Followers

Saturday, June 10, 2017

Rakyat Mempertahankan kesejahteraan negara

Memang pun semua orang tahu bahawa kerajaan perlu untuk mentadbir negara dari pelbagai segi. Pada amnya, Kerajaan boleh dikatakan terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang menjawat jawatan dalam kabinet dan keduanya daripada sektor perkhidmatan awam.

Amanah Sektor Perkhidmatan awam

Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan mengariskan siapa kah yang tergolong didalam sektor perkhidmatan awam seperti berikut:

Bagi maksud Perlembagaan ini, perkhidmatan-perkhidmatan awam ialah—
(a) angkatan tentera;
(b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
(c) perkhidmatan awam am Persekutuan;
(d) pasukan polis;
(e) (Dimansuhkan);
(f) perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133;
(g) perkhidmatan awam setiap Negeri; dan
(h) perkhidmatan pendidikan.

Senarai diatas jelas merangkumi pelbagai aspek penting yang menyentuh kehidupan Rakyat serta kesejahteraan am Negara. Kumpulan ini lah yang lazimnya mentadbir negara secara hampir otomatis samada piliahan raya ada atau pun tidak. Maka, mereka di berikan kuasa dan pengaruh yang besar untuk menjalankan amanah bagi pihak Rakyat jelata.

Sebagai imbuhan atau balasan untuk menjalankan amanah mereka dengan seefisien dan sejujur mungkin, mereka di bayar serta di beri kemudahan-kemudahan dan keistimewaan yang tidak dinikmati oleh rakyat lain. Sebagai contoh, pekerjaaan mereka pada amnya tetap/stabil, gaji tiap2 bulan pun tetap/stabil, dapat pencen, dapat kemudahan luarbiasa untuk memperolehi pinjaman perumahan dan sebagai nya.  Semua ini di tanggung oleh Rakyat jelata sebagai "majikan" kepada mereka. 

Maka, tidak harian lah dan sebenarnya di alu alukan oleh Rakyat apabila SPRM di bawah pimpinan Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad kini mengambil langkah berterusan untuk memastikan bahawa gejala rasuah di kalangan sektor awam di hapuskan.  Adalah menjadi harapan Rakyat bahawa usaha SPRM ini akan melahirkan sikap benci rasuah dan melihat rasuah sebagai kemungkaran yang menindas Rakyat jelata dikalangan anggota perkhidmatan awam. Rakyat yang bertangunggjawap dan cintakan kesejahteraan Negara wajib menyokong usaha SPRM ini melalui beberapa cara. 

Disamping menyokong usaha SPRM, Rakyat harus sentiasa perihatin bahawa menjadi tanggungjawap kita bersama untuk mempertahankan kewibawaan, integriti dan maruah institusi-insitusi negara seperti yang disenaraikan dalam Artikel 132(1) Perlembagaan Malaysia daripada di cemari oleh tindakan sebilangan kecil dalam institusi-insitusi tersebut mahupun oleh tindakan sesiapa yang lain. 

Eksekutif atau Wakil Wakil rakyat dalam Kabinet 

Kabinet memainkan peranan yang teramat penting didalam menentukan polisi negara serta memastikan bahawa wawasan atau polisi yang di tetapkan bersama dicapai dalam tempoh yang di tentukan. Disamping itu, kabinet juga berkuasa didalam mempengaruhi agihan harta dan sumber-sumber negara. Pendekata, sebagai manusia, mereka juga terdedah kepada bisikan syaitan untuk berlaku tidak adil, bersikap korupsi dan menindas.

Kumpulan ini juga perlu di awasi oleh Rakyat supaya tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa yang merugikan negara dan rakyat. Rakyat harus memastikan bahawa golongan ini juga tertakluk kepada undang-undang tertentu yang dapat mendorong mereka kepada tindakan-tindakan yang baik dan menjauhi bisikan syaitan. Peruntukkan didalam Perlembagaan Malaysia bahawa semua Rakyat adalah saksama dibawah undang-undang perlu di  manifestasikan. 

Rakyat perlu ingat bahawa terdapat banyak pemimpin politik yang memang ikhlas dan berusaha untuk berkhidmat kepada Rakyat. Namun, ada juga yang hanya menggunakan kedudukan untuk memperkayakan diri  dengan anggapan bahawa mereka tidak akan tertangkap dan rakyat tidak boleh buat apa-apa. 

Pemimpin politik yang korup harus tahu bahawa tidak ada had masa dalam mendakwa sesiapa untuk suatu perbuataan jenayah. Maksudnya, jangan lah mana-mana pemimpin politik korup menjangka bahawa selepas mereka bersara, undang-undang tidak boleh membawa mereka ke gelanggang keadilan walaupun berdekad dekad telah berlalu.

Rakyat sentiasa berawas dan mempertahankan kesejahteraan Negara.  Kalau kita sendiri tidak buat, orang lain tidak akan.

Salam ramadan.

No comments: