Followers

Saturday, May 12, 2018

Manusia Merancang, Allah menentukan !!! - PRU14 Malaysia

Perdana Menteri Ke7

YAB Perdana Menteri Malaysia ke 7, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai begitu cepat sekali dalam melaksanakan tugas nya. Pada hari pertama sahaja beliau sudah awal dipejabat mengalahkan orang yang lebih muda. Ini berlaku bukan kerana beliau Perdana Menteri tetapi kerana beliau adalah Mahathir. 

Kini menjadi tugas pahit saya sebagai Rakyat biasa untuk memperingati YAB Perdana Menteri bahawa Rakyat jelata mempunyai harapan yang besar terhadap Kerajaan Pakatan Harapan untuk membawa reform-reform yang amat di perlukan untuk menuju kearah Negara yang bertamadun tinggi. Saya juga berharap Kerajaan ini menjadi satu era dimana Rakyat di galak menjadi rakyat yang bukan sahaja mampu berfikir tetapi mempunyai sifat keihsanan yang tinggi.

Tanggungjawap Rakyat

Kepada Rakyat jelata, Kita wajib memperingati diri Kita semua bahawa kempen pilihanraya sudah habis dan kini mula lah tempoh kempen untuk berkerjasama bagi membangunkan kesejahteraan Negara dan maruah Negara Bangsa.  

Apa-apa keterlaluan dalam tindakan satu pihak politik terhadap pihak politik seterunya oleh penyokong masing-masing harus di maafkan. Ini adalah konsekuen proses pilihanraya dalam sistem demokrasi yang tidak pernah tekankan nilai keihsanan (compassion). Maka, kita semua bersalah kerana berlaku nya kelakuan sedemikian dan semoga Allah maafkan Kita semua. Perkara ini juga Allah telah memperingati kita bahawa Ia akan menanamkan cinta sesama Kita jika Kita rela. 

Dan ingatlah akan kenikmatan Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadikan kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara." (Ali Imran: 103)

Kita tidak boleh lagi terlalu gembira kerana menang atau terlalu sedih kerana kalah jika kita beriman bahawa sebenarnya manusia hanya lah merancang tetapi Allah jua lah yang menentukan.  Kita kena sentiasa insaf bahawa Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita serta apa yang buruk untuk kita. 

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah Al Baqarah ayat 216)

Oleh yang demikian, kewajipan kita hanya lah untuk bersama-sama menuju kearah melakukan kebajikan serta amalan2 yang menguntugkan Rakyat bersama. 

Pakatan Harapan

Kini PH telah menjadi kerajaan untuk semua rakyat termasuk bagi mereka yang tidak mengundi mereka. Saya percaya Kerajaan PH yang terhasil daripada gabungan parti2 politik yang mempunyai individu2 yang bermusuhan sesama sendiri berdekad dekad akan mudah memaafkan mereka yang menentang mereka dalam proses kempen pilihanraya. Kerajaan wajib mempertahankan hak2 sistem demokrasi. 

Saya percaya mereka sedar bahawa tugas mereka kini sebagai kerajaan tidak sama seperti tugas mereka dahulu sebagai pembangkang. 

Sudah muncul secara realiti konsep sistem dua parti di Malaysia seperti yang di perjuangkan berdekad-dekad. 

Barisan Nasional

Barisan Nasional yang di anggotai oleh manusia sudah tentu tertakluk kepada perasan sedih kerana kalah dalam PRU14.  Saya dengan merendah diri menasihati supaya cepat2 keluar daripada zon kesedihan dan lihat lah ia sebagai rahmah Allah di mana mereka di beri peluang untuk mengawasi tindakan Kerajaan sebagai pembangkan bagi pihak Rakyat.  

Kekalahan ini juga akan memberi peluang pada mereka untuk melakukan post mortem, muhasabah diri, penilaian semula struktur dan kelemahan parti mereka kearah pembaikan dan keadaan yang lebih efektif pada rakyat. BN wajib jujur pada diri kerana kebenaran nya adalah seperti mana yang difirman oleh Allah:

“Apa saja nikmat yang engkau peroleh adalah dari sisi Allah. Dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari kesalahan dirimu sendiri," (Surah  Al-Nisâ’ [4]:  ayat 79).

Salam.


No comments: