Ramai berpendapat bahawa strateji tradisi politik UMNO hanya berkisar kepada 3 faktor . Pertama ialah menonjolkan diri nya sebagai penyelamat Melayu. Kedua sebagai “pelindung” Islam dan ketiga sebagai tunjang kerajaan. Factor ketiga ini tidak relevan lagi selepas PRU14.
Pertama, untuk kita temui jawapan yang tepat, soalan itu hendak lah di ajukan dengan Ikhlas untuk mencari jawapan. Jangan lah ajukan soalan jika kita sudah pun membuat kesimpulan mengenai jawapan yang kita kehendaki. UMNO masih lagi dalam “denial mode” dan oleh itu ia sudah pun ada jawapan yang direka sebelum menilai soalan yang perlu di tanya. Kedua, pemimpin UMNO tidak menampakkan kebolehan untuk memisahkan tanggapan didalam minda mereka daripada realiti yang sebenarnya. Walaupun realiti yang sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat pelbagai “jenis” dan kelas Melayu, mereka masih salah anggap bahawa kaum Melayu itu adalah homogenous. Maka, mereka gagal menjadi wakil kaum Melayu secara keseluruhan. Tanpa mereka sedari, mereka mengasingkan Melayu-Melayu yang berdikari, profesional dan mempunyai pengaruh dalam masyarakat daripada UMNO.
Ketiga, mereka juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan berguna didalam mengurus hal ehwal Islam didalam Negara ini. Ia nya telah menyempitkan usahanya pada pemberian dana2 tanpa menilai keberkesanan dan keperluan sasaran yang di berikan dana tersebut. UMNO langsung tidak menunjukkan keberanian didalam mengwujudkan naratif-naratif yang dapat membentuk “Islam” yang benar-benar berkesan didalam kehidupan seharian rakyat Muslim serta rakyat jelata. Mereka ambil langkah mudah dengan berpaut pada “kulit daripada isi”. Istana yang di bina dengan pasir pasti hancur.
Maka, dalam dialog mengenai Islam, kita hanya dengar laungan-laungan yang sudah basi ekoran peredaran masa iaitu “KIta tidak kompromi dalam Hal Islam”, “Kita akan melindungi Islam” “Jangan hina Islam” dan sebagai nya. Semua ini adalah laungan-laungan kosong yang tidak mempunyai sebarang nilai didalam dunia Muslim yang mahu berfikir mahupun didalam dunia akademik Islam. Semua ini di lihat sebagai tindakbalas kumpulan yang tidak mempunyai Ilmu mahupun kebolehan kognitif untuk berhujah secara ilmiah dan intelektual. Ia juga menampakkan sikap kumpulan yang mahu memaksa pendirian mereka keatas orang lain bukan dengan hujah tetapi dengan kuasa dan kedudukan. Orang yang memaksa orang lain dengan kuasa dan kedudukan di anggap sebagai seorang pembuli. Adakah rakyat akan sokong geng buli?
Ini tidak bermakna Muslim tidak harus membela hujah2 Islam mahupun membetulkan salah persepsi terhadap Islam. Saya kira ini wajib bagi seorang Muslim yang mampu melakukannya. Namun ini adalah berbeza dengan dakwaan sombong bahawa kita akan “melindungi” Islam. Allah lah yang akan melindungi Islam dan bukan manusia kerdil yang perlukan hidayah Nya. Maka, bahasa yang kita guna pun kena tepat.
Pemimpin Muslim yang peka kepada kebajikan Muslim dan Muslimah harus berani berhujah untuk merencanakan rupa bentuk Islam yang berguna pada masyarakatnya. Ia mesti rajin dan pandai memilih tafisran “Islam” yang terbaik supaya kehidupan rakyat, samada Muslim atau bukan Muslim menjadi benar2 ringan dan selamat dari semua segi. Baru lah Isalm di lihat sebagai satu Rahmah dan bukan sebagai satu beban atau agama candu yang melahirkan simptom fantasi dalam penganutnya. Fantasi tidak mungkin dapat menjadikan umat Islam sebagai “ummatan hasanah”.
Rakyat, samada Melayu atau bukan Melayu tidak mahu polisi-polisi kepimpinan politik menyusahkan kehidupan mereka samada polisi itu di labelkan sebagai islam atau pun tidak. Kehidupan ini sudah cukup mencabar dan tidak perlu di tambah lagi kesusahan.
Walaupun tidak di nafikan bahawa masih ramai Melayu dan bumiputra yang berada pada tahap pendapatan amat rendah dan memerlukan bantuan, mereka mengharapkan bantuan yang di berikan itu berkesan untuk membolehkan mereka melepaskan diri daripada cengkaman bantuan selama-lamanya. Beberapa tahun kebelakangan ini bantuan UMNO di Ilhat sebagai berupa “batuk di tepi tangga” serta di berikan lebih kepada Umnoputra. Persepsinya ialah ramai Melayu yang berkebolehan dan memerlukan tidak menerima bantuan kalau mereka bukan Umnoputra. Persepsi ini juga menjauhkan ramai Melayu daripada UMNO yang di lihat sebagai “parti orang kaya baru Melayu segelintir”.
UMNO juga di lihat telah berubah menjadi parti bangsawan dimana cium tangan diwajibkan, pengidolaan pemimpin di galakkan, dan ucapan2 di persidangan UMNO tidak lagi mewakili suara2 rakyat marhain tetapi sesuatu yang dipentaskan. Maka, hilang lah kedudukan UMNO sebagai mewakili rakyat Melayu marhain.
Maka apakah wadah perjuangan UMNO yang dapat meyakinkan Melayu serta bukan Melayu menyokongnya ? Kalau is masih teruskan retorika politik yang lama berkaitan dengan Melayu dan Islam, saya percaya ia akan menjadi lemah ekoran peredaran masa.
Siapa kah pemimpin baru UMNO yang berani hadapi cabaran dan naratif baru yang di perlukan di Zaman ini?
Salam.
NOTA: Saya tidak bertujuan untuk melukakan perasaan sesiapa, maka jangan terlalu sensitif. Harapan saya ialah dalam demokrasi ini, UMNO berjaya menjadi satu barisan pembangkang yang efektif untuk kebaikkan Negara. Salah silap saya mohon maaf terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment