Followers

Tuesday, July 14, 2015

Pengajaran Daripada Low Yat Oh Low Yat

Dari satu segi, kita bernasib baik sebagai Negara kerana di uji oleh Allah dengan kejadian di Low Yat. Mana tahu, kita sudah matang, sudah belajar bersyukur, sudah boleh mengenali kelemahan dan kekuatan diri daripada menyalahkan seluruh dunia kecuali diri sendiri ....maka dengan kematangan dan kesyukuran kita mungkin dapat bertindak terhadap apa-apa yang berlaku sebagai seorang Muslim yang bijaksana.

Malangnya sekali lagi, nampaknya ramai yang di pertanggungjawapkan oleh Allah dalam kedudukan tertentu telah gagal segagal-gagalnya.  Dalam kita menyorak “Allah hu Akbar” dan pelbagai lagi kata-kata yang kita sangka bersemangat kita lupa untuk beriman kepada surah Al-Israa ayat 36 dimana Allah mengajar kita supaya usul periksa sebelum mempercayai sesuatu berita.

Ketua Polis Negara telah mengesahkan bahawa insiden yang berlaku berpunca daripada dua orang pemuda yang telah mencuri talipon bimbit. (klik disini http://www.kinitv.com/video/20678O8) Berita ini telah di putar belit oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawap dan lupa akan kewujudan Allah sehingga diwujudkan ketakutan dikalangan rakyat dan kerosakkan kepada harta benda.

Kerakusan untuk berpolitik didunia yang amat sementara ini telah juga melalaikan kita untuk membezakan diantara suatu perbuatan jenayah dan rusuhan kaum. Apakah kita berdoa kepada Allah untuk menurunkan musibah rusuhan kaum yang boleh merosakkan masa hadapan anak- anak di bumi bertuah Malaysia ini?  Apakah kita begitu angkuh berpolitik sehingga kita tidak lagi takut kepada azab Allah?

Apakah kerana matlamat politik, atau sentimen perkauman atau atas sebab-sebab kepentingan tertentu kita sanggup dengan sengaja kufur (enggan patuhi) kepada firman-firman Allah dalam Al-Quran yang membawa maksud berikut:-

1)      “Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian janganlah mengikuti keinginan kamu supaya kamu tidak berbuat adil; kerana jika kamu memutarbelitkan, atau kamu memalingkan, maka sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat”  (Q4:135)

2)      “Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlaku adillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat” (Q5:8)

Sekadar berkongsi di bulan yang kita sendiri akui adalah mulia.


Salam.

5 comments:

Anonymous said...

Berkhutbah dr jauh, realiti yg sebenar mungkin tidak diketahui. Org memperlekeh bangsa hatta agama termasuk memperalatkan agama justeru kita bersyukur saja. Berpeluh tubuh. Apa mau dirisau kita tinggal dlm negara yg aman makmur. Belajar dr Lowyat. Kita kalut. Bikin apa itu budak mencuri.

David Yoong said...

Very well articulated and fair comment. Indeed a lot of deep soul searching gravely and urgently needed among the thieves, provocateurs, agitators and the violent. Is there also that need for the Police to charge and convict, and the religious authorities to counsel?

Anonymous said...

Pengajarannya dari Low YAT ialah:-

Jangan mengambil kira NASIHAT artikel ini kerana ARTIKEL ini sendiri menyonsang dan (meminjam perkataan artikel ini sendiri)"sengaja kufur (enggan patuhi)"kepada firman-firman Allah yang artikel ini sendiri nyatakan.

Perkara ini baru peringkat sisatan dan PENDAKWAAN. BELUM TENTU LAGI mereka bersalah. MAlahan mereka membuat pengakuan tidak bersalah ketika di dakwa. Betul ada CCTV dan lain-lain bukti tetapi bukti-bukti itu perlu di periksa dahulu.

Maka nasihat saya kurangkan bersentimen dalam memberi pendapat. Bukti dengan fakta yang ditentusahkan dahulu baru menulisa. Patuhilah Firman-firman Allah yang dinyatakan. Jadilah orang yang adil dalam penulisan. Setakat hari ini masih terlalu awal untuk kita "membicarakan" dan "menghakimi" insiden LOW YAT.

Jahamy said...

Anonymous 6:38

Setuju bahawa setakat ini kita belum pasti dari segi undang2 negara iatu perbicaraan di Mahkamah samada kecurian berlaku atau tidak. Itu sebab saya nyatakan sumber daripada IGP. Pada masa yang sama kita harus akur juga bahawa tidak ada sebab samada dari segi undang2 negara mahupun nas Al Quran untuk kekecohan dan pemusnahan harta benda yang berlaku. Begitu juga, gangguan kepada keamanan awam harus tidak berlaku dalam situasi sedemikian. Kalau betul ada kesalahan jenayah berlaku, ikut lunas undang2.

Juga tidak ada ajaran asabiyah atau racism dalam Al Quran seperti mana yang saya faham.

Namun terima kasih atas ingatan pada saya bahawa selagi Mahkamah belum putuskannya, dari segi undang2 orang yang di tuduh belum didapati bersalah.

Salam

Jahamy said...

Respon diatas di tujukan pada anonymous 9.32pm