Followers

Saturday, November 28, 2009

Respon Dr Ngo Kepada Dr Ridhuan Tee dalam Isu Bahasa Malaysia

Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah (Tee Chuan Seng) menulis dalam blog nya bahawa:

"Saya amat mengharapkan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) supaya membantu 60 Chinese Independent Secondary School serta mengikhtiraf sijil yang dikeluarkan (UEC)".

Dan juga bertanya: "Saya tidak menafikan ada segelintir pelajar Cina yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan amat kecil. Itupun setelah diwajibkan lulus. Bayangkan jika syarat itu tidak ada. Apakah belajar bahasa Melayu kerana terpaksa belajar atau semangat sayangkan bahasa kebangsaan? Fikirkanlah".

Dr Ngo Han Chiang memberi respon kepada artikel Dr Ridhuan dalam blog nya dengan menulis:

"Ada banyak cara untuk memperkasakan bangsa. Bahasa merupakan di antara cara yang berkesan. Di Malaysia tidak ada pertikaian langsung soal Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Ia dipelihara , dipertahan dan diperuntukkan dalam Perlembagaan. Cuma di Malaysia, bahasa ibunda kaum lain juga diberi hak untuk digunakan dan diperkembangkan dan ini menjadi titik persoalan di antara pejuang-pejuang Dong Cong,Hua Zong, parti politik, ahli akademik dan persatuan bahasa kebangsaan yang lain".

Dr Ngo selanjutnya menjawab Dr Ridhuan Tee sebegini:

"Walaupun orang Cina dan India baik di kampung mahupun di bandar tidak mempunyai penguasaan BahasaMalaysia yang kononnya tidak baik, namun ini tidak bermakna mereka anti Melayu atau anti bahasa Malaysia. Malah di kalangan mereka, rakan yang paling baik mereka adalah orang Melayu. Bukan semua orang Melayu yang belajar di sekolah kebangsaan juga dapat menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Cuba suruh orang Melayu kelantan atau melayu Kedah atau Pinang bercakap atau menulis menggunakan bahasa loghat mereka. Saya rasa orang Melayu lain pun tidak faham apatah lagi bangsa bukan Melayu yang lain!

Penguasaan atau kurangnya penguasaan Bahasa Malaysia tidak menjadikan kita ‘kurang keMalaysiaan’.Ramai orang Cina, India dan yang lain menguasai Bahasa Malaysia dengan baik. Ia bukan lagi satu perkara yang dimegah-megahkan (to shout about) jika mereka ini boleh bertutur dan menulis dengan baik. Sebenarnya kecekapan menguasai Bahasa Malaysia oleh orang bukan Melayu sudah merupakan satu perkara yang lumrah dan semula jadi seperti orang Inggeris bertutur Bahasa Inggeris!"

Baca lah artikel Dr Ridhuan Tee dahulu dan kemudian artikel Dr Ngo di blog masing-masing dan buat penilian - pemikiran siapa lebih berasaskan perlembagaan, nilai universal mahupun nilai-nilai anjuran Al-Quran serta objektif.

Salam.

2 comments:

Anonymous said...

Hmmm...mengapa Dr.Ridhuan 'mempolitikkan' isu Bahasa Malaysia secara tersirat?Walau usulnya berbunyi 'usah politikkan' tapi lain pula yang kedengaran.

Article Dr.Ngo lebih 'sensible'.

Isu sebenar disini 'penguasaan bahasa Malaysia di kalangan bukan melayu'

Bukan soal kuantiti sekolah vernakular.

Dah tau Bahasa Malaysia hanya diajar 3 kali seminggu,pi lah usul penambahan jam bagi subject tersebut.

Apa pula nak dikaitkan dgn 1 Malaysia?Inilah payah bila slogan retorik semata.
Dah berapa puluh tahun Merdeka,dah berapa puluh tahun kita bersahabat berlainan bangsa?Kami tak gaduh pun,walah dipanggil SA'L'AH instead of SARAH...elok sahaja saya dan kenalan yang berketurunan Cina bersahabat.
Berpuluh tahun bersama,ada pernah kita bergaduh fasal tak faham bahasa?Bergaduh fasal kurang tahu berbahasa,adalah!

Di Malaysia ni hanya ada berapa bahasa?Berapa dialek?Mencecah 100 ka?Tak terkawal ka?

Dok sibuk 1 Malaysia,dok sibuk soal bersatu...takkanlah buta sangat mata hati kita semua?Takkanlah tak nampak 'harmoni' yang wujud di sekeliling.

Nak harmoni,bersatu lagu mana lagi?Boyfriend Sarah,Confucius kata 'A flower not fully open,the moon not fully round'
Dalam erti kata lain,nak pastikan segala jenis penyatuan (relationships) kekal,perlu ada sedikit 'ruang'.

We do not lack grand,wide ranging ambitions,but we lack a proper road to lead us there.

Bahasa itu legasi,hanya SIMBOL penyatuan.Penyatuan sebenar ialah bila KITA SEMUA free from worries,indecision and fear.We'll then naturally have fewer and sikit complaints about the world around us.

Sekolah vernakular wujud sebelum Niasarah wujud!Che' tak nampak pun pakcik ,makcik,tata,por por berlainan keturunan baling pinggan mangkuk,pi bom rumah jiran pulak?

Romantic saja mendiang Ah Yee (tokeh kedai runcit) mengorat arwah nenek Niasarah.Sekecil-kecil perkara ini yang perlu kita lihat,bersyukur dan jaga.

Nak tambah sekolah vernakular,tambah sajalah.Gusarkan penurunan penguasaan Bahasa Melayu...tambah saja bilangan jam.
Bagi sekolah kebangsaan pula,'teraskan' bahasa Mandarin dan Tamil.Apa ruginya tahu banyak bahasa?

Takkanlah Islam (Peace and Ad-din) hanya terhad pada satu bahasa dan bangsa ?Takkan nak kata kejadian tuhan yang lain itu,sia-sia?

Vote for Hang Tuah,Hang Li Po and Hang Jabar !!!

Anonymous said...

salam,

sila baca artikel Dr Ridhuan yang terkini mungkin niasara boleh bersetuju dengan komen saya "Celupar lagi paranoid'