Dari satu segi, kita bernasib
baik sebagai Negara kerana di uji oleh Allah dengan kejadian di Low Yat. Mana
tahu, kita sudah matang, sudah belajar bersyukur, sudah boleh mengenali
kelemahan dan kekuatan diri daripada menyalahkan seluruh dunia kecuali diri sendiri
....maka dengan kematangan dan kesyukuran kita mungkin dapat bertindak terhadap
apa-apa yang berlaku sebagai seorang Muslim yang bijaksana.
Malangnya sekali lagi,
nampaknya ramai yang di pertanggungjawapkan oleh Allah dalam kedudukan tertentu
telah gagal segagal-gagalnya. Dalam kita
menyorak “Allah hu Akbar” dan pelbagai lagi kata-kata yang kita sangka
bersemangat kita lupa untuk beriman kepada surah Al-Israa ayat 36 dimana Allah
mengajar kita supaya usul periksa sebelum mempercayai sesuatu berita.
Ketua Polis Negara telah
mengesahkan bahawa insiden yang berlaku berpunca daripada dua orang pemuda yang
telah mencuri talipon bimbit. (klik disini http://www.kinitv.com/video/20678O8)
Berita ini telah di putar belit oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawap
dan lupa akan kewujudan Allah sehingga diwujudkan ketakutan dikalangan rakyat
dan kerosakkan kepada harta benda.
Kerakusan untuk berpolitik
didunia yang amat sementara ini telah juga melalaikan kita untuk membezakan
diantara suatu perbuatan jenayah dan rusuhan kaum. Apakah kita berdoa kepada
Allah untuk menurunkan musibah rusuhan kaum yang boleh merosakkan masa hadapan
anak- anak di bumi bertuah Malaysia ini?
Apakah kita begitu angkuh berpolitik sehingga kita tidak lagi takut
kepada azab Allah?
Apakah kerana matlamat
politik, atau sentimen perkauman atau atas sebab-sebab kepentingan tertentu
kita sanggup dengan sengaja kufur (enggan patuhi) kepada firman-firman Allah
dalam Al-Quran yang membawa maksud berikut:-
1) “Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang
menegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu
sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau
miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian janganlah mengikuti
keinginan kamu supaya kamu tidak berbuat adil; kerana jika kamu
memutarbelitkan, atau kamu memalingkan, maka sesungguhnya Allah menyedari apa
yang kamu buat” (Q4:135)
2) “Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang
menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian
pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlaku adillah, itu lebih
dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang
kamu buat” (Q5:8)
Sekadar berkongsi di bulan yang
kita sendiri akui adalah mulia.
Salam.
5 comments:
Berkhutbah dr jauh, realiti yg sebenar mungkin tidak diketahui. Org memperlekeh bangsa hatta agama termasuk memperalatkan agama justeru kita bersyukur saja. Berpeluh tubuh. Apa mau dirisau kita tinggal dlm negara yg aman makmur. Belajar dr Lowyat. Kita kalut. Bikin apa itu budak mencuri.
Very well articulated and fair comment. Indeed a lot of deep soul searching gravely and urgently needed among the thieves, provocateurs, agitators and the violent. Is there also that need for the Police to charge and convict, and the religious authorities to counsel?
Pengajarannya dari Low YAT ialah:-
Jangan mengambil kira NASIHAT artikel ini kerana ARTIKEL ini sendiri menyonsang dan (meminjam perkataan artikel ini sendiri)"sengaja kufur (enggan patuhi)"kepada firman-firman Allah yang artikel ini sendiri nyatakan.
Perkara ini baru peringkat sisatan dan PENDAKWAAN. BELUM TENTU LAGI mereka bersalah. MAlahan mereka membuat pengakuan tidak bersalah ketika di dakwa. Betul ada CCTV dan lain-lain bukti tetapi bukti-bukti itu perlu di periksa dahulu.
Maka nasihat saya kurangkan bersentimen dalam memberi pendapat. Bukti dengan fakta yang ditentusahkan dahulu baru menulisa. Patuhilah Firman-firman Allah yang dinyatakan. Jadilah orang yang adil dalam penulisan. Setakat hari ini masih terlalu awal untuk kita "membicarakan" dan "menghakimi" insiden LOW YAT.
Anonymous 6:38
Setuju bahawa setakat ini kita belum pasti dari segi undang2 negara iatu perbicaraan di Mahkamah samada kecurian berlaku atau tidak. Itu sebab saya nyatakan sumber daripada IGP. Pada masa yang sama kita harus akur juga bahawa tidak ada sebab samada dari segi undang2 negara mahupun nas Al Quran untuk kekecohan dan pemusnahan harta benda yang berlaku. Begitu juga, gangguan kepada keamanan awam harus tidak berlaku dalam situasi sedemikian. Kalau betul ada kesalahan jenayah berlaku, ikut lunas undang2.
Juga tidak ada ajaran asabiyah atau racism dalam Al Quran seperti mana yang saya faham.
Namun terima kasih atas ingatan pada saya bahawa selagi Mahkamah belum putuskannya, dari segi undang2 orang yang di tuduh belum didapati bersalah.
Salam
Respon diatas di tujukan pada anonymous 9.32pm
Post a Comment