangan jika dibandingkan dengan Melayu pra-Merdeka.  Maklumat mengenai ganjaran serta bayaran yang diterima oleh ketua-ketua agama juga menjadi pengetahuan umum dan ini dirasakan mencairkan keikhlasan ketua-ketua agama ini terhadap perjuangan agama. 

Ketiganya, Melayu hari ini yang lebih terdedah kepada maklumat dan pengetahuan serta mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi tidak lagi mudah diheret kehulu kehilir oleh ketua-ketua agama. Kalau satu ketika dahulu ketua-ketua agama dilihat dan diperlakukan hampir sebagai “dewa-dewa” dibumi ini, keadaan sekarang telah berubah.  Melayu hari ini sedar bahawa kebebasan untuk mencorak kehidupan mereka itu boleh dicabar serta diganggu gugat oleh ketua-ketua agama yang memperalatkan agama untuk menguasai kehidupan mereka.

Hari ini terdapat lebih banyak graduan-graduan Melayu dalam pelbagai bidang seperti kedoktoran, undang-undang, kejuruteraan, sains, pendidikan dan sebagainya . Graduan-graduan ini acap kali merasakan maruah mereka tercabar atau minda mereka dihina apabila graduan-graduan kelulusan agama seolah-olah memaksa orang lain menerima pandangan dan tafisran agama mereka tanpa penilaiaan. Mereka yang telah belajar diUniversiti mengetahui bahawa kelulusan daripada universiti tidak semestinya  bermakna graduan tersebut itu mahir dalam bidang yang dipelajarinya apatah lagi ikhlas dalam memahami serta memaplikasikan ilmu yang dibelajar. Mereka melihat bahawa ada doktor-doktor, peguam-peguam, jurutera-jurutera yang pandai dan berdedikasi manakala ada juga yang sebaliknya. Begitu juga dengan mereka yang berkelulusan daripada pengajian agama.

Semakin ramai Melayu hari yang mahu kebebasan serta hak untuk menentukan pemahaman mereka sendiri terhadap agama yang dianuti oleh mereka.  Melayu ini semakin sedar bahawa diri mereka sendirilah yang akan dipertanggungjawapkan oleh Allah dan bukannya ketua-ketua agama ini. Saya melihat pertembungan diantara Melayu yang mahu pertanggungjawapan diri dengan ketua-ketua agama yang bernekad untuk memaksa fahaman mereka semakin meningkat.  Ini dapat difahamai kerana graduan-graduan agama mahu mencari ruang dan peranan untuk diri mereka sendiri seperti juga graduan-graduan daripada jurusan lain.

Keempatnya, ketua-ketua Melayu sendiri telah melahirkan kekeliruan dan ketidakkonsistensi didalam melaungkan “perpaduan Melayu” serta “perpaduan umat”. Kita melihat bahawa apabila dilaungkan “perpaduan Melayu”, ketua-ketua ini tidak menerangkan beberapa perkara seperti berikut (sehingga kita terasa bahawa mungkin ketua-ketua itu sendiri didalam kekeliruan);-

a) perpaduan apakah yang dimaksudkan – perpaduan ekonomi, politik, sosial, dan sebagainya?
b) bagaimanakah ketua-ketua ini bercadang untuk mencapai perpaduan tersebut?
c) Mengapakah ketua-ketua yang melaungkan perpaduan itu sendiri tidak dapat bersatu sesama sendiri? Sebagai contoh kita dapati  Melayu-melayu dalam pertubuhan-pertubuhan politik, sosial, agama dan perniagaan yang mempunyai objektif yang bersifat bersaing, kekadang bertentangan, kaedah-kaedah yang berlainan dan sebagainya. Keadaan seperti ini menjadikan laungan ketua-ketua Melayu supaya Melayu “bersatu” sebagai sesuatu yang ironis dan mengelirukan.
d) Kewujudan kekeliruan diantara kepelbagaian pendekatan politik dan agama dengan perpecahan.  Perkara ini amat jelas apabila dibandingkan dengan budaya lain dimana kepelbagaiaan tidak dianggap sebagai petanda perpecahan tetapi sebagai kekayaan pemikiran.
e) laungan “perpaduan umat” juga sering diperlekehkan dengan tindakan-tindakan susulan oleh ketua-ketua agama dan politik ini yang tidak konsisten dengan apa yang dilaungkan.  Melayu hari ini tidak jelas samada “perpaduan umat” ini bermakna semua orang Melayu terpaksa menurut fahaman dan tafsiran segolongan elitis agama dan politik? Jika inilah yang diperjuangkan, maka ia bermakna penghapusan hak orang Melayu untuk menjalankan tanggunjawapnya sebagai seorang Muslim yang meng-kaji serta memahami Al-Quran untuk berkhidmat kepada Allah. Penghapusan hak sedemikian tidak akan disokong oleh beberapa Muslim dimana kuasa mutlak untuk menentukan nasih mereka diakhirat diletakkan bulat-bulat pada tangan graduan-graduan kelulusan pengajian “Islam”.

Maka, berdasarkan analisa diatas, terdapat ramai Melayu yang tidak lagi rela dengan percubaan beberapa ketua-ketua untuk mempermainkan isu perpaduan Melayu hanya semata-mata kerana ada Melayu yang tidak setuju dengan kaedah, pandangan atau cara hidup mereka. Disamping itu, semakin ramai Melayu yang tidak rela isu perpaduan umat diapi-apikan hanya semata-mata untuk menidakkan hak Muslim itu sendiri untuk menjalani kehidupan berdasarkan fahaman ikhlasnya sendiri terhadap Al-Quran dan Al-Sunnah. Adakah ketua-ketua Melayu kini akan mempertahankan hak ini?

Kelimanya, walaupun masih terdapat budaya baru mencium tangan orang-orang kenamaan dan berpengaruh yang tidak rapat, namun, sikap feudal dikalangan Melayu hari ini semakin hilang.  Ini juga adalah ekoran pendidikan dikalangan orang Melayu serta kefahaman mengenai nilai-nilai Islam yang semakin meningkat. Melayu yang terdidik semakin memahami bahawa sikap feudal ini melahirkan perhubungan Tuan-hamba yang sebenarnya menjatuhkan martabat manusia.  Maka, Melayu hari ini tidak mudah untuk memperhambakan diri kepada mana-mana ketua lantikan sendiri kerana peningkatan yakin diri. Maka, Melayu sedemikian mahu maruah mereka sebagai seorang dewasa yang bebas mencorakkan kehidupan mereka menurut kebolehan dan kemahiran mereka dipertahankan. Adakah ketua-ketua Melayu yang mampu memperjuangkan perkara ini tanpa mengkehendaki perhubungan feudal?

Keenamnya, terdapat juga Melayu yang berpendidikan jurusan pengajian barat (yang mana sekolah-sekolah kebangsaaan kita pada amnya adalah berbentuk sedemikian) serta mereka yang belajar dipusat-pusat pengajian tinggi diNegara-Negara barat yang tidak sehaluan dengan pemikiran dan halatuju beberapa ketua-ketua Melayu. Golongan ini merasakan bahawa kaedah pemikiran ketua-ketua ini agak primitif disamping bersifat “condescending”  sehingga menghina maruah seorang dewasa yang boleh berfikir. Melayu sedemikian tidak merasakan keperluan seorang ketua sebagai jurucakap bagi mereka.  Mereka mahukan seorang ketua Melayu yang kurang berretorik atau berceramah ala debat sekolah. Mereka juga mahukan seorang ketua yang pandai, efisien serta berkebolehan didalam mengwujudkan suatu sistem atau suasana yang membolehkan Melayu ini untuk berkembang dan mencapai cita-cita peribadi mereka. Adakah ketua-ketua Melayu yang boleh mempertahankan kemahuan ini?

Pendekata, Melayu hari ini semakin matang sejak merdeka dan mereka telah memerhatikan perkembangan dari pelbagai segi yang berlaku didalam Negara. Mereka telah melihat permainan politik dan ekonomi dikalangan ketua-ketua Melayu yang melaungkan slogan “mempertahankan Melayu” dan “mempertahankan Islam” yang akhirnya tidak memberi sebarang kesan positif pada kehidupan peribadi mereka.
Oleh yang demikian, apabila ada ketua-ketua Melayu yang melaungkan mahu mempertahankan “Melayu” dan “Islam”, timbul pelbagi persoalan yang antaranya telah diketengahkan diatas.

Salam.







Wednesday, February 22, 2012

Begitu Banyak Yang Nak "Pertahankan" Islam dan Melayu di Negara ini !!!

Satu lagi NGO bernama Jati baru dilancarkan pertubuhannya. Jati bertujuan, katanya, untuk mempertahankan "Islam, Melayu dan Raja".

Pertahankan Islam.

Jelas sekali dinegara kita ini ada banyak pertubuhan-pertubuhan, kerajaan dan bukan kerajaan, yang hendak "mempertahankan" Islam. Kalau saya hendak catitkan kesemua badan-badan ini disini, ia akan berjelar-jelar panjangnya! dalam senarai ini belum lagi termasuk kesemua jabatan-jabatan Islam disetiap Negeri.

"Cita-cita" untuk mempertahankan Islam ini mungkin boleh menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk "mengapa Islam perlu dipertahankan, adakah ianya dicabar?", "dicabar oleh siapa?", "nak pertahankan dengan kaedah macam mana dan untuk siapa?", "Islam fahaman mana yang nak dipertahankan dan kenapa fahaman tersebut", "siapa yang memberi otoriti kepada pihak-pihak berkenaan untuk 'pertahankan Islam?' dan sebagainya.

Dengan begitu banyaknya pihak-pihak yang "mempertahankan Islam", adakah pengetahuan dikalangan Muslim berkaitan dengan isi kandungan Al-Quran itu telah meningkat sekian lama? Jika jawapannya tidak, apakah ada sebarang usaha dibuat untuk menkaji mengapa perkara ini berlaku? Apakah individu Muslim itu tidak terpanggil dengan sendiri nya untuk berusaha memahami isi kandungan Al-Quran tanpa pertubuhan-pertubuhan ini atau sering kali memerlukan dimotivasikan oleh orang-orang lain?

Mempertahankan Melayu

Ini menjadi lagi bermasalah bagi sau pertubuhan yang mengatakan mahu mempertahankan Islam tetapi juga kaitkan perjuangannya dengan "Melayu". Adakah ini bermakna bahawa pertubuhan ini tidsak akan "mempertahankan" hak-hak dan kepentingan Muslim yang bukan Melayu? Bagaimana pula dengan hak-hak bukan Melayu bukan Muslim yang ditindas? Islam dari segi ajaran Al-Quran amat jelas bahawa ia menjanjikan keadilan kepada semua makhluk (bukan sahaja manusia) tanpa mengira agama dan bangsa.. 

Satu lagi persoalan yang timbul ialah: adakah penubuhan Jati ini menampakkan ketidakyakinnya sebahagian orang Melayu kepada UMNO untuk membela nasib mereka? Perkasa juga ditubuh bagi menjaga kepentingan Melayu amnya. Apakah Perkasa juga dikira tidak efektif? Megapa tidak bergabung sahaja dengan UMNO jika UMNO dirasakan sebagai efektif dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu?

Persoalan lagi ialah: adakah penubuhan Jati ini akan mengelirukan serta mencairkan "perpaduan sosio-politik" orang Melayu kerana terdapatnya begitu banyak pertubuhan yang bermotifkan mahu "menjaga kepentingan orang Melayu?"

Saya cuma berharap ini bukan lah satu lagi kaedah untuk memperalatkan label "Islam" dan "Melayu" untuk mencapai kepentingan peribadi.


salam.


 




Thursday, January 26, 2012

"Malay Traitors" Join DAP ???

The latest on the road to PRU13 is the (non) issue of some Malays turning “traitors” by joining DAP.  Quite a number of bloggers have taken up this (non) issue, some UMNO politicians have asked DAP to “reveal” how many Malays there are in DAP.

One fact is not disputed – that DAP is a legally registered political party and is in fact the government of Pulau Pinang.

Let me try to understand this carefully. 

Why would any Malay joining DAP become a “traitor” or even become a shocking fact? Surely, a Malay like anyone else has the mental ability and decision making skills to decide through which political party he chooses to serve his country. In a democracy, which our political system is, any citizen has the right to join any political party that he wishes.

Are we now saying that one more channel is to be closed to the Malays ie the right to choose the political channel through which he wished to serve his or her country? Surely, the Malays too should be left free to live like thinking adult.

But I am still trying to understand the spin that joining DAP is being a traitor. The question is: traitor to whom?

If the reply is that “being a traitor to the Malay community”, then this gives rise to further enquiries that needs to be addressed. The most obvious question being – since Merdeka until today, has the DAP been responsible for any acts or omission that has caused great damage to the Malay community? For example, has it been responsible for the poverty that still exists among the Malays or has it been responsible for the Malays not been able to cope effectively in businesses, especially at the cottage industry levels? The thinking person can ask many more such legitimate questions.

On another point, if a Malay joining DAP means being a traitor to the Malay community, what about a Malay joining PAS or PKR or even UMNO? After all, we have all heard speeches from political leaders how the Malays are ”split and disunited” by the three parties is PAS, PKR and UMNO.  For more than 20 years we have heard that the Malays are split by the “kafir mengakfir” issue between UMNO and PAS. 

One may successfully argue that the “split” among the Malays is more real because of UMNO and PAS because of the religious factor involved which has been severely politicised to the detriment of Muslims in the country.  Would it then not be “tenable” to argue that joining UMNO or PAS will mean being a traitor to the Malay community? If this logic is to be followed, then to be “loyal” to the Malay community, all Malays should not join any political party! Surely, this cannot be the case.

Let’s get out of the “Malay box” for a while and look at the Indians and the Chinese.

You have only Indians in MIC, only Chinese in MCA, and largely Malays in UMNO (due to bumiputras included who are not Malays).  Are we going to argue that the Indian or the Chinese is also being a traitor to their respective communities because they have joined a political party which is not of our preference? It clearly appears that it is a non-issue with the Non-Malay politician which political party they choose to join.

Why is it then an issue with some Malay politicians? What is the real agenda or fear? Surely these Malay politicians are not saying that the Malay polity is gullible or unable to think for themselves?

MCA, MIC and UMNO come together with some other political parties and form a multi-racial political component called the Barisan Nasional.  They have recognised that in Malaysia, only a multi-racial, multi religious political grouping will work. You have to be really One Malaysia in Malaysian politics. Let us contrast this with Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat is mainly made up of PAS, PKR and DAP. Other than PAS which is largely Malay (like UMNO), PKR and DAP is already multi-racial or at least, there is no racial qualification to be a member such as UMNO, MIC, MCA and even PAS (yes I know, you will say Muslim. I will take up that point some other time!).  Pakatan Rakyat therefore is not a coalition that comes together because of the “race or religious” factor but for political expediency ie to provide an alternative to the voters in this country.

While DAP may be largely Chinese in terms of its members, the Lion of DAP is a Punjabi – Mr Karpal Singh. The point is that a capable non-Chinese can “rise” up the political ladder in DAP. Such points alone will successfully dismiss the allegation that DAP is a Chinese chauvinistic party in the light of the race qualifications for membership that MIC, MCA and UMNO is saddled with.

As I said in the beginning of this article, the fact of any Malays joining the DAP or any political party is a non-issue as far as national political maturity, service to the Nation or democracy is concerned. In the larger picture, it should not matter which political party a citizen wants to be a member of as long as he serves the Nation well without selfish and parochial ends.

I really, really pray that the politicians will move onwards to issues of substance that is facing the Nation instead of playing child-like games like this. Evan a political spin should be sophisticated and not insulting to the intelligence.

Peace !

(Note: This article merely addresses the issue of citizens’ freedom (in this instance the Malay’s)  to be a member of any political party he wishes and should NOT be viewed as a personal endorsement or otherwise of DAP by this blog.)

Saturday, November 12, 2011

How much more insults will the Malays tolerate from PAS?

There has been so much nonsense from the theological based political party PAS from the time I can remember that if I was to write about their nonsense, it will be volumes! First on the list is of course their unilateral claim to represent Islam. But that is a matter I have covered many times over for the past 10 years or so.

Today, I intend to cover snippets of their latest nonsense and insults to the Malay and Muslim intelligence.

You may continue reading the rest of the article here

Peace !.

Saturday, July 16, 2011

PAS, Entertainment Outlets and Ramadan

1. Every sunni Muslim knows that fasting is required during the month of Ramadan - it is one of the five pillars of his faith. He knows how to fast, when to break fast and what to do during the fasting month so that his fast fulfills the requirements of the fast.

2. I know that it has been customary (not sure if it is the law) that restaurants owned by Muslims are usually shut from morning and only start operations sometime in the evening. I really do not know whether it is because of some religious reason or because it is not economical to open for breakfast and lunch. I really can never understand why a person who is fasting cannot open his food business. I have been overseas where the operators observe thier fast while serving food. Their faith is unshaken and so is thier business.

3. If it is true that PAS in Kedah wants to close certain entertainment outlets during Ramadan, I also cannot understand thier rationale. Is it to prevent Malays from patronising these places duirng Ramadan?

4. Does that mean that during other months it is okey for the Malays to patronise these places?

5. If the entertainment is intrinsically bad in some way, why not just ban it forever under the law? If it is not intrinsically bad, then what is this double standard all about? Something that is good or bad according to the month is something that I cannot understand.

6. I know that it is a criminal offence under the syariah laws in most, if not all States for Malays to eat in public restaurants during the day in the month of Ramadan. I do not think it will help if the person who is not fasting for whatever reason hides at the back of the restaurant and eats away from the public eye.

7. I personally have never understood the need to compel people to fast or to deny the non-faster from eating if he wants to. I hold that faith is a personal matter.

8. Nevertheless,  the law is the law and it is reflective of the society that upholds it.

9. Anyway, for those who are going to fast because they want to fast, I wish them all happy fasting and may God bless you all.

 Salam.

Wednesday, May 25, 2011

SHOWDOWN 2011 TV8 - STREET DANCING !!!

First time I saw the program over TV8 today.   Since i have always liked dancing (other than law, human psychology, comparative religion, the Quran, music, etc, etc) i was glued to the set. 

I was impressed with the talent these young people have. The show is meant to bring out the best street dance crews into the limelight and also to shed light on the street dance culture. You can read more about the show here.

Young people have lots of adrenalin and energy and i think programs like these give an opportunity for the energies to be positively channelled.  We cannot suppress such energies under dubious “moral exhortations” like some self righteous people are inclined to do.

These dances require lots of training, discipline and determination. Choreography or team work is essential for crew dancing.  





I recall that i too had taken part in a dancing competition when i was in my teens doing the “Saturday night fever” !  After which i had worked as a part time DJ in one of the discos then without my parents knowledge (gila nak bagi tau!). Never smoked and never drank but I think I was a cool DJ !  Some of the patrons and my friends used to call me “Q DJ” because I loved discussing the Quran and God with them during breaks – whenever they tolerate me!!! (The truth is God has made us all multi talented and we can develop multiple healthy personalities if we resist "society's" persistence to box us into certain roles only).

I cannot help but notice that quite a number of the participants in the Showdown 2011 are Malays. I am not surprised since Malays are generally very creative and artistic.  Since there are quite a number of Malay participants, my concerns are two – when will a religious official come with a fatwa banning it? Or when will a self acclaimed Malay champion criticise it on grounds that of “budaya kuning” or “budaya barat”?! Susah jadi Melayu kan? Semua orang nak control, semua orang nak bagi nasihat yang tak dipohon.

As for me, I want to congratulate TV8 for providing this opportunity for the young to showcase their talents. And to the talented young – use your talents to make this world a better place for yourself and everyone else.

Peace and stay cool !

Salam !

p.s. one of my dreams that I could not achieve is to be able to talk about the Quran and God after a powerful dance performance on stage ! But in this country, I probably have to apply for  a permit for both from some stranger I dont even know !!! Ah well..:)

Wednesday, March 23, 2011

Tun Dr Mahathir Mohamad: Melayu Oh Melayu ???


Tun Dr Mahathir (“TDM”) melahirkan kesalannya terhadap “seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu”. Pada amnya saya setuju dengan penulisan beliau kerana saya rasa saya faham dari perspektif mana beliau menulis.  Ini mungkin dipengaruhi oleh fakta bahawa saya mengenali beliau secara peribadi dan pernah berbincang dengan beliau berkaitan dengan beberapa isu yang bersangkutan. Pengalaman peribadi saya meyakinkan saya bahawa beliau berniat baik  dan saya dapat merasai kesayangan beliau kepada kaum Melayu. Mungkin kesayangan beliau kepada Melayu lah yang membuat beliau berhujah mengikut cara beliau berhujah.

Namun saya terpanggil untuk memberi beberapa pandangan saya sendiri disini kerana rencana itu menyentuh berkaitan dengan Islam dan saya adalah seorang Muslim serta beliau adalah seorang yang saya sayang. Maka maafkan saya ayahanda Tun kerana berbeza sedikit pandangan.

 TDM menulis bahawa “Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam”.   Fahaman ini adalah betul dari segi undang-undang Negara kerana takrif Artikel 160 Perlembagaan Malaysia. Artikel 160 mentakrifkan bahawa seorang warganegara Malaysia yang beragama Islam, mengamalkan budaya Melayu dan bercakap Bahasa Malaysia adalah seorang “Melayu”.  Berdasarkan Artikel 160 inilah hujah TDM bahawa seorang Melayu yang keluar daripada agama Islam bukan lagi Melayu – dari segi undang-undang. Dari segi etnik, ia masih Melayu.

Maka, menurut Artikel 160, jika seorang Portugis, Cina dan lain-lain menganut agama Islam serta memenuhi syarat-syarat lain dalam Artikel tersebut, maka mereka juga dikira sebagai “Melayu” dari segi undang-undang.  Begitu juga seorang yang berketurunan India Muslim yang memenuhi syarat-syart tersebut juga adalah dari segi undang-undang seorang “Melayu”.  Sejauh mana Artikel 160 diberi kesan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam praktiknya apabila ianya melibatkan “Melayu” dari etnik lain, saya kurang pasti. 

JIka kita masih mahu berpegang kepda klasifikasi etnik dan berhujah bahawa kewujudan “kaum-kaum” adalah ciptaan Allah (saya tidak nafikan perkara ini), kita juga harus mahu membezakan keadaan unik di dalam Negara ini dimana terdapat nya pentakrifan suatu kumpulan sebagai “Melayu” oleh undang-undang yang berlainan dengan pentakrifan etnik. Alasan mengapa Allah mencipta pelbagai kaum juga dijelaskan dalam Al-Quran dan saya pernah menyentuh topik tersebut disini.


Undang-undang Malaysia tidak terpakai diluar daripada Malaysia, maka diBali ada orang-orang Melayu dari segi etniknya beragama Hindu. Kalau kita menggunakan kacamata universal (sepertimana ajaran Allah adalah universal), sememangnya agama dan bangsa adalah perkara yang amat berlainan. Seorang yang bangsa apa pun apabila menjadi seorang Muslim, ajaran Islam lah yang akan menjadi dominan dan banyak unsur-unsur bangsanya akan lenyap kecuali yang tidak bertentangan dengan ajaran islam. Ini lah kekuatan Islam yang dapat menyatupadukan umat manusia tanpa mengira asal usul keturunan etnik. 

Dengan segala hormatnya kepada TDM yang amat saya sayangi, saya tidak begitu selesa dengan hujah beliau yang berikut:- 

“Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam”.

Saya kurang setuju bahawa jika seorang itu tidak dilahirkan sebagai Melayu, besar kemungkinan dia tidak akan terima agama Islam berdasarkan alasan-alasan berikut:-

1)      1. Begitu lebih ramai lagi Muslim bukan Melayu di dunia berbanding dengan Melayu. Dalam tahun 2009, jumlah orang Islam (secara rasmi) dalam Malaysia dianggarkan melebihi 16 juta. Sebaliknya, orang-orang Islam (secara rasmi) dalam tahun 2009, diCina sebanyak melebihi 22 juta, di India lebih daripada 222 juta, Indonesia sebanyak 202 juta, Pakistan (>174 juta), Saudi Arabia (>24 juta) dan lain-lain.

2)      2. Kita perlu ingat bahawa “orang Islam” yang dimaksudkan dalam perbincangan adalah orang Islam yang diktiraf secara rasmi sebagai “orang Islam”. Kita bincang hal “kulit” dan bukan dari segi “isi”. Saya kurang tertarik dengan hujah-hujah berdasarkan kulit kerana ia dibuktikan menyesatkan manusia dalam kehidupan dalam pelbagai aspek. Seseorang yang lazimnya ditakrif sebagai “orang Islam” tidak semestinya Muslim. Jangan kita meremehkan perbedaan ini. Allah telah memberi amaran mengenai orang-orang yang “Islam kulit” dan banyak ayat-ayat berkaitan dengan golongan munafik.

“Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, "Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian"; padahal mereka bukanlah orang-orang mukmin” (Al-Baqarah ayat 8).

”Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, dan padahal hanya menipu diri mereka sendiri sedang mereka tidak sedar”. (Al-Baqarah ayat 9).

“Di dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakit mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih disebabkan apa-apa yang  mereka dustakan”. (AlBaqarah  ayat 10)

3)      3. Samada seseorang itu menjadi “Muslim” atau tidak, dari aspek “akidah” atau Al-Quran (bukan aspek undang-undang atau kelaziman) ianya tidak bergantung langsung kepada kaum atau bangsa mana ianya dilahirkan kerana petunjuk dan hidayah adalah hak Allah.

Bukanlah kewajipan kamu menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Dan apa-apa yang kamu menafkahkan dari harta-harta kamu maka (kebaikan) adalah untuk diri kamu sendiri, Dan tidak lah kamu menafkahkan sesuatu melainkan kamu harapkan ridha Allah; Dan apa-apa yang kamu menafkahkan dari harta kamu, niscaya disempurkan Allah balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya” (Surah Al Baqarah, ayat 272).

4)      4. Saya berpandangan konsep “dilahir sebagai orang Islam” adalah suatu konsep yang agak berbahaya kerana ia sering mengakibatkan tindakan mewarisi “agama ibu-bapa” tanpa sebarang soal selidik walhal Islam mewajibkan kita menyoal selidik (Al-Israa ayat 36). Konsep ini juga mengalihkan perhatian daripada isu yang sebenar iaitu - usaha memahami ajaran Allah.  Saya lebih berminat untuk berpegang kepada firman Allah didalam surah

“Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata, "Kami beriman", dan tidak akan diuji? (Surah Al-Ankabuut ayat 2).

Ujian ini akan berjalan sepanjang hayat kita dan jika kita hanya bergantung kepada “saya dilahirkan sebagai orang Islam” sebagai perisai akidah tanpa mempelajari Al-Quran maka timbul tanda tanya: fahaman kita datang daripada mana – kefahaman wahyu dalam AL-Quran atau sangkaan berdasarkan fahaman-fahaman manusia termasuk ibu-bapa? Begitu juga kita harus mahu mengharungi pelbagai cabaran hidup. Dalam konteks ini, peribahasa Melayu “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” atau “biar mati anak, jangan mati adat” dan lain-lain adalah nilai-nilai yang, pada saya, bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam konteks seperti ini, “kemelayuaan” orang Melayu harus diganti dengan keislaman bagi mereka yang mahu berusaha menjadi Muslim.

Kita seharusnya tidak memanjangkan mitos bahawa oleh kerana Melayu “dilahirkan sebagai seorang Islam”, maka ia secara otomatis akan mengamalkan apatah lagi faham agama Islam. Saya percaya samada Melayu atau sesiapa pun yang berminat harus diajak untuk membaca dan memahami Al-Quran. Melalui cara ini keyakinan sebenar mereka berkemungkinan meningkat dan dengan hidayah Allah, akan berusaha menjadi Muslim yang sebaik mungkin.

Pada saya, Islam bukanlah seperti agama-agama tertentu yang telahmenjadi seperti kelab atau persatuan yang memerlukan ahli-ahli yang ramai.  Islam tidak tertakluk kepada permainan angka-angka. Politik memerlukan angka-angka besar.  (It is not a number’s game where you need to get the greatest number of followers. That is politics, not faith).

Wahai manusia, kamulah yang memerlukan (fakir) Allah, dan Dia Yang Kaya, Yang Terpuji”.
( Al_Quran 35:15)

“Yang demikian itu kerana sesungguhnya  telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan keterangan-keterangan jelas, dan lalu mereka berkata, “Apakah manusia yang akan memberi petunjuk kepada kami?” Lalu mereka ingkar, dan berpaling, dan Allah tidak memerlukan mereka. Dan Allah Maha Kaya, lagi Terpuji. (Quran  64:6)

Salam.

Nota: Sila rujuk kepada Al-Quran masing-masing dan jangan terima sesuatu yang ditulis disini tanpa berfikir atau kaji selidik.