1. Lagi cepat UMNO sedar bahawa ia bukan lagi parti Kerajaan tetapi parti pembangkang, lagi cepat ia kan menjadi berguna kepada Rakyat amnya dan ahli2 sendiri khususnya.
2. Mungkin ia masih dalam proses peralihan minda kerana setakat ini ia masih menampakkan minda lama di mana ucapannya, pendekatannya, stratejinya dan juga kualiti hujahnya masih sama. UMNO harus sedar bahawa reaksi saikiloji pada ucapan parti Kerajaan dan pembangkang amat berbeza. Kena faham apa kah perbezaannya.
3. TIdak ada guna bagi UMNO masih bersikap defensif seperti hari ini kerana itu akan menampakkan bahawa ia tidak sedar bahawa ia merupakan satu “single” parti yang terbesar dalam Parliamen.
4. Hakikat perlu di terima bahawa berdekad-dekad imej UMNO telah semakin menurun sehingga akhirnya ia kehilangkan banyak kerusi. Analisa harus di buat mengapa ini berlaku kerana ia kemungkinan besar melibatkan budaya, cara kerja dan sikap UMNO itu sendiri yang mungkin telah menjadi sebati dengan parti itu.
5. Adalah UMNO tidak faham era Malaysia baru mahupun pemikiran pelbagai Melayu yang pelbagai. Kalau UMNO masih berfikir bahawa Melayu masih “homogenous” dari pelbagai segi, ini bermakna UMNO dalam “denial mode” dan mungkin buta pada peredaran masa.
6. UMNO juga harus tanya mengapa Melayu Bandar menolaknya?
7. Sebaik-baiknya UMNO harus menerima hakikat menjadi pembangkang dan bersiap sedia untuk hadapi cabaran2 yang akan di hadapi oleh pembangkang di Malaysia.
Salam.
The Nation is saved NOT by politicians or citizens but by Saviour citizens or Raperas.
Followers
Showing posts with label Articles in Malay. Show all posts
Showing posts with label Articles in Malay. Show all posts
Sunday, June 24, 2018
Monday, June 18, 2018
Apakah masa depan UMNO selepas PRU14?
Ramai berpendapat bahawa strateji tradisi politik UMNO hanya berkisar kepada 3 faktor . Pertama ialah menonjolkan diri nya sebagai penyelamat Melayu. Kedua sebagai “pelindung” Islam dan ketiga sebagai tunjang kerajaan. Factor ketiga ini tidak relevan lagi selepas PRU14.
Pertama, untuk kita temui jawapan yang tepat, soalan itu hendak lah di ajukan dengan Ikhlas untuk mencari jawapan. Jangan lah ajukan soalan jika kita sudah pun membuat kesimpulan mengenai jawapan yang kita kehendaki. UMNO masih lagi dalam “denial mode” dan oleh itu ia sudah pun ada jawapan yang direka sebelum menilai soalan yang perlu di tanya. Kedua, pemimpin UMNO tidak menampakkan kebolehan untuk memisahkan tanggapan didalam minda mereka daripada realiti yang sebenarnya. Walaupun realiti yang sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat pelbagai “jenis” dan kelas Melayu, mereka masih salah anggap bahawa kaum Melayu itu adalah homogenous. Maka, mereka gagal menjadi wakil kaum Melayu secara keseluruhan. Tanpa mereka sedari, mereka mengasingkan Melayu-Melayu yang berdikari, profesional dan mempunyai pengaruh dalam masyarakat daripada UMNO.
Ketiga, mereka juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan berguna didalam mengurus hal ehwal Islam didalam Negara ini. Ia nya telah menyempitkan usahanya pada pemberian dana2 tanpa menilai keberkesanan dan keperluan sasaran yang di berikan dana tersebut. UMNO langsung tidak menunjukkan keberanian didalam mengwujudkan naratif-naratif yang dapat membentuk “Islam” yang benar-benar berkesan didalam kehidupan seharian rakyat Muslim serta rakyat jelata. Mereka ambil langkah mudah dengan berpaut pada “kulit daripada isi”. Istana yang di bina dengan pasir pasti hancur.
Maka, dalam dialog mengenai Islam, kita hanya dengar laungan-laungan yang sudah basi ekoran peredaran masa iaitu “KIta tidak kompromi dalam Hal Islam”, “Kita akan melindungi Islam” “Jangan hina Islam” dan sebagai nya. Semua ini adalah laungan-laungan kosong yang tidak mempunyai sebarang nilai didalam dunia Muslim yang mahu berfikir mahupun didalam dunia akademik Islam. Semua ini di lihat sebagai tindakbalas kumpulan yang tidak mempunyai Ilmu mahupun kebolehan kognitif untuk berhujah secara ilmiah dan intelektual. Ia juga menampakkan sikap kumpulan yang mahu memaksa pendirian mereka keatas orang lain bukan dengan hujah tetapi dengan kuasa dan kedudukan. Orang yang memaksa orang lain dengan kuasa dan kedudukan di anggap sebagai seorang pembuli. Adakah rakyat akan sokong geng buli?
Ini tidak bermakna Muslim tidak harus membela hujah2 Islam mahupun membetulkan salah persepsi terhadap Islam. Saya kira ini wajib bagi seorang Muslim yang mampu melakukannya. Namun ini adalah berbeza dengan dakwaan sombong bahawa kita akan “melindungi” Islam. Allah lah yang akan melindungi Islam dan bukan manusia kerdil yang perlukan hidayah Nya. Maka, bahasa yang kita guna pun kena tepat.
Pemimpin Muslim yang peka kepada kebajikan Muslim dan Muslimah harus berani berhujah untuk merencanakan rupa bentuk Islam yang berguna pada masyarakatnya. Ia mesti rajin dan pandai memilih tafisran “Islam” yang terbaik supaya kehidupan rakyat, samada Muslim atau bukan Muslim menjadi benar2 ringan dan selamat dari semua segi. Baru lah Isalm di lihat sebagai satu Rahmah dan bukan sebagai satu beban atau agama candu yang melahirkan simptom fantasi dalam penganutnya. Fantasi tidak mungkin dapat menjadikan umat Islam sebagai “ummatan hasanah”.
Rakyat, samada Melayu atau bukan Melayu tidak mahu polisi-polisi kepimpinan politik menyusahkan kehidupan mereka samada polisi itu di labelkan sebagai islam atau pun tidak. Kehidupan ini sudah cukup mencabar dan tidak perlu di tambah lagi kesusahan.
Walaupun tidak di nafikan bahawa masih ramai Melayu dan bumiputra yang berada pada tahap pendapatan amat rendah dan memerlukan bantuan, mereka mengharapkan bantuan yang di berikan itu berkesan untuk membolehkan mereka melepaskan diri daripada cengkaman bantuan selama-lamanya. Beberapa tahun kebelakangan ini bantuan UMNO di Ilhat sebagai berupa “batuk di tepi tangga” serta di berikan lebih kepada Umnoputra. Persepsinya ialah ramai Melayu yang berkebolehan dan memerlukan tidak menerima bantuan kalau mereka bukan Umnoputra. Persepsi ini juga menjauhkan ramai Melayu daripada UMNO yang di lihat sebagai “parti orang kaya baru Melayu segelintir”.
UMNO juga di lihat telah berubah menjadi parti bangsawan dimana cium tangan diwajibkan, pengidolaan pemimpin di galakkan, dan ucapan2 di persidangan UMNO tidak lagi mewakili suara2 rakyat marhain tetapi sesuatu yang dipentaskan. Maka, hilang lah kedudukan UMNO sebagai mewakili rakyat Melayu marhain.
Maka apakah wadah perjuangan UMNO yang dapat meyakinkan Melayu serta bukan Melayu menyokongnya ? Kalau is masih teruskan retorika politik yang lama berkaitan dengan Melayu dan Islam, saya percaya ia akan menjadi lemah ekoran peredaran masa.
Siapa kah pemimpin baru UMNO yang berani hadapi cabaran dan naratif baru yang di perlukan di Zaman ini?
Salam.
NOTA: Saya tidak bertujuan untuk melukakan perasaan sesiapa, maka jangan terlalu sensitif. Harapan saya ialah dalam demokrasi ini, UMNO berjaya menjadi satu barisan pembangkang yang efektif untuk kebaikkan Negara. Salah silap saya mohon maaf terlebih dahulu.
Labels:
Articles in Malay,
Malaysia,
Opposition Parties,
Politics,
UMNO
Saturday, May 12, 2018
Manusia Merancang, Allah menentukan !!! - PRU14 Malaysia
Perdana Menteri Ke7
YAB Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai begitu cepat sekali dalam melaksanakan tugas nya. Pada hari pertama sahaja beliau sudah awal dipejabat mengalahkan orang yang lebih muda. Ini berlaku bukan kerana beliau Perdana Menteri tetapi kerana beliau adalah Mahathir.
Kini menjadi tugas pahit saya sebagai Rakyat biasa untuk memperingati YAB Perdana Menteri bahawa Rakyat jelata mempunyai harapan yang besar terhadap Kerajaan Pakatan Harapan untuk membawa reform-reform yang amat di perlukan untuk menuju kearah Negara yang bertamadun tinggi. Saya juga berharap Kerajaan ini menjadi satu era dimana Rakyat di galak menjadi rakyat yang bukan sahaja mampu berfikir tetapi mempunyai sifat keihsanan yang tinggi.
Tanggungjawap Rakyat
Kepada Rakyat jelata, Kita wajib memperingati diri Kita semua bahawa kempen pilihanraya sudah habis dan kini mula lah tempoh kempen untuk berkerjasama bagi membangunkan kesejahteraan Negara dan maruah Negara Bangsa.
Apa-apa keterlaluan dalam tindakan satu pihak politik terhadap pihak politik seterunya oleh penyokong masing-masing harus di maafkan. Ini adalah konsekuen proses pilihanraya dalam sistem demokrasi yang tidak pernah tekankan nilai keihsanan (compassion). Maka, kita semua bersalah kerana berlaku nya kelakuan sedemikian dan semoga Allah maafkan Kita semua. Perkara ini juga Allah telah memperingati kita bahawa Ia akan menanamkan cinta sesama Kita jika Kita rela.
“Dan ingatlah akan kenikmatan Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadikan kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara." (Ali Imran: 103)
Kita tidak boleh lagi terlalu gembira kerana menang atau terlalu sedih kerana kalah jika kita beriman bahawa sebenarnya manusia hanya lah merancang tetapi Allah jua lah yang menentukan. Kita kena sentiasa insaf bahawa Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita serta apa yang buruk untuk kita.
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah Al Baqarah ayat 216)
Oleh yang demikian, kewajipan kita hanya lah untuk bersama-sama menuju kearah melakukan kebajikan serta amalan2 yang menguntugkan Rakyat bersama.
Pakatan Harapan
Kini PH telah menjadi kerajaan untuk semua rakyat termasuk bagi mereka yang tidak mengundi mereka. Saya percaya Kerajaan PH yang terhasil daripada gabungan parti2 politik yang mempunyai individu2 yang bermusuhan sesama sendiri berdekad dekad akan mudah memaafkan mereka yang menentang mereka dalam proses kempen pilihanraya. Kerajaan wajib mempertahankan hak2 sistem demokrasi.
Saya percaya mereka sedar bahawa tugas mereka kini sebagai kerajaan tidak sama seperti tugas mereka dahulu sebagai pembangkang.
Sudah muncul secara realiti konsep sistem dua parti di Malaysia seperti yang di perjuangkan berdekad-dekad.
Barisan Nasional
Barisan Nasional yang di anggotai oleh manusia sudah tentu tertakluk kepada perasan sedih kerana kalah dalam PRU14. Saya dengan merendah diri menasihati supaya cepat2 keluar daripada zon kesedihan dan lihat lah ia sebagai rahmah Allah di mana mereka di beri peluang untuk mengawasi tindakan Kerajaan sebagai pembangkan bagi pihak Rakyat.
Kekalahan ini juga akan memberi peluang pada mereka untuk melakukan post mortem, muhasabah diri, penilaian semula struktur dan kelemahan parti mereka kearah pembaikan dan keadaan yang lebih efektif pada rakyat. BN wajib jujur pada diri kerana kebenaran nya adalah seperti mana yang difirman oleh Allah:
“Apa saja nikmat yang engkau peroleh adalah dari sisi Allah. Dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari kesalahan dirimu sendiri," (Surah Al-Nisâ’ [4]: ayat 79).
Salam.
Friday, May 11, 2018
Bermulanya Kerajaan Pakatan Harapan
Malaysia telah membuktikan pada diri nya sendiri bahawa ia berkeupayaan untuk menukar kerajaan melalui proses demokrasi tanpa sebarang keganasan atau ketidakstabilan politik.
Mulai 9.30 malam, 10hb Mei, 2018, Malaysia mempunyai kerajaan Persekutuan yang baru.
Sebelum saya menulis selanjutnya, ingin saya memperingati diri saya serta mereka yang rela di peringati akan satu kebenaran. Sifat manusia yang masih berilusi dengan “kebolehan” nya semata2 adalah dimana yang menang akan bergembira dan merasa mereka hebat dalam percaturan. Pihak yang kalah pula akan bersedih serta berada dalam kesesalan yang samar2. Kedua-dua manusia seperti ini lupa akan satu kebenaran hakiki bahawa Allah jua yang memberi “kerajaan” kepada siapa yang Dia sukai. Kebenaran ini jelas dalam Surah Al Imran ayat 26:
“Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.
Ahli politik juga harus beringat bahawa apa yang boleh menghilangkan kuasa mereka dengan sekelip mata adalah faktor yang sama yang mengakibatkan Iblis diusir kebumi iaitu kesombongan atau keangkuhan (Surah Al A’Raaf : ayat 11-13).
Sebagai Muslim saya beriman bahawa ayat2 di atas memperingati Kita bahawa kuasa dan kemuliaan bukan sesuatu untuk di banggakan tetapi satu amanah yang di berikan kepada manusia2 yang dipilih oleh Pencipta nya.
Maka, pada 10.5.2018, Allah telah memberikan amanah kepada kerajaan PH untuk mentadbir Negara Malaysia. Dalam amanah ini, terdapat harapan Rakyat yang amat besar.
Dimana kemenangan PH membawa perubahan baru dalam lanskap politik Malaysia, Rakyat juga mengharapkan ia akan membawa perubahan yang bermakna, efektif dan berguna dalam pentadbiran Negara.
Dimana kemenangan PH membawa perubahan baru dalam lanskap politik Malaysia, Rakyat juga mengharapkan ia akan membawa perubahan yang bermakna, efektif dan berguna dalam pentadbiran Negara.
Kerajaan yang di pilih adalah kerajaan Semua Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kelas ekonomi. Maka, kerajaan ini tidak boleh membeza-bezakan “anak2” (Rakyat) berdasarkan kategori2 yang disebutkan tadi.
Pengagihan sumber2 Negara harus lah adil dan saksama diantara anak2 nya dengan mengambilkira keupayaan masing2. Saya percaya Rakyat dahagakan perkara2 perkara-perkara tersebut:
.
- Mengwujudkan satu bangsa Malaysia dimana Kita dapat bersama2 menuju kearah satu “Malaysian Dream” sebagai satu keluarga yang punyai sikap keihsanan (compassion)
- Reform dalam sistem pendidikan dari segi isi kandungannya, kaedah pengajaran, kos dan sebagainya,
- Penghapusan rasuah
- Mengwujudkan suasana politik dan ekonomi dimana rakyat yang rela berusaha dapat mencari nafkah yang halal tanpa birokrasi yang membebankan
- Merapatkan perhubungan antara pelbagai agama serta mengwujudkan suasana ukhuwah di kalangan umat Muslim untuk membanteras kegilaan taksub mazhab dan sikap “keterlaluan agama”.
- Benar2 mengambil langkah untuk menangani masalah kos rumah murah dimana berlaku banyak penipuan dan penindasan terhadap mereka yang berpendapatan rendah dan miskin. Juga saiz rumah kos rendah perlu di nilai semula kerana saiz kini berada dalam zon kezaliman.
- Melakukan reformasi perundangan untuk merombak kembali undang2 yang menindas martabat manusia dan memastikan undang2 adalah adil
- Memberi perhatian yang lebih daripada sekarang kepada golongan kanak2, yang kurang upaya dan juga warga emas - perlu merangka polisi2 yang khusus;
- Mengenal pasti masalah2 yang di hadapi wanita2 terutama ibu tunggal, keselamatan, keadaan bayi terbiar dan sebagainya.
- Melihat kembali kontrak kerajaan seperti pembinaan Jalan raya dan sebagainya yang berat sebelah pada rakyat.
- Kerajaan yang telus, bertanggungjawab, dan “engage feedback” Rakyat dalam polisi2 yang berpengaruh besar.
INi lah di antara yang saya fikir utama dalam minda dan harapan rakyat yang sempat saya berkongsi.
Saya berharap Kerajaan PH ini akan berpegang pada janji nya untuk berkhidmat pada rakyat sebaik mungkin serta di rahmati Allah.
Salam.
Saturday, June 10, 2017
Rakyat Mempertahankan kesejahteraan negara
Memang pun semua orang tahu bahawa kerajaan perlu untuk mentadbir negara dari pelbagai segi. Pada amnya, Kerajaan boleh dikatakan terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang menjawat jawatan dalam kabinet dan keduanya daripada sektor perkhidmatan awam.
Amanah Sektor Perkhidmatan awam
Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan mengariskan siapa kah yang tergolong didalam sektor perkhidmatan awam seperti berikut:
Amanah Sektor Perkhidmatan awam
Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan mengariskan siapa kah yang tergolong didalam sektor perkhidmatan awam seperti berikut:
Bagi maksud Perlembagaan ini, perkhidmatan-perkhidmatan awam ialah—
- (a) angkatan tentera;
- (b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
- (c) perkhidmatan awam am Persekutuan;
- (d) pasukan polis;
- (e) (Dimansuhkan);
- (f) perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133;
- (g) perkhidmatan awam setiap Negeri; dan
- (h) perkhidmatan pendidikan.
- Senarai diatas jelas merangkumi pelbagai aspek penting yang menyentuh kehidupan Rakyat serta kesejahteraan am Negara. Kumpulan ini lah yang lazimnya mentadbir negara secara hampir otomatis samada piliahan raya ada atau pun tidak. Maka, mereka di berikan kuasa dan pengaruh yang besar untuk menjalankan amanah bagi pihak Rakyat jelata.
- Sebagai imbuhan atau balasan untuk menjalankan amanah mereka dengan seefisien dan sejujur mungkin, mereka di bayar serta di beri kemudahan-kemudahan dan keistimewaan yang tidak dinikmati oleh rakyat lain. Sebagai contoh, pekerjaaan mereka pada amnya tetap/stabil, gaji tiap2 bulan pun tetap/stabil, dapat pencen, dapat kemudahan luarbiasa untuk memperolehi pinjaman perumahan dan sebagai nya. Semua ini di tanggung oleh Rakyat jelata sebagai "majikan" kepada mereka.
- Maka, tidak harian lah dan sebenarnya di alu alukan oleh Rakyat apabila SPRM di bawah pimpinan Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad kini mengambil langkah berterusan untuk memastikan bahawa gejala rasuah di kalangan sektor awam di hapuskan. Adalah menjadi harapan Rakyat bahawa usaha SPRM ini akan melahirkan sikap benci rasuah dan melihat rasuah sebagai kemungkaran yang menindas Rakyat jelata dikalangan anggota perkhidmatan awam. Rakyat yang bertangunggjawap dan cintakan kesejahteraan Negara wajib menyokong usaha SPRM ini melalui beberapa cara.
- Disamping menyokong usaha SPRM, Rakyat harus sentiasa perihatin bahawa menjadi tanggungjawap kita bersama untuk mempertahankan kewibawaan, integriti dan maruah institusi-insitusi negara seperti yang disenaraikan dalam Artikel 132(1) Perlembagaan Malaysia daripada di cemari oleh tindakan sebilangan kecil dalam institusi-insitusi tersebut mahupun oleh tindakan sesiapa yang lain.
- Eksekutif atau Wakil Wakil rakyat dalam Kabinet
- Kabinet memainkan peranan yang teramat penting didalam menentukan polisi negara serta memastikan bahawa wawasan atau polisi yang di tetapkan bersama dicapai dalam tempoh yang di tentukan. Disamping itu, kabinet juga berkuasa didalam mempengaruhi agihan harta dan sumber-sumber negara. Pendekata, sebagai manusia, mereka juga terdedah kepada bisikan syaitan untuk berlaku tidak adil, bersikap korupsi dan menindas.
- Kumpulan ini juga perlu di awasi oleh Rakyat supaya tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa yang merugikan negara dan rakyat. Rakyat harus memastikan bahawa golongan ini juga tertakluk kepada undang-undang tertentu yang dapat mendorong mereka kepada tindakan-tindakan yang baik dan menjauhi bisikan syaitan. Peruntukkan didalam Perlembagaan Malaysia bahawa semua Rakyat adalah saksama dibawah undang-undang perlu di manifestasikan.
- Rakyat perlu ingat bahawa terdapat banyak pemimpin politik yang memang ikhlas dan berusaha untuk berkhidmat kepada Rakyat. Namun, ada juga yang hanya menggunakan kedudukan untuk memperkayakan diri dengan anggapan bahawa mereka tidak akan tertangkap dan rakyat tidak boleh buat apa-apa.
- Pemimpin politik yang korup harus tahu bahawa tidak ada had masa dalam mendakwa sesiapa untuk suatu perbuataan jenayah. Maksudnya, jangan lah mana-mana pemimpin politik korup menjangka bahawa selepas mereka bersara, undang-undang tidak boleh membawa mereka ke gelanggang keadilan walaupun berdekad dekad telah berlalu.
- Rakyat sentiasa berawas dan mempertahankan kesejahteraan Negara. Kalau kita sendiri tidak buat, orang lain tidak akan.
- Salam ramadan.
Labels:
Articles in Malay,
Civil Service,
Corruption,
Government,
RAPERA
Saturday, May 13, 2017
Mengapa Kita menyusahkan Hidup Kita Sendiri?
(Atrikel ini tidak ditujukan kepada semua orang, hanya pada mereka yang berkaitan sahaja.Dalam dunia ini, ada yang baik dan ada yang jahat).
Banyak perkara dalam fikiran dan hati saya yang ingin saya berkongsi dengan mereka yang mahu mendengarnya terutama berkaitan dengan keperitan dan cabaran pengalaman yang di istilahkan sebagai "kehidupan". Mengapa terlalu banyak masalah, kepedihan, penderitaan, kemiskinan dan kekecawaan dalam kehidupan?
Memang kita tahu bahawa kehidupan itu mempunyai cabaran tersendiri, liku-liku yang terpaksa di lalui dan tindakan-tindakan yang perlu di lakukan supaya kehidupan kita tidak menjadi sia-sia dan kita boleh hidup dengan sejahtera dan bermaruah. Ini adalah cabaran-cabaran semula jadi perjalanan kehidupan. Tidak ada sesiapa pun boleh merungut berkaitan dengan perkara semula jadi ini. Kehidupan ini tertakluk kepada Sunnah Allah atau natural laws, samada kita mahu akuinya ataupun tidak. Bukan perkara-perkara ini yang sering merunsingkan saya.
Sepanjang kehidupan saya sehingga kini, saya kenal ramai manusia mulia yang mengorbankan masa, tenaga dan harta mereka yang sedikit bagi meringkan keperitan kehidupan orang lain. Mereka lakukan semua ini kerana mereka tidak mahu makhluk lain yang juga manusia seperti mereka tidak merasai rahmah Allah. Saya hormati dan mendoakan bagi orang-orang seperti ini. Kebanyakkan daripada rakyat marhain merupakan manusia seperti ini.
Perkara yang saya tidak faham ialah sikap setengah mereka yang mempunyai kuasa, yang mempunyai pembelajaran, jawatan, pangkat, gelaran, kedudukan, keupayaan wang ringgit, kesihatan dan banyak lagi rahmah Allah tetapi bersikap menimbulkan masalah bagi mereka yang bergantung kepada mereka atau mengharapkan mereka.
Kesombongan, Keangkuhan, Ketamakan.
Saya kurang faham mengapa ada mereka yang berjawatan mudah menjadi sombong dan angkuh sehingga keangkuhan mereka menahan mereka untuk menjalankan amanah dengan sepatutnya.Saya sudah bersua dengan beberapa pegawai2 kerajaan (bukan semua), pengarah2, ketua2 pengarah macam2 jabatan yang berwatakkan sebagai "orang berkuasa" daripada berwatakkan sebagai "orang yang dipinjamkan kuasa untuk membantu manusia". INi pun bukanlah mereka di minta untuk bekerja dengan percuma tetapi di bayar gaji.
Mengapa boleh orang sombong dengan pangkat dan kuasa? Dari kecil sampai saya dewasa kini, saya masih tidak faham. Saya sebenarnya rasa kelakar bila ada orang yang berpengaruh merasakan dirinya sangat penting kerana dalam minda saya, saya sudah pun nampak keadaan beliau selepas bersara dan jika beliau panjang umur menjadi lebih tua. Bukan kah lebih elok di gunakan kuasa untuk membantu yang marhain dan berusaha meringankan masalah dan beban mereka?
Maka, saya lihat kesombongan dan keangkuhan atau "syok sendiri" dengan jawatan dan panggilan pangkat oleh orang lain lah yang membuat kita lalai dalam amanah sehingga kita menyusahkan kehidupan orang lain.
Saya sudah semakin meluat dengan mereka yang hanya fikirkan tentang diri mereka, kerjaya mereka dan keluarga mereka semasa berjawatan dan berkuasa dan lepas bersara kononnya baru lah nak berkhidmat pada masyarakat atau beribadah dalam masjid - takut mati konon walhal hari yang kita lahir itu adalah pengesahan bahawa kematian itu satu kepastian!
Yang masuk keranda bukan lah orang tua atau muda tetapi mayat. Jadi tidak kah perbuatan sia2 tamak pada kehidupan yang pasti akan tinggalkan kita?
Ramai Terpelajar, sedikit yang terdidik
Ini satu lagi sumpahan yang melanda beberapa orang yang terpelajar sehingga dia menyusahkan kehidupan rakyat kebanyakkan dengan pelajaran tinggi nya. Tidak kira samada orang itu terpelajar dalam bidang agama ataupun bidang bukan agama. jenis manusia ini sama sahaja - mereka lebih mahu di iktiraf sebagai "pandai" walaupun kerja2 yang di usahakan oleh tangan2 mereka itu menyusahkan kehidupan rakyat kebanyakkan. Ini lah antara sebab2 nya saya kadang2 malas nak sertai seminar2 kerana saya rasa saya tidak boleh berlagak pandai seperti mana yang mereka harapkan.
Terdapat lah hakim2, peguam2, sarjana2 agama, engineer, doktor dan lain2 yang terpelajar lebih menyusahkan manusia daripada membantu. Mereka samada tidak sedar atau tidak peduli bahawa tindakan mereka boleh bawa kesan buruk kepada kehidupan orang lain. Mungkin ini berlaku kerana seperti kuda yang pakai "blinkers", mereka membenarkan diri terperangkap dengan keasyikkan kedudukan dan "pembelajaran" mereka bagi menjamah nafsu kepentingan peribadi semata2.
Terlalu banyak seminar2, mesyuarat2 jawatankuasa dan lain2 forum seperti ini yang tidak memberi kesan langsung dalam meringankan keperitan harian yang di alami oleh rakyat kebanyakkan. Yang "pandai2"ini syok melontarkan "idea" yang mampu mengerunkan ramai yang mudah terpedaya tetapi sebenarnya direka khas untuk menonjolkan kumpulan mereka sebagai eksklusif "pandai" dalam masyarakat. Melalui cara2 ini, mereka mencipta peranan dan status bagi diri mereka dalam masyarakat - berkepentingan diri sendiri.
Malangnya, yang daif tetap daif. Sumber2 Allah masih di nikmati oleh golongan eksklusif tetapi rakyat kebanyakan masih serba kekurangan.
Begitu ramai yang terpelajar tetapi kita lihat keadaan rakyat kebanyakkan begitu daif juga. Di merata2 dunia, bukan di negara kita sahaja. Dan dalam banyak hal, saya dapati orang2 terpelajar lah menimbulkan pelbagai masalah dan reka pelbagai perkara yang menyusahkan rakyat kebanyakkan. Fikirlah sendiri apa kah perkara2 ini.
Banyak perkara yang masih saya tidak faham dalam kehdiupan ini
Ini sahaja lah luahan hati saya buat masa ini. Memang sesak nafas saya memikirkan gelagat manusia2 seperti yang saya gambarkan disini.
Salam.
Tuesday, April 11, 2017
Bercakap mengenai agama, jangan lupakan kemanusiaan
Sekurang kurang nya lebih daripada 30 dekad yang lalu, perbualan, ceramah, diskusi, ucapan, tingkah laku dan pakaian semua nya semakin melambangkan "agama". Ini juga di ikuti dengan penggunaan bahasa Arab dalam banyak hal yang di anggap berkaitan dengan agama walaupun perkara yang sama boleh di perkatakan dalam bahasa Melayu.
Adakah ini menunjukkan bahawa kesedaran mengenai Islam semakin meningkat atau ianya hanya merupakan pencarian identiti oleh satu kumpulan yang kurang secure, kurang yakin diri dan merasakan perlu satu identiti "eksklusif"? Mungkin jawapan nya kedua-dua sekali bergantung kepada kecenderungan atau sifat kumpulan atau individu tertentu.
Perkara yang pasti ialah yang tampak tidak semestinya melambangkan diri atau keadaan yang sebenar. Baru-baru ini saya di perkenalkan dengan satu istilah baru iaitu "penunggang agama". Istilah ini merujuk kepada manusia yang memperalatkan agama untuk tujuan peribadi dan bukan nya beramal untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kewujudan penunggang agama bukan lah perkara yang menghairankan kerana Al Quran pun sudah memberi amaran berkaitan dengan ini didalam Surah At Taubah ayat 9 (Q9:9)
"Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan".
Apa yang sepatutunya merisaukan Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah ialah ucapan-ucapan penunggang agama yang lebih mencetusakn huru hara dalam masyarakat daripada melahirkan keehsaan sesama manusia mahupun sesama umat Muslim. Agama di gunakan sebagai landasan untuk melahirkan fahaman eksklusiviti seolah olah perpaduan diantara manusia adalah tidak perlu. Fahaman ini jelas akan mencetuskan permusuhan serta perpecahan umat manusia. Jika ini berlaku, akhirnya semua yang rugi dan jadi lah kita manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang Allah bagi kerana kita telah membenarkan ego dan nafsu kita merosakkan perpaduan manusia yang wujud.
Maka, dalam kita menjalankan kegiatan yang kita anggap sebagai dakwah Islam atau membicarakan hal-hal yang kita sangka berkaitan dengan agama, janganlah kita lupakan nilai2 kemanusiaan yang manusia sama-sama berkongsi. Janganlah menjadi seperti manusia yang disebut didalam surah At Taubah ayat 107:
"Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta meme an-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta ".
Salam
Adakah ini menunjukkan bahawa kesedaran mengenai Islam semakin meningkat atau ianya hanya merupakan pencarian identiti oleh satu kumpulan yang kurang secure, kurang yakin diri dan merasakan perlu satu identiti "eksklusif"? Mungkin jawapan nya kedua-dua sekali bergantung kepada kecenderungan atau sifat kumpulan atau individu tertentu.
Perkara yang pasti ialah yang tampak tidak semestinya melambangkan diri atau keadaan yang sebenar. Baru-baru ini saya di perkenalkan dengan satu istilah baru iaitu "penunggang agama". Istilah ini merujuk kepada manusia yang memperalatkan agama untuk tujuan peribadi dan bukan nya beramal untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kewujudan penunggang agama bukan lah perkara yang menghairankan kerana Al Quran pun sudah memberi amaran berkaitan dengan ini didalam Surah At Taubah ayat 9 (Q9:9)
"Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan".
Apa yang sepatutunya merisaukan Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah ialah ucapan-ucapan penunggang agama yang lebih mencetusakn huru hara dalam masyarakat daripada melahirkan keehsaan sesama manusia mahupun sesama umat Muslim. Agama di gunakan sebagai landasan untuk melahirkan fahaman eksklusiviti seolah olah perpaduan diantara manusia adalah tidak perlu. Fahaman ini jelas akan mencetuskan permusuhan serta perpecahan umat manusia. Jika ini berlaku, akhirnya semua yang rugi dan jadi lah kita manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang Allah bagi kerana kita telah membenarkan ego dan nafsu kita merosakkan perpaduan manusia yang wujud.
Maka, dalam kita menjalankan kegiatan yang kita anggap sebagai dakwah Islam atau membicarakan hal-hal yang kita sangka berkaitan dengan agama, janganlah kita lupakan nilai2 kemanusiaan yang manusia sama-sama berkongsi. Janganlah menjadi seperti manusia yang disebut didalam surah At Taubah ayat 107:
"Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta meme an-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta ".
Salam
Tuesday, April 4, 2017
Rakyat, Jangan Terpedaya Permainan Politikus
Saya amat khuatir bahawa rakyat tampak mudah terpengaruh
dengan permainan politik dalam Negara sehingga hilang pertimbangan dari
pelbagai aspek.
Pertama, kita jangan lupa bahawa untuk Malaysia
maju dan jaya, kita perlukan perpaduan yang jitu diantara kita bersama. Kita tidak boleh dipecah belahkan
dengan isu-isu perkauman atau agama. Muslim yang mengetahui Al_Quran nya akan sedar
bahawa Allah telah memberi tunjuk ajar dalam Kitab nya bahawa akan ada manusia
yang akan gunakan perkauman dan agama untuk memecahbelahkan manusia. Apabila
Rakyat bercakaran bersama mereka, mudah lah bagi politikus yang tidak
bertanggungjawap serta rakus kuasa menjalankan ajenda jahatnya.
Keduanya, Rakyat wajib sedar bahawa kekuatan
mereka ialah kerjasama diantara mereka untuk kebaikan bersama Rakyat dan Negara. Didalam konteks ini, jangan lah
Rakyat yang sudah pun lemah melemahkan lagi diri sendiri dengan melebelkan
rakyat-rakyat dengan meletakkan mereka dalam kotak-kotak permusuhan. Sebagai
contoh, jangan kita mudah terpedaya bahawa mereka yang sokong dasar atau kerja
kerajaan semestinya tidak baik atau yang menyokong pembangkang semestinya baik.
Jelas, sebahagian pembangkang hari ini pun tidak semestinya bermatlamatkan
kesejahteraan Rakyat. Kita harus lihat pada apa kah yang di sokong dan apakah
kerja yang di buat. Saya percaya rakyat
yang ikhlas boleh menyumbang kepada kebaikan bersama dan Negara, dimana sahaja
ia berada, tanpa di kotori oleh proses politik ekstrim.
Ketiga, Rakyat harus mahu belajar berfikir secara
objektif dan tidak mudah di tarik ke hulu atau ke hilir melalui emosi mereka. Jangan yang dewasa di kanak kanakkan
kerana malas untuk berfikir atau cenderung kepada semangat kosong. Pihak rakus
kuasa tahu bahawa kelemahan manusia ialah ketiadaan kepakaran mengawal emosi.
Rakyat harus sentiasa berwaspada supaya kita tidak membakar kelambu kerana
marahkan nyamuk, apatah lagi apabila kemarahan kita kepada nyamuk itu tidak
bertempat dan telah drancang dengan licik oleh puak rakus kuasa.
Keempat, walau apa pun kaum atau agama kita, jangan kita lupa
bahawa kita ada lah manusia yang tertakluk kepada hukum atau undang-undang
alam. Dalam bahasa Al Quran, di sebut sebagai Sunnah Allah. Setiap tindakan
kita akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat atau Negara kita. Ini
bermakna jika kita mencetuskan tindakan-tindakan, perbicaraan atau
fahaman-fahaman negatif, seluruh Negara akan tercalit dengan kenegatifan ini.
Lebih baik kita awas, muhasabah diri dan sabar dahulu sebelum membuat sesuatu
secara melulu.
Salam.
Tuesday, July 14, 2015
Pengajaran Daripada Low Yat Oh Low Yat
Dari satu segi, kita bernasib
baik sebagai Negara kerana di uji oleh Allah dengan kejadian di Low Yat. Mana
tahu, kita sudah matang, sudah belajar bersyukur, sudah boleh mengenali
kelemahan dan kekuatan diri daripada menyalahkan seluruh dunia kecuali diri sendiri
....maka dengan kematangan dan kesyukuran kita mungkin dapat bertindak terhadap
apa-apa yang berlaku sebagai seorang Muslim yang bijaksana.
Malangnya sekali lagi,
nampaknya ramai yang di pertanggungjawapkan oleh Allah dalam kedudukan tertentu
telah gagal segagal-gagalnya. Dalam kita
menyorak “Allah hu Akbar” dan pelbagai lagi kata-kata yang kita sangka
bersemangat kita lupa untuk beriman kepada surah Al-Israa ayat 36 dimana Allah
mengajar kita supaya usul periksa sebelum mempercayai sesuatu berita.
Ketua Polis Negara telah
mengesahkan bahawa insiden yang berlaku berpunca daripada dua orang pemuda yang
telah mencuri talipon bimbit. (klik disini http://www.kinitv.com/video/20678O8)
Berita ini telah di putar belit oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawap
dan lupa akan kewujudan Allah sehingga diwujudkan ketakutan dikalangan rakyat
dan kerosakkan kepada harta benda.
Kerakusan untuk berpolitik
didunia yang amat sementara ini telah juga melalaikan kita untuk membezakan
diantara suatu perbuatan jenayah dan rusuhan kaum. Apakah kita berdoa kepada
Allah untuk menurunkan musibah rusuhan kaum yang boleh merosakkan masa hadapan
anak- anak di bumi bertuah Malaysia ini?
Apakah kita begitu angkuh berpolitik sehingga kita tidak lagi takut
kepada azab Allah?
Apakah kerana matlamat
politik, atau sentimen perkauman atau atas sebab-sebab kepentingan tertentu
kita sanggup dengan sengaja kufur (enggan patuhi) kepada firman-firman Allah
dalam Al-Quran yang membawa maksud berikut:-
1) “Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang
menegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu
sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau
miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian janganlah mengikuti
keinginan kamu supaya kamu tidak berbuat adil; kerana jika kamu
memutarbelitkan, atau kamu memalingkan, maka sesungguhnya Allah menyedari apa
yang kamu buat” (Q4:135)
2) “Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang
menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian
pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlaku adillah, itu lebih
dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang
kamu buat” (Q5:8)
Sekadar berkongsi di bulan yang
kita sendiri akui adalah mulia.
Salam.
Labels:
Articles in Malay,
Muslims,
Nation Building,
Politics,
Racism,
RAPERA
Sunday, June 21, 2015
Satu Ketika Dahulu Kita Lawan Komunis
Satu ketika dulu kita lawan Komunis untuk pertahankan negara
Kita lawan Jepun .....
Kita pun "lawan" dengan British...
Kini...kita lawan sesama kita.
Salam.
Kita lawan Jepun .....
Kita pun "lawan" dengan British...
Kini...kita lawan sesama kita.
Salam.
Saturday, April 25, 2015
Penghinaan Terhadap Orang Islam harus berhenti !!!
(image thanks to http://wellcomehistory.files.wordpress.com/2012/05/anger.jpg)
Sejak kebelakangan ini terlalu banyak penghinaan terhadap umat Muslim yang berlaku. Sebenarnya, dalam negara ini, penghinaan demi penghinaan terhadap minda dan imej orang Islam berlaku sejak 9 tahun yang lalu.
Yang menyedihkan ialah penghinaan ini dilakukan oleh..........................orang-orang yang mengaku orang Islam !
Penghinaan-penghinaan ini amat dahsyat sekali sehingga sekumpulan kecil dominan yang kuat bersuara ini cuba untuk menampilkan orang Islam sebagai bodoh, percaya tahyul dan fantasi, tidak berkeyakinan diri, pak turut yang tidak tahu untuk menilai, tidak ada jati diri, pengacau keamanan, rasis, hipokit, dogmatik dan "sexist" (kalau tak faham tengok kamus), ritualistik semata-mata dan sebagainya yang negatif.
Oleh kerana kumpulan dominan ini kuat bersuara tanpa malu dan harga diri serta tanpa menilai tahap ilmu dan tahap pemikirannya, maka penghinaan bertubi-tubi diteruskan teradap umat Muslim.
Awal sekali saya ingin nyatakan bahawa "Islam" itu adalah Adeen atau "Cara HIdup" atau "The Way" yang amat rasional, yang galakkan pemikiran, penilaian dan kajiselidik, syumul dan bertepatan uttuk semua masa serta relevan kepada yang percaya dan yang tidak percaya. Ia adalah Adeen yang inklusif (kalau tak faham, tengok kamus) dan bukan agama yang eksklusif seperti kebanyakkan agama. Ini lah diantara rahmah, mukjizat dan barakah Adeen Allah yang mungkin ramai Muslim sendiri tidak sedar,
Diantara penghinaan-penghinaan ialah seperti berikut:-
(image thanks to http://www.mauroferrario.com/blog/wp-content/uploads/2012/04/dontThink.jpg)
1) Orang Islam begitu lemah dengan "aqidah" mereka sehingga begitu mudah terpengaruh dengan simbol-simbol agama lain seperti "salib" tokong, gereja, dan lain-lain.
2) Orang Islam begitu lemah mnda sehingga kehadiran buku-buku "suci" agama lain boleh memesongkan mereka - ini pula di Negara kita dimana setiap ceruk negara terdapat "ceramah agama" yang begitu banyak!
(image thanks to http://godspeaksilisten.files.wordpress.com/2012/01/stupid-best.jpg)
3) Orang Islam tidak pandai menilai, tidak pandai berfikir sehingga terpaksa setiap kali dalam semua hal "agama" merujuk" kepada "ustad", "tok/tuan guru", "ulamak", "Sheikh" dan sebagainya. Pandangan-pandangan "orang agama" ini pula harus di terima bulat-bulat seolah-olah ianya firman Allah tanpa pertikaian. Seolah-olah orang-orang Islam tidak mampu bertanggungjawap terhadap ubudiyyah nya sendiri kepada Allah !
(image thanks to http://cookouteveryday.com/wp-content/uploads/2014/06/ScreenHunter_29-Jun.-09-12.24.jpg)
4) Orang Islam tidak mampu menghadapi kepelbagaian tafsiran dan fahaman sehingga mudah menjadi ganas atau emosi jika orang lain yang berilmu mempersembahkan tafsiran berbeza. Cara paling mudah untuk membela fahaman sendiri ialah dengan menidakkan hak orang lain untuk menyuarakan fahaman dan hujahnya! "Adabal Khilafiah" yang di ajar oleh Allah dalam Al-Quran diketepikan
5) Digambarkan Islam sebagai agama yang suka melarang, mengharamkan segala, tidak ada kerasionalan dalan tindakan, yang mengekalkan dirinya dengan kuasa dan bukan pengajaran dan hujah. Ini disebabkan orang-orang agama yang suka menunjukkan kuasa melalui melarang itu dan ini, dan sebagainya. Walhal Adden Allah adalah berdasarkan hujah, nas, pelawaan dan tiada paksaan langsung.
(image thanks to: http://i.ytimg.com/vi/fGR-adEEkNg/0.jpg
6) Digambarkan Agama sebagai penuh dengan kerahiban dalan pelbagai segi dimana orang agama diangkat ketahap tuhan sehingga pendangan dan tafsiran mereka tidak boleh di cabar atau dipertikai oleh Muslim2 lain yang mungkin lebih pandai, berilmu daripada mereka walaupun tidak khusus pada agama secara formal atau rasmi.

(image thanks to https://chloeannjacobs.files.wordpress.com/2014/07/sexism2.jpg)
7) Baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang pelajar kolej bahawa guru agama mereka mengajar bahawa "Islam tidak mengalak wanita berkerja tetapi harus duduk di rumah dan lelakilah yang harus buat segala sesuatu". Kononnya menurut beliau "wanita adalah bunga yang harus dijaga lelaki supaya berseri di rumah untuk menyejukkan hati lelaki" ! Kalau ini bukan ajaran yang menjadikan wanita sebagai simbol seks semata-mata, saya tidak tahu apa yang nak digelarkan ajaran sedemikian!
8) Digambarkan sebagai wanita lah sumber maksiat dan lelaki Muslim amat rendah kawalan mereka terhadap nafsu sehingga mudah goncang dengan kehadiran wanita. Bentuk badan wanita dijadikan isu. Tidak kah tension bila orang-orang ini mengambarkan masalah peribadi dan kelemahan mereka sendiri sebagai ciri manusia?? Tidak kah ini penghinaan pada minda Muslim yang beretika dan boleh mengawal diri?
(image thanks to https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJbH6TEGtYGhId3cQEfRlmQdGB8WtU9RQqqkb-EFExHFbzH0KG6X2nnaZHkSRYFfwEF5hm5RdfrRZtJLh3ULlPpBAW16FjB5k88d46qb_Bs3X4zDz1nnvOoIvNphRppQKcXu5OcDfck62p/s1600/Is+SWTOR+Bringing+Back+Retro+Sexism+Issues+for+Women+Gamers.gif)
9) Di satu sekolah rendah, guru agama mengajar bahawa orang Islam tidak boleh merayakan Hari raya Cina sebab "cina makan babi dan ini adalah perayaan orang kafir". Perkara ini saya telah seselaikan sendiri dimana ustazah itu ikhlas mengaku tersilap kerana tidak faham sebelum ini perkara-perkara yang saya jelaskan pada nya. Namun, amat menakutkan berapa sekolah lagi ada orang-orang agama sedemikian???
9) Keganasan di "halalkan" atas nama agama walhal amat jelas Islam mengharamkan mengambil nyawa manusia yang tidak bersalah.
Saya juga tertanya-tanya, tidak mampu ke "orang agama" berdebat dengan mufakkir dan Muslim-muslim yang jauh lebih pandai daripada mereka walaupun tidak berkelulusan formal agama secara rasional dan beradab?
Tidak malu kah kita sebagai Muslim bila ada orang-orang Islam yang bercakap bodoh dikhalayak ramai atas nama Islam?
Kadang-kadang saya rasa lucu bilamana seorang yang tidak berkemampuan untuk berhujah secara logik dan berdasarkan Al-Quran mengambil jalan keluar dengan membunyikan beberapa bahasa Arab yang ia sendiri tidak faham tetapi popular dikalangan mereka.
Masalah lah masyarakat bila ianya didominasi oleh orang-orang yang lemah daya pemikiran, bersikap burung kakak tua, tidak berani berhujah berdaarkan ilmu dan nas, dan paling sedih ialah ia begitu tidak berkeyakinan diri sehingga marah bila orang berlainan pendapat !!!
(Image thanks to: https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/236x/0d/80/74/0d80746b5ae6ff2d867d002a43cef30a.jpg)
Muslim harus bangkit untuk mengembalikan maruah dan berhenti dihina oleh orang-orang "Islam" yang bodoh dan jahil atau yang tampak berpendidikan tetapi sijahil terdidik.
Salam.
Thursday, January 8, 2015
ApabIla bencana Berlaku
Begitu juga bencana tidak memilih agama seseorang.
Apabila bencana berlaku, mangsa-mangsa bencana mengharapkan sesiapa sahaja untuk membantunya tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan.
Mangsa-mangsa bencana yang dibantu oleh manusia-manusia yang berperikemanusiaan dan yang ada kemampuan untuk membantu.
Banjir, kehilangan pesawat MH370, penembakkan MH17 dan kemalangan yang menimpa Airasia 8501 tahun lalu adalah melibatkan manusia-manusia dan bukanlah disengajakan terhadap satu bangsa atau agama yang khusus.
Semua manusia yang kehilangan adik beradik yang tersayang akan sama-sama pilu dan kehilangan kerana kita sama-sama manusia.
Kita adalah insan yang sama darah merah, sama ketakutan, sama harapan.
Saya berdoa pada tahun 2015 ini kita kembali ingatkan diri bahawa kita sama-sama insan dan tidak takkabur atau sombong dengan agama, keturunan, kedudukan atau bangsa kita.
Jangan lah kita diuji dengan lebih dahsyat lagi bagi diingati bahawa kita sama-sama insan.
Salam.
Sunday, December 7, 2014
Sedar lah Wahai Rakyat !!!
Pemimpin-pemimpin politik memang
tidak berhenti mendabik dada menyuarakan melalui media dan ucapan betapa
sumbangan dan tenaga mereka lah yang telah meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Bahawa usaha mereka bersama
dengan penasihat2 agama mereka lah yang telah menyelamatkan akidah rakyat.
Tanpa mereka, kamu semua akan sesat seolah-olah kamu sendiri tidak ada akal,
nawaitu mahupun kemahuan sendiri untuk beriman kepada Pencipta semesta alam.
Benarkah kehidupan kamu telah bertambah
baik kerana usaha pemimpin politik? Atau sepatutnya kah kehidupan kamu dan
anak2 kamu seharusnya lebih baik jika mereka telah menjalankan tanggungjawap
yang mereka sendiri rela dengan amanah dan lebih cekap?
Jika benarlah kehidupan kamu
bertambah baik diatas usaha pemimpin2 politik, apakah itu kerana pengorbanan
mereka ? Pengorbanan apakah namanya bila kehidupan kamu bertambah baik daripada
miskin kepada tidak miskin dan kehidupan mereka dan anak2 mereka bertambah baik
daripada miskin kepada jutawan dan billionare ? Apakah anak2 kamu tidak berhak
kepada kemewahan yang dikecapi oleh pemimpin politik serta peluang2 yang
dinikmati oleh anak2 mereka?
Kamu menilai anak2 kamu begitu
rendah sekali???
Mungkin kamu sudah bergembira dengan teriakan mereka untuk memperjuangkan “bangsa, agama dan Negara” walaupun diri mereka dan keluarga mereka yang di perjuangkan walhal kamu dan anak2 kamu dapat cebisan2?!
Mungkin kamu sudah bergembira dengan teriakan mereka untuk memperjuangkan “bangsa, agama dan Negara” walaupun diri mereka dan keluarga mereka yang di perjuangkan walhal kamu dan anak2 kamu dapat cebisan2?!
Buta atau rela nya kamu? Kamu
langsung tidak sedar bahawa dikalangan mereka kamu dipandang sebagai hina,
sebagai rakyat biasa atau alat untuk mereka hidup berkuasa dan kaya raya? Kalau
kamu benar2 rasa diri kamu disayangi cuba lah kamu pergi ke rumah mereka
seperti mana kamu akan ziarah rumah sanak saudara kamu !
Adakah mereka menjalankan tugas mereka
sebagai pemimpin politik yang dipilih oleh rakyat dengan merendah diri? Atau
adakah mereka mahu diri mereka diperlakukan sebagai Raja moden yang tangannya
harus dicium, kehadiran mereka wajib di raikan dengan merendah dirikan diri
rakyat yang hadir bersama?
Adakah kamu rasa diri pemimpin
politik sebagai yang berkhidmat kepada kamu, wahai Rakyat, atau diri kamu yang terpaksa mengampu mereka
kerana mereka berkelakuan sebagai Raja yang berkuasa?
Adakah kamu merasakan bahawa
pemimpin politik itu gembira ikhlas diatas kehadiran kamu atau kamu yang merasa
bangga kerana kehadiran pemimpin politik itu? Supaya dapat bergambar dengan
mereka seolah2 itu sahaja sudah pun mengurangkan cabaran hidup kamu untuk
menyara keluarga keluarga kamu?
Pernah kamu fikir, mengapa kita masih
di tahap dimana kita masih berada selepas berdekad tahun kita merdeka?
Tidak kah kamu sedar atau tidak
mahu sedar bahaw kebebasan kamu untuk hidup sebagai seorang dewasa dan rakyat
yang bermaruah semakin dikikis dengan penggunaan sentimen agama?
Mungkin kah kamu rela atau sudah
biasa diperhambakan sehingga penghinaan terhadap kamu sebagai seorang dewasa pun kamu tidak
nampak? Kalau perlu dicakapkan lagi baru kamu nak faham bermakna jiwa hamba
sudah sangat menebal dalam diri kamu.
Maka, jadilah hamba wahai rakyat
dan keluarga kamu dengan di beri makan oleh pemimpin2 politik dan kuncu2 agama
mereka!
Salam.
Labels:
Articles in Malay,
Politicians,
RAPERA,
Thinking Human Being
Thursday, July 17, 2014
Biadap itu Biadap tanpa mengira kaum atau agama.
2. Kesalahan, kebiadapan dan dosa tetap kesalahan, kebiadapan dan dosaa tanpa mengira kaum atau agama. Yang baik tetap baik dan yang jahat tetap jahat.
3. Jangan kerana seorang manusia daripada kaum tertentu itu bersikap jahat atau biadap, maka kita hukum keseluruhan kaum itu sebagai jahat atau biadap.
4. Allah swt lah yang mencipta kita pelbagai bahasa, kaum, warna, budaya dan sebagainya. Kepelbagaian ciptaan ini mencerminkan, diantara lain, kebesaran dan rahmah Allah kepada kita.
5. Kita dicipta pelbagai kaum, bahasa dan budaya bukan untuk bermusuhan atau untuk mendiskriminasi manusia lain berdasarkan kaum atau budaya. Kita disuruh saling berkenalan dan sentiasa berlaku adil dan mengejar untuk melakukan perbuatan baik.
" Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (Quran 49:13)
6. Yang biadap atau jahat bukan kaum Melayu, kaum Cina, kaum Rusia, kaum Eropah, kaum Venezuala, kaum India, kaum Jerman, kaum Uzbekistan, kaum Arab dan sebagainya. Yang biadap dan jahat ialah individu yang biadap dan jahat.
7. Oleh yang demikian, jauhilah daripada bisikan Iblis dan syaitan untuk memporak perandakan masyarakat dengan menjadikan perbuatan orang jahat dan biadap sebagai satu isu perkauman.
"Orang-orang yang beriman, dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman; bagi merekalah keamanan, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar" (Quran: 6:82)
Salam.
Labels:
Articles in Malay,
Civil Society,
Islam,
Self Reflection
Friday, February 21, 2014
Apa keturunan kamu Adik ? - Racial Profiling in Government Schools ???
Setiap kali kita dengar pemimpin politik mengatakan bahawa mereka mahukan rakyat Malaysia bersatu.
Tanpa segan silu pemimpin politik akan berceramah mengenai kepentingan patrotisme di kalangan Rakyat.
Apa yang pemimpin politik tidak sedar atau tidak mahu sedar ialah : Rakyat umumnya memang mahu bersatu dan memang menjalani kehidupan mereka sebagai satu keluarga Malaysia.
tetapi...yang gagal dan yang "jahat" ialah pemimpin politik yang sengaja mahu memisahkan dan memecahbelahkan Rakyat kepada suku-suku, kaum-kaum, agama-agama dan sebagainya.
Malaysia telah merdeka lebih daripada 50 tahun, namun apabila anak-anak Malaysia masuk sekolah rendah, dengan serta merta mereka di ingatkan dan diingatkan dan dingatkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang berbeza.
Setiap borang yang perlu di isi disekolah-sekolah perlu dinyatakan keturunan anak, ibunya, bapanya.
KENAPA?
kenapa nak tahu murid itu keturunan jawa ke, bugis ke, boyan ke, minangkabau ke, cina ke, india ke, dayak ke, kadazan ke, murut ke, dan lain-lain ke ?
Saya tahu, bugis, jawa, boyan di lungguk dalam kelompok "Melayu" dan kadang kala India Muslim dan Cina Muslim di lungguk dalam kelompok "Melayu" mengikut kefahaman terhadap Perlembagaan Malaysia oleh pegawai yang berkenaan.
KENAPA PERLU DI CATAT KETURUNAN?
Apakah kaedah mengajar akan diubah mengikut perbezaan keturunan?
Cina atau Melayu atau India atau Murut akan mempunyai cara penerimaan yang berbeza kerana keturunan mereka yang berbeza?
Bagaimana kalau kita tulis sahaja begini:
Keturunan : Adam. Boleh???
Bukan kah Negara kita banyak "islamik" itu dan ini dan masing2 nak jadi tuhan di muka bumi untuk "memperjuangkan" islam, so apa kata kita bagi jawapan "Islamik" iaitu dari segi keturunan kita adalah keturunan Adam!
Kenapa lah borang2 kuno dan rasis sedemikian masih digunakan disekolah2???? Adakah sengaja kita ingin besarkan perbezaan kita dari segi keturunan dan tidak mahu menegaskan persamaan kita sebagai rakyat Malaysia???
lain lah kalau doktor yang tanya - mungkin dia nak kaji asal usul sejarah pemakanan dan genetik. Ini sekolah pulak !
Sedih. Amat Sedih. Kerajaan Barisan nasional tidak dapat menangani perkara semudah ini sejak merdeka sehingga kini dan mahu rakyat percaya bahawa mereka mahu pupuk perpaduan dikalangan murid-murid di sekolah..
Susah sangat nak kata kita ini Bangsa Malaysia????
Patutlah Allah tanya samada kita boleh dikatakan sebagai orang beriman sebelum di uji (Quran 29:2)
Dalam konteks borang-borang rasis ini yang dikekalkan oleh Kerajaan BN ujian ini, BN gagal - gagal dalam berusaha mengwjudkan bangsa Malaysia dan gagal dalam hayati prinsip Islam berdasarkan Al-Quran.
Satu Cabaran mudah untuk BN - hentikan raical profling di sekolah-sekolah kerajaan !
Salam.
Tanpa segan silu pemimpin politik akan berceramah mengenai kepentingan patrotisme di kalangan Rakyat.
Apa yang pemimpin politik tidak sedar atau tidak mahu sedar ialah : Rakyat umumnya memang mahu bersatu dan memang menjalani kehidupan mereka sebagai satu keluarga Malaysia.
tetapi...yang gagal dan yang "jahat" ialah pemimpin politik yang sengaja mahu memisahkan dan memecahbelahkan Rakyat kepada suku-suku, kaum-kaum, agama-agama dan sebagainya.

Setiap borang yang perlu di isi disekolah-sekolah perlu dinyatakan keturunan anak, ibunya, bapanya.
KENAPA?
kenapa nak tahu murid itu keturunan jawa ke, bugis ke, boyan ke, minangkabau ke, cina ke, india ke, dayak ke, kadazan ke, murut ke, dan lain-lain ke ?
Saya tahu, bugis, jawa, boyan di lungguk dalam kelompok "Melayu" dan kadang kala India Muslim dan Cina Muslim di lungguk dalam kelompok "Melayu" mengikut kefahaman terhadap Perlembagaan Malaysia oleh pegawai yang berkenaan.
KENAPA PERLU DI CATAT KETURUNAN?
Apakah kaedah mengajar akan diubah mengikut perbezaan keturunan?
Cina atau Melayu atau India atau Murut akan mempunyai cara penerimaan yang berbeza kerana keturunan mereka yang berbeza?
Bagaimana kalau kita tulis sahaja begini:
Keturunan : Adam. Boleh???
Bukan kah Negara kita banyak "islamik" itu dan ini dan masing2 nak jadi tuhan di muka bumi untuk "memperjuangkan" islam, so apa kata kita bagi jawapan "Islamik" iaitu dari segi keturunan kita adalah keturunan Adam!
Kenapa lah borang2 kuno dan rasis sedemikian masih digunakan disekolah2???? Adakah sengaja kita ingin besarkan perbezaan kita dari segi keturunan dan tidak mahu menegaskan persamaan kita sebagai rakyat Malaysia???
lain lah kalau doktor yang tanya - mungkin dia nak kaji asal usul sejarah pemakanan dan genetik. Ini sekolah pulak !
Sedih. Amat Sedih. Kerajaan Barisan nasional tidak dapat menangani perkara semudah ini sejak merdeka sehingga kini dan mahu rakyat percaya bahawa mereka mahu pupuk perpaduan dikalangan murid-murid di sekolah..
Susah sangat nak kata kita ini Bangsa Malaysia????
Patutlah Allah tanya samada kita boleh dikatakan sebagai orang beriman sebelum di uji (Quran 29:2)
Dalam konteks borang-borang rasis ini yang dikekalkan oleh Kerajaan BN ujian ini, BN gagal - gagal dalam berusaha mengwjudkan bangsa Malaysia dan gagal dalam hayati prinsip Islam berdasarkan Al-Quran.
Satu Cabaran mudah untuk BN - hentikan raical profling di sekolah-sekolah kerajaan !
Salam.
Labels:
1MALAYSIA,
Articles in Malay,
Children,
Education,
Nation Building,
Racism,
Schools
Monday, February 10, 2014
Menjelang Pilihanraya Kecil Kajang
Memandangkan ramai sudah menyangka bahawa Anwar ibrahim akan menang, maka apakah tidak ada sebarang isu yang perlu difikirkan oleh Rakyat yang bertanggungjawap terhadap perjalanan politik dalam tanah air ini?
Saya perhatikan rata-rata perbincangan berkisar samaada BN haris bertanding atau tidak, patutkah Rakyat memboikot Pilihanraya ini kerana cara kerusi itu dikosongkan seolah-olah tanpa alasan yang munasabah. Bekas Adun tidak sakit dan sebagainya. Tanggapan umum ialah kerusi ini dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding dan selepas itu menjawat KM Selangor. Jika ini benar, pihak Pakatan akan menjustifikasikannya sebagai satu langkah yang perlu bagi mendepankan matlamat politik mereka iaitu menguasai Putrajaya nanti atau sekurang-kurangnya melemahkan BN lagi.
Pihak BN pula akan berhujah bahawa tindakan sedemikian bukan sahaja mengkhianati pengundi Kajang yang telah pilih Bekas Adun tetatpi adalah tindakan memanipulasi sistem demokrasi untuk tujuan politik sempit Pakatan. Apakah ini bermakna di masa hadapan nanti Adun-Adun yang di pilih sah dalam Pilihanraya boleh disuruh berhenti oleh pucuk pimpinan parti untuk memberi laluan kepada calon lain? Dan jika ini berlaku wang Rakyat akan dibelanja untuk memenuhi kehendak parti politik yang tukar fikiran terhadap calon yang sudah pun menang? Persoalan sedemikian mempunyai kesan jangan panjang terhadap penyuburan demokrasi dalam negara.
Saya khuathir bahawa Pilihanraya ini juga akan menjadi satu lagi sandiwara politik oleh kedua-dua pihak yang akan dipentaskan kepada Rakyat tanpa sebarang faedah mahupun hiburan. Kedua-dua pihak akan berpolitik dan berdrama dengan kualiti yang amat rendah sorta menghina minda Rakyat. Blogger-blogger upahan serta media perdana akan memainkan peranan untuk majikan masing-masing tanpa langsung menghiraukan kesejahteraan Rakyat pada jangan panjang.
Saya percayaPilihanraya ini juga tidak akan membolehkan Rakyat mendengar fakta-fakta sebenar untuk membuat keputusan yang bijak dan tepat. Pakatan akan menghentam BN dan BN akan menghentam defensif.
BN tidak akan gunakan peluang yang ada ini untuk menjelaskan dengan jelas apakah BN telah lakukan untuk Rakyat sejak menang pru13. Ada banyak sebab mengapa penjelasan yang jelas tidak akan berlaku - saya percaya mereka yang boleh berfikir boleh menekanya.
Saya juga lihat Pilihanraya Kecil ini sebagai satu strategi Pakatan yang telah mengejutkan dan "snooker" BN. Jika saya benar, ini menunjukkan kualiti pasukan pemikir politik dan startegis dalam parti BN. Kerajaan "incumbent" dihadapai dengan "snooker" Demi "snooker" oleh parti pembangkang dimedan politik !
BN dan terutamanya UMNO harus sudah boleh menanam sikap merendah diri yang dapat membolehkan nya akui kelemahannya dan nakhodanya pula perlu berani mengambil langkah-langkah perlu. Jangan lah selalu bersikap nak buang air baru nak bina tandas. Jangan juga asyik guna penasihat-penasihat politik yang satu ketika dahulu mungkin hebat tetapi peredaran masa memerlukan mereka diberikan hadiah berehat.
Saya percaya walaupun Anwar Ibrahim akan menang dan Pilihanraya ini dicetuskan oleh Pakatan, namun pandangan Rakyat adalah pada BN dan. UMNO.
Pilihanraya Kecil Kajang sebenarnya satu lagi peluang bagi UMNO untuk menenjukkan kepada Rakyat samaada is telah matang atau terperangkap dengan nostalgia lama. Malangnya, tekaan saya ialah bukan sahaja UMNO tetap dengan nostalgia lama namun is akan bawa "pembesar-pembesar" lama yang sudah ketinggalan masa untuk beekempen - sekaligus menyakinkan Rakyat bahawa BN dan UMNO tidak ada sesuatu yang baru untuk rakyat.
Salam.
Saya perhatikan rata-rata perbincangan berkisar samaada BN haris bertanding atau tidak, patutkah Rakyat memboikot Pilihanraya ini kerana cara kerusi itu dikosongkan seolah-olah tanpa alasan yang munasabah. Bekas Adun tidak sakit dan sebagainya. Tanggapan umum ialah kerusi ini dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding dan selepas itu menjawat KM Selangor. Jika ini benar, pihak Pakatan akan menjustifikasikannya sebagai satu langkah yang perlu bagi mendepankan matlamat politik mereka iaitu menguasai Putrajaya nanti atau sekurang-kurangnya melemahkan BN lagi.
Pihak BN pula akan berhujah bahawa tindakan sedemikian bukan sahaja mengkhianati pengundi Kajang yang telah pilih Bekas Adun tetatpi adalah tindakan memanipulasi sistem demokrasi untuk tujuan politik sempit Pakatan. Apakah ini bermakna di masa hadapan nanti Adun-Adun yang di pilih sah dalam Pilihanraya boleh disuruh berhenti oleh pucuk pimpinan parti untuk memberi laluan kepada calon lain? Dan jika ini berlaku wang Rakyat akan dibelanja untuk memenuhi kehendak parti politik yang tukar fikiran terhadap calon yang sudah pun menang? Persoalan sedemikian mempunyai kesan jangan panjang terhadap penyuburan demokrasi dalam negara.
Saya khuathir bahawa Pilihanraya ini juga akan menjadi satu lagi sandiwara politik oleh kedua-dua pihak yang akan dipentaskan kepada Rakyat tanpa sebarang faedah mahupun hiburan. Kedua-dua pihak akan berpolitik dan berdrama dengan kualiti yang amat rendah sorta menghina minda Rakyat. Blogger-blogger upahan serta media perdana akan memainkan peranan untuk majikan masing-masing tanpa langsung menghiraukan kesejahteraan Rakyat pada jangan panjang.
Saya percayaPilihanraya ini juga tidak akan membolehkan Rakyat mendengar fakta-fakta sebenar untuk membuat keputusan yang bijak dan tepat. Pakatan akan menghentam BN dan BN akan menghentam defensif.
BN tidak akan gunakan peluang yang ada ini untuk menjelaskan dengan jelas apakah BN telah lakukan untuk Rakyat sejak menang pru13. Ada banyak sebab mengapa penjelasan yang jelas tidak akan berlaku - saya percaya mereka yang boleh berfikir boleh menekanya.
Saya juga lihat Pilihanraya Kecil ini sebagai satu strategi Pakatan yang telah mengejutkan dan "snooker" BN. Jika saya benar, ini menunjukkan kualiti pasukan pemikir politik dan startegis dalam parti BN. Kerajaan "incumbent" dihadapai dengan "snooker" Demi "snooker" oleh parti pembangkang dimedan politik !
BN dan terutamanya UMNO harus sudah boleh menanam sikap merendah diri yang dapat membolehkan nya akui kelemahannya dan nakhodanya pula perlu berani mengambil langkah-langkah perlu. Jangan lah selalu bersikap nak buang air baru nak bina tandas. Jangan juga asyik guna penasihat-penasihat politik yang satu ketika dahulu mungkin hebat tetapi peredaran masa memerlukan mereka diberikan hadiah berehat.
Saya percaya walaupun Anwar Ibrahim akan menang dan Pilihanraya ini dicetuskan oleh Pakatan, namun pandangan Rakyat adalah pada BN dan. UMNO.
Pilihanraya Kecil Kajang sebenarnya satu lagi peluang bagi UMNO untuk menenjukkan kepada Rakyat samaada is telah matang atau terperangkap dengan nostalgia lama. Malangnya, tekaan saya ialah bukan sahaja UMNO tetap dengan nostalgia lama namun is akan bawa "pembesar-pembesar" lama yang sudah ketinggalan masa untuk beekempen - sekaligus menyakinkan Rakyat bahawa BN dan UMNO tidak ada sesuatu yang baru untuk rakyat.
Salam.
Labels:
Articles in Malay,
Barisan Nasional,
Elections,
Pakatan Rakyat,
Politics,
UMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)