Followers

Sunday, January 8, 2012

Tidak Perlu Lah Keluar Untuk Berkumpul Bagi 901 !!!

Amat menyedihkan bahawa politik begitu berleluasa dalam Negara kita sehingga dirancang untuk sampai keserambi Mahkamah.

Pada 9.1.2012, Hakim Mahkamah Tinggi, setelah berjalannya suatu perbicaraan yang panjang akan memutuskan samada seorang tertuduh yang terkemuka dalam Negara ini salah atau tidak salah berkaitan dengan satu pertuduhan jenayah iaitu meliwat sipengadu dalam kes tersebut. Bagi mereka yang sering ke Mahkamah, ini adalah satu proses yang amat lazim dimana proses keadilan berjalan setiap hari bagi menegakkan kedaulatan undang-undang seperti yang termaktub didalam Rukun Negara.

Tidak pernah kita dengar dimana orang-orang yang dituduh diMahkamah disertai dengan perhimpunan oleh penyokong-penyokong mereka pada hari keputusan diberikan.

Malangnya, dirancang supaya penyokong-penyokong orang yang tuduh berkumpul beramai-ramai dikawsan diluar Mahakamah. Akibat daripada pengemuman ini, hari Isnin menjadi satu hari yang menyusahkan orang ramai. Tenaga polis terpaksa dikerahkan untuk mengambil pelbagai tindakan awalan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekecohan. Ini merupakan pembaziran wang rakyat. 

Sebenarnya, "kekecohan" telah pun berlaku kerana mereka yang lazim nya pergi ke Mahkamah terpaksa pergi seawal-awal 6 pagi. Itu pun, mereka tidak akan dibenarkan untuk meletak kereta dalam perkarangan Mahkamah - maka terpaksa lah peguam-peguam berjalan jauh dan membawa bag-bag mereka yang berat dengan hujah-hujah dan otoriti. Orang awam yang mempunyai kes-kes mereka juga akan disusahkan dengan kehadiran perhimpunan ini. Semua ini menggangu perjalanan proses keadilan dalam Negara dan juga menyusahkan orang ramai.

Saya menyeru supaya mereka yang pentingkan keamanan serta menghormati perjalanan proses undang-undang dalam Negara ini supaya tidak berserta sama dalam perhimpunan ini.

Jangan biarkan proses politik menganggu proses keadilan!

Salam.

No comments: