Saya memang tidak sempat untuk menulis mengenai tajuk ini walaupun tajuk ini sentiasa diapung-apungkan, malangnya, di medan politik. Pelbagai tafsiran yang telah diberikan mengenai apa itu "Negara Islam" sepertimana yang dinyatakan oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, seorang ilmuan dan sarjana Muslim yang dihormati ramai kerana kejujuran nya kepada ilmu, terutama yang berasaskan nas Al-Quran dan Al-Sunnah.
Poin yang penting dan tepat yang telah diperhatikan oleh beliau didalam artikel beliau berjudul "ANTARA ISLAM DAN ‘NEGARA ISLAM’" adalah fakta bahawa Muslim yang menentang "Negara Islam yang diperjuangkan oleh beberapa pihak tidak bererti bahawa Muslim itu menentang Islam".
Seharusnya mereka yang berminat mengenai topik ini harus membaca artikel Prof Madya Dr Asri di sini.
Artikel-artikel sebegini menunjukkan betapa pentingnya kewujudan suasana pemikiran bebas yang membolehkan perbincangan ilmiah mengenai Islam supaya pelbagai pandangan dapat dipertimbangkan bagi memanfaatkan umat Muslim. Sekaligus, Muslim menjadi hamba yang proaktif dan bukannya pak turut yang tidak memahami apa yang dianuti.
Salam.
The Nation is saved NOT by politicians or citizens but by Saviour citizens or Raperas.
Followers
Friday, November 25, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Agama membantut pembangunan minda manusia dan melambatkan kelahiran tamadun yang mengguntungkan makhluk ??? Bahagian Satu: Agama, Ketua Agama dan Penganut Agama
(Amaran: Mereka yang merasakan diri mereka lemah minda atau malas berfikir atau mudah sensitif dengan pandangan alternatif disarankan supaya tidak meneruskan membaca perbincangan ini. Perbincangan ini sekadar perbincangan dan tidak bertujuan untuk mempengaruhi sesiapa dan sesiapa juga tidak dikehendaki untuk bersetuju dengan analisis berikut. Pandangan membina digalakkan dalam suasana sama-sama belajar dan berfikir kerana cinta kepada Maha Pencipta).
Ramai sarjana Muslim menafsir Islam sebagai cara hidup lengkap bagi manusia kerana ajaran-ajarannya konsisten dengan sifat semula jadi manusia dan alam. Ini lah yang mereka maksudkan apabila mereka mengatakan “Islam itu agama fitrah”. Dengan hormatnya, saya kurang setuju dengan pemanggilan Islam dengan istilah “agama” kerana ia mempunyai pelbagai maksud dan kebanyakkan nya tidak langsung menjelaskan “cara hidup Islam seperti yang diperjelaskan dalam Al-Quran”. Saya lebih berminat merujuk kepada “Islam” sebagai Addeen Allah atau “cara hidup menyeluruh yang disarankan oleh Maha Pencipta untuk yang dicipta”.
Namun, istilah “agama” yang digunakan sekian lama akan terus digunakan dan lantas itu, timbul lah kekeliruan seperti mana yang wujud hari ini.
Sebelum saya menyentuh mengenai fahaman saya terhadap Islam sebagai “cara hidup yang praktikal”, biar saya bincang mengenai “agama” dahulu.
Mereka yang berminat boleh membaca selanjutnya dengan klik disini
Monday, November 21, 2011
Baca Lah Bible apa yang hendak ditakuti ???
Amat merunsingkan beberapa perkembangan serta respon beberapa pemimpin agama dan politik terhadap dakwaan terdapatnya usaha untuk mengkristiankan orang-orang Melayu di Negara ini. Saya dapati respon-respon yang diberikan ini malangnya merendahkan-rendahkan kebolehan orang-orang Melayu untuk berfikir dan menilai. Saya percaya orang-orang Melayu ini lebih bijak daripada apa yang disangka oleh pemimpin-pemimpin ini. Kemungkinan besar pemimpin-pemimpin ini masih berada diabad ke14 manakala kita telah pun melangkah keabad ke21 yang dicirikan dengan pelbagai teknoloji yang canggih dan efisien.
Disamping itu, respon-respon ini juga menampakkkan bahawa pemimpin-pemimpin ini kurang yakin dengan kekuatan mesej yang terkandung didalam Al-Quran serta peranan Allah sendiri didalam menentukan keimanan seseorang.
“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Quran: 14:4)
Amat jelas sekali maksud surah diatas dimana kuasa memberi petunjuk adalah pada Allah. Seorang manusia yang inginkan petunjuk Allah hendaklah berusaha sedaya upayanya untuk mencari, dan menggunakan akalnya. Mudah-mudahan ia mendapat petunjuk. Seorang Muslim seharusnya berusaha untuk mendampingi Al-Quran dan berusaha untuk memahami isi kandungannya dengan sendiri daripada hanya mendeligasikan tanggungjawap tersebut kepada orang lain.
Sekiranya ia membaca Al-Quran, maka ia tidak akan hairan sama sekali usaha pihak kristian untuk mengkritiankan orang lain. Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin benar dengan fahaman Krisitian mereka. Allah telah pun memberitahu kita perkara berikut didalam surah Al-Baqarah ayat 120 seperti berikut:-
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka . Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah, itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”. (Quran 2:120)
Maka, bagi mereka yang memahami ayat diatas, dia tidak akan hairan atau menggelupur apabila mendengar berita bahawa adanya usaha untuk mengkristiankan orang lain. Apakah akal kita memberitahu kita bahawa orang Kristian akan menghindukan kita atau orang Islam akan mengyahudikan orang lain? Tentu sekali akan ada beberapa penganut-penganut agama yang akan cuba untuk meyakinkan orang lain berkaitan dengan agama mereka. Jadi apa yang kita khuatir atau hairan sangat?
Perkara lebih penting ialah: fahamkah orang Muslim itu sendiri mengenai Islam itu sendiri? Adakah dia berusaha untuk membaca isi kandungan Al-Quran untuk memastikan samada apa yang dia percaya sebagai Islam itu konsisten dengan Al-Quran?
Lagipun apabila surah Al-Baqarah mengatakan bahawa orang-orang Nasrani (Kristian) akan berusaha untuk menjadikan orang lain pun percaya seperti mereka – adakah kita tahu apa yang orang Kristian percaya? Pernahkan kita kaji atau fikir samada orang-orang Krisitian hari ini pun mungkin lebih kurang sama dengan beberapa orang-orang Muslim dari segi ini – mereka pun tidak pernah baca Bible mereka sepertimana kita pun tidak pernah membaca Al_Quran kita? Masing-masing berasaskan kepercayaan mereka berdasarkan apa yang diberitakan kepada mereka oleh ketua agama masing-masing!
Didalam Al-Quran, banyak disebut mengenai kisah-kisah yang disentuh didalam Bible terutamanya mengenai Nabi Isa. Kita ketahui bahawa orang-orang Kristian mengangkat Nabi Isa sebagai “anak tuhan”. Adakah perkara ini terdapat didalam Bible dengan jelas? Mana kita nak tahu kalau kita tidak membaca Bible mahupun Al-Quran? Al-Quran ada menyebut perkara berikut:-
“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin” (Quran 4:157)
Jelas sekali bahawa ayat diatas mengatakan bahawa Nabi Isa tidak dibunuh dengan cara disalib. Apakah Bible mengatakan bahawa Nabi Isa disalib? Mana kita nak tahu kalau tidak baca Bible?
Saya telah membaca hampir lebih daripada tujuh versi Bible sejak saya berumur 16 tahun. Pada fahaman saya, membaca John, Matthew, Mark dan Luke (“Gospels”) meyakinkan saya bahawa fakta-fakta yang dinyatakan disitu dengan sendiri menafikan bahawa Nabi Isa telah dibunuh dengan cara disalib. Sebaliknya, fakta-fakta disitu menunjukkan dengan jelas bahawa selepas peristiwa Nabi Isa (mengikut Bible) diletak diatas salib, beliau masih hidup, makan bersama pengikutnya serta berjalan.
Kajian sedikit yang saya buat berkaitan dengan Bible telah saya serahkan kepada Dr Ahmed Deedat semasa yang bertemu dengan beliau diBirmingham pada awal 1990an. Beliau telah membaca Bible dan telah menulis banyak buku mengenainya. Saya amat kagum dengan kebolehan dan usaha ikhlas yang dilakukan oleh Ahmed Deedat seperti mana juga Dr Zakir Naik diIndia yang mahir dalam bhagawad Geeta dan sebagainya. Pemikir-pemikir Muslim ini tidak takut membaca kitab-kitab agama lain. Kenapa pulak pemimpin-pemimpin agama dan politik Negara kita begitu takut?
Macam-macam perkara dan fakta yang boleh saya tulis disini mengenai Bible dan Al-Quran tetapi memadailah jika saya mengatakan bahawa jika seorang Muslim membaca Bible, ia akan lebih faham kebenaran Al-Quran apabila membacanya. Masalahnya ialah, didalam Negara kita ini pemikiran dan budaya ilmiah digam sebagai satu “dosa besar” yang harus dihindari. Kadangkala saya terasa seolah-olah mereka yang lemah minda menganggap orang lain pun sama-sama lemah minda.
Sebenarnya, saya berpendapat bahawa sekiranya Bible versi Bahasa Malaysia dibenarkan, ia mungkin akan melahirkan satu perbincangan yang sihat diantara Muslim dan Kristian. Ia akan berguna bagi mereka yang benar-benar dengan ikhlas mahu mencari kebenaran Allah dan bukanlah semata-mata untuk mempertahankan kedudukan masing-masing. Pengalaman saya menunjukkan bahawa Al-Quran sentiasa berjaya mempertahankan dirinya sebagai kitab yang benar.
Salam.
(Nota: Saya tidak bincang tajuk diatas dari aspek undang-undang. Harap masing-masing rujuk kepada Al-Quran masing-masing untuk menggesahkan terjemahan yang disebut didalam artikel diatas)
Labels:
Articles in Malay,
Bible,
Religionists and religion
Saturday, November 12, 2011
How much more insults will the Malays tolerate from PAS?
There has been so much nonsense from the theological based political party PAS from the time I can remember that if I was to write about their nonsense, it will be volumes! First on the list is of course their unilateral claim to represent Islam. But that is a matter I have covered many times over for the past 10 years or so.
Today, I intend to cover snippets of their latest nonsense and insults to the Malay and Muslim intelligence.
You may continue reading the rest of the article here
Peace !.
Today, I intend to cover snippets of their latest nonsense and insults to the Malay and Muslim intelligence.
You may continue reading the rest of the article here
Peace !.
Labels:
Malays,
PAS,
Politics,
Religionists and religion
Wednesday, November 9, 2011
ERASE RACISM !!!
The Quran says:
“O humanity! We have created you from a single male and female and have made you into nations and tribes that you may know one another (not that you have pride over one another). Verily, the most honorable (أَكْرَمَكُمْ ) of you in the God’s Sight is the one most righteous. And God has full knowledge and is well acquainted (with all things).” (Quran: Al-Hujraat, 49:13)
(feat. Bizmarkie, Big Daddy Kane)
“O humanity! We have created you from a single male and female and have made you into nations and tribes that you may know one another (not that you have pride over one another). Verily, the most honorable (أَكْرَمَكُمْ ) of you in the God’s Sight is the one most righteous. And God has full knowledge and is well acquainted (with all things).” (Quran: Al-Hujraat, 49:13)
Kool G Rap & Polo-Erase Racism Lyrics:
(feat. Bizmarkie, Big Daddy Kane)
[Intro: Bizmarkie]
Yo V, bring that beat in
Yeah that's aight
Ahhh man!
Yo G, yo Kool G, yo
I'm doin this right here
We got Big Daddy Kane over there
We all gonna do just one part
Because you know, we came a long way
You know, from back in Martin Luther King days, Malcolm X
[Ain't hard to tell] You know, now now that we see
Nelson N-Nelson Mandela's free
We gonna talk about this, is e gonna talk about this racism
Stop that, you know what I'm sayin, we gonna stop that
So G, why don't you just do your rhymin part, and then I'll come on after you
(Aight, check it out, here we go, yo)
[Verse One: Kool G Rap]
I'm tryin hard to explore, I'm not sure
What all the racial war for
It's makin me more sore
I walk through a color blind corridor
Seekin, for peace in the people I'm meetin
Black white and puerto-rican men are greetin each other
Just like brothers, there's plenty and many of others
You can discover, kids fathers and mothers
A meltin pot, no one felt they got prejudice
Listen I could never assist someone diss this
A landscape, with a dark and a light handshake
Havin fun, without one bein a fake snake
So let's form a rainbow over the mountain
And let's drink from the same water fountain
Let's make our Earth Day a story of
people that walk through the same territories
Color or creed, is no need for a man to bleed
I beleive, we all breathe the same seed
Unless it's diluted, for somethin to intrude it
Then I see your family tree was uprooted
So don't be foolish if you're Jewish or Hindu
The racial manual is the evil that men do
I was raised in a nation of Asian
Hate shouldn't seperate Jamaican from Haitian
So if you're givin in your ears I hope your hear me and
Siberian's no better than Nigerian
I bring a rattle to a battle that you see me in
I'm no villian so why would I be killin indians
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com
My nationality's reality
And yo a prejudiced man is of a devil mentality
These are words of a wise man, wisdom
Take a taste and erase the racism
[Chorus: Bizmarkie]
The ink is black, the page is white
Together we learn how to read and write
People are black, got people that's white
Let's stop racism, and, let's unite
Verse Two: Big Daddy Kane
(Yo yo Kane, why don't you do your part
and then let me do mine and then we get outta here
go ahead, bet)
In the days of slavery
Some got to run away and many got done away
Inferiority is what some men say
But that shit played out with Kunta Kinte
Then again in the streets of New York
I think of Yusef Hawkins, and I see you'e still stalkin
And when I think of barriers like Bensonhurst
Huh, notice how I mentioned hearse
We got to better this world of prejudice
People, make peace, and learn to live equal
Cause I don't look at myself as a
Coon or a mooley that would have to say massa
You better believe that I'm an asiatic descendant
And I know what's been amended and intended
So let's fulfill and get real, and try to build
a united nation, eliminate segregation
I know there's different strokes for different folks
but I've also acknowledged what hatred provokes
So don't hate me or try to underrate me
Cause I collect ends drive a Benz and live greatly
And we can all live together in harmony
Without thinkin what color is harmin me
If I'm a slave I'm a slave to the rhythm
To E-R-A-S-E the racism
[Chrous]
[Outro: Bizmarkie]
To the black and the white
The red and the yellow
To all the nationalities
I'd like to say hello
And I hope they stop racism and it's comin from our hearts
Me, Kool G Rap, Polo, Big Daddy Kane, Cool V, and of course
The Diabolical Bizmarkie I hope ya stop racism
Peace
Tuesday, November 8, 2011
Ruang Befikir Semakin Menyimpit ???
Memang kebanyakkan manusia malas berfikir. Kalau kebanyakkan manusia mmembenarkan diri mereka untuk berfikir, maka tidak wujudlah penindasan dari segi fizikal dan rohani. Hakikat bahawa begitu ramai manusia tidak sedar tentang penindasan ini membuktikkan bahawa sememangnya mereka telah selesa dalam zon kejahilan mereka. Begitu juga jika manusia memang rajin berfikir, tidak lah Al-Quran itu mengandungi berpuluh-puluh ayat yang mengajak, mengajar dan memujuk mansusia untuk berfikir. Malangnya dalam bidang agama pun mereka telah menggadaikan minda mereka kepada segelintir manusia lain yang kononnya mempunyai monopoli hidayah Allah. Namun itu persoalan yang lain.
Walaupun manusia amnya malas berfikir, malangnya diNegara tercinta ini kemalasan berfikir bukan sahaja luimrah tetapi telah diinstitusikan sebagai satu budaya yang harus dipertahankan. Kelesuan dan kengganan untuk berfikir telah menular kesegenap lapisan kehidupan kita.
Kita bangga dengan pemimpin-pemimpin yang boleh mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menghina pemikiran manusia waras. Kenyataan-kenyataan mereka itu dengan bangga disiarkan dalam TV dan media arus perdana seolah-olah kita mahu mensejarahkan kebodohan kepimpinan kita. Begitu kerap sekali saya lihat kebodohan kempimpinan politik diraikan seperti pesta diringi oleh tepuk sorak badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan blogger-blogger upahan yang semestinya "allergic" kepada kebolehan berfikir. Seperti ayat dalam Al-Quran, masing-masing gembira dengan kenerakaan masing-masing dengan memikirkan bahawa itulah syurga!
Lebih teruk daripada dahulu, hari ini kita dapati begitu ramai "cendikiawan-cendikiawan" yang tumbuh sebagai cendawan tanpa sebarang kebolehan berifkir secara berilmiah atau pun mempunyai kebolehan intelektualisme walaupun masing-masing tanpa segan silu memakai gelaran "Dr" dihadapan nama mereka. Saya tidak harian perkembangan ini kerana saya sudah pun menjangkanya berlaku sewaktu saya masih belajar diUKM bertahun-tahun dahulu. Saya sudah melihat dahulu bahawa satu budaya baru yang menghormati kelulusan daripada ilmu semakain berkembang didalam negara tercinta ini. Kelulusan formal atau rasmi disamakan dengan keupayaan intelektualisme. Malangya juga ramai "cendikiawan" yang tidak faham maksud "intellectualism". Ini lah antara sebabnya yang telah menahan saya daripada belajar sehingga keperingkat PhD kerana saya tidak dapat bayangkan diri saya dinilai oleh puak-puak "superficial" ini walaupun saya begitu cinta dengan ilmu dan proses pemikiran.
Hari ini ramai bangga dengan adanya berpuluh-puluh universiti yang tumbuh bagai lalang yang tidak terjaga dan kehadiran hampir 2000 professor-professor dalam negara tercinta ini. Memandangkan kita mengagungkan dan memartabatkan kejahilan, maka tidak pernahlah kita tanya apakah sumbangan professor-professor ini kepada perkembangan ilmu dan masyarakat? Berapa banyakkah buku-buku ilmiah yang telah diterbitkan oleh cendawan-cendawan ini? Apakah teori atau falsafah yang telah mereka "profess" dalam kerjaya mereka sehingga layak digelar professor? Hari ini, professor adalah jawatan bukanya melambangkan keupayaan pemikiran. Perkara yang sama ini telah saya bincang dengan Allahyarham Professor Syed Hussein Al-Atas, bekas VC Universiti Malay dimana beliau mengelar golongan seperti ini sebagai "educated barbarians".
Apabila kita memartabatkan guru-guru dan pensyarah-pensyarah jahil, adakah kita harapkan penuntut-penuntut keluaran universiti tempatan akan berkembang sebagai pemikir, reformis dan berguna?
JIka kita membuat satu kajian rambang, kita akan dapati bahawa kebanyakkan kita seolah-olah menganggap berfikir itu satu dosa besar yang harus dihindari. Kita katakan "boring". Buku-buku yang memerlukan seseorang itu untuk berifkir dipandang sebagai satu virus yang tidak harus didekati. Kalau ada rakan yang membuahkan satu topik yang memerlukan perbincangan menggunakan akal, kita anggap dia sebagai gila atau ganjil. Mereka lebih minat untuk bercakap-cakap kosong mengenai kejadian didalam kehidupan mereka yang juga sama-sama kosong - hal ofis mereka, gelagat orang lain, wayang yang dilihat, masalah-masalah kecil-kecilan dalam kehidupan mereka yang dilihat besar oleh minda mereka yang kecut, dan lain-lain "mundane topics".
Sebenarnya bagi orang yang boleh berfikir, topik-topik ini lah amat membosankan kerana ianya dapat dijangka. Sememangnya boleh jadi "stressful" bagi seorang yang boleh berfikir hidup dalam masyarakat yang menganggungkan kebodohan dan kejahilan.
Paling ketara sekali penyakit tidak mahu berfikir ini adalah dalam hal yang bersangkutan dengan ketuhanan. Amat anih sekali bahawa mereka yang kononnya menganggap agama itu penting tidak mahu meluangkan masa untuk mengkaji atau memikirkan tentang apa yang mereka anuti. Kemalasan mereka itu cuba ditutup dengan alasan bahawa mereka tidak mahir dalam hal-hal agama dan oleh itu membiarkan orang yang leibih "berilmu" itu mengupas bagi pihak mereka. Apakah asas-asas pun tidak tahu? Begitu yakin sekali mereka ini dengan golongan yang dikatakan "berilmu"? Saya yakin ramai yang tidak akan faham maksud saya disini kerana kita sudah pun di indoktrinasikan dengan tanggapan bahawa mereka yang berkelulusan daripada universiti semestinya pakar dalam bidang tertentu. Maka, kita tidak pernah mahu berfikir atau menilai mengenai "kelulusan" pakar yang kita idolakan itu. Memang susah ke mendapat kelayakan formal universiti hari in?
Pada saya, masyarakat yang membudayakan kebodohan dan kejahilan mengundang musibah keatas dirinya sendiri. Padahnya akan tiba walaupun mengambil masa yang lama.
Namun mereka yang sudah lazim dengan candu tidak mahu berfikir akan ketagihkan kebodohan dan kejahilan. Seperti semua ketagihan yang merosakkan, kesudahannya amat jelas.
Salam.
Monday, November 7, 2011
Najib's call for Unity - What Unity?
I fully support the Prime Minister Najib Tun Razak's call for unity recently. Everyone knows the outcome of disunity and enmity among humankind. It results in chaos and misery.
The "Islamic world" is known from almost time immemorial to be characterised by disunity and enmity. There are several reasons, among which are vested interest, sectarian differences, and intolerance of differing views.
The Middle East is a hotbed of conflicts, oppression of human and individual rights, dictatorial regimes and corruption. The Middle East is a living example that common language and religion alone cannot unite the people. A sense of humanitarian values and the willingness to adhere to basic universal values of Islam is equally necessary.
One cannot be faulted to say that the Middle East may be full of religion but largely lacking in spiritualism. So much form but little substance. Too much emphasis on form breeds hypocrisy and Allah condemns hypocrisy as a most evil trait. Let us come closer to our own home - Malaysia.
Malaysian Muslim political leaders often deliver speeches calling for unity of the ummah especially during so-called religious festivals. Any Muslim will welcome such calls. However, a call for unity which is not accompanied by consistent programs and deeds towards the call is useless. It portrays the leader as a man of form and not of substance. The leader becomes an insult to the people.
Even worse is when a leader calls for unity and yet he condones or does every act that further perpetuates disunity. This is hypocritical and despicable in the eyes of Allah.
I believe that calls for unity in Malaysia among the Muslims is not totally genuine. It is merely a political call. If it was genuine, Muslims will accept Muslim wholeheartedly in all spheres of their lives. Only recently, a christian Indian converted to Islam and the registration department found it completely important that his race column be written as "keturunan India" - is this necessary? Where is the implementation of the principle that Islam supersedes race? where is the implementation of article 160 of the Federal Constitution that this Indian Muslim is now a constitutional Malay? Why are civil servants allowed to override the clear provisions of the Constitution?
I have many experiences with converts (Chinese, Indian, Orang Asli) into Islam from other races. The convert still is treated as a non-Malay despite the constitutional guarantee that he is a Malay upon conversion and fulfillment of the article 160 of the Constitution. Further, over the years, I have come across cases where quite a number of Penang Malays who have their name changed from "bin" to "a/l" in their nric without their knowledge by the civil servants. Why is this done? Has "bin" become the domain of the Malay and where is this "ukuwaah Islamiah" that many political and religious leaders are so fond of talking about?
There are so many real life examples that I can show to prove that we are still far away from this "Islamic unity" in the country. Political leaders make speeches without serious follow ups and the ignorant civil servants do what they wish. Thereafter, everyone goes to the Friday prayers pretending that all are united.
Let us not play with God for His wrath is unimaginable.
Peace!
The "Islamic world" is known from almost time immemorial to be characterised by disunity and enmity. There are several reasons, among which are vested interest, sectarian differences, and intolerance of differing views.
The Middle East is a hotbed of conflicts, oppression of human and individual rights, dictatorial regimes and corruption. The Middle East is a living example that common language and religion alone cannot unite the people. A sense of humanitarian values and the willingness to adhere to basic universal values of Islam is equally necessary.
One cannot be faulted to say that the Middle East may be full of religion but largely lacking in spiritualism. So much form but little substance. Too much emphasis on form breeds hypocrisy and Allah condemns hypocrisy as a most evil trait. Let us come closer to our own home - Malaysia.
Malaysian Muslim political leaders often deliver speeches calling for unity of the ummah especially during so-called religious festivals. Any Muslim will welcome such calls. However, a call for unity which is not accompanied by consistent programs and deeds towards the call is useless. It portrays the leader as a man of form and not of substance. The leader becomes an insult to the people.
Even worse is when a leader calls for unity and yet he condones or does every act that further perpetuates disunity. This is hypocritical and despicable in the eyes of Allah.
I believe that calls for unity in Malaysia among the Muslims is not totally genuine. It is merely a political call. If it was genuine, Muslims will accept Muslim wholeheartedly in all spheres of their lives. Only recently, a christian Indian converted to Islam and the registration department found it completely important that his race column be written as "keturunan India" - is this necessary? Where is the implementation of the principle that Islam supersedes race? where is the implementation of article 160 of the Federal Constitution that this Indian Muslim is now a constitutional Malay? Why are civil servants allowed to override the clear provisions of the Constitution?
I have many experiences with converts (Chinese, Indian, Orang Asli) into Islam from other races. The convert still is treated as a non-Malay despite the constitutional guarantee that he is a Malay upon conversion and fulfillment of the article 160 of the Constitution. Further, over the years, I have come across cases where quite a number of Penang Malays who have their name changed from "bin" to "a/l" in their nric without their knowledge by the civil servants. Why is this done? Has "bin" become the domain of the Malay and where is this "ukuwaah Islamiah" that many political and religious leaders are so fond of talking about?
There are so many real life examples that I can show to prove that we are still far away from this "Islamic unity" in the country. Political leaders make speeches without serious follow ups and the ignorant civil servants do what they wish. Thereafter, everyone goes to the Friday prayers pretending that all are united.
Let us not play with God for His wrath is unimaginable.
Peace!
Labels:
Constitution,
Hypocrisy,
Islam,
Middle East,
Muslims
Subscribe to:
Posts (Atom)