Followers

Tuesday, April 11, 2017

Bercakap mengenai agama, jangan lupakan kemanusiaan

Sekurang kurang nya lebih daripada 30 dekad yang lalu, perbualan, ceramah, diskusi, ucapan, tingkah laku dan pakaian semua nya semakin melambangkan "agama". Ini juga di ikuti dengan penggunaan bahasa Arab dalam banyak hal yang di anggap berkaitan dengan agama walaupun perkara yang sama boleh di perkatakan dalam bahasa Melayu.

Adakah ini menunjukkan bahawa kesedaran mengenai Islam semakin meningkat atau ianya hanya merupakan pencarian identiti oleh satu kumpulan yang kurang secure, kurang yakin diri dan merasakan perlu satu identiti "eksklusif"? Mungkin jawapan nya kedua-dua sekali bergantung kepada kecenderungan atau sifat kumpulan atau individu tertentu.

Perkara yang pasti ialah yang tampak tidak semestinya melambangkan diri atau keadaan yang sebenar. Baru-baru ini saya di perkenalkan dengan satu istilah baru iaitu "penunggang agama". Istilah ini merujuk kepada manusia yang memperalatkan agama untuk tujuan peribadi dan bukan nya beramal untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kewujudan penunggang agama bukan lah perkara yang menghairankan kerana Al Quran pun sudah memberi amaran berkaitan dengan ini didalam Surah At Taubah ayat 9 (Q9:9)

"Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan".



Apa yang sepatutunya merisaukan Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah ialah ucapan-ucapan penunggang agama yang lebih mencetusakn huru hara dalam masyarakat daripada melahirkan keehsaan sesama manusia mahupun sesama umat Muslim. Agama di gunakan sebagai landasan untuk melahirkan fahaman eksklusiviti seolah olah perpaduan diantara manusia adalah tidak perlu. Fahaman ini jelas akan mencetuskan permusuhan serta perpecahan umat manusia. Jika ini berlaku, akhirnya semua yang rugi dan jadi lah kita manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang Allah bagi kerana kita telah membenarkan ego dan nafsu kita merosakkan perpaduan manusia yang wujud. 

Maka, dalam kita menjalankan kegiatan yang kita anggap sebagai dakwah Islam atau membicarakan hal-hal yang kita sangka berkaitan dengan agama, janganlah kita lupakan nilai2 kemanusiaan yang manusia sama-sama berkongsi.  Janganlah menjadi seperti manusia yang disebut didalam surah At Taubah ayat 107:

"Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta meme an-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta ".

Salam

No comments: