Followers

Saturday, April 25, 2015

Penghinaan Terhadap Orang Islam harus berhenti !!!























(image thanks to http://wellcomehistory.files.wordpress.com/2012/05/anger.jpg)


Sejak kebelakangan ini terlalu banyak penghinaan terhadap umat Muslim yang berlaku. Sebenarnya, dalam negara ini, penghinaan demi penghinaan terhadap minda dan imej orang Islam berlaku sejak 9 tahun yang lalu.

Yang menyedihkan ialah penghinaan ini dilakukan oleh..........................orang-orang yang mengaku orang Islam !

Penghinaan-penghinaan ini amat dahsyat sekali sehingga sekumpulan kecil dominan yang kuat bersuara ini cuba untuk menampilkan orang Islam sebagai bodoh, percaya tahyul dan fantasi, tidak berkeyakinan diri, pak turut yang tidak tahu untuk menilai, tidak ada jati diri, pengacau keamanan, rasis, hipokit, dogmatik dan "sexist" (kalau tak faham tengok kamus), ritualistik semata-mata dan sebagainya yang negatif.

Oleh kerana kumpulan dominan ini kuat bersuara tanpa malu dan harga diri serta tanpa menilai tahap ilmu dan tahap pemikirannya, maka penghinaan bertubi-tubi diteruskan teradap umat Muslim.

Awal sekali saya ingin nyatakan bahawa "Islam" itu adalah Adeen atau "Cara HIdup" atau "The Way" yang amat rasional, yang galakkan pemikiran, penilaian dan kajiselidik, syumul dan bertepatan uttuk semua masa serta relevan kepada yang percaya dan yang tidak percaya. Ia adalah Adeen yang inklusif (kalau tak faham, tengok kamus) dan bukan agama yang eksklusif seperti kebanyakkan agama. Ini lah diantara rahmah, mukjizat dan barakah Adeen Allah yang mungkin ramai Muslim sendiri tidak sedar,

Diantara penghinaan-penghinaan ialah seperti berikut:-



(image thanks to http://www.mauroferrario.com/blog/wp-content/uploads/2012/04/dontThink.jpg)

1) Orang Islam begitu lemah dengan "aqidah" mereka sehingga begitu mudah terpengaruh dengan simbol-simbol agama lain seperti "salib" tokong, gereja, dan lain-lain.

2) Orang Islam begitu lemah mnda sehingga kehadiran buku-buku "suci" agama lain boleh memesongkan mereka - ini pula di Negara kita dimana setiap ceruk negara terdapat "ceramah agama" yang begitu banyak!

(image thanks to http://godspeaksilisten.files.wordpress.com/2012/01/stupid-best.jpg)

3) Orang Islam tidak pandai menilai, tidak pandai berfikir sehingga terpaksa setiap kali dalam semua hal "agama" merujuk" kepada "ustad", "tok/tuan guru", "ulamak", "Sheikh" dan sebagainya.  Pandangan-pandangan "orang agama" ini pula harus di terima bulat-bulat seolah-olah ianya firman Allah tanpa pertikaian. Seolah-olah orang-orang Islam tidak mampu bertanggungjawap terhadap ubudiyyah nya sendiri kepada Allah !


(image thanks to http://cookouteveryday.com/wp-content/uploads/2014/06/ScreenHunter_29-Jun.-09-12.24.jpg)

4) Orang Islam tidak mampu menghadapi kepelbagaian tafsiran dan fahaman sehingga mudah menjadi ganas atau emosi jika orang lain yang berilmu mempersembahkan tafsiran berbeza. Cara paling mudah untuk membela fahaman sendiri ialah dengan menidakkan hak orang lain untuk menyuarakan fahaman dan hujahnya! "Adabal Khilafiah" yang di ajar oleh Allah dalam Al-Quran diketepikan


(image thanks to http://www.lovelifelivenow.com/wp-content/uploads/2014/06/Anger_2.jpg}

5) Digambarkan Islam sebagai agama yang suka melarang, mengharamkan segala, tidak ada kerasionalan dalan tindakan, yang mengekalkan dirinya dengan kuasa dan bukan pengajaran dan hujah. Ini disebabkan orang-orang agama yang suka menunjukkan kuasa melalui melarang itu dan ini, dan sebagainya. Walhal Adden Allah adalah berdasarkan hujah, nas, pelawaan dan tiada paksaan langsung.

(image thanks to: http://i.ytimg.com/vi/fGR-adEEkNg/0.jpg

6) Digambarkan Agama sebagai penuh dengan kerahiban dalan pelbagai segi dimana orang agama diangkat ketahap tuhan sehingga pendangan dan tafsiran mereka tidak boleh di cabar atau dipertikai oleh Muslim2 lain yang mungkin lebih pandai, berilmu daripada mereka walaupun tidak khusus pada agama secara formal atau rasmi.












(image thanks to https://chloeannjacobs.files.wordpress.com/2014/07/sexism2.jpg)


7) Baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang pelajar kolej bahawa guru agama mereka mengajar bahawa "Islam tidak mengalak wanita berkerja tetapi harus duduk di rumah dan lelakilah yang harus buat segala sesuatu".  Kononnya menurut beliau "wanita adalah bunga yang harus dijaga lelaki supaya berseri di rumah untuk menyejukkan hati lelaki" ! Kalau ini bukan ajaran yang menjadikan wanita sebagai simbol seks semata-mata, saya tidak tahu apa yang nak digelarkan ajaran sedemikian!

8) Digambarkan sebagai wanita lah sumber maksiat dan lelaki Muslim amat rendah kawalan mereka terhadap nafsu sehingga mudah goncang dengan kehadiran wanita. Bentuk badan wanita dijadikan isu. Tidak kah tension bila orang-orang ini mengambarkan masalah peribadi dan kelemahan mereka sendiri sebagai ciri manusia?? Tidak kah ini penghinaan pada minda Muslim yang beretika dan boleh mengawal diri?



(image thanks to https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJbH6TEGtYGhId3cQEfRlmQdGB8WtU9RQqqkb-EFExHFbzH0KG6X2nnaZHkSRYFfwEF5hm5RdfrRZtJLh3ULlPpBAW16FjB5k88d46qb_Bs3X4zDz1nnvOoIvNphRppQKcXu5OcDfck62p/s1600/Is+SWTOR+Bringing+Back+Retro+Sexism+Issues+for+Women+Gamers.gif)

9) Di satu sekolah rendah, guru agama mengajar bahawa orang Islam tidak boleh merayakan Hari raya Cina sebab "cina makan babi dan ini adalah perayaan orang kafir". Perkara ini saya telah seselaikan sendiri dimana ustazah itu ikhlas mengaku tersilap kerana tidak faham sebelum ini perkara-perkara yang saya jelaskan pada nya. Namun, amat menakutkan berapa sekolah lagi ada orang-orang agama sedemikian???



9) Keganasan di "halalkan" atas nama agama walhal amat jelas Islam mengharamkan mengambil nyawa manusia yang tidak bersalah.

Saya juga tertanya-tanya, tidak mampu ke "orang agama" berdebat dengan mufakkir dan Muslim-muslim yang jauh lebih pandai daripada mereka walaupun tidak berkelulusan formal agama secara rasional dan beradab?

Tidak malu kah kita sebagai Muslim bila ada orang-orang Islam yang bercakap bodoh dikhalayak ramai atas nama Islam?

Kadang-kadang saya rasa lucu bilamana seorang yang tidak berkemampuan untuk berhujah secara logik dan berdasarkan Al-Quran mengambil jalan keluar dengan membunyikan beberapa bahasa Arab yang ia sendiri tidak faham tetapi popular dikalangan mereka.

Masalah lah masyarakat bila ianya didominasi oleh orang-orang yang lemah daya pemikiran, bersikap burung kakak tua, tidak berani berhujah berdaarkan ilmu dan nas, dan paling sedih ialah ia begitu tidak berkeyakinan diri sehingga marah bila orang berlainan pendapat !!!


(Image thanks to: https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/236x/0d/80/74/0d80746b5ae6ff2d867d002a43cef30a.jpg)

Muslim harus bangkit untuk mengembalikan maruah dan berhenti dihina oleh orang-orang "Islam" yang bodoh dan jahil atau yang tampak berpendidikan tetapi sijahil terdidik.

Salam.


Wednesday, April 22, 2015

Apakah GST Sebenarnya?

oleh: YB Datuk Hj Ahmad Bin Hj Mazlan.
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.



Pernahkah kita terfikir mengapa 170 drpd 193 negara dlm dunia ini (88%) sudah melaksanakan GST, Goods & Services Tax atau CBP, Cukai Barang & Perkhidmatan atau VAT, Value Added Tax? Adakah mereka ingin menzalimi rakyat di negara masing2 itu?
Angka 170 itu termasuk negara mundur, berpendapatan sederhana rendah, berpendapatan sederhana tinggi (Msia termasuk kategori ini) dan juga negara2 maju.

Pernahkah kita cuba ingin mencari jawapan mengapa 43 drpd 57 negara (75%) dlm OIC, Organisation of Islamic Cooperation sudah melaksana GST/VAT? Tentu negara2 itu tahu yg GST hukumnya harus & dibolehkan drpd sudut agama Islam.

Jawapannya ialah kerana GST lebih baik drpd sistem cukai kepenggunaan yg lain spt SST Sales & Services Tax atau CJP, Cukai Jualan & Perkhidmatan yg di Msia ini sudah pun dilaksana sejak 1972 & 1975.

SST? Apa itu? Pembangkang sebut selama ini kita tak ada kena cukai tapi sekarang semua org kena. Betul ke itu? Black box kapal terbang warna hitam. Betul ke? GST cukai yg zalim. Betul ke? Kotak hitam rupa-rupanya berwarna jingga/oren. GST model Msia yg sebenar adalah cukai yg adil & tidak zalim.

Selama ini rakyat Msia sudah pun membayar cukai SST dlm banyak barang & perkhidmatan iaitu 5% atau 6% atau 10%. Malangnya SST itu kurang telus sbb ianya termasuk dlm harga barang yg rakyat tidak perasan sedangkan GST kini telus kerana ada dlm resit. Rakyat Msia tiba2 menjadi tambah celik kewangan bermula 1/4/15. Dulu tidak pernah simpan resit barang2 yg dibeli, skrng resit dibaca, disimpan & di whatsapp ke seluruh dunia !!

Berikut adalah sbhg drpd kebaikan GST utk rakyat & negara:

1) Sistem cukai yg berkesan, telus dan cekap kerana GST mempunyai aturan yg baik, penggunaan sistem komputer dgn perisian yg tepat & boleh diurus sendiri. Buku akaun jadi satu dokumen yg lengkap, bukan sentiasa rugi jika diguna waktu membayar cukai kpd Lembaga Hasil, LHDNM.

2) Mengembangkan ekonomi negara kerana GST jadikan perniagaan berkembang lebih teratur dgn rantaian jualan jadi lebih baik. GST boleh kembangkan ekonomi negara 0.3 - 0.5% dlm tahun pertama pelaksanaannya.

3) Mengurangkan ekonomi terselindung (pengelakan / penipuan cukai). Kini ekonomi gelap di Msia menurut kajian Bank Dunia berjumlah 30% drpd KDNK, Keluaran Dlm Negara Kasar / GDP Gross Domestic Product. Dan dgn GST "the shadow economy" ŵini boleh dikurang kpd 10-15%. Pembangkang yg tak sokong GST adakah mereka sedar ini bermaksud ingin lindungi penipuan cukai??

4) Membantu sektor eksport negara kerana semasa SST cukai dikenakan kpd eksport. GST tidak dikenakan terhadap eksport maka jadikan eksport lebih murah & berdaya saing di peringkat antarabangsa. Pembangkang tidak setuju kpd langkah yg baik ini?

5) Membantu sektor pelancongan kerana pelancong boleh claim GST di airport terhadap barang yg dibawa pulang. Namun khidmat & belanja dlm negara tetap pelancong bayar GST.

6) Mengurangkan kos perniagaan kerana peniaga boleh claim cukai input 6%. Rantaian kilang, pemborong & peruncit boleh claim balik yg akan turunkan kos niaga. Pengguna tidak claim balik sbb jika claim maka tiadalah sebarang cukai akan dikutip. Tapi pengilang, pemborong & peruncit adalah rakyat yg juga pengguna.

7) Menjadikan harga barang lebih patut bila kos niaga berkurang. Semasa SST, cukai dianggap sbg kos maka ianya dipindah kpd pengguna utk membayarnya. GST bukan suatu kos kpd peniaga. Pembangkang tidak suka harga barang jadi lebih patut?

8) Menambah hasil negara utk manfaat rakyat sbb cukai diguna utk pendidikan, kemahiran, kesihatan, keselamatan, kebajikan, ratusan touchpoints Bajet tahunan & pembangunan negara secara keseluruhan. Cukai adalah dari rakyat, dikutip & di bajet dgn adil oleh Kementerian Kewangan, diproses / lulus di Dewan Rakyat / Dewan Negara dan dikembalikan semula kpd rakyat.

9) GST sistem cukai yg lebih baik drpd cukai jualan & perkhidmatan SST kerana berlaku cukai atas cukai & pindahan nilai dlm SST. 5% SST jadi 8% dan 10% jadi 15%. Ini jadikan harga barang naik. Kesan 8 & 15% itu kini turun kpd hanya 6% GST. Pembangkang tidak suka cukai  diturunkan?

10) Membantu Msia jadi negara maju thn 2020 nanti kerana GST menepati standard antarabangsa. Sbb itulah maka majoriti negara di dunia ini sudah laksanakannya. 9 drpd 10 penduduk di dunia berada dlm negara yg laksanakan GST/VAT.

Namun jika GST baik mengapa harga barang naik? Hakikatnya tidak semua peniaga naikkan harga. Peniaga2 yg sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif baik Kerajaan BN. Mereka suka "sabotaj" ekonomi negara ini, dgn naikkan harga barang agar rakyat marah kpd BN.

Peniaga yg beretika spt puluhan cawangan Mydin, 165 Kedai Rakyat 1Msia, lebih 300 cawangan Pasar Tani, 21 cawangan Jakel, lebih 600 cawangan KFC, Domino Pizza, sbhg besar pasar2 raya besar seluruh negara, hampir semua pengeluar kereta spt Proton dll menjual barang dgn sama harga atau lebih rendah dibanding sebelum GST. Ya GST yg sebenar boleh menurunkan harga barang. Jika barang turun maka pembangkang akan susah hati. Oleh itu adalah menjadi kegembiraan pembangkang jika GST dapat dimanipulasi dgn menaikkan harga barangan.

Penguatkuasaan sedang dilaksanakan oleh KPDNKK & Kastam. Rakyat sedang menanti ada peniaga yg akan dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan dll Akta yg berkaitan dgn perlindungan  rakyat & pengguna. Mahkamah baru itu kini ada di setiap buah negeri utk percepatkan perbicaraan.

Denda & penjarakan mereka yg mengambil kesempatan dgn naikkan harga spt kpd barang2 yg sebelum ini ada 10% SST maka patut turun harga kerana tolak SST 10% baru dicampur GST 6% jadi barang turun sekitar 4%. Peniaga mesti ikut SOP GST yg sebenar. Pengguna pula gunakan kuasa 3M, memilih, melapor & memboikot peniaga yg degil.

Sifar GST utk makanan asas yg dibeli dlm peratusan yg tinggi drpd belanja rakyat yg berpendapatan rendah, 4200 ubat2an, buku2, air paip, gas masak, susu bayi. Juga sifar GST utk beras, tepong, gula, garam, rempah, sayur, ulam, buah2an, semua makanan laut basah & kering, daging lembu, kambing, ayam, itik, telur dll.

Kedai kecil, warung2, pasar2 kecil yg pendapatan mereka kurang rm500 ribu setahun tiada GST. Perkhidmatan asas spt pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, penyewaan rumah & urusan Kjaan juga dikecualikan GST. Model GST sifar yg banyak begini hanya ada di Msia. Kadar 6% pula adalah terendah di dunia selepas 3 negara lain yg kadarnya 5%.

Kerana GST maka cukai SST turun 10% kpd 6%, cukai pendapatan individu turun 1-3%, cukai koperasi diturunkan 1-2%, cukai syarikat turun 25% kpd 24% dan cukai PKS/SME turun 20% kpd 19%. Kerana GST maka BR1M dinaikkan kpd rm950. Rakyat tentu inginkan akan ada lagi program2 kebajikan lain yg akan diumumkan dari semasa ke semasa.

GST adalah perubahan sistem cukai yg terbesar dlm sejarah Msia. Perdana Menteri sebut fakta ini dlm perjumpaan dgn Kastam pada 30/3/2015. GST akan stabil dlm masa 6 bulan drpd tarikh 1/4/15, menurut Kastam. Saya harap GST boleh stabil dlm masa 3-4 bulan, mudah-mudahan.

Ada orang minta saya berhenti bercakap ttg GST. Jika saya ikut kata mereka itu maka pembangkang akan menang dlm putar belit mereka merosakkan minda rakyat. Saya tidak akan berhenti menjelaskan yg GST lebih baik drpd SST. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter @ahmadmaslan.

Atau dapatkan maklumat GST yg ada di hujung jari kita drpd telefon pintar dll di alamat:
www.gst.customs.gov.my
www.gstmalaysiainfo.com
www.gstpedia.my
www.treasury.gov.my
www.kpdnkk.gov.my

Terima Kasih.