Berikut adalah antara saranan-saranan yang dipersembahkan pada sidang media tersebut:
Disebabkan kesedaran ini serta kecintaan kita pada Negara, kami
menyarankan perkara-perkara berikut:-
·
agar calon-calon
lebih bertanggungjawab dan menapis ucapan mereka supaya tidak menyentuh
perkara-perkara yang berbaur perkauman, agama, peribadi yang tiada kaitan untuk
menjatuhkan pihak lain. Ia adalah untuk mengelakkan perselisihan dan politik
keganasan berlaku akibat sikap tidak berpuas hati sesetengah pihak lain.
·
Calon-calon harus menampakkan etika dan bertanding dalam suasana sihat
tanpa mewujudkan kebencian dalam diri penyokong mereka terhadap calon lain yang
bertanding, sekali gus mengelakkan unsur
keganasan.
·
Calon-calon juga harus bertanggung jawab dalam memimpin dan menasihati
penyokong-penyokong mereka supaya beradab dan tidak sesekali mencetuskan
sebarang provokasi.
·
Kami juga menyarankan supaya dalam pilihan raya ini Islam tidak dipolitikkan
sehingga boleh mencetuskan perpecahan diantara rakyat Muslim. Perpecahan dan pergaduhan
diantara masyarakat Melayu adalah merbahaya untuk kestabilan negera kerana mereka
merupakan populasi yang tertinggi di Negara ini. Sebarang keretakan serius dalam
masyarakat Melayu akan memberi kesan buruk kepada Negara amnya.
·
Calon-calon juga diingatkan supaya tidak menghina atau membuat sesuatu
yang boleh ditafsir sebagai percubaan untuk meruntuhkan institusi Rakyat yang
bertanggunjawab terhadap keamanan Negara seperti Agensi Penguatkuasaan PDRM, SPR,
Barisan pertahanan Negara dan lain-lain. Ini adalah penting untuk mengelak
sebarang keganasan selepas keputusan pilihanraya diumumkan.
·
Kami menyeru supaya calon-calon fokus kepada isu-isu dan perkara-perkara
yang dapat mendatangkan manfaat kepada Rakyat dan Negara daripada membangkitkan
isu-isu yang bertujuan untuk menanam perasaan kebencian.
·
Kami difahamkan bahawa agensi penguatkuasa keselamatan negara sudah bersiap
sedia untuk memantau dan melakukan segala sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang
Negara untuk menjaga keselamatan Rakyat amnya. Kami menyokong penuh usaha pasukan
keselamatan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
·
Kami juga menyarankan pihak penguatkuasa keselamatan mengambil
langkah-langkah awal untuk menepis sebarang rancangan untuk mencetuskan
kekecohan jika terdapat intelligence reports dan bertindak dengan tegas dalam
lingkungan undang-undang Negara.
·
Pihak SPR juga telah mengeluarkan panduan mengenai etika berkempen dan
tatacara kelakuan penyokong. Harap calon-calon baca dan amalkannya.
·
Kami menyeru supaya semua calon-calon membuat kenyataan rasmi mengutuk
sebarang keganasan politik serta sebarang tingkah laku intimidasi terhadap sesiapa.
Akhir sekali, kita yang hadir disini yakin bahawa kesemua Rakyat
Malaysia mahukan satu proses pilihanraya yang bebas daripada keganasan. Terima
kasih juga kepada semua rapera-rapera yang telah berkerja keras dalam masa yang
begitu suntuk untuk menjayakan sidang media ini.
Salam