Followers

Wednesday, November 23, 2011

Agama membantut pembangunan minda manusia dan melambatkan kelahiran tamadun yang mengguntungkan makhluk ??? Bahagian Satu: Agama, Ketua Agama dan Penganut Agama

(Amaran: Mereka yang merasakan diri mereka lemah minda atau malas berfikir atau mudah sensitif dengan pandangan alternatif disarankan supaya tidak meneruskan membaca perbincangan ini. Perbincangan ini sekadar perbincangan dan tidak bertujuan untuk mempengaruhi sesiapa dan sesiapa juga tidak dikehendaki untuk bersetuju dengan analisis berikut. Pandangan membina digalakkan dalam suasana sama-sama belajar dan berfikir kerana cinta kepada Maha Pencipta).
 
Ramai sarjana Muslim menafsir Islam sebagai cara hidup lengkap bagi manusia kerana ajaran-ajarannya konsisten dengan sifat semula jadi manusia dan alam. Ini lah yang mereka maksudkan apabila mereka mengatakan “Islam itu agama fitrah”. Dengan hormatnya, saya kurang setuju dengan pemanggilan Islam dengan istilah “agama” kerana ia mempunyai pelbagai maksud dan kebanyakkan nya tidak langsung menjelaskan “cara hidup Islam seperti yang diperjelaskan dalam Al-Quran”.  Saya lebih berminat merujuk kepada “Islam” sebagai Addeen Allah atau “cara hidup menyeluruh yang disarankan oleh Maha Pencipta untuk yang dicipta”.

Namun, istilah “agama” yang digunakan sekian lama akan terus digunakan dan lantas itu, timbul lah kekeliruan seperti mana yang wujud hari ini.

Sebelum saya menyentuh mengenai fahaman saya terhadap Islam sebagai “cara hidup yang praktikal”, biar saya bincang mengenai “agama” dahulu.

Mereka yang berminat boleh membaca selanjutnya dengan klik disini

1 comment:

Tolokminda said...

Salam tuan,

Saya berpendapat perkataan al-deen bermaksud perisytiharan dan bukannya cara hidup. Misalnya ayat ke 4, Surah Al-Fatihah.

1:4 Menguasai hari perisytiharan

Transliterasi: Maliki yawmi alddeeni