Kalau
betullah lapuran Utusan Online yang dipetik dari sini yang juga melapurkan seperti berikut:-
“Azran
menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan
Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel
berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu.
Menerusi
akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism.
I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya
antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"
UMNO Veteran marah dengan pandangan dan kritikan Azran
terhadap artikel yang dimuatkan dalam Utusan Malaysia. Kritikan ini dianggap
sebagai satu tindakan biadab oleh Azran. Pendekata, bagi Veteran UMNO,
mengeritik Utusan Malaysia adalah satu tindakan biadab.
Bukan itu sahaja, tindakan Azran mengeritik Utusan Malaysia
juga dianggap sebagai “perbuatan Azran mencerca Utusan Malaysia bermakna beliau
menghina kaumnya sendiri ketika kaum Melayu turut ditekan dari pelbagai sudut”.
Dari pemahaman minda Veteran UMNO, kritikan terhadap Utusan
Melayu disamakan dengan penghinaan terhadap kaumnya sendiri. Disini lah cabaran
untuk memahami lonjakan logik bagaimana kritikan terhadap satu artikel yang
ditulis didalam satu surat khabar boleh dirumuskan sebagai satu peghinaan
kepada satu kaum yang besar yang semestinya terdiri daripada anggota yang
berlainan tahap pemikiran (dan pemahaman) serta pelbagai pandangan yang
berbeza.
Bukankah kepelbagaian pandangan terhadap satu isu itu
melambangkan kematangan satu kaum dan ekoran itu memuliakan kaum tersebut? Ini
menunjukkan bahawa Melayu berupaya untuk melihat kepada satu artikel atau satu
isu dengan pandangan dan kupasan yang berbeza. Pada masa yang sama, keupayaan anggota dalam
kaum itu untuk menerima dan berhujah berkaitan dengan pandangan yang berbeza
secara berilmiah dan berasaskan fakta juga melambangkan peningkatan ketamadunan
kaum itu. Mustahil satu kaum itu boleh maju kalau masih bergantung pada satu
pendirian, atau fahaman atau kaedah yang telah ketinggalan zaman.
Didalam dunia keintelektualan, ada satu ungkapan yang sering
diutarakan iaitu “those with brains can
argue in a civilised manner but those with brawn will just flex their muscles”.
Orang atau kumpulan yang yakin diri serta mampu berhujah balas tidak pernah
gentar dengan pendirian orang lain yang berbeza, apatah lagi menggunakan kaedah
pemikiran songsang dimana direspon balik dengan menggunakan taktik sentimen
perkauman dan tunjuk kuasa. JIka ada pandangan yang berbeza, haruslah kumpulan
itu memberi hujah balas yang boleh direnungi dengan akal.
Veteran UMNO harus berhujah dengan fakta dan logik mengapa pendirian
Azran terhadap Utusan Malaysia itu dikatakan sebagai “menghina Melayu”. Kalau
pun kita andaikan dia menghina Utusan, bagaimana ianya boleh ditafsirkan
sebagai menghina Melayu?
Jika benar Azran telah “menerusi
akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah
akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu” dan
jika ini dianggap sebagai satu tindakan memfitnah, maka Utusanlah yang
seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Azran. Undang-undang Negara kita mantap dan jelas
dalam hal ini. Dimana pula peranan Veteran UMNO dalam hal ini dan apakah locus
mereka bercakap bagi pihak Utusan kecuali mereka sekadar melaksanakan hak
bersuara mereka?
Ini yang saya kerap tidak faham dengan ”perjuangan” beberapa
kumpulan dalam Negara ini. Utusan tidak mengambil sebarang tindakan
undang-undang. Lembaga Utusan tidak berkata apa-apa namun Veteran UMNO yang
tidak ada kaitan korporat atau undang-undang atau moral pula bertindak sebagai
pelindung Utusan!
Memang pihak-pihak tertentu boleh berhujah bagi pihak lain
yang dianiayai. Namun pembelaan haruslah berdasarkan hujah-hujah bernas,
munasabah dan yang tidak menghina akal orang yang mendengarnya. Dizaman ini,
ramai sudah kurang sabar dengan taktik-taktik yang menggunakan ungkapan sebagai “Melayu
dihina”, “tidak kompromi dalam isu Melayu” dan ungkapan-unkapan yang seangkatannya
yang tidak diiringi dengan hujah bernas atau fakta.
We have to evolve and
therefore we have to learn to present our case. It is becoming embarrassing to
use sentiments and superlatives to cover up our lack of thinking ability.
Saya berpendirian Veteran UMNO tidak perlu gusar. Melayu hari
ini tidak mudah latah atau mudah terasa terhina dengan pandangan orang lain
apatah lagi pandangan berbza daripada ahli kaumnya sendiri. Melayu hari ini
lebih bersenjatakan maklumat dan fakta serta mempunyai keyakinan diri yang
lebih tinggi. Mereka tidak perlu orang lain, apatah lagi orang-orang politik
untuk melentur emosi mereka. Yakinlah kepada keupayaan Melayu untuk menilai
sesuatu dan Insha Allah, mereka akan menilai dengan baik. Lagipun, kita bangga ada anak Melayu yang maju, kenapa pula kita nak taburkan pasir dalam periuk nasi Azran pulak kerana berbeza pendapat dengan dia?
Salam.