There is a big guessing game going on when the elections will be held. This has become almost a predominant "game" with the politicians and political game. What is the Rakyat's take on this?
It goes without saying that the general political awareness among the Rakyat today is far different as it was, say 10 to 15 years ago. The access to information and facts, despite the nozzle around the mainstream media, today is available due to the availability of the new media.
Not only the urban voters but the rural voters have greater access to differing information.
Undoubtedly, the Rakyat wants to see an honest, transparent and efficient government that will put the Rakyat's interest first. Political gimmicks may not work as well as it used to work before. People want to see real reforms and real plans or programmes for the future.
Of course the incumbent parties will face greater challenges because their ability to transform thier pronouncements on reforms into realities will be judged. The Rakyat is truly fed up with being treated like fools.
The politicians' mindset does not, unfortunately change rapidly with the changes that has taken place because they are surrounded incestuously by the same advisers with the same way of perceiving and analysing information.
In short, the politicians can go on with their political games. The Rakyat knows what they want and how they will vote.
Peace.
The Nation is saved NOT by politicians or citizens but by Saviour citizens or Raperas.
Followers
Tuesday, March 27, 2012
Bahagian 3: Agama mengkhayalkan manusia dalam kehidupan manakala Islam atau “The Way” mengajak manusia hidup dalam realiti sebenar dunia.
Memang motivasi atau niat masing-masing untuk melakukan sesuatu berbeza. Namun apabila motivasi atau niat ini ditafsirkan sebagai perbuatan, kesannya juga berbeza dari segi rohani dan jasmani. Kita ambil sebagai contoh 4 jenis pekerja iaitu Encik A, B, C dan D.
Keempat-empat pekerja ini dibayar gaji setiap bulan serta diberikan kemudahan-kemudahan tertentu oleh majikan mereka. Keempat-empat mereka itu menandatangani atau telah memasuki dalam satu perjanjian pekerjaan dengan majikan mereka dimana mereka berjanji untuk melaksanakan tugas-tugas mereka. Katakan juga keempat-empat mereka ini menerima gaji yang sama dan diberikan tugasan yang sama.
Bersambung baca disini.
Salam.
Saturday, March 24, 2012
Bahagian Kedua: Agama tidak menggalakkan penganutnya berfikir atau menggunakan minda
Agama
memerlukan penganut yang taat pada agamanya. Hampir semua agama menggalakkan penganutnya
menerima segala sesuatu yang ditetapkan oleh ketua-ketua agama mereka atau
diterima oleh masyarakat mereka sebagai kebenaran hakiki. Mereka yang menyoal
dikatakan sebagai lemah keimanan atau kepercayaan. Apa yang perlu hanya lah “beriman”
atau sering dikatakan dalam Bahasa Inggeris sebagai “All you need is faith”. Hakikat bahawa “keimanan” semata-mata
mengenepikan peranan pengetahuan dan nas tidak dipedulikan. The fact that pure faith displaces the role
of reason and knowledge is of no concern.
Boleh sambung selanjutnya disini.
Salam
Wednesday, March 14, 2012
A Scientist is an Ulama too !
I came across this interesting article that I wish to share with you:
"Let me start by saying that this is in no way intended to disrespect anyone. Whilst I am a scientist by profession, this is not meant to insinuate that i am an ulama.. However i do feel that there is a lot of confusion in the word ulama and how it is currently being perceived. A scientist, by definition, is also an ulama...but then again, this is an academic excercise which has no bearing on anything! So here goes nonetheless....
"Let me start by saying that this is in no way intended to disrespect anyone. Whilst I am a scientist by profession, this is not meant to insinuate that i am an ulama.. However i do feel that there is a lot of confusion in the word ulama and how it is currently being perceived. A scientist, by definition, is also an ulama...but then again, this is an academic excercise which has no bearing on anything! So here goes nonetheless....
1) In Arabic the word Ulama is the plural form of the word Alim, which has been derived from the word Ilmu. An Arabic dictionary will show you that the meaning of Ulama and Alim are as follows:"
You can continue to read the rest of this interesting article here at To Think About It.
I am happy to note that more and more young people are referring to the Quran and making an effort to understand its contents.
Peace !
Tuesday, March 13, 2012
Mempertahankan Apa untuk Melayu Yang Mana? “Islam” pun perlu dipertahankan oleh manusia kerdil?
Kekadang saya tidak tahu samada saya
harus rasa kesian kepada kaum Melayu
atau kepada pemimpin mereka kerana Melayu ini terlalu banyak pemimpin dalam
terlalu banyak bidang. Mereka ada pemimpin politik, pemimpin perniagaan,
pemimpin agama, pemimpin moral dan sebagainya. Kaum Melayu ini telah dijadikan
sebagai satu kaum yang perlu dipimpin dalam segala hal dalam kehidupan mereka
dari lahir sehinggalah meninggalkan dunia.
Kekadang juga saya tidak tahu samada
saya harus berasa malu bagi pihak kaum Melayu atau bagi pihak pemimpin
mereka. Perasaan malu ini timbul kerana
penyuaraan perjuangan konon oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang melantik diri
mereka sendiri sebagai “penyelamat kaum Melayu”
amat lapuk, namun mereka sendiri tidak sedar. Tidak kah kita merasa malu melihat
orang-orang dewasa melonjak-lonjak berbuih-buih membuat ucapan demi ucapan
mengenai topik-topik yang sudah usang serta tidak lagi dipercayai oleh jenerasi
Melayu yang terkemudian ini?
Walaubagaimanapun, marilah kita cuba
memahami pemimpin-pemimpin Melayu ini yang tidak mahu sedar diri bahawa kaedah
dan pemikiran mereka sudah dimakan masa.
Persoalan-persoalan Yang Harus diTanya
Ketua-ketua Melayu yang sering
melaungkan kononnya mereka mahu mempertahankan Melayu tidak pernah bertanya
beberapa persoalan berikut:-
a) Melayu mana yang mereka nak
pertahankan?
b) Apa yang mereka nak
mempertahankan?
c)
Adakah apa yang pemimpin-pemimpin ini hendak mempertahankan itu sesuatu
yang kaum Melayu amnya mahu dipertahankan?
d) Adakah apa yang mahu
dipertahankan demi kaum Melayu itu sesuatu yang baik bagi kaum Melayu itu
sendiri.
Melayu yang Mana?
Ketua-ketua Melayu lantikan sendiri bercakap
mengenai Melayu seolah-olah ada hanya satu “jenis” Melayu walhal hakikatnya ialah
terdapat perlbagai “jenis” Melayu.
Fakta yang paling jelas ialah Melayu
amnya pada hari ini jauh berbeza dari beberapa aspek dengan Melayu
pra-Merdeka.
Pertamanya, Melayu amnya
tidaklah miskin seperti keadaanya
pra-Merdeka. Perlaksanaan DEB telah berjaya melahirkan kumpulan kelas
pendapatan menengah yang besar dikalangan Melayu. Dengan pembaikan serta peningkatan didalam
tahap pendapatan, Melayu kelas menengah ini
menikmati satu tahap kebebasan kewangan dimana mereka tidak lah begitu
tersepit seperti Melayu pra-Merdeka. Ekoran kebebasan kewangan ini, mereka
lebih terdedah kepada pelbagai ide-ide serta pandangan hidup yang beraneka yang
boleh mereka pilih.
Disamping itu, Melayu kelas menengah
ini juga mempunyai prioritas atau keutamaan yang berbeza dengan Melayu
pra-Merdeka. Dimana dasar kelas Melayu menengah ini telah menjadi besar, mereka mendapati bahawa
persaingan sesama sendiri untuk memperolehi
sumber-sumber Negara serta peluang-peluang yang terhad telah menjadi
lebih sengit. Jika satu ketika dahulu, mereka mungkin bersaing dengan kaum-kaum
lain, hari ini hakikat membuat mereka bersaing sesama sendiri. Maka, perjuangan untuk Melayu kelas menengah
hari ini mungkin lebih cenderung kearah peningkatan tahap ekonomi, keselesaan
kehidupan, pendidikan dan sebagainya dalam konteks ekonomi Negara yang
berkembang. Saya percaya Melayu kelas menengah ini tidak lagi melihat perkara
ini dalam konteks persaingan dengan kaum bukan Melayu sahaja. Maka, adakah ketua-ketua Melayu yang mahu memperjuangkan peluang-peluang ekonomi serta perkembangan ekonomi Negara supaya pendapatan dan tahap kehidupan Melayu boleh meningkat?
Keduanya, ekoran daripada beberapa
fakta, termasuk pendedahan kepada ledakan maklumat yang dihasilkan daripada
perkembangan teknoloji maklumat, Melayu hari ini telah menjadi lebih kritis
terhadap ketua-ketua mereka. Melayu
tidak lagi begitu mudah untuk menerima laungan ketua-ketua mereka tanpa
berfikir atau menilai. Melayu dapat melihat pembangunan ekonomi hebat yang
berlaku dinegara-negara lain yang dicetuskan tanpa beroperasi dalam kerangka
perkauman. Pendedahan kepada lebih
banyak maklumat dan fakta juga menyedarkan Melayu hari ini mengenai
perkara-perkara berikut:-
a) Laungan slogan “memperjuangan
Melayu” tidak semestinya memperbaiki kedudukan orang Melayu tetapi sering
menjadi alat yang digunakan oleh ketua-ketua lantikan sendiri untuk menonjolkan
diri mereka sendiri bagi tujuan kepentingan sendiri;
b) Sejak merdeka sehingga kehari
ini, orang Melayu kebanyakkan melihat kelahiran Melayu-Melayu korporat yang
amat kaya yang diragui asas atau sumber kekayaan mereka – yaitu, samaada
kekayaan ini diperolehi daripada kebolehan berniaga atau melalui kronisme,
nepotisme serta hubungan politik baik dengan pihak yang berkuasa dan
berpengaruh. Keadaan ini melahirkan perasaan bahawa Melayu kebanyakkan
dikhianati oleh segolongan Melayu elitis dengan memperalatkan sentimen Melayu.
Melayu kebanyakkan melihat bahawa dimana anak-anak mereka sendiri terpaksa
bertungkus lumus berjuang untuk hidup, anak-anak Melayu elitis mendapat segala
sesuatu dengan begitu mudah sekali. Ini juga melahirkan rasa ketidakadilan
didalam pengagihan peluang-peluang ekonomi.
c) Imej ketua-ketua Melayu yang
menonjolkan diri mereka sebagai “pejuang Islam” serta pemonopoli tafsiran Islam juga semakin
terjejas. Banyak faktor yang menghasilkan keadaan ini termasuk faktor-faktor
seperti pendedahan Melayu kebanyakkan kepada Al-Quran, internet, perkembangan
sejak merdeka, gelagat ketua-ketua agama ini sendiri yang sering bertelingkah
sesama sendiri, sikap ketua-ketua agama yang bersikap sebagai penentu mutlak
hal-hal agama dengan mengenepikan hak serta tanggungjawap peribadi Muslim terhadap Penciptanya, serta peribadi beberapa ketua-ketua agama yang bukan
sahaja mempolitikkan agama namun bersikap sombong dan merendahkan kebolehan
berfikir Melayu kebanyakkan.
Faktor-faktor yang diketengahkan
diatas menjadikan Melayu hari lebih kritis terhadap ketua-ketua yang melaungkan agama sebagai perjuangan jika
dibandingkan dengan Melayu pra-Merdeka.
Maklumat mengenai ganjaran serta bayaran yang diterima oleh ketua-ketua
agama juga menjadi pengetahuan umum dan ini dirasakan mencairkan keikhlasan
ketua-ketua agama ini terhadap perjuangan agama.
Ketiganya, Melayu hari ini yang
lebih terdedah kepada maklumat dan pengetahuan serta mempunyai keyakinan diri
yang lebih tinggi tidak lagi mudah diheret kehulu kehilir oleh ketua-ketua
agama. Kalau satu ketika dahulu ketua-ketua agama dilihat dan diperlakukan
hampir sebagai “dewa-dewa” dibumi ini, keadaan sekarang telah berubah. Melayu hari ini sedar bahawa kebebasan untuk
mencorak kehidupan mereka itu boleh dicabar serta diganggu gugat oleh
ketua-ketua agama yang memperalatkan agama untuk menguasai kehidupan mereka.
Hari ini terdapat lebih banyak
graduan-graduan Melayu dalam pelbagai bidang seperti kedoktoran, undang-undang,
kejuruteraan, sains, pendidikan dan sebagainya . Graduan-graduan ini acap kali
merasakan maruah mereka tercabar atau minda mereka dihina apabila
graduan-graduan kelulusan agama seolah-olah memaksa orang lain menerima
pandangan dan tafisran agama mereka tanpa penilaiaan. Mereka yang telah belajar
diUniversiti mengetahui bahawa kelulusan daripada universiti tidak
semestinya bermakna graduan tersebut itu
mahir dalam bidang yang dipelajarinya apatah lagi ikhlas dalam memahami serta
memaplikasikan ilmu yang dibelajar. Mereka melihat bahawa ada doktor-doktor,
peguam-peguam, jurutera-jurutera yang pandai dan berdedikasi manakala ada juga
yang sebaliknya. Begitu juga dengan mereka yang berkelulusan daripada pengajian
agama.
Semakin ramai Melayu hari yang mahu
kebebasan serta hak untuk menentukan pemahaman mereka sendiri terhadap agama
yang dianuti oleh mereka. Melayu ini
semakin sedar bahawa diri mereka sendirilah yang akan dipertanggungjawapkan
oleh Allah dan bukannya ketua-ketua agama ini. Saya melihat pertembungan
diantara Melayu yang mahu pertanggungjawapan diri dengan ketua-ketua agama yang
bernekad untuk memaksa fahaman mereka semakin meningkat. Ini dapat difahamai kerana graduan-graduan
agama mahu mencari ruang dan peranan untuk diri mereka sendiri seperti juga
graduan-graduan daripada jurusan lain.
Keempatnya, ketua-ketua Melayu
sendiri telah melahirkan kekeliruan dan ketidakkonsistensi didalam melaungkan
“perpaduan Melayu” serta “perpaduan umat”. Kita melihat bahawa apabila
dilaungkan “perpaduan Melayu”, ketua-ketua ini tidak menerangkan beberapa
perkara seperti berikut (sehingga kita terasa bahawa mungkin ketua-ketua itu
sendiri didalam kekeliruan);-
a) perpaduan apakah yang dimaksudkan
– perpaduan ekonomi, politik, sosial, dan sebagainya?
b) bagaimanakah ketua-ketua ini
bercadang untuk mencapai perpaduan tersebut?
c) Mengapakah ketua-ketua yang melaungkan
perpaduan itu sendiri tidak dapat bersatu sesama sendiri? Sebagai contoh kita
dapati Melayu-melayu dalam
pertubuhan-pertubuhan politik, sosial, agama dan perniagaan yang mempunyai
objektif yang bersifat bersaing, kekadang bertentangan, kaedah-kaedah yang
berlainan dan sebagainya. Keadaan seperti ini menjadikan laungan ketua-ketua
Melayu supaya Melayu “bersatu” sebagai sesuatu yang ironis dan mengelirukan.
d) Kewujudan kekeliruan diantara
kepelbagaian pendekatan politik dan agama dengan perpecahan. Perkara ini amat jelas apabila dibandingkan
dengan budaya lain dimana kepelbagaiaan tidak dianggap sebagai petanda perpecahan
tetapi sebagai kekayaan pemikiran.
e) laungan “perpaduan umat” juga
sering diperlekehkan dengan tindakan-tindakan susulan oleh ketua-ketua agama
dan politik ini yang tidak konsisten dengan apa yang dilaungkan. Melayu hari ini tidak jelas samada “perpaduan
umat” ini bermakna semua orang Melayu terpaksa menurut fahaman dan tafsiran
segolongan elitis agama dan politik? Jika inilah yang diperjuangkan, maka ia
bermakna penghapusan hak orang Melayu untuk menjalankan tanggunjawapnya sebagai
seorang Muslim yang meng-kaji serta
memahami Al-Quran untuk berkhidmat kepada Allah. Penghapusan hak sedemikian
tidak akan disokong oleh beberapa Muslim dimana kuasa mutlak untuk menentukan
nasih mereka diakhirat diletakkan bulat-bulat pada tangan graduan-graduan
kelulusan pengajian “Islam”.
Maka, berdasarkan analisa diatas,
terdapat ramai Melayu yang tidak lagi rela dengan percubaan beberapa
ketua-ketua untuk mempermainkan isu perpaduan Melayu hanya semata-mata kerana
ada Melayu yang tidak setuju dengan kaedah, pandangan atau cara hidup mereka.
Disamping itu, semakin ramai Melayu yang tidak rela isu perpaduan umat
diapi-apikan hanya semata-mata untuk menidakkan hak Muslim itu sendiri untuk
menjalani kehidupan berdasarkan fahaman ikhlasnya sendiri terhadap Al-Quran dan
Al-Sunnah. Adakah ketua-ketua Melayu kini akan mempertahankan hak ini?
Kelimanya, walaupun masih terdapat
budaya baru mencium tangan orang-orang kenamaan dan berpengaruh yang tidak
rapat, namun, sikap feudal dikalangan Melayu hari ini semakin hilang. Ini juga adalah ekoran pendidikan dikalangan
orang Melayu serta kefahaman mengenai nilai-nilai Islam yang semakin meningkat.
Melayu yang terdidik semakin memahami bahawa sikap feudal ini melahirkan
perhubungan Tuan-hamba yang sebenarnya menjatuhkan martabat manusia. Maka, Melayu hari ini tidak mudah untuk
memperhambakan diri kepada mana-mana ketua lantikan sendiri kerana peningkatan yakin
diri. Maka, Melayu sedemikian mahu maruah mereka sebagai seorang dewasa yang
bebas mencorakkan kehidupan mereka menurut kebolehan dan kemahiran mereka
dipertahankan. Adakah ketua-ketua Melayu yang mampu memperjuangkan perkara ini tanpa
mengkehendaki perhubungan feudal?
Keenamnya, terdapat juga Melayu yang
berpendidikan jurusan pengajian barat (yang mana sekolah-sekolah kebangsaaan
kita pada amnya adalah berbentuk sedemikian) serta mereka yang belajar
dipusat-pusat pengajian tinggi diNegara-Negara barat yang tidak sehaluan dengan
pemikiran dan halatuju beberapa ketua-ketua Melayu. Golongan ini merasakan
bahawa kaedah pemikiran ketua-ketua ini agak primitif disamping bersifat “condescending”
sehingga menghina maruah seorang dewasa
yang boleh berfikir. Melayu sedemikian tidak merasakan keperluan seorang ketua
sebagai jurucakap bagi mereka. Mereka
mahukan seorang ketua Melayu yang kurang berretorik atau berceramah ala debat
sekolah. Mereka juga mahukan seorang ketua yang pandai, efisien serta
berkebolehan didalam mengwujudkan suatu sistem atau suasana yang membolehkan
Melayu ini untuk berkembang dan mencapai cita-cita peribadi mereka. Adakah
ketua-ketua Melayu yang boleh mempertahankan kemahuan ini?
Pendekata, Melayu hari ini semakin
matang sejak merdeka dan mereka telah memerhatikan perkembangan dari pelbagai
segi yang berlaku didalam Negara. Mereka telah melihat permainan politik dan
ekonomi dikalangan ketua-ketua Melayu yang melaungkan slogan “mempertahankan
Melayu” dan “mempertahankan Islam” yang akhirnya tidak memberi sebarang kesan
positif pada kehidupan peribadi mereka.
Oleh yang demikian, apabila ada
ketua-ketua Melayu yang melaungkan mahu mempertahankan “Melayu” dan “Islam”,
timbul pelbagi persoalan yang antaranya telah diketengahkan diatas.
Salam.
Labels:
Articles in Malay,
Malays,
Politics,
Religionists and religion
Subscribe to:
Posts (Atom)