Followers

Showing posts with label NGOs. Show all posts
Showing posts with label NGOs. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Melayu di hina lagi? Kata Siapa?


Kalau betullah lapuran Utusan Online yang dipetik dari sini yang juga melapurkan seperti berikut:-
“Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"

UMNO Veteran marah dengan pandangan dan kritikan Azran terhadap artikel yang dimuatkan dalam Utusan Malaysia. Kritikan ini dianggap sebagai satu tindakan biadab oleh Azran. Pendekata, bagi Veteran UMNO, mengeritik Utusan Malaysia adalah satu tindakan biadab.

Bukan itu sahaja, tindakan Azran mengeritik Utusan Malaysia juga dianggap sebagai “perbuatan Azran mencerca Utusan Malaysia bermakna beliau menghina kaumnya sendiri ketika kaum Melayu turut ditekan dari pelbagai sudut”.

Dari pemahaman minda Veteran UMNO, kritikan terhadap Utusan Melayu disamakan dengan penghinaan terhadap kaumnya sendiri. Disini lah cabaran untuk memahami lonjakan logik bagaimana kritikan terhadap satu artikel yang ditulis didalam satu surat khabar boleh dirumuskan sebagai satu peghinaan kepada satu kaum yang besar yang semestinya terdiri daripada anggota yang berlainan tahap pemikiran (dan pemahaman) serta pelbagai pandangan yang berbeza.

Bukankah kepelbagaian pandangan terhadap satu isu itu melambangkan kematangan satu kaum dan ekoran itu memuliakan kaum tersebut? Ini menunjukkan bahawa Melayu berupaya untuk melihat kepada satu artikel atau satu isu dengan pandangan dan kupasan yang berbeza.  Pada masa yang sama, keupayaan anggota dalam kaum itu untuk menerima dan berhujah berkaitan dengan pandangan yang berbeza secara berilmiah dan berasaskan fakta juga melambangkan peningkatan ketamadunan kaum itu. Mustahil satu kaum itu boleh maju kalau masih bergantung pada satu pendirian, atau fahaman atau kaedah yang telah ketinggalan zaman.

Didalam dunia keintelektualan, ada satu ungkapan yang sering diutarakan iaitu “those with brains can argue in a civilised manner but those with brawn will just flex their muscles”. Orang atau kumpulan yang yakin diri serta mampu berhujah balas tidak pernah gentar dengan pendirian orang lain yang berbeza, apatah lagi menggunakan kaedah pemikiran songsang dimana direspon balik dengan menggunakan taktik sentimen perkauman dan tunjuk kuasa. JIka ada pandangan yang berbeza, haruslah kumpulan itu memberi hujah balas yang boleh direnungi dengan akal. 

Veteran UMNO harus berhujah dengan fakta dan logik mengapa pendirian Azran terhadap Utusan Malaysia itu dikatakan sebagai “menghina Melayu”. Kalau pun kita andaikan dia menghina Utusan, bagaimana ianya boleh ditafsirkan sebagai menghina Melayu?

Jika benar Azran telah “menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu” dan jika ini dianggap sebagai satu tindakan memfitnah, maka Utusanlah yang seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Azran.  Undang-undang Negara kita mantap dan jelas dalam hal ini. Dimana pula peranan Veteran UMNO dalam hal ini dan apakah locus mereka bercakap bagi pihak Utusan kecuali mereka sekadar melaksanakan hak bersuara mereka?

Ini yang saya kerap tidak faham dengan ”perjuangan” beberapa kumpulan dalam Negara ini. Utusan tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang. Lembaga Utusan tidak berkata apa-apa namun Veteran UMNO yang tidak ada kaitan korporat atau undang-undang atau moral pula bertindak sebagai pelindung Utusan!

Memang pihak-pihak tertentu boleh berhujah bagi pihak lain yang dianiayai. Namun pembelaan haruslah berdasarkan hujah-hujah bernas, munasabah dan yang tidak menghina akal orang yang mendengarnya. Dizaman ini, ramai sudah kurang sabar dengan taktik-taktik yang menggunakan ungkapan sebagai “Melayu dihina”, “tidak kompromi dalam isu Melayu” dan ungkapan-unkapan yang seangkatannya yang tidak diiringi dengan hujah bernas atau fakta.

We have to evolve and therefore we have to learn to present our case. It is becoming embarrassing to use sentiments and superlatives to cover up our lack of thinking ability.

Saya berpendirian Veteran UMNO tidak perlu gusar. Melayu hari ini tidak mudah latah atau mudah terasa terhina dengan pandangan orang lain apatah lagi pandangan berbza daripada ahli kaumnya sendiri. Melayu hari ini lebih bersenjatakan maklumat dan fakta serta mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi. Mereka tidak perlu orang lain, apatah lagi orang-orang politik untuk melentur emosi mereka. Yakinlah kepada keupayaan Melayu untuk menilai sesuatu dan Insha Allah, mereka akan menilai dengan baik. Lagipun, kita bangga ada anak Melayu yang maju, kenapa pula kita nak taburkan pasir dalam periuk nasi Azran pulak kerana berbeza pendapat dengan dia?


Salam.

Wednesday, February 22, 2012

Begitu Banyak Yang Nak "Pertahankan" Islam dan Melayu di Negara ini !!!

Satu lagi NGO bernama Jati baru dilancarkan pertubuhannya. Jati bertujuan, katanya, untuk mempertahankan "Islam, Melayu dan Raja".

Pertahankan Islam.

Jelas sekali dinegara kita ini ada banyak pertubuhan-pertubuhan, kerajaan dan bukan kerajaan, yang hendak "mempertahankan" Islam. Kalau saya hendak catitkan kesemua badan-badan ini disini, ia akan berjelar-jelar panjangnya! dalam senarai ini belum lagi termasuk kesemua jabatan-jabatan Islam disetiap Negeri.

"Cita-cita" untuk mempertahankan Islam ini mungkin boleh menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk "mengapa Islam perlu dipertahankan, adakah ianya dicabar?", "dicabar oleh siapa?", "nak pertahankan dengan kaedah macam mana dan untuk siapa?", "Islam fahaman mana yang nak dipertahankan dan kenapa fahaman tersebut", "siapa yang memberi otoriti kepada pihak-pihak berkenaan untuk 'pertahankan Islam?' dan sebagainya.

Dengan begitu banyaknya pihak-pihak yang "mempertahankan Islam", adakah pengetahuan dikalangan Muslim berkaitan dengan isi kandungan Al-Quran itu telah meningkat sekian lama? Jika jawapannya tidak, apakah ada sebarang usaha dibuat untuk menkaji mengapa perkara ini berlaku? Apakah individu Muslim itu tidak terpanggil dengan sendiri nya untuk berusaha memahami isi kandungan Al-Quran tanpa pertubuhan-pertubuhan ini atau sering kali memerlukan dimotivasikan oleh orang-orang lain?

Mempertahankan Melayu

Ini menjadi lagi bermasalah bagi sau pertubuhan yang mengatakan mahu mempertahankan Islam tetapi juga kaitkan perjuangannya dengan "Melayu". Adakah ini bermakna bahawa pertubuhan ini tidsak akan "mempertahankan" hak-hak dan kepentingan Muslim yang bukan Melayu? Bagaimana pula dengan hak-hak bukan Melayu bukan Muslim yang ditindas? Islam dari segi ajaran Al-Quran amat jelas bahawa ia menjanjikan keadilan kepada semua makhluk (bukan sahaja manusia) tanpa mengira agama dan bangsa.. 

Satu lagi persoalan yang timbul ialah: adakah penubuhan Jati ini menampakkan ketidakyakinnya sebahagian orang Melayu kepada UMNO untuk membela nasib mereka? Perkasa juga ditubuh bagi menjaga kepentingan Melayu amnya. Apakah Perkasa juga dikira tidak efektif? Megapa tidak bergabung sahaja dengan UMNO jika UMNO dirasakan sebagai efektif dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu?

Persoalan lagi ialah: adakah penubuhan Jati ini akan mengelirukan serta mencairkan "perpaduan sosio-politik" orang Melayu kerana terdapatnya begitu banyak pertubuhan yang bermotifkan mahu "menjaga kepentingan orang Melayu?"

Saya cuma berharap ini bukan lah satu lagi kaedah untuk memperalatkan label "Islam" dan "Melayu" untuk mencapai kepentingan peribadi.


salam.


 




Wednesday, January 21, 2009

The Politics of NGOs.

How many times have we read in the papers with headlines like “24 NGOs protest against abolition of ISA”, and so on. It conjures up the image of quite a number of thinking people with no vested interest supporting a cause or protesting against some evil.
RAPERAs, not necessarily so. You have to look closer. It could very well be made up just a few people with vested interests hiding behind the façade of an NGO. They could also be serving a hidden master. This is the politics of NGO.

“NGO” is an acronym for a non-governmental organization. It could range from a society for the old to any society founded on some cause, for example, Consumer Association of Penang, Persatuan Ibu Tunggal and so on. NGOs are supposed to be free from Government influence and from mainstream politics. They are supposed to have a cause free from vested interest with an ulterior hidden motive. Of course all NGOs have a vested interest – their own cause. Nothing wrong with that. It is the hidden ulterior motive that we are concerned about.

Reality is however different in this country where hypocrisy is a major value and almost a dominant culture. There is a lot of “silap mata” in country because there are many people with vested interests who actually believe that the silent majority of the Rakyat are fools. They mistake silence for stupidity and helplessness.

Hence, many NGOs are not actually apolitical or without vested interests. Many NGOs are actually formed and backed by politicians with various ostensible objectives but the main purpose being to sustain their power and influence. A close scrutiny will disclose that actual active membership of the NGO is negligibly small and the real persons moving it my be actually one for two persons. Hence it is not at all surprising if “24 NGOs” translates to actually 24 people. The movers of these 24 NGOs may even be just one or two or three persons at the most while the rest have a nodding skill.

SO, RAPERAs, do not be fooled or mesmerized by the “support” or “protests” of NGOs, Some are genuine and many are false serving hidden masters and hidden agendas. For people with hidden agendas and who are prepared to be tools, do they serve free lunches?

Let us look at another aspect of NGOs. There is an NGO called the “Muslim Lawyers Association” (“MLA”). Being a lawyer, I have always wondered why there was a need for this while there is the Bar Council. It seems to “justfy” the formation of a “Hindu/Christian/Taoist/Buddhist/Confucious/Sikh Lawyers Association”. If it is a “Shariah Law Practitioners Association”, I may be able to understand for obvious reasons. So I wonder how Muslims lawyers’ interests are served by the MLA which cannot be served by the Bar Council?

An NGO which has now resurfaced to capture the public eye is the Dong Jia Jong (United Chinese School Committees/Teachers Association) which a blogger has termed the “myopic dong-keys”. This group used to be very powerful among the Chinese based political parties and is supposed to represent “Chinese interest like education, culture, language, etc”. They are asking that Science and Maths be taught in Mandarin and not in English. Great leap forward! Had they not been of “Chinese origin” would they believe in that call too?
At another part of the dried lawn, you have “Persatuan Islam that” And “Persatuan Islam this”. Obviously some of them have Islamic teachings as the premise for whatever their cause may be. However, there are also others where you have to try hard to identify why they named themselves as “Persatuan Islam …”. A Muslim especially cannot avoid thinking that the label “Islam” is being abused for completely some other ulterior motive that has nothing to do with Islam. It may just be a case of pandering to the sentiments of the majority professed Muslims in the country.

A Rapera needs to avoid thinking that every NGO must necessarily be serving a “good cause”. Quite a number may turn out to be devils in disguise.

The art of politics is similar to the art of the sleight of hand or Houdini’s magic – what you see is not what is. What appears most harmless and most innocent may turn out to be the very centre of ………

Think about it.

Peace !