Followers

Friday, May 11, 2018

Bermulanya Kerajaan Pakatan Harapan

Malaysia telah membuktikan pada diri nya sendiri bahawa ia berkeupayaan untuk menukar kerajaan melalui proses demokrasi tanpa sebarang keganasan atau ketidakstabilan politik. 

Mulai 9.30 malam, 10hb Mei, 2018, Malaysia mempunyai kerajaan Persekutuan yang baru.

Sebelum saya  menulis selanjutnya, ingin saya memperingati diri saya serta mereka yang rela di peringati akan satu kebenaran.  Sifat manusia yang masih berilusi dengan “kebolehan” nya semata2 adalah dimana yang menang akan bergembira dan merasa mereka hebat dalam percaturan. Pihak yang kalah pula akan bersedih serta berada dalam kesesalan yang samar2. Kedua-dua manusia seperti ini lupa akan satu kebenaran hakiki bahawa Allah jua yang memberi “kerajaan” kepada siapa yang Dia sukai.  Kebenaran ini jelas dalam Surah Al Imran ayat 26:

“Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

Ahli politik juga harus beringat bahawa apa yang boleh menghilangkan kuasa mereka dengan sekelip mata adalah faktor yang sama yang mengakibatkan Iblis diusir kebumi  iaitu kesombongan atau keangkuhan (Surah Al A’Raaf : ayat 11-13).

Sebagai Muslim saya beriman bahawa ayat2 di atas memperingati Kita bahawa kuasa dan kemuliaan bukan sesuatu untuk di banggakan tetapi satu amanah yang di berikan kepada manusia2 yang dipilih oleh Pencipta nya.

Maka, pada 10.5.2018, Allah telah memberikan amanah kepada kerajaan PH untuk mentadbir Negara Malaysia.  Dalam amanah ini, terdapat harapan Rakyat yang amat besar. 

Dimana kemenangan PH membawa perubahan baru dalam lanskap politik Malaysia, Rakyat juga mengharapkan ia akan membawa perubahan yang bermakna, efektif dan berguna dalam pentadbiran Negara.

Kerajaan yang di pilih adalah kerajaan Semua Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kelas ekonomi.  Maka, kerajaan ini tidak boleh membeza-bezakan “anak2” (Rakyat) berdasarkan kategori2 yang disebutkan tadi. 

Pengagihan sumber2 Negara harus lah adil dan saksama diantara anak2 nya dengan mengambilkira keupayaan masing2. Saya percaya Rakyat dahagakan perkara2 perkara-perkara tersebut:
.
  1. Mengwujudkan satu bangsa Malaysia dimana Kita dapat bersama2 menuju kearah satu “Malaysian Dream” sebagai satu keluarga yang punyai sikap keihsanan (compassion)
  2. Reform dalam sistem pendidikan dari segi isi kandungannya, kaedah pengajaran, kos dan sebagainya,
  3. Penghapusan rasuah 
  4. Mengwujudkan suasana politik dan ekonomi dimana rakyat yang rela berusaha dapat mencari nafkah yang halal tanpa birokrasi yang membebankan
  5. Merapatkan perhubungan antara pelbagai agama serta mengwujudkan suasana ukhuwah di kalangan umat Muslim untuk membanteras kegilaan taksub mazhab dan sikap “keterlaluan agama”.
  6. Benar2 mengambil langkah untuk menangani masalah kos rumah murah dimana berlaku banyak penipuan dan penindasan terhadap mereka yang berpendapatan rendah dan miskin. Juga saiz rumah kos rendah perlu di nilai semula kerana saiz kini berada dalam zon kezaliman.
  7. Melakukan reformasi perundangan untuk merombak kembali undang2 yang menindas martabat manusia dan memastikan undang2 adalah adil
  8. Memberi perhatian yang lebih daripada sekarang kepada golongan kanak2,  yang kurang upaya dan juga warga emas - perlu merangka polisi2 yang khusus;
  9. Mengenal pasti masalah2 yang di hadapi wanita2 terutama ibu tunggal, keselamatan, keadaan  bayi terbiar dan sebagainya.
  10. Melihat kembali kontrak kerajaan seperti pembinaan Jalan raya dan sebagainya yang berat sebelah pada rakyat.
  11. Kerajaan yang telus, bertanggungjawab, dan “engage feedback” Rakyat dalam polisi2 yang berpengaruh besar.

INi lah di antara yang saya fikir utama dalam minda dan harapan rakyat yang sempat saya berkongsi.

Saya berharap Kerajaan PH ini akan berpegang pada janji nya untuk berkhidmat pada rakyat sebaik mungkin serta di rahmati Allah.

Salam.




No comments: