Followers

Friday, November 25, 2011

"Negara Islam" atau Negara membudayakan nilai2 Islam

Saya memang tidak sempat untuk menulis mengenai tajuk ini walaupun tajuk ini sentiasa diapung-apungkan, malangnya, di medan politik. Pelbagai tafsiran yang telah diberikan mengenai apa itu "Negara Islam" sepertimana yang dinyatakan oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, seorang ilmuan dan sarjana Muslim yang dihormati ramai kerana kejujuran nya kepada ilmu, terutama yang berasaskan nas Al-Quran dan Al-Sunnah.

Poin yang penting dan tepat yang telah diperhatikan oleh beliau didalam artikel beliau berjudul "ANTARA ISLAM DAN ‘NEGARA ISLAM’" adalah fakta bahawa Muslim yang menentang "Negara Islam yang diperjuangkan oleh beberapa pihak tidak bererti bahawa Muslim itu menentang Islam".

Seharusnya mereka yang berminat mengenai topik ini harus membaca artikel Prof Madya Dr Asri di sini.

Artikel-artikel sebegini menunjukkan betapa pentingnya kewujudan suasana pemikiran bebas yang membolehkan perbincangan ilmiah mengenai Islam supaya pelbagai pandangan dapat dipertimbangkan bagi memanfaatkan umat Muslim. Sekaligus, Muslim menjadi hamba yang proaktif dan bukannya pak turut yang tidak memahami apa yang dianuti.

Salam.

No comments: